CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11640|Reply: 58

Surfinv Koleksi

[Copy link]
Post time 1-8-2016 12:39 AM | Show all posts |Read mode
Assalam,

yang ni utk koleksi yang lain dari sebelum ni...

enjoy ye...



Kisah 1

PAK GUARD

Ali berdiri di luar pos pengawal sambil memandang ke arahbangunan tempat kerjanya.
“Harap malam ni takde apa-apa, kalau jadi apa-apa, si Seman aku cari dulu..!”rengus Ali sendirian.

Ali kembali semula ke dalam pos pengawal, angin dingin bertiup kencang, sambalkemalapan lampu jalan sekali sekala menyuramkan suasana malam itu.

“Ali! Minggu ni awak kena kerja malam pula, tolong ganti syif Kumar, dia sakittak baik-baik lagi..” tegas Samad, ketua pengawal kesalamatan di tempat Alibekerja.

“baiklah encik, tapi berapa lama saya kena ganti dia…?” tanya Ali.
“sampai kumar masuk kerja baliklah..!” balas Samad.
“Baik encik..” balas Ali lemah.

Jam menunjukkan pukul 12 tepat. Dah sampai waktu buat rondaan.
Ali berjalan masuk ke dalam bangunan tapi dia terasa hendak melihat ke cafédahulu yang berada di tingkat bawah. Ali menukar langkahnya, di sebelah kananAli melihat ada sebuah kereta Vios Putih.

“Ah, keta sapa ni? Tak balik lagi ke?” getus Ali sendirian.
“Baik aku check café dulu, kot2 ada org tinggal barang ke,” sambung Ali lagi.

Ali masuk ke kawasan café. Sunyi dan gelap. Tiada apa2 yang pelik, kerusi mejasemua masih ada.
“hmm,…” Ali menghela nafasnya.
Sambil itu Ali memandang ke arah pintu kecemasan, lantas dia teringat ceritaMan petang tadi.

“Aritu ada sorg staff lama citer kat aku, malam pukul 9 lebih macam tu dia nakbalik tapi terasa nak ke tandas pula. Kereta dia parking kat bawah ni, dia punterus masuk naik ikut tangga kecemasan ni sebab plan nak ke tandas tingkat satuni la..” kata Man sambal berkemas untuk pulang.

“Sampai je atas dia kata gelap sangat. Tak nampak jalan. Tapi disebabkan taktahan sangat, dia malas nak cari suis lampu. Nasib baik lampu dalam tandasmenyala. Mula-mula dia masuk takde apa-apa pun. Tapi bila dia da selesai, dianak keluar tandas baru perasan pintu utama tandas tu dah terkunci.
“puas dia ketuk-ketuk dan panggil orang minta tolong. Diaingat kita (pak guard) yang pergi kunci dari luar.” Sambung Man lagi.
“Lepas tu?” Sampuk Din tiba-tiba.
”Ish!! Ko ni Din. Bagi salam dulu boleh!? Tiba-tiba jerkah macam tu je..!!”jerit Ali yang terkejut bila Din tiba-tiba muncul di sebelah mereka.

“hahaha sorry lah, tiba-tiba dengar citer best plak..” balas Din sambaltersengih.

“Ok lepas tu, dalam 10 minit jugalah dia terketuk-ketuksambil jerit panggil minta tolong orang bukakan pintu.”
“Tiba-tiba, dia dengar bunyi tapak kaki berjalan ke aras tandas itu…”


(BERSAMBUNG,....)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2016 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Alahai..dah best2 tetibe bersambung pulak ..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2016 09:08 AM | Show all posts
TT..sambung cepat2
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2016 09:12 AM | Show all posts
Saspennnnnnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2016 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
ala..nyesal bace,brsambung pulak
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2016 11:38 AM | Show all posts
sabar dan setia menanti...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2016 11:52 AM | Show all posts
TT sile sambung....
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2016 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak kuasa aku menunggu .....lalala
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2016 03:40 PM | Show all posts
adehhh, bersambung pulak
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2016 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
TT, sila sambung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2016 09:57 PM | Show all posts
sambungan


“bang! Bang! Tolong… saya terkunci ni bang, “ jerit staff itu pada persona yang kini telah berada di luar pintu tandas.

“bang! Bang!” jerit staff tu lagi.
“Bang??....”
Persona itu tiba-tiba diamkan diri.

