CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: 9teen

Siapa Shark, BF Aku Ni? & Kisah Kisah Lain (PENERANGAN : #726 - 19/11)

  [Copy link]
Post time 26-7-2016 04:13 PM | Show all posts
9teen replied at 26-7-2016 04:06 PM
Yang bersilat tu kah?
Kalau aku, husnudzon je mula mula (sebab dengan izin Allah mungkin tu semu ...

Yes. Selama kami membesar ni, aku disajikan cerita mistik yg terjadi pd dia. Bayangkanla dari umur belasan citer tu sampai ke da nk masuk era 30-an ni. Tapi tak dinafikan kekadang ade terselit 'pengajaran' kat situ. Dan aku pn tak lah sekejam mana yg nk buat muka 'annoying' mase dia tengah berciter tu. Kesian sebab dia sendiri pn masih berperang dengan jiwa & masalah peribadi dia. So, aku amik pendekatan utk bagi dia rileks bile borak dgn aku. Walaupun ade 'part2' citer dia pd aku tak bole nk masuk akal.
hashtag #akukawanyangbaik



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2016 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
apa benda yg songsang tu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2016 04:35 PM | Show all posts
dikk, bagus penceritaan ko dik.
otak akak yang uzur ni pun faham, kalau tak jenuh nak cerna bahasa alien bebudak zaman sekarang..
Good job betta~ keep up the good work.

akak senantiasa menanti update darimu. gittuu~

Faith in young generation restored!
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2016 04:46 PM | Show all posts
3bidadara replied at 26-7-2016 04:02 PM
tokojot denn ni haaa. Teruihh nak poie koncing

hahaha... ampun2.

poie tak koncing tu?

Elok2, jangan lamo2. kang kot muncul ataih pintu
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2016 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
9teen replied at 24-7-2016 02:20 PM
Sebab tu dekat awal awal, aku dah mention yang aku ni lelaki. Kawan misteri aku, Shark yang sekara ...

TT ni mesti tergolong dlm kategori lembut kan...? Jgn marah...  

Lg satu, tt ni mesti anak tentera kan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2016 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
SambalBelimbing replied at 26-7-2016 04:35 PM
dikk, bagus penceritaan ko dik.
otak akak yang uzur ni pun faham, kalau tak jenuh nak cerna bahasa ...

Alhamdulillah. Terima kasih  
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-7-2016 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
kancilku_biru replied at 26-7-2016 05:35 PM
TT ni mesti tergolong dlm kategori lembut kan...? Jgn marah...   

Lg satu, tt ni mesti anak t ...

Boleh bagi aku rasional kenapa kau rasa, Aku ni lembut?

Ada aku mention tak? Rasanya takde mention dekat mana mana. Just nak mintak rasional je. Adakah sebab penulisan aku? Sebab ada sesetengah forummers Cari yang singgah rumah setinggan aku ni beranggapan perempuan yang tulis & share pengalaman pengalaman ni, tapi aku 100% lelaki. (Aku tak marah. Cuma nak taw rasionalnya)        
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2016 08:31 PM | Show all posts
9teen replied at 26-7-2016 10:24 AM
Ni just sekadar selingan je. Dah lama nak update, tak lepas. Semalam nak update pun tak lepas lepas. ...

yang ni scary dik..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-7-2016 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
CERITA EMPAT BELAS - TUMPANG

Abah & Ibu aku cakap, lepas balik dari rumah, Tok Rom ada bagi arahan. Time tu aku tak ada dekat rumah, kakak aku ajak keluar jalan jalan. Lagipun baru balik asrama kan? Walhal tak sampai 3-4 hari pun lagi. Hehehehe.

Okay, meh aku cerita. Masa ibu & Abah aku ambik aku dekat sekolah, lepas tu kitorang terus straight balik ke rumah. Bila aku sampai tu, rupanya Tok Rom dah keluar dulu. So satu hari aku balik tu tak jumpa langsung dengan Tok Rom. Then, esoknya kakak kakak aku ajak keluar jalan jalan. So memang aku tak bertembung langsung dengan Tok Rom.

