CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: 9teen

Siapa Shark, BF Aku Ni? & Kisah Kisah Lain (PENERANGAN : #726 - 19/11)

  [Copy link]
 Author| Post time 20-7-2016 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
TabletSusu replied at 20-7-2016 03:11 PM
dah berjangkit dgn shark.. bebel je

Sikit sebanyak perangai kawan kau mesti melekat sikit sikit kan @TabletSusu

Kalau nak tahu apa yang kita jadi sekarang ni, salah satunya berpunca dari kawan kawan kita dulu dulu. Hahahaha!

Kalau aku tak kawan dengan Shark si talkative. Aku tak rajin nak cerita kat sini.    
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2016 05:28 PM | Show all posts
9teen replied at 20-7-2016 09:09 AM
Sikit sebanyak perangai kawan kau mesti melekat sikit sikit kan @TabletSusu

Kalau nak tahu apa  ...



dah jgn bebel lg, cepat sambung citer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2016 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by 9teen at 20-7-2016 06:36 PM

Terima kasihlah yang sudi SR tu ya?  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2016 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kebetulan ada masa lapang. So, izinkanlah Aku menaip pengalaman aku yang lain ya? Yang pasti kali ni ada Shark.

Maaf erk kalau kali ni panjang sikit. Terpaksa tulis panjang eventhough serius malas nak taip. Tapi demi korang yang nak sangat kenal si Shark ni, meh aku ceritakan.

Kali ni maybe tak seram, cuma tak tahu apa, kenapa & siapa yang buat.

-----------------------------------------------------

CERITA KETIGA - MALAM BURUNG HANTU

Rasanya semua orang sedia maklum kan tentang malam burung hantu ni? Alah, budak budak senior nak sakat sakat budak junior yang inesen ni. Sakat suka suka.

Malam Burung Hantu ni diorang buat masa hari kedua orientasi. Maksudnya, malam yang sama yang mana petang tadi aku mimpi perempuan misteri berbaju merah nak bagi aku 2 gamelan yang tak pasti datangnya dari mana.

Malam tu senior senior fasi buat games dekat dewan. Lepas habis sesi games, diorang suruh kitorang keluarkan sapu tangan, kain batik atau kain pelikat yang kitorang bawak. Petang tadi time riadah petang memang fasi ada suruh bawak untuk aktiviti malam ni. Masing masing memang inesen (bagi akulah).

Batch kali ni tak lah ramai mana, sebab kitorang budak budak second intake. Budak first intake dah masuk. Then kitorang, lepas tu budak third intake pulak masuk. Budak third intake ni budak rayuan. Budak first & second intake yang dapat tawaran masuk. Biasanya budak masuk second intake sebab tak confirmkan setuju daftar masa first intake, then still dapat masuk as second intake.

Diorang suruh buat kumpulan. Satu kumpulan 9 orang. Setiap kumpulan mesti ada 3 anak sulung, 3 anak lain lain & 3 anak bongsu.

Setiap group kena ada 9 orang. Mesti cam muka masing masing. Kalau tak ingat muka member, kena denda.

Aku pun joinlah mana mana group yang aku nampak masih tak cukup orang dalam keadaan yang tak berapa best. Rasa tak sedap badan. Aku pulak memang jenis susah nak bukak mulut. Nasib baiklah tadi masa games dah kenal jugaklah siapa yang sulung, bongsu dan lain lain. Then, group yang dah cukup kena duduk sebaris atas lantai dewan.

Yang lagi siot, boleh pulak si Shark ni pun join group aku, right after fasi fasi dah main kira kira suruh cukupkan group tu. Menyampah betul!

Aku menyampah sebab mulut dia ni banyak sangat cakap. Satu lagi, dia ni kan dispeku ada hubungan tak berapa nak lurus dengan aku. Musibat betul!

Aku peduli walaupun cuma dalam hati dan tak tunjukkan dengan jelas yang aku menyampah dekat si Shark ni. Aku tak nak minggu orientasi ni makin macam macam cerita aku dengar. Aku nak belajar elok elok. Takde kawan pun no hal.

Tapi tak lama mana pun si Shark ni dapat join group aku, ada satu abang fasi ni. Orang Melaka, putih putih. Abang Aan kitorang panggil. Budak Form 4. Ahli Lembaga Disiplin. Dia suruh Shark masuk group lain.

"Yang baru masuk group 4 tu, tolong bangun sekejap. Masuk group 6 erk?"

Lepas si Shark tu masuk group lain. Aku nampak ada fasi yang senyum senyum. Aku malas nak pikir bukan bukan. Maybe ada aktiviti yang tak berapa sesuai untuk masukkan Shark dalam group aku. Atau, diorang ada sebab sendiri. Entahlah...

