CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5441|Reply: 12

9 Panduan Untuk Memilih Buah Durian Yang Elok

[Copy link]
Post time 28-7-2016 10:51 AM | Show all posts |Read mode


Oleh : Dean BZ





Durian merupakan raja buah yang sangat popular dan menjadi antara buah kegemaran kebanyakan penduduk Asia terutamanya rakyat Malaysia.


Terdapat beberapa jenis durian iaitu D101, D2, Raja Kunyit, Durian Udang Merah, Mas Pahang, D24, Durian XO, Durian, Cili, Musang King, Durian Kampung dan mungkin ada lagi yang kami tak tahu. Setiap jenis durian ini mempunyai harga yang berbeza kerana selain saiz yang berbeza, rasa isinya juga tidak sama antara satu sama lain.


Memilih durian yang elok sudah tentu menjadi masalah buat sesetengah penggemar durian. Ini kerana ramai pembeli menaruh kepercayaan sepenuhnya kepada penjual. Jadi, untuk mengelakkan ditipu ketika membeli durian, disini kami kongsikan sedikit ilmu yang mungkin bermanfaat untuk pembaca.









1. Lihat Tangkainya
Durian yang jatuh dari pokok tangkainya bergerigi. jika kelihatan rata atau seperti dipotong, ada kemungkinan durian itu dipetik sebelum masak dan disimpan terlebih dahulu. Selain itu, cungkil sedikit kulit tangkainya dengan kuku, kalau kulitnya tebal, maka ISI buahnya pun tebal juga. Kalau bahagian dalam kulitnya kuning, maka warna daging buahnya pun kuning juga. Ada juga kes yang durian dicelup dalam pewarna kuning, tangkainya juga akan berwarna kuning, hati-hati tau.


2. Perhatikan Durinya
Jika kulit kelihatan berduri jarang dan besar-besar boleh dipastikan durian itu berisi padat, tetapi jika durian berkulit kecil dan durinya berjarak dekat, isi durian pasti lembik.




3. Pilihlah Yang Ringan
Durian yang berat biasanya masih mentah, isinya terlalu berair atau bahkan busuk.






4. Kulit
Elakkan dari memilih buah yang kulitnya sudah retak atau pecah pada hujungnya. Retak atau pecah pada bahagian kulit durian akan membuat isi di dalamnya bercampur dengan udara bebas yang mengakibatkan rasa buah menjadi masam atau tawar.



5. Jangan Lupa Dipukul - pukul
Jika terdengar suara "bluk-bluk" bergema, itu tandanya durian sudah matang.tapi bila terdengar bunyi "plek-plek" itu tandanya durian belum matang.




6. Goncangkan
Untuk memilih isi durian yang berkualiti dengan cara menggoncangkan buah dan rasakan getaran kecil di dalam buah. Letakkan kedua telapak tangan pada buah durian, diikuti dengan jari-jari tangan dan dipegang agak erat. Dan goncang secara perlahan-lahan. Jika dapat merasakan getaran kecil ini bermakna isi buah kering dan matang kerana isi yang kering akan terpisah dari dinding kulit dalam manakala isi yang lembab atau terlalu lunak akan melekat di dinding kulit durian tersebut.Takla isinya lembik atau macam dah lama.

7. Pilihlah Yang Ada 5 Pangsa
Buah durian mempunyai pangsa (bilik-bilik) yang diisi biji dan isi buah. Pangsa durian boleh dilihat dari permukaan kulitnya, berupa garis dari bahagian atas sampai bahagian bawah. Durian yang ideal mempunyai lima pangsa kerana isi buah biasanya lebih banyak berbanding durian yang mempunyai 6 pangsa atau lebih.





8. Ambil Yang Bulat
Bentuk bulat menandakan isi buahnya besar dan banyak. Durian bujur atau tidak bulat biasanya hanya memliki isi buah sedikit. Akan tetapi, buah yang lonjong selalunya lebih manis dan sedap berbanding buah yang bulat.


9. Cium Baunya
Saat memilih durian, dekatkan hidung dan cium baunya, jika ia berbau kuat, kemungkinan besar buahnya manis dan matang. Tapi jika sudah tidak bau lagi, kemungkinan buahnya sudah masuk angin yang membuat rasanya jadi hambar.




Semoga dengan adanya panduan diatas, kita tidak lagi tersalah pilih durian yang mangkak atau yang tidak manis. Jom makan durian! - CARI







Sumber - vitamincikgu.com

Related collections:

  • · yippee|Threads: 1, Subscribe: 0
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2016 11:30 AM | Show all posts
ambil yang bulat ya..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2016 12:04 PM | Show all posts
info yang berguna
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2016 04:18 PM | Show all posts
ada byk tips benaunya..
paling senang cium bau dan ketuk2..bila dia belah kita bole tekan sikit isi durian semada dia betul masak atas pokok atau durian peram.

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2016 08:22 AM | Show all posts
tq for the tip
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2016 05:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahun ni mcm x menjadi sangat musim durian. Semua mahal-mahal. Durian kampung pun kira kilo.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-7-2016 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Camane yg bunyi bluk-bluk dan plek-plek tu

Saya makan apa yg orang pilihkan je  huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2016 07:58 PM | Show all posts
plek plek plek plek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2016 11:36 AM | Show all posts
semlm mkn kat wangsa maju...meriah betul..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2016 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
ai pndai pilih durian sndiri je, tau dh pokok mne yg sedap pokok mne yg isi nipis
kalo beli kat luar ai blur
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2016 03:40 PM | Show all posts
ya Allah sedapnya..tp biasa beli suro drg kopek siap2..,rasa sket dulu,kalau sedap tambah kalau tak sedap sket je la beli..malas nak bukak kat rumah..kulit lagi, anak2 suka sgt durian
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 02:07 PM | Show all posts
tq for info
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2016 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Beli durian kat ranau rm5 sekilo.. Beli 6 biji. Sampai rumah 3 biji je blh makan.. 3 biji lagi mentah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:11 PM GMT+8 , Processed in 0.061789 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list