"Tengok dalam benda benda yang dia bawak balik. Jangan carik masa dia perasan. Cuba carik kalau ada yang nampak pelik sikit, bagi dekat aku. Maybe agak tersorok sikit"

So, ibu aku lah yang buat kerja kerja menggeledah. Cari benda benda yang tak sepatutnya. Ibu aku cakap time tu dia punya risau, memang risau gila sebab dah Tok Rom yang cakap macam tu, mesti bersebab.

Abah aku pulak temankan Tok Rom dekat ruang tamu sambil tengok TV. Maklumlah time tu abah aku pun dah nak dekat dekat bersara. Alhamdulillah, senang cakap dah ada masa sendiri dengan keluarga.

Jarang Tok Rom cakap satu satu benda tu atas dasar suka suka hati dia je. Bila dia cakap mesti ada sebab & berisi. Tapi tak lah bermaksud percaya bulat bulat, sebab semua dengan izin Allah Yang Maha Esa jugak.  

"Aku rasa cucu aku ni ada buat silap. Aku nak tengok dulu. Kalau betul ada yang songsang, aku nak betulkan balik. Biar balik ke asal. Kalau ada yang dah kotor, aku nak cuba bersihkan"

Abah aku diam je sebab tak paham apa yang dia nak kiaskan. Nak komen karang takut lain pulak. Takut tersilap apa apa. Tapi, akhir akhirnya dia cakap jugak sebab dia tak nak yang pelik pelik jadi.

"Ayah buatlah apa yang patut. Kami ikut je asalkan Ice tak jadi bukan bukan"

Parents aku memang bahasakan Tok Rom ni ayah sebab memang Tok Rom anggap macam cucu sendiri walaupun cuma cucu saudara, zuriat anak saudara dia.

Ibu aku masih lagi geledah geledah barang dalam bilik aku. Habis semua tempat dia bukak. Laci, almari, box plastik bawah katil. Rak buku aku. Diari aku pun sama, dia selak. Kot kot ada selit apa apa atau conteng apa apa yang pelik (Tulis diari ni minatnya jatuh dekat aku sebab terikut kakak sulung aku yang suka conteng diari time free. Kakak aku yang sulung memang galakkan sebab adik bongsu dia ni pendiam, so at least boleh lepaskan tekanan dekat atas kertas).

Bila dah puas cari tapi masih tak jumpa apa apa tu, so ibu aku pun bagitahulah dekat Tok Rom & abah aku yang dia tak jumpa apa apa yang pelik.

Yang best, Tok Rom kata, memanglah tak ada sebab aku bawak "benda" tu sama. Dia saja nak test Ibu & Abah aku ni ambik tahu ke tak tentang cucu dia kalau dia bagitahu macam tu. Cucu dia (aku) pun tak semestinya tahu yang aku ada bawak benda tu ke hulu ke hilir sebab Tok Rom rasa cucu dia memang inesen seinesennya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2016 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 26-7-2016 08:31 PM
yang ni scary dik..

Memang scary kak. Nasib baik time Form 1 dulu rajin basuh baju guna khidmat mak cik Dobi yang agak garang. Tapi, mak cik tu baik. Siap belanja kuih muih lagi!

Ke sebab aku ni sopan?    
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2016 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Cara penulisan yang mabeles tt,senang dibaca dan difahami. Rasanye sekolah tt ni maysem la kot sebab banyak ciri2 maysem dalam cerite.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2016 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
9teen replied at 26-7-2016 08:23 PM
Boleh bagi aku rasional kenapa kau rasa, Aku ni lembut?

Ada aku mention tak? Rasanya takde men ...