Then, fasi fasi suruh kitorang ikat kain yang kitorang bawak untuk tutup mata masing masing. Jangan mengelat katanya. Tutup elok elok. Kalau tak tutup elok elok, kalau nampak bukan bukan, jangan nak nangis.

Lepas memasing siap ikat penutup mata masing masing. Diorang suruh masing masing diam. Diorang suruh ikut arahan yang diorang akan bagi. Rasa makin sunyi pulak. Makin lama, rasa makin sunyi. Aku masih lagi duduk atas lantai dewan.

Lepas tu, aku rasa ada orang pegang badan aku. Maybe fasi kut. Sebab dia cuit aku dan suruh aku ikut dia. So, aku pun ikutlah apa yang dia suruh. Dia pimpin tangan aku. Jauh jugaklah aku rasa dia pimpin aku tu. Lenguh rasa kaki kena menapak. Lepas tu tak lama lepas tu, bila dah sampai satu point tu dia lepaskan tangan. Dia pegang bahu aku suruh duduk. Dia macam suruh aku diamkan diri sebab aku dengar bunyi orang bagi arahan suruh diam.

Keadaan sekeliling memang sunyi. Aku rasa macam aku sorang sorang je yang ada dekat situ. Sejuk pun sejuk. Maklumlah malam malam memanglah suasana agak sejuk. Aku tunggu punya tunggu sampai penat dah. Dah lah rasa macam nak demam. Last sekali, aku tertidur & terjaga bila Abang Aan spray muka aku pakai air. Tahu kan spray air tu? Ala ala, yang Febreeze tu?

Aku terkejut so aku bukaklah tutup mata aku time tu. Gila apa nak main spray spray air?

Abang Aan tanya aku buat apa dekat dekat bukit tu. Bukan atas bukit, tapi dekat dekat bukit. Ada 2 lagi fasi lelaki & sorang fasi perempuan ikut sama. Aku cuma diam. Diorang pun diam je bila aku diam.

Malam tu memang best sangat sebab fasi fasi ada yang takut sebab diorang tak jumpa aku dengan Shark. Lepas puas diorang carik, diorang jumpa Shark dekat depan rumah sampah.

Diorang jumpa aku dekat kawasan bukit belakang Blok C. Fasi yang dekat dewan bagitau budak budak lain tak payah panik sebab warden dah bagitau yang Shark temankan aku pergi klinik sebab demam. Warden pun ikut sekali. Diorang kata aku tak tahan sangat. Alasan tak kreatif langsung.

Blok budak Form 1 & 2 dekat Blok A. Blok B blok form 4. Blok C Form 3 & D blok Form 5. Blok C belakangnya memang bukit.

Bagi yang tak tahu, rumah sampah ni agak gelap sikit. Sampah sampah yang dah dimasukkan dalam plastik hitam sampah tu akan dikumpulkan dalam rumah sampai. Kedudukan rumah sampah ni dekat dengan Dewan Makan (DM). Agak jauh dari bangunan akademik & lebih dekat dengan kawasan asrama pelajar.

Shark cerita dia pun kena pimpin jugak. Lepas tu orang tu suruh dia duduk. Then, dia tunggu je orang tu bagi arahan. Tapi, dia dengar tapak kaki orang tinggalkan dia. Bukan 1 tapak kaki tapi macam ada kawan kawan lain.

Lama sangat tunggu, orang tu tak datang balik. Time dia dah penat tu, dia dengar orang duduk main bukak pintu rumah sampah. Baling baling plastik sampah hitam masuk bekas besi yang kumpulkan plastik plastik sampah tu. Semerbak bau busuk sampah sarap masuk ke hidung dia. Hanyir hanyir bau dia. Kali ni bau dia pekat macam sampah dah lama.

Shark kata dia diam je sebab setahu dia rasanya hari hari pekerja kutip sampah. Tak mungkin ada sampah yang bau sebusuk tu. Tapi dia diam je. Sebab bagi Shark, kalau tak benda jahat mesti senior saja nak sakat bagi dia takut. Maybe fasi yang tinggalkan dia dekat situ saja nak bagi dia nangis. Then ambik gambar dan share masa majlis penutup minggu orientasi.

Fasi fasi ada yang takut sebab diorang tak ada hantar mana mana budak pergi jauh dari bangunan akademik. Maybe ada yang terlepas pandang sampai ada budak yang terkeluar dari kawasan. Masing masing tak ngaku ada tinggal budak luar blok akademik.

Senang cakap, kalau ini perang, confirm aku & Shark dah mati sebab masuk kawasan musuh. Fasi ada yang speku mesti ada yang perdajal kitorang.

Nasib baiklah bukan aku yang diorang letak dekat rumah sampah tu. Nasib baik aku kena letak dekat bukit je. Aku rasa bersyukur pulak sebab si Shark kena letak dekat rumah sampah. Hahahahah!

