CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18659|Reply: 101

Edisi ke mana hilangnya... ? : Come back Rashdan Baba

[Copy link]
Post time 25-7-2016 10:32 AM | Show all posts |Read mode
Bayaran Tak Setimpal Punca Rashdan Baba Hilang Tiga Tahun
[size=0.688em]Diterbitkan: Jumaat, 22 Julai 2016 6:00 AM


[size=0.75em]Rashdan Baba menyepi selama tiga tahun daripada bidang lakonan kerana kecewa dengan bayaran diterimanya. Foto Ihsan Instagram @Rashdanbaba

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Rashdan Baba mendedahkan kehilangannya selama tiga tahun daripada dunia lakonan sebelum ini kerana berasa kecewa dengan bayaran diterimanya.

Rashdan, 46, berkata, dia tidak berpuas hati kerana pihak produksi melihat pelakon berpengalaman sepertinya seolah-olah tidak bernilai dan mengambil mudah soal bayaran.

"Saya bukan hendak bersikap besar kepala tetapi saya dalam industri sudah 20 tahun dan bayaran diterima tidak setimpal dengan pengalaman.

"Malah saya lihat semakin lama saya dalam industri bayaran ditawarkan semakin berkurangan tidak seperti di Hollywood sehingga membuatkan saya kecewa dan mengambil keputusan untuk berehat sahaja daripada dunia lakonan," katanya kepadamStar Online.

Rashdan ditemui pada sidang media teater muzikal Lela Manja yang diadakan di Lambang Sari, Istana Budaya pada Selasa lalu.

Menerusi teater muzikal berkenaan, Rashdan bakal memegang watak sebagai Megat Sura disamping barisan pelakon lain seperti Nabila Huda, Syazwan Zulkifly, Sari Yanti, Hafidz Roshdi dan Sahronizam Noor.

[size=0.98em]
[size=0.98em]Rashdan Baba ceburi bidang perniagaan sepanjang tiga tahun menyepi dalam  bidang lakonan.
[size=0.98em]Ia bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya bermula Jumaat sehingga 31 Julai depan, pukul 8.30 malam.

Bagaimanapun kata Rashdan, rajuknya itu tidak berpanjangan dan dia kembali aktif berlakon kerana rindu terhadap karier yang telah menaikkan namanya itu.

Kata Rashdan buat permulaan dia muncul dalam dua buah drama bersiri iaitu Satu Cintauntuk siaran RTM manakala Waris Kasih di TV3.

"Alhamdulillah tawaran itu masih ada dan rajuk saya tidak berpanjangan walaupun kecewa dengan senario industri hiburan tempatan.

"Tetapi kerana mengenangkan minat dan kerja berlakon ini saya sudah buat sejak berusia 25 tahun, saya tetap teruskan," jelasnya.

Dalam pada itu, Rashdan berkata, sepanjang tiga tahun tidak berlakon dia menumpukan kepada bidang perniagaan makanan suplemen kesihatan yang kini semakin berkembang maju.

Kata Rashdan, rajuknya terhadap industri sebenarnya banyak memberi hikmah kerana dia dalam mencuba perkara lain selain lakonan.
[size=0.98em]



[size=0.98em]Rashdan bersama barisan pelakon teater muzikal Lela Manja.
[size=0.98em]"Alhamdulillah tiga tahun kehilangan saya banyak membuka ruang kepada saya untuk mencuba perkara lain termasuk perniagaan yang sehingga hari ini ia masih berjalan," ujarnya.

Bercakap mengenai Lela Manja, Rashdan berkata, ia adalah teater pertama lakonannya dan mengakui tidak memberi jawapan segera ketika ditawarkan oleh pihak produksi.

Kata Rashdan, dia perlu berfikir sebelum membuat keputusan kerana tiada pengalaman dalam bidang teater namun akhirnya bersetuju kerana ini adalah peluangnya untuk mencuba.

"Banyak yang saya belajar ketika sesi latihan dan saya tidak kisah ditegur kerana ini adalah satu perkara baharu untuk saya. Malah pelakon muda tetapi mempunyai lebih pengalaman dalam pementasan teater juga banyak berkongsi ilmu dan saya tidak berasa malu untuk belajar," ujarnya.

Tiket bagi menyaksikan Lela Manja dijual pada harga RM33, RM73, RM103, RM153, RM203 dan RM253.

Tempahan boleh dibuat di www.AirAsiaRedTix.com atau di kaunter box office Istana Budaya.


Nota kaki TT : Zaman tengah top top top meletop dulu...heols hero Ros Anita bersama hakak Ogy & Farisha Irwayu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-7-2016 10:41 AM | Show all posts

Tidak Lagi Tinggal Di Stor, DBKL Sediakan Rumah Buat Sahara Yaacob
[size=0.688em]Diterbitkan: Jumaat, 15 Julai 2016 7:39 PM


[size=0.75em]Sahara Yaacob (tiga dari kiri) dikunjungi oleh anggota jawatankuasa Persatuan Seniman yang ketuai presidennya, Zed Zaidi (dua dari kiri) bagi memaklumkan berita baik berhubung kesediaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menyediakan rumah untuknya. Foto: Facebook Seniman

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]PETALING JAYA: Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) berjaya mendapatkan bantuan berupa sebuah rumah daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk penyanyi popular era 80-an iaitu Sahara Yaacob selepas kisahnya tinggal dalam keadaan daif  dalam sebuah stor di Hulu Langat mendapat perhatian.



