Kes dah settle...tapi tak reti nak tepek permohonan maaf DTL
tapi ni paste balik dari komen Jebar Derhaka...
Bagus la mende dah jadi..dan selepas permohonan maaf ni..si abg kopiah tu delete dah status dia tu ..
PENERIMAAN PERMOHONAN MAAF SECARA TERBUKA DARI DATO ALIFF SYUKRI TERLAJAK LARIS BERHUBUNG KOMEN NEGATIF YANG DISIARKAN DALAM RANCANGAN #ohabangkosmetik alhamdulillah, setinggi tinggi syukur sy panjatkan ke hadrat allah s.w.t di atas penyelesaian yg telah diberikan oleh Nya. tidak kira bagaimana dan apa cara sekalipun permohonan maaf tersebut dibuat, sy menerima nya dgn hati yg terbuka.
sy bersyukur nama & maruah sy telah di bersihkan. saya selaku individu & pemilik gerai kopiah tersebut tidak mempunyai sebarang niat utk menjatuhkan mana mana pihak dengan penyiaran kenyataan balas tersebut di media sosial.
kenyataan balas tersebut sy siarkan semata mata untuk menceritakan keadaan sebenar spnjang rakaman tersebut dijalankan dan untuk membersihkan nama saya . sehubungan dengan permohonan maaf yg telah di buat oleh pihak dato, sy beranggapan perkara ini telah pn selesai.
oleh itu sy menyeru kepada para pelayar layan sosial agar tidak lg menimbulkan komen2 yg berbentuk provokasi, menghina, mencemuh atau pn melakukan serangan peribadi keatas mana mana pihak mahupn ke atas page/fb individu yg terlibat . sebagai manusia sy pasti tidak ada sesiapa yg terlepas dr melakukan kesilapan, alhamdulillah doa sy telah dimakbulkan allah agar pihak dato @ melalui wakilnya tampil membuat permohon maaf.
sy juga menganggap permohonan maaf ini sebagai hadiah paling besar kurniaan allah bersemperna ulang tahun kelahiran sy yg ke 34 pada hari ini. apa yg terjadi boleh dijadikan pengajaran kepada semua pihak yg terlibat secara langsung mahupn tidak. sy mengakui sebagai manusia biasa juga sy amat terkesan dgn komen yg diutarakan & serta ia turut memberi tekanan kepada sy.
sy amat bergantung kepada hasil pendapatan perniagaan tersebut yg cuma dijalankan sekali seminggu utk digunakan sabagai pendapatan tambahan bagi menampung perbelanjaan harian dan membantu ahli keluarga & ibu saya. dengan penjelasan yg sy berikan,
diharap dpt menerangkan mengapa sy amat terkesan dgn komen yg diutarakan.
sy juga berharap tidak ada lagi komen yg boleh manjatuhkan air muka mana mana pihak dimuat naik ke laman sosial.
sy juga mengucapkan jutaan terima kasih kpda semua yg mendoakan dan memberi sokongan moral kepada sy. dengan lafaz ukwah fillah lillahita'ala sy dengan ini menerima permohonan maaf dari dato aliff syukri. sekian, jebat derhaka
25 januari 2017 @ 6 am
|