Tak seram kan? Cuma misteri. Lagi kurang asam, buatlah dajal dengan orang lain time aku nak demam tu. Aku jugak yang kena. Kalau pasangkan aku dengan budak lain, no hal lah jugak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2016 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
TabletSusu replied at 20-7-2016 05:28 PM
dah jgn bebel lg, cepat sambung citer

Dah sambung dah pun. Maybe tak seram, misteri nusantara je    
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
erm..sekolah integrasi kt mersing tu ke?
tp sekolah tu xglamer pon
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-7-2016 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
hasniey replied at 20-7-2016 09:54 PM
erm..sekolah integrasi kt mersing tu ke?
tp sekolah tu xglamer pon

Nope. Yang pasti bukan. Silakan terus meneka. Terima kasih sudi singgah baca pengalaman kat sini.     
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2016 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
9teen replied at 20-7-2016 10:09 PM
Nope. Yang pasti bukan. Silakan terus meneka. Terima kasih sudi singgah baca pengalaman kat sini.  ...

ai teka mrsm or sains kota tinggi  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2016 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
ni mesti sains muar kan
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2016 09:29 AM | Show all posts
ko bekwn lg ke dgn shuben ko si shark ni..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2016 10:27 AM | Show all posts
tak terungkai lagi ke misteri shark ni sapa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2016 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
fifie_olin replied at 21-7-2016 09:29 AM
ko bekwn lg ke dgn shuben ko si shark ni..

Hahaha...Dah nama dah jadi bestfriend pun.

Nanti petang sikit atau malam sikit Aku sambung update    
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2016 11:03 AM | Show all posts
Parking2
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2016 11:04 AM | Show all posts
9teen replied at 20-7-2016 06:35 PM
Kebetulan ada masa lapang. So, izinkanlah Aku menaip pengalaman aku yang lain ya? Yang pasti kali ni ...

takutnye main burubg hantu ni...sambung la wahai tt..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2016 11:50 AM | Show all posts
iols paling menyampah stp kali mggu orientasi ade sesi burung hantu ni.. bajet tingaikan org kt hutan dgn niat nk takut2kan org..serius sgt2 xsuke..nsib la iols merasa sekali ja masa kne kursus btn kt mukah..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2016 12:54 PM | Show all posts
Nice story TT. Sila sambung ya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-7-2016 01:00 PM | Show all posts
CERITA KELIMA - BANTAL GOLEK

Lepas Malam Burung Hantu, esoknya aku terpaksa balik rumah. Parents aku ambik bawak balik rumah. Puncanya sebab aku demam panas. So, senang cerita. Aku tak berada di sekolah masa cerita kelima ni jadi. Aku tak habis orientasi. Meanwhile Shark nampak tak terkesan langsung.

Benda ni jadi masa malam orientasi ketiga. Kali ni, orientasi dekat asrama baru nak mula. Abang abang Form 5 panggil semua budak budak Form 1 (first intake & second intake).

Doeh cerita, masa dekat aras atas Blok C tu atau budak budak panggil aras kayangan, budak budak Form 1 first intake diam je. Budak budak Form 1 second intake (batch aku) pulak ada yang borak borak dengan kawan kawan.

Budak budak Form 4 ada dekat aras bawah. Form 5 nak guna aras kayangan, so penghuni bilik aras atas Blok C ni menepek dekat bilik kawan. Diorang guna Blok C sebab terpencil sikit.

Abang Form 5 suruh budak budak ni beratur straight face to face. Badan membelakangkan dinding. Muka bertemu muka. Faham kan?

Diorang suruh budak budak yang first intake bangun. Tarik telinga orang sebelah. Silang silang. Diorang kena buat squad jump. Alasan kena denda sebab budak first intake tak ajar budak second intake hormat Form 5. Alasan lagi, konon bajet bajet budak first intake rasa diri lagi mulia dari budak second intake, walhal second intake pun budak offer masuk sekolah. Terus budak budak second intake jadi diam. Budak budak inesen tengok ada yang kena marah dengan senior.

Tetibak, ada satu budak Form 5 ni Doeh tak ingat nama, datang. Dia datang dekat Shark. Kebetulan Shark duduk tengah tengah barisan budak second intake.

"Wei, budak Gay sekor lagi tu mana?"

Budak budak batch aku kata balik. Demam.

"Babi! Boleh balik pulak!"

Lepas tu abang tu pergi dekat ketua diorang yang duduk dekat kerusi plastik. Dia bisik bisik something. Kawan dia dekat sebelah pegang kertas. Macam banyak jugaklah kertas.