[size=0.98em]Presiden Seniman, Zed Zaidi berkata, Sahara menerusi bantuan DBKL akan berpindah ke kediaman baharunya yang terletak di Pusat Perumahan Rakyat (PPR), Seri Alam Sungai Besi dekat sini pada 1 Ogos depan.

"ihak Seniman mendapat perkhabaran mengenai keadaan Sahara pada Ramadan lalu dan selepas melihat sendiri keadaan beliau kami segera bertindak untuk mendapatkan bantuan.
[size=0.75em]Foto kenangan saat kemuncak populariti Sahara suatu ketika dahulu.


"Alhamdulillah surat yang ditulis terus kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terus mendapat perhatian dan kami di pihak Seniman amat berterima kasih kepada beliau.

[size=0.98em]"Tindakan proaktif daripada DBKL juga mempercepatkan bantuan kepada Sahara yang akan berpindah ke kediaman baharunya pada 1 Ogos depan," katanya kepadamStar Online ketika dihubungi pada Jumaat.
[size=0.98em]Zed bersama ahli jawatankuasa Seniman hadir ke kediaman Sahara di Hulu Langat untuk memaklumkan perkhabaran gembira itu bersama-sama Timbalan Pengerusi Yayasan Artis Veteran Malaysia, Tommie Tomiran dan Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii.

Selain Seniman, wakil daripada DBKL iaitu Pengerusi Jawatankuasa Perumahan DBKL, Datuk Rizalman Mokhtar, Lembaga Penasihat DBKL, Ahmad Faisal Abdul Karim dan Pengarah Jabatan Perumahan DBKL, Wan Mohammad Ghazali Nor turut hadir pada pertemuan itu.

Sementara itu, Sahara atau nama sebenarnya Zaharah Mohd Yaacob, 60, berkata, dia langsung tidak menyangka masih ada pihak mengambil berat tentang dirinya walaupun lenyap daripada industri hiburan sejak 16 tahun lalu.

Bagaimanapun kata Sahara, dia tidak berniat untuk meraih simpati daripada sesiapa kerana tidak mahu dipandang serong masyarakat.

"Tiada kata lain dapat saya ucapkan selain terima kasih dan bersyukur atas keperihatinan terhadap diri saya dan sudi menghulurkan bantuan.

"elbagai dugaan telah saya lalui namun sokongan anda semua cukup membuatkan saya terharu," katanya.

Bercakap mengenai perancangannya selepas berpindah kelak, Sahara berkata, dia berhasrat untuk kembali aktif sebagai penyanyi selain merancang untuk mengadakan konsert buat peminatnya.


Motif???
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2016 10:42 AM | Show all posts
ini edisi 2 in 1 kah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2016 10:43 AM | Show all posts

Sekali harung chuols..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2016 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia tak ada anak2 ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2016 10:46 AM | Show all posts

hahaha....citer atas betul pasal rashdan baba...scroll bawah mai plak sahara..
hehehe

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2016 10:52 AM | Show all posts
Rashdan nih rembes gak ek?
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2016 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Tasty sgt wajah2 persis rashdan ni tapi sayangnya..they all je tak tasty dgn meolss...hua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2016 11:02 AM | Show all posts
hero lama ni..suka dengar suara dia ..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2016 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Stok spektra ni kalau taj silap. Blakon no bad
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2016 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu heols kan yg kena tangkap basah tu kan? Ke iols salah org
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2016 11:09 AM | Show all posts
wow ingat lagi dgn rashdan baba ni. Seangkatan dgn Hairie Othman,Arash Mohammad
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2016 11:10 AM | Show all posts
Wah..my favourite actor dulu..

Pernah nampak live.. tinggi n hensemmmmm

Nak minta sign..tp malu.. nak selfie..tp takde smartphone..maklumla time tu zaman2 awal 2000..nokia je mampuu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2016 11:10 AM | Show all posts
talia replied at 25-7-2016 11:07 AM
Dulu heols kan yg kena tangkap basah tu kan? Ke iols salah org

Betoi..sama dgn Hairee Othman..leftenan denan
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2016 11:15 AM | Show all posts
apa kena mengena rashdan baba dgn sahara yaacob...??

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2016 11:17 AM | Show all posts
seri_mawr replied at 25-7-2016 11:15 AM
apa kena mengena rashdan baba dgn sahara yaacob...??

Haha... di bawah tajuk ke mana hilangnya... kira slot in jah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2016 11:21 AM | Show all posts
Tapayana replied at 25-7-2016 11:09 AM
wow ingat lagi dgn rashdan baba ni. Seangkatan dgn Hairie Othman,Arash Mohammad

seangkatan jugak dgn azri iskandar....azri iskandar dulu2 hero top tu..lepas kawin terus jadi lemau..berjangkit dengan bushukkk bini ker...nampak selekeh jer sekarang..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2016 11:28 AM | Show all posts
hero spektra dedolu
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2016 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Muka tak makan tua ke apa dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2016 11:34 AM | Show all posts
3 taun menyepi? mcm dh 10 taun je tak kluar gua.

suka gak dia ni npk awet muda pulak walau umo dh 46
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:18 AM GMT+8 , Processed in 0.435888 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list