View: 2909|Reply: 14
|
Mangkuk Tandas Buatan Emas 18K Di New York Untuk Penggunaan Umum
[Copy link]
|
|
Oleh :TS LOO
sumber foto: http://1.vgc.no/ & http://www.newyorker.com/
Walaupun setiap hari sering kita pergi ke bilik air atau tandas, tetapi sudah pasti tidak ramai orang pernah menggunakan mangkuk tandas buatan emas.
Dengar betul-betul bukan berwarna emas tapi diperbuat daripada emas sebenar!
Baru-baru ini, galeri seni Guggenheim yang terletak di bandar New York, Amerika Syarikat, secara rasminya meletakkan sebuah mangkuk tandas yang diperbuat daripada emas 18K penggunaannya secara terbuka untuk orang awam.
Laporan gabungan media asing, mangkuk tandas emas ini diberi nama sebagai 'America', rekaannya dilakukan oleh tukang seni dan ukiran dari Itali yang bernama Cattelan.
Fungsi mangkuk tandas buatan emas itu tiada beza berbanding dengan yang lain, terbuka untuk penggunaan para pengunjung yang telah beli tiket masuk ke dalam galeri.
Menurut Cattelan, "tidak kira sama ada anda makan menu tengah hari yang berharga AS$200 atau pun makan hot dog yang bernilai AS$2, hasilnya tetap sama sahaja iaitu hanya sebuah tandas."
Menurut pegawai galeri, tujuan utama mangkuk tandas tersebut adalah untuk memberi kesedaran kepada semua orang bahawa dalam sifat kemanusiaan sejagat dan perlu berdepan realiti yang tidak dapat dielakkan.
Pengunjung boleh menggunakan cara yang lain daripada yang lain, bersendirian dan secara peribadi menyentuh karya seni yang istimewa itu.
Pihak galeri juga bakal mengambil tindakan pembersihan yang berlainan, setiap 15 minit membersih mangkuk tandas buatan emas itu dengan menggunakan kain basah yang istimewa, bagi memastikan bahagian luaran mangkuk tandas tidak dirosakkan, pada masa yang sama mengekalkan kebersihan mangkuk tersebut. - CARI
sumber info: www.theguardian.com |
|
|
|
|
|
|
|
Pengunjung boleh menggunakan cara yang lain daripada yang lain, bersendirian dan secara peribadi menyentuh karya seni yang istimewa itu.
euwww... nk sentuh ape??? even dari emas pun iols rse xperlu sentuh2 kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa bezanya fungsi tetap sebagai mangkuk tandas hanya bahan nak membuatnya je mahal |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by hanisbunny at 21-9-2016 05:50 PM
"tidak kira sama ada anda berak menu tengah hari yang berharga AS$200 atau pun berak hot dog yang bernilai AS$2, hasilnya tetap sama sahaja iaitu hanya sebuah tandas." emas ke xemas, sama jaaahhh takung taik ummah memerut ja..level2 untuk ditenyeh pada bontot juga asalnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bahagiannya tahi di berak kan atas emas... |
|
|
|
|
|
|
|
oppol replied at 21-9-2016 08:49 PM
Bahagiannya tahi di berak kan atas emas...
Sebab emas kan tak berkarat |
|
|
|
|
|
|
|
oppol replied at 21-9-2016 10:02 PM
Ya la ya la
hebat la awak lepas buat konsert kat malaysia terus pandai bm...
:lo ...
Kikikiiki...lahir2 terus terer bm
Btw,lepas 37 tahun toilet tu sure bersinar2 gitu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak takut mangkuk kena ketuk ka oleh mangkuk hayun. Gosok2 dgn kertas paasir pun boleh kutip . Tiap2 kali berak tonyoh dgn kertas pasir |
|
|
|
|
|
|
|
Mau selpie patplotpat jam kt sinun..xkesah kerut wajah waktu memerut janji mangkok tndas emas khuennnn |
|
|
|
|
|
|
|
mmg kikis skit2 emas tu |
|
|
|
|
|
|
|
jenuh nak mencuci tandas emas |
|
|
|
|
|
|
|
Klu berak kt mangkuk tu ... Tauk kuar lawas ke??? |
|
|
|
|
|
|
|
hmm klu kat msia ni xsampai 10 minit tggl bekas tapak je kena angkut |
|
|
|
|
|
|
|
mengarut betul
mangkuk tandas tempat buat air besar/kecik pun nak buat dari emas
ni dah kaya tak bertempat
ko bantu rakyat ko yg termiskin, ada gak bagus |
|
|
|
|
|
|
| |
|