CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3054|Reply: 5

Kenali 5 Kriteria Lelaki Feminin

[Copy link]
Post time 19-8-2016 02:45 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Adakah lelaki feminin ini sinonim dengan lelaki lembut? Ada sesetengah wanita berpendapat sebegitu. Sudah tentulah ia berkaitan sangat dengan ciri-ciri wanita.




Tapi, janganlah terkejut jika lelaki macho sekarang ini ramai yang feminin. Ia bukanlah kerana mereka gemar berkawan dengan wanita tetapi mereka berpendapat jika wanita boleh melakukan aktiviti yang dilakukan lelaki kenapa lelaki tidak boleh melakukan aktiviti yang dilakukan oleh wanita juga?  

Berikut adalah beberapa aktiviti yang boleh dianggap agak feminin untuk dilakukan oleh lelaki di luar sana. Cepat cek, anda tergolong tak? - CARI

1. Berdandan Dan Berhias





Tidak ada salahnya jika seorang lelaki ingin menjaga penampilan diri mereka dengan berdandan seperti bercukur untuk membuang jambang yang berselerak dan rambut yang tidak kemas.Namun perlulah ada garis panduan jangan pula sampai perlu mencabut bulu kening dan bercukur sehingga licin satu badan. Nampak terlalu feminin nanti bukan?

2. Memasak






Ramai lelaki zaman moden ini sudah mula menjinakkan diri dengan dunia masakan. Malah ramai juga yang semakin mesra dengan dapur lebih dari wanita sendiri.

3. Menari


Ada juga wanita yang suka pada lelaki yang boleh menari. Ini kerana kebanyakan wanita boleh mengenalpasti lelaki yang romantik melalui cara dia menggerakkan tubuh di atas lantai tarian. Namun kebanyakan orang akan memandang serong dan beranggapan negatif jika seorang lelaki itu terlibat dengan tarian balet. Bagi mereka tarian ini bukanlah cara yang paling baik untuk seorang lelak menunjukkan kelakian mereka.

4. Menangis Sambil Menonton Drama


Tiada yang salah jika seorang lelaki memilih untuk menangis ketika menonton sesebuah filem atau drama. Namun kebanyakan mereka hanya mengganggap ini sebagai perkara biasa jika lelaki dilihat menangis ketika menghadiri majlis pengebumian.

Wanita akan menganggap lelaki  itu sebagai ‘pondan’ jika menangis ketika menonton drama kerana perangai tersebut menampakkan lelaki itu terlalu feminin.

5. Membeli Belah Dan Fesyen





Jika seorang lelaki itu minat berfesyen dan pandai bergaya, ia menujukkan lelaki tersebut mempunyai citarasa yang bagus dalam pemilihan gaya.

Tak salah jika seorang lelaki itu minat melaram kerana lelaki pun mempunyai citarasa mereka yang tersendiri dalam berfesyen.


Sumber : Lelaki Sihat

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2016 12:59 PM | Show all posts
no. 2 dan 4 tak betul... lelaki yg pndai masak ada lah lelaki yg macho okay... n lelaki yg menangis sebab tersentuh dgan drama or apa2 adalah lelaki yg ada jiwa sensitif, better drpd lelaki yg tak menangis tak peduli apa2
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2016 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagi satu.....lelaki suka selfie dan suka mencapub kat media sosial juga berjiwa feminin
Eeiuuwww zizik
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 01:23 PM | Show all posts
lelaki suka masak feminin? ye ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2016 11:33 AM | Show all posts
lelaki memasak tu normal. ada jgk lelaki kuat shopping mengalahkan perempuan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2016 12:41 PM | Show all posts
aku pon masak je kat rumah feminine apanya. nangis masa tengok drama tu taklah kot. kalau nak nangis pun cover ar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.252626 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list