“bang??... saya kat dalam ni bang! Pintu terkunci…” balas staff itu lagi.

selepas beberapa ketika, terdengarlah hilaian nyaring dan jeritan kuat di luar pintu tandas.
“Heeeeee hiiii herekkkkkhiiiiiiiii!!!!!!!”
“Heeeeee hiiii herekkkkkhiiiiiiiii!!!!!!!”
“Hiii ahahaaaaaaaaaahiiiiiiiiiiiii!!!”

“Serentak tu juga staff tu terus masuk balik dalam bilik tandas, tutup telinga sambil menggigil-gigil.” Sambung Man lagi.
“Lepas tu?? Apa jadi??” tanya Ali sambil berkerut-kerut keningnya.



bersambung part 3 nt nak gi tandas....
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2016 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
TT terkunci dalam tandas ke apa ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2016 11:16 PM | Show all posts
sambungan

“Hilaian tu berterusan sambil  bunyi cakaran di pintu dan tombol dipulas beberapa kali,”
“Staff tu buat apa?” tanya Ali.
“Dah takut.. menggigillah! Hahaha” sindir Din terus.

“Kau ni Man, cakap besar. Kau kena baru kau tahu…,” sambung Ali lagi.
“Tunggu dulu, korang tau apa jadi dengan dia?” Man mencelah.

“apa jadi dengan dia??” tanya Ali dan Din serentak.
“Kumar jumpa dia dalam tandas, siap terkencing dalam seluar lagi..” balas Man.


Ali memandang lagi pintu kecemasan sambil memikir-mikir cerita man petang tadi.
“Ah,t akde apalah,” getus Ali sendirian.
Ali kemudian menolak pintu kecemasan sambil menjenguk ke dalam.
Gelap dan sunyi.
“Kan aku cakap takde apa….” Bisik Ali.
“Ah, baik aku ronda atas dulu,.. bukan ada apa pun kat sini,” kata Ali sambil berpusing berjalan meninggalkan pintu tersebut.
Baru beberapa meter Ali melangkah, tiba-tiba terdengar satu pekikan dari arah pintu tadi.
“Aliii..!”

Seraya Ali memalingkan wajahnya yang mulai pucat. Ali menyuluh-nyuluh beberapa kali, dia seakan yakin tidak yakin bahawa dia mendengar suara memanggilnya tadi.

Ali kemudian berjalan perlahan menghampiri pintu itu semula, Ali memberanikan diri untuk menolak pintu kecemasan itu.

“Macam ada orang panggil, tapi aku rasa mesti ada orang saja nak main2 ni…” bisik Ali sendirian.

Ali menolak pintu kecemasan itu dengan kuat dan terus menerjah,
“Siapa tu?!”
“Siapa tuuu!”
“JANGAN MAIN-MAIN!”
Ali mendengar gema suara pekikannya sampai ke atas, dia kini yakin tiada sesiapa menyahut suaranya.

“Ah! Mampuslah!” Ali terus berlalu sambil didalam hati memaki-maki peristiwa sebentar tadi.
Ali meyakinkan hatinya bahawa suara tadi hanyalah ilusi semata-mata.

Masuk ke perkarangan lobi pejabat, Ali menekan butang lif untuk ke tingkat atas.
Ali terus menuju ke tingkat 3, lokasi pejabat Cik Syakila.

“Aku rasa Cik Syakila stayback, baik aku pergi tengok dia dulu, baru ronda,” rancang Ali.
_______________________________________________________________________________
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2016 09:04 PM | Show all posts
Ali tiba di tingkat 3 dan berjalan masuk ke dalam pejabat. Matanya berkeliaran mencari-cari kelibat Cik Syakila, pegawai 30an, belum berkahwin tapi kuat bekerja.
“Mana Cik syakila ni, PC terbuka, meja kosong…,” bisik Ali sebelum menuju ke meja CIk Syakila yang terletak selari dengan pintu kaca pejabat.

Ketika Ali menghampiri meja Cik Syakila, dia mendengar bunyi ganjil dari arah bawah meja. Ali mengintai-ngintai dari atas dan terlihat bentuk kepala berwarna hitam bergerak-gerak.
Ali berundur sebelum mengeluarkan lampu suluhnya.

ali berjengket dengan niat utk menyentuh kepala tadi, tapi serentak dengan itu juga, CIk Syakila bangun tiba-tiba dari bawah meja dan menjerit,

“Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhh!”

