Sesudip nasi kosong, separuh sosej dijadikan menu makanan Rancangan Makanan Tambahan murid miskin
Seorang guru di sebuah sekolah rendah di Pasir Mas, Kelantan meminta pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) turun padang melihat sendiri bagaimana makanan di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT) disediakan untuk murid.
Guru berkenaan yang enggan namanya disiarkan berkata, beliau sedih melihat menu makanan pagi untuk murid miskin tegar disediakan seperti nasi kosong dengan lauk separuh potongan sosej.
Katanya, pihak yang diberi tanggungjawab menyediakan makanan RMT tidak wajar menyediakan menu seperti itu, walaupun harga disediakan kerajaan hanya RM2.50 untuk seorang murid.
"Pagi tadi saya turun ke kantin sekolah, saya terkejut melihat makanan yang dihidangkan atas meja tidak terusik.
"Saya tanya beberapa murid yang ada di situ kenapa tidak makan nasi disediakan. Mereka jawab tidak ada selera.
"Kemudian saya ambil makanan itu dan setelah melihatnya sendiri, baru saya tahu kenapa murid hilang selera untuk makan," katanya.
Menurut pekeliling Kementerian Pendidikan bertarikh 19 Januari 2016, pelaksanaan program itu bertujuan menyediakan makanan berkhasiat yang mengandungi nutrisi seimbang kepada murid bagi membantu mereka memberi tumpuan kepada pembelajaran dalam kelas.
Penyediaan menu makanan hendaklah mematuhi senarai menu yang telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan, manakala Jabatan Pendidikan Negeri, PPD dan Jawatankuasa RMT sekolah hendaklah membuat pemantauan untuk memastikan semua peraturan dan prosedur kewangan dipatuhi. - MalaysiaGazette
Mcm nk bagi kucing mkn...kucing pun pandai memilih
So mknan x habis tu akn direcycle kemudian jual balik
Untung berlipat kali ganda, pandai depa buat duit
Yg pastinya benda ni mesti dah berlaku lama
Nk tnggu seseorg yg prihatin viralkn baru semua buka mata gitu?
Malon terbukti masih miskin, tapi tak sedar diri, mau jelekkan Indon pulak. Kesian rakyat malon, ditipu gomennya yang cakapnya makmur ternyate makan pun suseh, miskin melarat..rat..rat... Woii malon bercerminlah!!
Memang sedih aku tgok makanan RMT tu. Berkhasiat kepala hotak org yg sediakan makanan tu. Mana dana utk makanan khas ni?. Memang kaya raya yg dapat kontrak tapi menu macam hampeh.
Post time 5-9-2016 07:39 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kesian generasi sekarang. Bagi makanan tak berkhasiat pastu expect budak2 membesar jd genius.
Pastu kata membesar jadi mentaliti peon.
Celakalah orang yang bersekongkol dengan org yang tak amanah. Dan celakalah KAMU yang berdiri di belakang orang yang diberi amanah tapi menganiaya tanggungjawab kamu.
Post time 5-9-2016 07:58 PMFrom the mobile phone|Show all posts
kejamnya. sian anak2 ni suma.mcm tu masih lagi berangan nk buat taman 650 juta setanding hyde park. baiklah labur kat pendidikan juga kesihatan. lagi berfaedah.