View: 1495|Reply: 3
|
[Jenayah]
Rogol. Suspek: murid menengah rendah. (tkt 1-3) Mangsa: Murid tingkatan 1
[Copy link]
|
|
Alahh.... berita biasa je. Macam cerita hari - hari pun. Tapi kalau tak sedar lagi... aku budget ni penangan video lucah la ni. Dalam setiap kepala anak-anak/ adik-adik korang, ada dah tak banyak, sikit unsur kebiruan. Kau ingat ni 20 tahun lepas ke? 90an? Waktu budak lucah curi video tape abang/bapak yg nakal, untuk tengok kat rumah waktu mak bapak takder? Tak semua budak zaman tu ada pengalaman tengok video ni... hanya budak tertentu, dalam keadaan tertentu aje, dalam kesempatan tertentu aje.
Ni zaman orang tengok video kat handphone noks. Kau ada smartphone yg paling cikai pun, boleh je minta video kat kawan nak tengok.
Kau ingat senang ke nak tahan curiousity tu? Bukannya nak kena tunggu makpak kawan pergi keluar dulu.... timing cantik takder kerja apa dulu.... tak payah, tak payah. Sekarang pun budak2 boleh tengok, kat sini, sekolah, di mana jua.
Harap pihak terbabit brainstorm cari penyelesaian. Berita biasa macam bawah ni, nanti 4,5 tahun lagi kerap jadi. Mintak simpang dari anak anak aku , dan kau terlibat. Ni yg bawah ni... ni macam kes bawah umur so, jadi kes rogol la. Tapi disyaki kes seks bebas bawah umur la ni.
Batu Pahat, 17 Ogos: Empat pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah di sini ditahan polis semalam selepas dipercayai merogol seorang pelajar tingkatan satu sekolah yang sama sejak April lalu.
Dalam serbuan jam 1 pagi itu, empat suspek yang berusia antara 13 - 15 tahun itu ditahan di kediaman mereka di kawasan Sungai Buloh, Senggarang, selepas tidak hadir ke sekolah sejak beberapa hari lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa, perkara itu disedari selepas seorang guru sekolah tersebut memberitahu ibu mangsa bahawa anaknya mungkin menjadi mangsa rogol.
"Hasil pemeriksaan hospital mendapati terdapat kesan koyakan pada kemaluan mangsa disebabkan hubungan seks sebelum mangsa akhirnya mengaku melakukan perbuatan itu dengan lima lelaki yang juga rakan sekolahnya sejak April lalu.
"Mangsa juga menyatakan pernah melakukan hubungan seks sebanyak tiga kali dengan rakan sekelasnya di tempat rehat tasik di Taman Evergreen Heights dan di pondok kosong di Sungai Suloh, bulan lalu," katanya.
Polis berjaya mengesan dan menahan empat suspek manakal seorang lagi suspek sedang dikesan.
"Keempat-empat suspek ditahan reman seminggu mulai semalam dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya.
Sumber : Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
dah ada la semalam lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
hahahahaaa
smlm dah ada kat sini lah TT |
|
|
|
|
|
|
|
gigih komen pepanjang...ko tetinggal ketapi ni dekkkk |
|
|
|
|
|
|
| |
|