“Aaaaaaaaaaaaaaaahhh!!!” Ali turut menjerit terkejut apabila Cik syakila tiba-tiba bangun dan mengejutkannya.

“Saya ni, Ali… CIk Syakila!” Pekik Ali menenangkan CIk Syakila yang terkejut.
“Fuhh! Saya ingat siapa tadi…,” balas CIk Syakila sambil mengurut-ngurut dadanya.
“Apa Cik buat kat bawah tu?”
“Ni ha.. betulkan wayar speaker ni, tadi ingat nak buka lagu sebab sunyi sangat…,” balas Cik Syakila semula.
“Oooohh,…. Hm itulah kenapa Cik stayback sorang-sorang?” tanya Ali.
“Ada kertas kerja yang kena submit esok. Takpe, saya dah mesej Amin dengan Siti tadi, diorang on the way ke pejabat,” kata Cik Syakila lagi.
“Hm kalau macam tu takpela, ssaya pergi ronda di belakang dulu,” balas Ali sambil bergerak ke bahagian belakang ruangan meja Cik Syakila.

Cik Syakila mengerling skrin telefonnya, “Maaf Puan, saya dengan Siti otw ni, da nak sampai” tulis Amin dalam mesejnya yang dihantar kepada Cik Syakila.

Selang beberapa minit kemudian, Cik Syakila terdengar bunyi lif terbuka dan seseorang berjalan membuka pintu kaca pejabat.

Dari mejanya, dia melihat Amin berjalan tegak menuju ke arahnya, Amin memakai baju kemeja merah lengan panjang. Amin merupakan eksekutif di situ, masih muda dan belum berkahwin lagi.

“Haaa, sampai pun.. terima kasihlah sudi dating teman saya ye hehe,” tegur Cik Syakila sambil tersengih dan sedikit lega selepas terkejut dengan Ali tadi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2016 09:04 PM | Show all posts
Amin tidak menjawab sapaan Cik Syakila sebaliknya berjalan terus hingga ke sisi meja sambil memandang ke bawah. Mukanya muram seperti orang sakit.
“Amin?... Amin… Mana Siti?” tanya Cik Syakila sedikit pelik.
“Amin…?
“Siti dalam kereta.” Jawab Amin ringkas.
“Kamu ok ke Amin?”
“kerja apa saya kena buat?” jawab Amin sambil memandang skrin computer Cik Syakila.
Cik Syakila merasa pelik dengan kelakuan Amin namun malas ambil pusing memandangkan kerja yang masih belum selesai.

“Ni Ha tolong saya check 3 kertas kerja ni ok?”
“Satu ada kat sana, satu lagi dalam folder ni, satu lagi.. alamak satu lagi dalam kereta saya, sekejap lagi saya ambil ok?” jelas Cik Syakila.

Amin tidak melayan Cik Syakila sebaliknya terus duduk di hadapan computer Cik Syakila dan mula membaca kertas kerja tersebut.

Cik Syakila memandang kehairanan dengan tingkah laku Amin, namun disebabkan kepenatan, dia membiarkan saja.

Jam menunjukkan hampir 2 pagi.
“Amin… Awak baca dulu ok? Saya pergi tandas sekejap,” kata Cik Syakila.
Amin masih tidak melayan Cik Syakila, matanya hanya tertumpu kea rah skirn computer, sekali sekala merenung ke bawah.

Cik Syakila terus menuju ke arah tandas yang terletak di luar pejabat. Selepas beberapa minit, Cik Syakila keluar dari tandas dan menuju ke pintu kaca pejabatnya. Cik Syakila menekan kekunci untuk membuka pintu tetapi tiba-tiba,

“Cik Syakila!” Ali dan Amin serentak menjerkah Cik Syakila yang baru hendak membuka pintu.
Dia memalingkan mukanya dan terkejut melihat Ali dan Amin terhendap di sebalik meja receptionist di tepi pintu tersebut.
“Eh! Korang ni kenapa sembunyi kat sini?!”
“Cik Syakila! Cepat duduk sini!” arah Ali sambil mengintai-ngintai ke dalam pejabat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2016 09:05 PM | Show all posts
“Kenapa?!”
“Eh! Amin tadi bukan awak buat kerja ke kat meja saya ke?” bentak Cik Syakila kepada mereka.

