CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2977|Reply: 22

Kisah Aidil Ke Sekolah Pakai Kasut Dua-Dua Belahnya Kasut Kiri Ini Berjaya Sentu

[Copy link]
Post time 11-1-2017 03:45 PM | Show all posts |Read mode

Setiap ibu bapa sudah pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka dari semua aspek, namun kekangan pekerjaan membuatkan sesetengah ibu bapa tidak dapat menumpukan perhatian terhadap anak mereka.


Kadang-kadang ada ibu bapa tidak sedar mereka melakukan kesalahan dalam mendidik anak walaupun mereka rasa ianya tindakan betul, namun setiap orang pasti ada cara tersendiri dan berbeza.


Sebuah kisah yang diceritakan oleh
Encik Mohd Fairus Shafie
tentang kisah beliau dan anak kecilnya yang memakai kasut dua-dua belahnya kiri tanpa sebarang rungutan cukup membuatkan ramai tersentuh.


KASUT SEKOLAH ANAK KU - AIDIL QAYYUM


Tahun 2017 merupakan tahun yang sangat bermakna bagiku. Ini kerana anak sulong ku kini telah meningkat dewasa dan bersekolah menengah tingkatan 1 namanya Alif, manakala yang lain memasuki darjah 6 Afiq, darjah 4 Ayu, darjah 2 Aidil dan tadika Amirul.


Hanya tinggal 2 orang iaitu Anis dan Ain yang masih belum bersekolah. Seperti biasa, sebelum memulakan sesi persekolahan baru, aku akan membelikan sekurang-kurangnya sepersalinan baju baru dan kelengkapan baru untuk setiap anak-anak ku.


Maklumlah harga barang sekolah sekarang dah melambung tinggi, untuk menyediakan keperluan 7 orang anak bukan sesuatu perkara yang mudah. Hakikatnya itulah tanggungjawab ayah dan ibu. Terpaksa mencatu untuk setiap orang anak agar bajet tidak terlalu membebankan.


Kebiasaanya kami sekeluarga akan berbelanja ala kadar untuk keperluan sekolah di Uniform Gallery UG sama ada di Seri Bangi atau di Kompleks Warta Bangi Shopping Centre. Di sini tempat mencari peralatan sekolah. Ahli UG akan dapat diskaun 10 peratus setiap kali pembelian.


Kami akan memberikan pilihan kepada anak-anak untuk memilih kelengkapan masing-masing mengikut bajet yang ditetapkan. Biasanya kami akan maklumkan kepada wakil kedai untuk mencuba pakaian atau kasut yang sesuai dengan saiz anak-anak.


Mungkin sebab nak melayan kemahuan anak yang ramai perlukan kesabaran yang tinggi, kami serah kepada pelayan kedai untuk mencarikannya seperti kemahuan anak-anak kami.


Hari ini isnin minggu kedua persekolahan, nampaknya semua anak-anak masih bersemangat waja untuk bersekolah. Tapi yang menghairankan kenapa, anak ku yang darjah 2 Aidil asyik lenguh kaki, balik sekolah bila sampai rumah, minta di urut-urut kakinya. Tubuhnya yang kecil tetapi yang paling kemas di antara anak-anak adalah sifatnya.


Muka yang lembut dan mata yang sepet, sangat redup mata melihatnya. Setiap pagi 6.45 pagi dah mula keluar rumah, menuju sekolah kebangsaan dahulu, kemudian ke sekolah agama, kemudian ke sekolah tadika dan ke rumah pengasuh, itu lah rutin harian.


Sampai di sekolah agama pukul 7.20 pagi, kami memang antara yang terawal sampai, Aidil menunjukkan kasutnya yang putih melepak, kemas dan ternyata sangat bersih. Entah kenapa hari ini aku tergerak hati nak melihat kasut yang ditunjukkan oleh Aidil yang baru darjah 2 itu, Kasut aidil mengingatkan aku waktu kecil dulu macam aku pergi ke sekolah dahulu.


