CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3978|Reply: 10

[SENIBINA] Surau buluh tarikan baharu Kuala Kangsar

[Copy link]
Post time 13-7-2016 05:44 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Farini at 13-7-2016 07:30 PM




Surau Buluh yang terletak di Chandan Puteri, Mukim Bendang Panjang dibina dengan menggunakan 100 peratus buluh yang diimport khas dari Yogyakarta, Indonesia dijangka siap sepenuhnya pada Oktober ini.


KUALA KANGSAR: Buluh merupakan sumber alam yang banyak digunakan oleh masyarakat di rantau Asia, termasuk Malaysia bagi pelbagai kegunaan seperti alat muzik, bahan binaan, barangan dekorasi dan peralatan dapur.

Bagi pengasas 'Islamic Green Village' Jamaluddin Ahmad, 55, beliau menggunakan buluh 100 peratus untuk membina sebuah surau di Chandan Puteri, Mukim Bendang Panjang di sini.

Lebih unik, surau yang berkonsepkan 'Bumbung Lima Perak' itu dibina menggunakan kira-kira 4,000 batang buluh, iaitu buluh betong dari Indonesia dan buluh wulung sebagai tiang surau, manakala buluh apus diguna untuk dijadikan bumbung surau itu yang direka tanpa mempunyai dinding, katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Beliau berkata surau buluh yang dibina dengan kos RM600,000 dan dijangka siap sepenuhnya Oktober ini, menggunakan skru untuk mencantum batang buluh itu, manakala lantai pula menggunakan jubin.

"Idea untuk membina surau daripada buluh tercetus apabila saya mengadakan lawatan ke Yogyakarta,

Jamaluddin berkata rasa kagum terhadap pembinaan berasaskan buluh di Indonesia telah mendorongnya untuk membawa masuk teknologi dari negara jiran itu ke Malaysia agar masyarakat menghargai sumber alam tersebut.

"Sifat buluh ini bukan sahaja tidak mencemarkan tetapi tidak panas malah memberi keselesaan," tambahnya.

Beliau berkata untuk itu pembangunan Islamic Green Village ini mempunyai unsur-unsur kehijauan, memanfaatkan sumber alam untuk dijadikan bahan binaan.

"Bahkan sebahagian daripada sekolah pondok di sini juga akan dibina daripada buluh," katanya.

Jamaluddin berkata beliau memilih untuk membina surau yang mampu memuatkan kira-kira 400 hingga 500 jemaah pada satu-satu masa di kawasan itu, untuk kegunaan masyarakat setempat.

Beliau berkata serta permulaan kepada pembinaan sebuah sekolah pondok khusus untuk warga emas mendalami Islam berhampiran kawasan tersebut.

Sementara itu, Mazlan Othman, 59, arkitek yang mereka bentuk surau itu berkata buluh tidak asing dalam seni bina rumah Melayu sejak zaman dahulu, namun penggunaannya untuk membina surau merupakan sesuatu yang unik.

"Kami hendak menjadikan buluh sebagai bahan binaan unggul di Malaysia kerana seperti mana yang kita tahu buluh semakin dilupakan, maka ia perlu dipromosikan semula dan dijadikan ikon.

"Untuk menyiapkan surau ini, saya menggunakan 10 tenaga kerja yang terdiri daripada warga tempatan dan Indonesia yang dikhususnya kepada penyediaan konsep surau," katanya.

Mazlan berkata pemilihan buluh betong untuk tiang utama adalah kerana buluh itu mampu bertahan antara 60 hingga 70 tahun, dan ia diimport dari Yogyakarta memandangkan bahan itu sukar didapati di Malaysia, selain mahal jika dibandingkan dengan tempat lain.

Katanya buluh-buluh betong berkenaan akan dicelup dengan asid borik terlebih dahulu supaya tahan lama, manakala buluh-buluh lain tidak perlu diletakkan sebarang kimia sebaliknya hanya dibasuh.

"Buluh betong yang dijadikan tiang mestilah berusia lima tahun," katanya.

Seorang lagi arkitek dari Bali, Indonesia, Nugro Widhi Nugrohos, 36, berkata keistimewaan rekaan surau itu adalah ia menyediakan ruang dengan peredaran udara dan pencahayaan yang amat baik.

"Konsep yang dipilih ditransformasi supaya rekaan tampak lebih moden walaupun menggunakan buluh sebagai bahan binaan utama," katanya.

- BERNAMA -

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2016 03:27 PM | Show all posts
Sangat Unik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2016 06:52 PM | Show all posts

Jamaluddin Ahmad berkata pembangunan Islamic Green Village mempunyai unsur-unsur kehijauan, memanfaatkan sumber alam untuk dijadikan bahan binaan.


Pengurus projek Hasnul Zulkarnain menunjukkan buluh betong yang menjadi tiang utama surau buluh.


Nugro Widhi Nugrohos, arkitek dari Bali, berkata surau itu menyediakan ruang peredaran udara dan pencahayaan yang amat baik. - See more at:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2016 04:52 PM | Show all posts
macam konsep architect eleena jamil
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 09:18 AM | Show all posts
konsep surau terbuka. tkde dinding.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 05:48 PM | Show all posts
kalau hujan, mesti tempias kalau bumbungnya tak lebar dan besarkalau surau ni dibuat macam masjid ihsaniah iskandariah yg dulu tu, mungkin cantik juga
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-8-2016 05:24 PM | Show all posts
tak sabar nk tgu siap..cat ke tidak buluhnya
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Naturalnya. Buluh tahan lama juga eh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2016 04:33 PM | Show all posts
cantiklah
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2016 01:55 PM | Show all posts
Cantik..tapi macam kat Indonesia pun dah ada.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2016 03:12 PM | Show all posts
apa perkembangan surau ni. dah siap ke agaknya?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Gambar & Video


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:12 PM GMT+8 , Processed in 0.074950 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list