Ali menunjukkan isyarat tangan kepada Cik Syakila, Ali menudingkan jarinya ke arah meja Cik Syakila.
Cik Syakila kemudian menoleh ke arah ditunjukkan Ali. Alangkah terkejutnya dia melihat ‘Amin’ sedang membuat kerja di mejanya manakala di hadapannya kini juga ada seorang lagi Amin duduk sembunyi di tepi meja.

“Amin! Macamana awak…?? Itu siapa..?? macamana…!” Cik Syakila seakan tidak percaya dengan apa dilihatnya. Bagaimana dua ‘Amin’ boleh ada di situ.

“Shhhh!! Cik dengar dulu, duduk sini,” balas Ali yang menyedari Cik Syakila kelihatan keliru dan takut.

“tadi saya keluar tiba-tiba saya ditegur Amin di tepi tandas ni, Amin yang tunjuk ada seorang ‘amin’ lagi kat dalam tu.. terus saya dengan dia sembunyi dekat sini dan intai dari jauh. Nasib baik terperasan CIk Syakila, kalau tidak…” terang Amin.

“Kalau tidak saya dah ke sana la…” balas Cik Syakila.
“Abis macamana ni? Kalau ni Amin tu sapa plak?!”
“Ali… saya dah takut ni…!!”

“takpe cik tunggu sini dengan Amin, biar saya pergi periksa..” balas Amin sambil bingkas bangun dan menuju ke meja Cik Syakila.

Ali berjalan perlahan-lahan dengan harapan ‘Amin’ tidak mendengarnya. Ali menghampiri ‘Amin’ dari belakang dan kemudian menepuk bahunya.

“Kau siapa!!” bentak Ali .
“Woooii!!!!” jerit Amin terkejut selepas ditepuk dari belakang secara tiba-tiba.

“Abang Ali!! Fuh! Terkejut saya! Nasib saya takde lemah jantung..”
“kau siapa?!” tanya Ali kehairanan.
“Saya aminlah… apsal??” jelas Amin.
“Kau cakap betul-betul, kau siapa!” Ali berkeras.
“Bang! Saya Aminlah, tadi baru sampai, Cik Syakila mintak tolong dia. Dah kenapa pula Abang Ali?? MAcam nampak hantu je?!” balas Amin.
“Kalau kau Amin, kau buktikan! Aku tau kau bukan Amin..” Ali mula merasa pelik.

“nak bukti apanya? Saya ni AAAMMINNN. Dah dua tahun kerja sini. Sama masuk dengan abang. Belum kahwin tapi hensem.,” jelas Amin lagi.

“Hm betul, aku dengan kau sama-sama dua tahun kerja sini dah,”  kata Ali.
“Betullah kau Amin,… tapi.. kalau kau Amin…. Habis yang tadi tu siapa?” ngomel Ali.

Serentak dengan itu, Ali terus berlari mendapatkan Cik Syakila. Ali terus menuju ke pintu pejabat sambil menjerit,

“Cik Syakila!!!”

CIk Syakila melihat ‘Amin’ bercakap dengan Ali. Kemudian dia melihat Ali berpusing dan terus menjerit memangil namanya.

“Cik !! Lariii!” jerit Ali sambil berlari kea rah CIk Syakila.

“Hah? Lari?? Apsal??” tanya Cik Syakila yang semakin keliru.

Ali terus mendapatkan Cik Syakila yang mengintai dari luar pintu. Matanya mencari dimanakah Amin yang satu lagi.

“Cik! Mana Amin?!” bentak Ali.
“Amin?? Ni sebelaaa….” Sambil berpaling ke arah meja tadi.
“Amin!!! Tadi dia ada sebelah meja ni! “

“Tu bukan Amin!” balas Ali.
Cik Syakila makin takut dan terus bangun.

“Kalau yang meja saya tu Amin, habis…. Tadi dengan saya sebelah ni tadi siapa????”
____________________________________________________________________________
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2016 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
adoiii kompius, boleh pulak syaiton ni memain gitu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2016 10:06 PM | Show all posts
konpius apa
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Smbung le lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2016 12:10 AM | Show all posts
oh yg tu dah habis...

nt aku sambung lagi part yg lain
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:24 AM GMT+8 , Processed in 0.064123 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list