Tanpa aku sedari, kasut yang ditunjukkan oleh Aidil dua-duanya belah kiri, aku naik berang dan marah. Ini mesti dia salah bawak kasut dari rumah aku lagi. Memang aku marah betul dengan Aidil, marah aku membuatkan dia tertunduk ke bawah dan mengalirkan air mata. Banyak lagi destinasi aku nak tuju. Tak kan nak patah balik ambik kasut.





Kebetulan ada kasut kakaknya, Ayu ada di dalam kereta, dengan nada marah aku menyuruh Aidil memakainya dan terjatuhlah linangan air mata Aidil masuk ke sekolah sambil tertunduk.

Apabila jam 8.00 pagi aku tiba di pejabat, aku rasa tidak sedap hati kenapa Aidil boleh bawak kasut dua-dua belah kiri??? Kenapa?? Bagaimana???.

Otak aku terus teringat dan melayang, kenapa dia boleh bawa kasut begitu? Aku tertampar dengan ingatan ku yang selalu Aidil minta urut kakinya setiap kali balik sekolah. Aduh.. apa yang telah aku buat?? Marahkan Aidil pagi ini sehinggakan airmatanya mengalir dan terduduk seolah-olah bersalah dan berdosa.

Aku ambil kunci kereta lantas terus balik ke rumah, mungkin Aidil tersalah bawak kasut, sampai di rumah aku mencari kasut belah kanannya di seluruh kawasan rumah. Aku telefon isteri ku bertanya, mungkin-mungkin ada kasut belah kanannya di lain-lain tempat. Aku amat terperanjat apabila isteri dan aku mengingat kembali pembelian kasut Aidil di UG hanya beli sepasang sahaja untuk Aidil.

Astagfirullah……maknanya memang kasut baru itu, kedua-duanya belah kiri. Aku terbaring terkulai layu. Airmata aku mengalir dan sangat menyesalinya. Selama ini di minggu awal persekolahan, Aidil memakai Kasut sekolah yang bersih, cantik berseri tetapi sayang dua-duanya belah kiri, patutlah kakinya sakit dan asyik minta di urut. Kena marah lagi dia pagi ni dan menangis tertunduk.

Apalah dosa budak kecil ini, hinggakan perkara kecil remeh seperti kasut ini aku terlepas pandang. Budak yang sejujur ini, menangis pagi ini dimarahi oleh bapanya kerana menunjukkan kasut sekolah yang dua-duanya belah kiri. Ya allah.. Ya tuhan maafkan aku.

Tanpa fikir panjang, aku terus ke sekolah agama menemuinya. Sampai saja di parking sekolah, aku berlari terus ke kelas Aidil, tanpa banyak berfikir aku terus memeluk Aidil sekuat-kuatnya. Maafkan abah Aidil. Maafkan lah….mengalir airmata Aidil dan yang paling menyedihkan Aidil dengan teresak-esak ingin memakai kasutnya yang dua-duanya kiri itu yang masih ada di kereta. Ya tuhan…berdosa sangat aku ni..

Satu kelas darjah 2 sekolah agama tersebut tanpa disedari turut menangis. Perasaan sayu dan menyesali perbuatanku sebagai seorang ayah sangat menikam jiwaku sendiri. Aku peluknya dan terus membawanya ke kedai membeli kasut baru.

Riak wajah gembira Aidil jelas terpancar. Aku berulang kali memeluknya sambal meminta maaf…maafkan abah sayang. Maafkan abah… Kisah benar ini akan ku jadikan ingatan dan pedoman dalam menjaga anak sendiri.

Tidak kira sehebat mana pekerjaan ibu dan ayah, jika perkara sebegini terjadi, amat menyedihkan. Kepada para ibu bapa, abang dan kakak yang memiliki anak dan adik, cubalah dekati anak-anak masing, adik-adik masing untuk mengetahui hati dan perasaan mereka. Semoga ianya boleh dijadikan pengajaran….

