CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1644|Reply: 6

[Jenayah] Edisi berita babi takdak gambar - Polis dipukul 8 lelaki

[Copy link]
Post time 6-8-2016 09:40 AM | Show all posts |Read mode
IPOH: Seorang anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh cedera di bahagian kepala selepas dipukul lapan lelaki di kawasan tapak pembinaan rumah di Taman Sri Wangi Lahat, di sini petang Khamis.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, mangsa yang sedang bertugas telah mengekori kesemua lelaki yang bertopi keledar menutup muka menunggang empat motosikal masuk ke tapak pembinaan berkenaan.

Sum berkata mangsa melihat lapan lelaki itu cuba mencuri mozek.

"Mangsa turun dari keretanya dan suspek cuba melarikan diri namun mangsa berjaya menahan seorang suspek dan berlaku pergelutan.

"Suspek yang lain datang menolong dan telah memukul kepala mangsa dengan menggunakan kayu sehingga mangsa pengsan. Setelah sedar diri mangsa mendapati pistolnya telah hilang," katanya dalam satu kenyataan di sini malam tadi.

Menurut Sum, mangsa kemudiannya terserempak dengan seorang rakan sejawat yang telah membawa beliau ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk mendapatkan rawatan.

Hasil siasatan di tempat kejadian, pihak polis telah menemui sepucuk pistol Smith & Wesson beserta lima butir peluru dan dua batang kayu yang dipercayai digunakan untuk memukul mangsa, katanya.

"Dua saksi yang nampak kejadian telah dirakam percakapannya. Siasatan lanjut masih diteruskan untuk mengesan dan menangkap suspek yang terlibat," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan senjata.

(Hasil siasatan di tempat kejadian, pihak polis menemui sepucuk pistol Smith & Wesson beserta lima butir peluru dan dua batang kayu yang dipercayai digunakan untuk memukul mangsa.)

                        Tarikh berita dipos: Ogos 06, 2016 08:24 MYT

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-8-2016 09:41 AM | Show all posts
sumber: astro awani.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2016 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
nasib baik xkene tembak pastu mayat di buang dlm bancuhan konkrit
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2016 10:57 AM | Show all posts
polis pun xleh buat rondaan sorang2, bahaya
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2016 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Inilah jadinya kalau berangan jadi hero Tamil...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2016 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
curi mozek naik motor?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2016 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak mcm boleh makan kot tu pasal x panggil back up

Sib baik pistol x hilang...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 12:24 AM GMT+8 , Processed in 0.038617 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list