CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9366|Reply: 12

[Pemandangan & Senibina] Senibina Rumah Tradisional Melayu Perak

[Copy link]
Post time 1-11-2016 11:29 AM | Show all posts |Read mode
Artikel Senibina Rumah Tradisional Melayu Perak

Artikel ini saya tulis dicetuskan oleh minat terhadap senibina tradisional Melayu. Ini adalah merupakan Bahagian Pertama sebagai pengenalan kepada kajian saya dan berharap saya akan dapat mendalami kajian ini untuk dijadikan bahan ilmiah dan rujukan kepada senibina melayu tradisional Negeri Perak. Kajian ini saya mulakan dari kawasan Parit sehingga kawasan Bota dan saya akan meneruskan usaha ini untuk merekodkan rumah – rumah kediaman yang memiliki ciri – ciri senibina tempatan. Saya mencadangkan agar rumah-rumah tradisional ini dapat dipelihara dan dikekalkan sebagai warisan khazanah senibina Melayu di Daerah Perak Tengah

BAHAGIAN 1 SENIBINA TRADISIONAL MELAYU DI DAERAH PERAK TENGAH:
SENIBINA TRADISIONAL MELAYU PERAK YANG HARUS DIPELIHARA.

Majlis Daerah Perak Tengah Daerah Perak Tengah, Perak Darul Ridzuan adalah sebuah daerah yang terletak di sepanjang Sungai Perak dari Teluk Perang sehingga ke Kampung Gajah. Di sepanjang persisir Sungai Perak, di kiri dan kanan terdapat kampung – kampung tradisional Melayu yang telah menjadi identiti kepada Daerah Perak Tengah. Apa yang menarik di kebanyakkan kampung ini penduduknya masih kekal menghuni rumah kampong yang memelihara ciri- ciri rekabentuk asal senibina tradisional Melayu Perak.
Ciri – ciri Rekabentuk Senibina
Bumbung Limas Perak. Ciri utama Rumah Perak ialah penggunaan bumbung dengan ‘Tebar Layar’ (Gable End) yang dilengkapi dengan papan tumpu kasau (Fascia board) berukiran motif tradisional.
Bahan Binaan
Bahan binaan yang digunakan secara turun temurun adalah kayu dan papan dari jenis Chengal dan Meranti. Ini adalah kerana kayu jenis ini mudah diperolehi dengan banyaknya di Negeri Perak. Sebahagian besar pemilik atau pewaris yang menghuni rumah – rumah kampung tradisional ini masih mengekalkan struktur binaan asal termasuk pelan lantai yang mungkin ditokok tambah berdasarkan keperluan kegunaan dan perubahan kepada menggunakan bahan – bahan binaan moden.
Kemasan luar majoritinya telah menggunakan cat kimia buatan terkini atau menggunakan minyak kayu untuk mengawet kayu dari mudah rosak.

Kombinasi Bahan Binaan Tradisional dan Terkini
Sebahagian rumah yang dikaji telah menerapkan penggunaan kombinasi bahan binaan kayu, bata tanah liat, konkrit, dan plaster. Tingkap telah berubah dari menggunakan papan kepada panel kaca. Usia kebanyakkan rumah – rumah yang ditinjau telah menjangkau lebih 50 tahun, apa yang menarik ialah ianya dengan jelas mengekalkan ciri – ciri senibina tradisional Melayu Perak. Adalah diharapkan senibina tradisional Melayu Perak ini dapat dipelihara sebagai khazanah warisan bangsa untuk tatapan generasi akan datang.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-11-2016 11:31 AM | Show all posts
RUMAH A
Lokasi : Kampung Padang Tenggala, Parit, Perak.




RUMAH B
Lokasi : Kampung Layang-Layang Kanan, Parit, Perak



RUMAH C
Lokasi : Kampung Layang-Layang Kanan, Parit, Perak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2016 11:32 AM | Show all posts
RUMAH D
Lokasi : Kampung Tengah, Parit, Perak.



credit to: Clr. Mohd Yusof Bin Mat Saad – Majlis Daerah Perak Tengah
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2016 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik...suka umah2 kampung camni. Menggamit kenangan
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2016 02:45 PM | Show all posts
cantiknyaaa rumahhh...
opahh bukak pintuu
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2016 10:09 PM | Show all posts
cantik-cantik semua. rumah kat Kg Padang Tenggala tu familiar... pernah masuk drama kot.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-11-2016 10:22 AM | Show all posts
semua kat Parit Perak
cantik dan unik semuanya..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2016 03:12 PM | Show all posts
rumah warisan dan rumah pusaka mesti dijaga elok-elok.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2016 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Swmua cantik2..suka tgk rumah d
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2017 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
balik kampungg still nampak lagi rumah macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 12:28 PM | Show all posts
nyaman je tengok,rindu kampung..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2017 10:00 AM | Show all posts
cantik rekabentuk umah2 lama...org dulu2 mmg kreatiffff
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2018 09:55 AM | Show all posts
ini artikel mohd yusof saad. tt penulis artikel kah?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Gambar & Video


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 06:37 PM GMT+8 , Processed in 0.073147 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list