- Siakapkeli.my



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2017 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak Hassanah??????????? Eh silap, abam Hassann??????????
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2017 04:30 PM | Show all posts
ada ciri2 kak hasanah..1 kelas menangis x menahan
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2017 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
bila part 1 kelas nagis tu da mcm ada unsur2 khayalan penulis
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2017 04:48 PM | Show all posts
izzarishaiqal replied at 11-1-2017 04:36 PM
bila part 1 kelas nagis tu da mcm ada unsur2 khayalan penulis

aku plak masa part dia parking terus berlari tu aku da rasa cam...ehh..ni drama ker? so, aku mcm kau gak la.. bajet khayalan penulis nak bg sedap citer.. ntah-2 nukilan je kot....
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2017 04:56 PM | Show all posts
semua dah ok. tapi patah balik gi peluk anak tu dah mula penyedap cerita kot.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2017 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
kurga replied at 11-1-2017 04:48 PM
aku plak masa part dia parking terus berlari tu aku da rasa cam...ehh..ni drama ker? so, aku mcm k ...

aha cam plot drama kan  
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2017 05:04 PM | Show all posts

tau x per... ingat kan cerita fakir miskin ker... ini da mcm drama..aku lak nak tergelak... hahahaha
motif betul dia keluar dari opis...assume dia bos la leh kuar suka ati...
pastu dia masuk skolah tu.. x de lak kena tahan or mintak izin cikgu dulu...
pastu bleh plak terus bawak anak dia kuar sekolah(part ni happy ending laa kot) hahaha
jangan kecam aku... pendapat aku saje...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2017 05:08 PM | Show all posts
Elok masuk pertandingan cerpen pendek kot2 boleh menang mana tahu
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2017 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
cerita syok sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2017 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
'Pak mus' ke ni....

Cepat dia selesaikan misteri kaki aidil yg sakit.....

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2017 08:06 PM | Show all posts
tapi sedih juga la part dia marah anak dia tu
anak dia nangis diam aje..hhuhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2017 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Krkeke, kalau aku la bukan nangis tp ketawa dulu kut sbb kelako
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2017 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Boss aku plak pakai setokin lain2. Bila dah satu opis gelak2, baru dia perasan. Dah tua nak mampus pun pakai setokin lain2.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2017 11:27 PM | Show all posts
kan ada link ke fb kawan tu------klik sajork nyah-----------
pasai komen2 di situ, macam positif belakak=====hahahah=====
muka encik ni pun ada jugok=====  hrus dibambu atau diuji coba kesahihannya di ruang  komen fb tu oleh forumer cari---- ayoh ayoh camon
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 01:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Drama sgt...  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2017 08:27 AM | Show all posts
eh! mcm bodoh sgt mak pak dia belikan brg2 sekolah untuk anak dia nih. silap ko x check balik kasut tu terus jd drama sendu.

seminggu pulak tu...apa kebodohan itu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 08:57 AM | Show all posts
dah 2 minggu sekolah sapa yang cuci kasut budak tu time cuti? takkan budak darjah satu dah cuci kasut sendiri? habis tu bukan maknya? dah tu ... tak kan masa cuci kasut mak nya tak perasan kasut anak dia dua2 belah tu belah kiri?

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 09:02 AM | Show all posts
jilake,,, aku baru nak menitis sebarang 2 titis air mata, sekali baca 1st komen kak hasanah... masuk balik air mata aku nih...
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 10:03 AM | Show all posts
shernazz replied at 11-1-2017 08:06 PM
tapi sedih juga la part dia marah anak dia tu
anak dia nangis diam aje..hhuhuhuhu

yang ni aku bajet.. dia akan cakap balik macam ni.."patut lah dia nangis diam aje...sebab x nak menyusahkan abah nya"tapi x de...

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 05:44 AM GMT+8 , Processed in 0.052757 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list