View: 21117|Reply: 165
|
Cikki janda putih gebu, jual daging jeruk dihencap ummah racist katanya
[Copy link]
|
|
Edited by Modngengade at 29-9-2016 03:13 AM
SELASA lalu golongan netizen dikejutkan dengan viral tentang bagaimana seorang wanita menjual daging jeruk berhadapan dengan pelanggan yang enggan berurusan dengannya setelah mengetahui dia mempunyai anak kacukan warga Afrika.
Menceritakan semula kejadian, Noor Akmar Kamaruddin, 29, atau dikenali sebagai Emma Adelia berkata, pada hari berkenaan semuanya berjalan tenang sehinggalah dia dikejutkan dengan mesej seorang pelanggan bernama Safina Said.
"Safina beritahu nak beli daging jeruk yang saya jual. Saya pun balas dengan elok dan terangkan dia pakej yang ada.
"Tiba-tiba dia alih topik dan bertanya siapa budak kecil yang bersama saya dalam gambar profil Facebook. Tanpa berfikir serong, saya beritahu itu anak saya," kata Noor Akmar yang lebih mesra disapa Emma.
Menurut Emma, tanpa diduganya, wanita tersebut masih mahu memanjangkan perbualan dan bertanya lagi sama ada rambut anaknya yang kerinting itu asli.
"Saya pun terangkan yang anak saya kacukan Melayu-Afrika (dari Nigeria) dan sungguh tak sangka apabila Safina memberi reaksi terperanjat," katanya kepada Sinar Harian.
Emma berkata, sebaik mendengar jawapan itu, Safina memberitahu dia enggan meneruskan urus niaga kerana suaminya tidak membenarkan dia terlibat dengan warga Afrika.
"Dia kata rupa dan perangai orang Afrika buruk. Saya pun tanyalah sama ada dia pernah ada masalah dengan mereka, dia kata tak. Jadi saya terdiam sekejap dan mula fikir, apa sebenarnya masalah Safina ni," kata Emma yang merupakan seorang ibu tunggal yang membesarkan anaknya, Qiesya Adelia, 3, sendirian.
Katanya yang sudah dilatih untuk sentiasa melayan pelanggan dengan baik, dia akhirnya mengambil keputusan untuk memberi respons secara berhemah namun sedikit sinikal.
"Saya cakap saya pun tak dapat nak berurusniaga dengan dia (Safina) sebab saya tak suka jadi rasis. Kemudian saya kata lagi, anak saya walaupun campuran darah Afrika tapi dia cantik, tak macam wajah dan hati dia yang buruk," kata Emma yang mengakui dia hanya bertujuan mahu menyedarkan Safina setelah tergores dengan kata-kata wanita itu.
Bagaikan terpukul dengan kata-kata sendiri dan setelah screen-shot perbualan mereka dimuatkan Emma dalam statusnya di Facebook, Safina bertindak menutup akaun laman sosialnya.
"Saya memang terkejut, tak sangka dia boleh kata begitu. Serius saya terperanjat ada lagi orang Malaysia yang anti-perkauman macam tu sekali. Dia tak tahu anak-anak campuran Malaysia-Afrika ramai kat negara ni. Kalau dia tahu mungkin akan malu sendiri," tegas Emma.
Tambah ibu muda yang berasal dari utara tanah air ini, dia sudah biasa berhadapan dengan pelbagai kata-kata tidak enak tentang dirinya dan Qiesya, namun memutuskan untuk 'buat biasa'.
"Biasanya orang awam suka tanya sama ada Qiesya tu anak betul saya atau anak angkat. Saya terangkan baik-baik saja sebab mereka tanya pun dengan elok. Tapi kali ni lain pula jadinya.
"Takpelah saya doakan Safina bahagia berurusan dengan warga tempatan atau bangsa lain yang bukan negro," katanya sinis.
Emma yang juga seorang pengasuh bayi di kawasan perumahannya di Ampang berkata, dia kesal terpaksa berhadapan dengan insiden itu namun bersyukur menerima sokongan padu rakyat Malaysia dari pelbagai kaum, terutama setelah kisahnya dikongsi semula oleh beribu-ribu netizen.
"Ramai yang menyokong dan bagi semangat, tak kurang juga yang negatif dan sanggup kata ini strategi saya nak lakukan barang dijual. Tolonglah, saya ni berniaga dari rumah saja. Kecil-kecilan pula tu.
"Saya cuma nak orang tahu ada anak kacukan warga Afrika bukan satu dosa. Ia tak ada kena mengena dengan perniagaan yang saya buat. Saya cuma seorang ibu tunggal yang bertungkus-lumus cari rezeki halal demi membesarkan anak saya Qiesya, itu saja.
"Kepada Safina dan mereka di luar sana yang suka memandang hina kepada kaum lain, anda patut duduk di pulau dan berurus niagalah dengan diri sendiri saja," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
akak tengok cantik je anak sheols... jgn2 safina tu yang kepam |
|
|
|
|
|
|
|
typical meleis.... iols selalu je jumpa budak2 kecik nak beli kaya ball, waffle etc, tp mak pak x bg n dia ckap kt anak2 dia jgan beli makanan ummah cainis yg jual... sejak bila halal haram based on ummah yg membuat makanan tu pn iols xtau la.. klau fikir logik, takkan la waffle n kaya ball tu nak diletak arak ke babi ke... lgpun ko tinggal kt malaysia, sah2 tepung, kaya etc tu semua halal...
jujur ya, iols lg rela makan kt kedai cainis, tp makan seafood n veggie dia jelah, drpd makan kt mamak... iols geli makan kt mamak.... |
|
|
|
|
|
|
|
biasanya gene negroid dominant tapi dlm kes ni baby tu nmpk cerah pulak....ke gambar fotosopp????
|
|
|
|
|
|
|
|
Comel anak dia..harus besar nti tinggi lampai persis model gitu |
|
|
|
|
|
|
|
harapan malaysia untuk acara pecut 100m dan 200m sis....
|
|
|
|
|
|
|
|
Perangai kerani memang camni pon..
Acah2 tanya nak beli barang, padahal nak korek rahsia orang lain
Kimk punya perangai.. ubah la sikap tu wahai melayu kampong |
|
|
|
|
|
|
|
Pprtnya prangai pembeli tu dia ckp penjual kurg ajar.. padahal dia yg kurang ajar |
|
|
|
|
|
|
|
Comel apa anak dia..rambut sebijik mcmm anak dara aku ms kecik.anak aku mix gak |
|
|
|
|
|
|
|
padan muka ko...sorry aku anti racist...last2 malu sendiri... |
|
|
|
|
|
|
|
Modngengade replied at 29-9-2016 11:22 AM
biasanya gene negroid dominant tapi dlm kes ni baby tu nmpk cerah pulak....ke gambar fotosopp???? ...
Tu yg iols pikirkan dr td.. kcuali negro ni mix jg dgn hispanic....etc.. slalu negro asli kwin mana2 bangsa hatta korea yg putih melepak pn anak dia akan jd gelap la jua..
Tp anak pnjual ni comel..kulit lbih kurg melayu |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa dia ibu tunggal?
Alah, nak viralkan sbb nak lakukan barang lettew
Motip aku sangka buruk sentiasa kt benda viral?
Hati keladak bak kata Prof. Muhaya
|
|
|
|
|
|
|
|
arap2 budak ni jd athlete malaysia satu hari nnt |
|
|
|
|
|
|
| |
|