CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4567|Reply: 3

5 Seluar Lelaki Yang menjadi Trending 2016

[Copy link]
Post time 7-10-2016 06:29 PM | Show all posts |Read mode


Lelaki zaman sekarang juga tidak mahu ketinggalan dalam mengikuti perkembangan fesyen semasa dan penjagaan penampilan diri.


Jika wanita mempunyai bermacam-macam fesyen hijab, baju dan kasut, lelaki juga ada perkembangan fesyen terbaharu yang mereka ikuti.


Jom kita lihat beberapa jenis seluar yang menjadi trend dikalangan lelaki pada 2016. Trend seluar lelaki 2016 ini dipetik dari mensive.com.



Sumber foto - polyvore.com




1. Harem Pants
Mengikut kajian setempat seluar ini mula mendapat perhatian pada tahun 2013. Ketika itu ianya mula digayakan sebagai seluar wanita yang direka untuk kesenangan mereka dari lutut hingga atas buku  lali. Kemudian selepas beberapa ketika seluar jenis ini digayakan pula oleh penyanyi terkenal PSY di dalam video klipnya berjudul “Gangnam Style”. Sehingga kini, seluar yang dipelopori penduduk berbangsa Turkish itu telah menjadi pilihan seluruh dunia.

Sumber foto - klozetkl.com



2. Bob by Afdlin Shauki
Produk tempatan yang patut diberi penghargaan. Rekaannya juga seperti Harem Pants namun menggunakan kualiti kain pelikat sebagai sumber rekaan utama. Mudah digayakan dan senang kerana rekaannya yang menggembang ke bawah memudahkan si pemakai untuk berjalan. Cubalah!


Sumber foto - groupon.com




3. Jogger pants                 
Nama seperti seluar untuk jogging namun begitu dengan percambahan fesyen yang ada menjadikan seluar jenis jogger pants pilihan utama. Juga sesuai di gunakan untuk mereka yang bekerja dan mempraktikan kasualiti sebagai sandaran. Seluar jenis ini juga mudah di dapati di beberapa gedung pakaian ‘online’ di Malaysia. Ianya dipilih kerana kualiti seluarnya yang selesa serta si pemakai akan merasa lebih ringan kerana seluarnya yang longgar.






4. Seluar Jeans
Tidak pernah di makan masa, seluar jeans merupakan pilihan terbaik buat lelaki di luar sana yang menginginkan kerancakan ketika keluar bersama rakan serta berhujung minggu. Seluar Jeans mudah di dapati serta didatangkan dengan pelbagai jenis jeans. Harganya juga mengikut kemampuan. Sememangnya seluar jenis ini merupakan benda wajib ada di dalam almari setiap orang.









5. Seluar Khakis
Seluar seperti ini sangat selesa dipakai kerana tekstur kain yang lembut dan didatangkan dengan pelbagai warna. Sangat sesuai untuk lelaki berani berfesyen dan ingin kelihatan sentiasa menyerlah. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2016 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Jogger pants tu menarik.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2016 06:21 PM | Show all posts
laki aku pn pakai jogger pants aje skrg..senang dan selesa katenyerr
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2016 12:04 AM | Show all posts
Pkai seluar track & jeans je.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:59 PM GMT+8 , Processed in 0.057381 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list