CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1368|Reply: 6

[Tempatan] Skim bantu pembeli rumah pertama bakal diumum dalam Bajet 2017

[Copy link]
Post time 2-9-2016 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Satu skim bagi memudahkan pembeli rumah pertama mendapat pembiayaan pinjaman bakal diumumkan dalam pembentangan Bajet 2017.

Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani berkata ia bagi menangani masalah rakyat Malaysia khususnya golongan muda yang sukar mendapat pinjaman penuh daripada bank ekoran daripada gaji permulaan yang rendah.

Syarat bagi skim berkenaan adalah untuk pembelian rumah pertama dengan nilai RM300,000 dan ke bawah.

"Kami sedang berbincang dengan Bank Negara dan empat bank utama negara iaitu CIMB, Maybank, Ambank dan RHB Bank bagi mewujudkan pakej untuk menangani isu di mana graduan muda yang gajinya sekitar RM2,500 ke 3,000 yang mungkin sukar mendapat pinjaman penuh.

"Biarpun dengan deposit pembelian rumah pertama sebanyak RM30,000 disediakan kerajaan, tetapi sekiranya rumah itu bernilai RM300,000, mereka masih perlu meminjam RM270,000. Bank hanya boleh meminjamkan RM200,000 jadi wujudnya jurang di situ," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sistem RMR Online melalui laman web SPNB bagi program Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) di sini hari ini.

Beliau juga mengambarkan skim berkenaan akan melihat kepada mekanisme merapatkan jurang perbezaan antara pinjaman yang diperlukan pembeli rumah dan jumlah pinjaman yang layak dipinjam, khususnya bagi golongan muda.

"Mereka akan mendapat kenaikan gaji setiap tahun dan mungkin dalam masa lima ke enam tahun baru mereka boleh membeli rumah, tetapi rumah itu kemungkinan tiada lagi atau harganya meningkat kepada RM400,000 ke 500,000.

"Jadi, isunya sekarang adalah bagaimana hendak merapatkan jurang sementara menunggu gaji mereka meningkat. Jika isu ini tidak ditangani, akan wujud ketidakserasian dalam apa yang kerajaan cuba sediakan. Ia akan mewujudkan situasi di mana orang ingin membeli rumah tetapi tidak mampu dan PR1MA ingin membina rumah tetapi tidak dapat menjualnya.
Ujarnya, butiran lanjut mengenai skim berkenaan bakal diumumkan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan belanjawan negara bulan depan.



http://www.astroawani.com/berita ... m-bajet-2017-115621



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2016 12:24 AM | Show all posts
wa bukan apa

wa pasti cina india melayu kelantan dan kedah akan berebut2

puak2 ni kan tak suka duduk tanah sndiri

suka menumpang tanah orng

wa gelak guling2
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2016 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcd0001 replied at 2-9-2016 11:56 AM
Hey bro! Hi kawan2!!



@medangmru
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2016 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Maksudnya kerajaan bantu bayar deposit la kan.. maksimum 30k..

Bantuan ni perlu dibayar semula ke? Atau convert ke dalam loan?
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2016 04:08 AM | Show all posts
semoga dimudahkan ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2016 07:07 AM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 3-9-2016 12:55 AM
Maksudnya kerajaan bantu bayar deposit la kan.. maksimum 30k..

Bantuan ni perlu dibayar semula ke ...

Apa yg wana paham mungkin ada skim utk 1st buyer
My deposit tu lain
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-9-2016 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
lavatonggek replied at 3-9-2016 12:24 AM
wa bukan apa

wa pasti cina india melayu kelantan dan kedah akan berebut2

Benda ni kan utk malaysian xkisah dia siapa selagi dia 1st buyer kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:57 PM GMT+8 , Processed in 0.059839 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list