CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1410|Reply: 2

Minta Polis Siasat Dakwaan Sindiket Jual Soalan SPM- Mahdzir Khalid

[Copy link]
Post time 15-11-2016 10:12 AM | Show all posts |Read mode


Kementerian Pendidikan meminta pihak berkuasa agar melakukan siasatan segera dan terperinci berhubung dakwaan sebuah akhbar berbahasa Cina kononnya terdapat sindiket yang menjual soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016.


Memetik laporan Bernama, Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, laporan polis telah dibuat oleh Lembaga Peperiksaan kelmarin bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan pihak berwajib.


Tegas beliau, pihak kementerian memandang serius dakwaan tersebut dan sekiranya terbukti laporan itu adalah palsu, kementerian tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar berkenaan.


Pada Ahad, akhbar China Press menyiarkan sebuah artikel yang mendakwa penglibatan sindiket penjualan soalan SPM 2016 itu turut didalangi pegawai tinggi dari KPM sendiri.


Terdahulu pada Rabu lalu, Kementerian Pendidikan menafikan berlakunya kebocoran kertas peperiksaan Sejarah Kertas 1 dan 2 seperti yang disebarkan dan viral melalui media sosial.- CARI

sumber foto: Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2016 10:25 AM | Show all posts
ni soalan yg belum keluar lg @ soalan yg dah keluar..?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2016 12:27 PM | Show all posts
nk bukti tu maybe susah tp kes mcm ni mmg ade.

yg buat soalan tu sape? deols jugak.
so, sesama deols soksek2 ko bg soalan ape? ak bg soalan bab ni sekian2.. so msg2 akan compare then akan bg soalan yg dh di beri kpd kemnterian berkenaan. so, student akan fokus subject2 yg di highlight tu.


dan ayat boso ak, sape yg potostat soalan2 tu semua? deols bute ke x tgk soalan ape?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:00 PM GMT+8 , Processed in 0.063615 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list