Ketua diorang (yang bagi arahan suruh budak first intake buat squad jump tadi) panggil sorang budak first intake. Dia main petik je nama. Dia suruh demo "helikopter". Melayang layang budak tu. Siap kena tendang tendang dengan senior form 5 lain.

Lepas tu, budak budak batch aku (second intake) ni pulak kena buat squad jump. Lepas buat squad jump, kena buat motor. Doeh cerita sakit & penat gila buat menatang bodoh tu.

Lepas settle semua, boleh budak budak Form 5 ni bantai gelak. Happy agaknya nampak budak budak junior ni penat. Celaka betul.

Datang pulak satu lagi senior. Dia cakap nampak ada budak pakai topi macam takut takut belah dari blok C. Senior ni nak naik tangga belah belakang blok C tu ke aras kayangan. Dia bertembung dengan budak bertopi tu. Dia syak ada budak junior belah dari kena orientasi. Dah satu hal, sebab budak batch aku yang suka pakai topi even malam sekalipun cuma aku je! Lagi best budak tu pakai baju orientasi. Muka tak nampak sebab belakang blok C ni memang agak gelap.

Budak budak senior ni ada yang belah balik bilik lepas dengar benda tu. Ada senior yang konon konon tak percaya Aku dah balik, so diorang nak carik. Ada yang stay situ lagi.

Yang ketua diorang ni pulak petik nama Shark. Dia suruh Shark pergi depan dia. Dia suruh pumping depan dia. Lepas pumping, dia suruh buat knuckle. Masa Shark buat tu, kaki ketua diorang ni dia letak atas belakang badan Shark. Dia buat sampai Shark penat.

Lepas dah settle. Dia suruh Shark bangun. Then, dia cakap dia nak si Shark ni jadi kapten batch. Semua kesalahan yang budak budak batch buat, dia yang kena tanggung. So, dia kena jaga budak budak batch dia jangan sampai ada yang buat salah. Dia cakap budak budak Form 5 nak bagi hadiah sikit sebab jadi kapten batch.

Budak budak Form 5 yang ada, diorang pergi dekat Shark then masing masing tumbuk sorang sekali dekat bahu belah kanan dengan kiri si Shark ni. Memang nampak dia sakit kena pukul tu. Tapi budak budak inesen ni manalah nak lawan kan? Masih dengan kasta first batch, second batch. Kau kau, aku aku.

Habis sesi pukul memukul, pilih kapten batch secara paksarela & gelak gelak oleh budak budak Form 5 ni, so budak budak Form 1 ni bolehlah balik. Tu pun, lepas kertas tu diedarkan pada sorang satu. Semua budak Form 1 kena ambik tandatangan budak budak Form 5. Yang tak cukup, ada denda menanti masa meeting kedua nanti.

Masa dekat bilik, Doeh dengan Panjang cakap si Shark ni diam je. Biasa dia banyak cakap kan? Kali ni dia diam.

Lusanya, diorang dengar cerita ada senior Form 5 kena kacau. Agak agak senior yang mana? Tapi tak ada siapa tahu siapa yang kena kacau, cuma speku speku je.

Kononnya masa budak senior tu tengah bukak locker nak kemas kemas baju dia dalam locker, dia kena kacau. Time ni masa lepas habis prep malam. Sunyi lagi time tu. Atas locker dia memang dia letak bantal golek yang panjang tu.

Entah macam mana, nak jadi cerita, lepas kemas kemas baju dalam loker tu. Dia terpandang dekat bantal golek atas loker dia tu. Bantal golek tu dah tak jadi bantal golek. Boleh pulak bantal golek tu nampak macam cik Pocong! Slow slow dia pusing menghadap dia.

Terus abang senior tu keluar dari bilik dia. Terkejut agaknya. Mampus kalau cik Pocong tu lompat depan dia. Tahu jugak dia takut erk. Konon dialah yang paling pailang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2016 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuppy replied at 21-7-2016 12:54 PM
Nice story TT. Sila sambung ya...

Terima kasih. Dah update cerita tak berapa seram  
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2016 01:25 PM | Show all posts
9teen replied at 21-7-2016 01:21 PM
Terima kasih. Dah update cerita tak berapa seram

Seram la bagi iols sebab iols imagine sekali sambil bace tu. Trase diri sendiri plak kat tempt kejadian...

Btw, keep up the good work. Cerita senang fhm...;)
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2016 01:25 PM | Show all posts
9teen replied at 21-7-2016 01:00 PM
CERITA KELIMA - BANTAL GOLEK

Lepas Malam Burung Hantu, esoknya aku terpaksa balik rumah. Parents  ...

aku igtkn aman2 je sek ko ni
ade gak kes buli2 ni ek..
x gemar tul aku..
sian shuben ko...apsal dia diam jek...mksud ko tu bkn dia ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:10 AM GMT+8 , Processed in 0.076573 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list