Bukan dari sebab penulisan kau tp cara kau describe pandangan org pasal kau dgn shuben kau si shark tu. Kau kata kau pendiam so selain tu mungkin kau nmpk agak lembut agaknyalah so sebab tu org assume role ko as a wifey shark tu. Tak semestinya lembut yg ala patah2 tu... Heishh klu bukan oklaa... Ada ngerti??  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2016 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
kancilku_biru replied at 26-7-2016 11:57 PM
Bukan dari sebab penulisan kau tp cara kau describe pandangan org pasal kau dgn shuben kau si shar ...

Dulu dulu, benda paling menyesal yang aku buat dalam hidup ni adalah terjumpa & terkawan dengan budak yang namanya Shark ni. Gara gara dia, kehidupan sekolah asrama aku jadi abnormal. (Sebab tu aku saja tanya sebab ada jugak forummers lain ingat aku ni perempuan)

Kalau tak, mesti aku pun dapat menjalani kehidupan normal seharian seorang budak asrama penuh yang gembira. Gara gara dia aku kena speku bukan bukan. Gara gara dia aku kena buli. Gara gara dia aku kena berubat dengan Tok Rom & lain lain.

Yang pasti, maybe sebab aku sopan. Bukan patahku patah patah. Aku kena buli eventhough time Form 1 tu ada Abang Aan (Form 4 - Fasi) yang jadi abang angkat aku. Abang angkat yang tanpa perasaan lain lain, just aku anggap macam abang sebab dalam hidup aku puas dah dengan kakak kakak kandung je.    
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2016 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
gunter replied at 26-7-2016 11:53 PM
Cara penulisan yang mabeles tt,senang dibaca dan difahami. Rasanye sekolah tt ni maysem la kot sebab ...

Terima kasih sudi singgah rumah setinggan aku ni.

Maaf sebab tempat kejadian & watak watak yang berkaitan, terpaksa aku samar samarkan demi jaga hubungan baik aku dengan diorang di dunia nyata sampai hari ini.      
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 12:57 AM | Show all posts
penulisan n penceritaan ok...senang faham cuma tt ni terlalu peramah...bercinta aku tunggu tt melayan tetamu...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 01:01 AM | Show all posts
lagi.. dan lagi 9teen. janganla siksa batin kami dengan penceritaan yang tergantung hik hik

namun tetap menghargai dan menyanjung thread 9teen ni.. antara thread yang menarik!

teruskan ya... sungguh best
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2016 01:19 AM From the mobile phone | Show all posts
9teen replied at 27-7-2016 12:12 AM
Dulu dulu, benda paling menyesal yang aku buat dalam hidup ni adalah terjumpa & terkawan dengan bu ...

Ish lain mcm plak si shark ni yek ni yg tak sabar nak tau lagi lanjut psl dia ni... Mcm ada sesuatu lak si shark ni. Nanti2 boleh kau share kenapa semua pengalaman tak best ni jadi kat kau dgn shark... Itu pun klu kau sudi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2016 02:53 AM From the mobile phone | Show all posts
liyanur replied at 27-7-2016 12:57 AM
penulisan n penceritaan ok...senang faham cuma tt ni terlalu peramah...bercinta aku tunggu tt melaya ...

Maaf lah sebab aku sekarang dah jadi peramah.
Kalau kau kenal aku masa sekolah menengah, memang pendiam habis    
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 03:05 AM | Show all posts
9teen replied at 27-7-2016 02:53 AM
Maaf lah sebab aku sekarang dah jadi peramah.
Kalau kau kenal aku masa sekolah menengah, memang  ...

9teen... pengalaman mendewasakan, tak gitu... terbaik la thread uols ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 07:42 AM | Show all posts
9teen replied at 27-7-2016 02:53 AM
Maaf lah sebab aku sekarang dah jadi peramah.
Kalau kau kenal aku masa sekolah menengah, memang  ...

skg umo ko brape ..dh kje ke..dh kwin ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.163655 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list