|
Edited by Malikmalika at 11-7-2016 03:28 PM
sedih di hari raya pertama taktahu kat mana nak mengadu . aku bongsu dari 6 adik beradik , ada kakak 4org 1 abg. tahun nie semua balik raya aku dah mula risau sebab ipar-ipar aku tak sehaluan selpas bergaduh . mak abah aku dah tua walaupun depa tak bergaduh depan mak abah aku tapi aku rasa mak abah aku tahu . abg ipar aku ada tiga , kakak no 3 dah becerai tidak ada empat
aku tak tahu nak salah kan siapa tapi pemulaan dari POLITIK dari abang ipar pertama dengan yang ke-empat . abang ipar pertama parti hitam , abang ipar keempat parti oren (contoh) . abang ipar pertama dari selangor balik nak duduk di kampung mmg sangat aktif si selangor dulu seblum pindah ke kampung . balik kesini masa mengundi pru17 , aktif sampai pasang bendera di rumah sampai parti oren ugut2 xkluar rumah ,patahkan bendera , abang ipar keempat(oren) aku memang tinggal di kampung . cerita bermula bila mulut pihak parti oren mengatakan abg ipar pertama (hitam) kata kepada abg ipar keempat (oren)" nakkan harta mak dengan abah aku itu yg diorang balik kampung tinggal sini untuk mengelakkan benda tu terjadi" . sampai sekarang aku taktahu betul kata2 tu keluar dari mulut abang ipar first aku atau hanya fitnah sebab politik . bila abang ipar keempat aku dapat tahu bergaduh lah dua keluarga kakak aku pertama dan keempat yang dulunya akrab . aku dgn abg aku saksi mereka gaduh dekat rumah kakak aku yg keempat .
abang ipar keempat orgnya lama di kampung mesti org kampung lagi belahkan dia dan parti oren menopoli kampung , depa pulau abang ipar first aku sampai keluar dari kampung balik selangor . aku stress gila sape suka bila keluarga dah berpecah , abang ipar keempat dan kedua (tingal negeri lain ) memang kamcing dan aku rasa abg ipar aku keempat dah hasut abg ipar aku kedua nie , dan ipar kedua pun bermasam muka la dengan keluarga akak aku yang first . selpas setahun kakak2 aku mungkin fikir mak abah mereke berbaik aku bersyukur gila , tapi hanya kakak , abang ipar tetap sama . abg ipar aku no 2 dan 4 mmg panas baran , kakak aku isteri depa sngt lembut takut nak tegur sikap mereka dengan abg ipar no 1 . abg ipar no 1 kalau balik kampung selalu minta maaf dekat family kakak no empat tapi abg ipar selalu lari .
aku kesian kat anak2 depa seronok2 balik nak main dengan sepupu2 tapi mak abah masam muka macam raya harinie . semua balik raya kalinie aku dngar abg ipar first aku nak balik juga sebab nak mintak maaf dengan semua tapi abg ipar keempat dan kedua masam muka salam pun tak,anak2 dia pun tak . dan tadi kakak first aku mengalir air mata kata yang diorang taknak bersalam dengan keluarga kakak aku buat macam tunggul kayu kat hujung , nasib abah dengan mak aku ada dapur waktu tu . aku saksi dengan akak aku yg lain . sedih , hilang mood raya ingt semua balik seronok tapi lain jadi . kakak kluar bawak anak2 dia kemana aku pun xtahu mngkin pergi mngadu kat sapa2 .
aku selalu juga depa hasut mcmtu mcmnie tapi aku pikir mak abah malas nak benci darah daging sendiri , yg masalah sekarang ipar-ipar je tapi entah la nak cakap . aku taktahu nak buat mcamna , aku nasihat mmg tak makan la , bini dia pun tak dgr . dekat 4 tahun dah rasa , nie mak abah ada lagi kalau nanti2 apa jadi kat aku dgn family2 kakak aku nie .
panjang pulak menulis hari raya pertama nie , ada orang baca ke entah la . hanya nukilan anak bongsu di hari raya yang sedih nie .
===============================================================================================
edit 11/7/2016
sebab aku takut sangat nak kenal laki dan kahwin sebab tengok sikap2 abang ipar aku nie serius sangat takut tu sampai sekarang aku xpernah couple dan bercinta . nak cerita sikap2 ipar aku ni
abang ipar 1 + kakak sulung
seorang yang alim pergi masjid setiap waktu semua orang kata ciri2 menantu kesayangan lah , tapi apa yang aku nampak terlampau kuat politik sertai bersih tu bersih nie . dan abang ipar aku ni terlampau menyuruh bini iaitu kakak aku , contoh bini tgh basuh pingan xsempat nak habis lagi dia suruh pegy kedai beli rokok , kopiah tertinggal dalam bilik gagah suruh gy ambik sedangkan akak aku tgh tido , senang kata layan suami macam raja tanpa tolong . dan dulu pernah ada kes nak perempuan lain,kakak aku pegy jumpat ustaz minta petua dan dah elok .
kakak no 2 + abg ipar no 2
seorang warden penjara tegas dan panas baran , pasal aurat lantak dia tak berbaju berseluar pendek aku naik segan nak dok rumah sendiri . segala benda dia betul , bergaduh dengan bini depan orang ramai , dengan anak marah2 sampai jiran sebelah dengar , kakak aku sangat lembut tak melawan anak2 banyak belah mak . family abang ipar aku nie suka balik ke rumah besan tau , aku sangat tak selesa , macam raya tahun nie balik raya sini bawa mak bapak dia dengan adik beradik dia yang dah kahwin , aku yang kena mengalah bagi bilik kat depa dah la duduk lama . dan abang ipar aku nie pun pernah ada perempuan lain smpai mak mertua kakak aku malu dengan famly kami sbb kakak aku sngt baik .
kakak no 3 + ex abang ipar
bercerai baru 2 tahun , mintak cerai mula2 sebab kakak aku mengandung dia taknak anak tu suruh gugurkan , kakak aku makan hati sebab dah sarat dia tunggu bersalin habis pantang dia lari balik kampung bawa anak , pegy mahkahmah suami dia xnak ceraikan pulak dan mak mertua nak anak tu kalau nak bercerai juga , kakak aku duk kampung gantung tak bertali 5 tahun , lepastu jadi pula masing2 ada orang lain dan suami dia tak bagi nafkah langsung kat sana smpai kakak aku berniaga guna duit tabung anak , lari balik sini setahun baru lafaz cerai talak 1 . kesian anak
kakak no 4 + ipar no 4
kakak ni paling kahwin awal dengan orang kampung je , anak dia nak sama umur dengan aku dah . yang ipar ni sangat panas baran tak boleh cakap elok2 dengan bini dan anak , segala benda bini tanggung dia kerja menoreh getah baru lepas sakit dia tak boleh buat kerja berat . sekarang jadi pembantu kedai bini dia , kakak aku pernah bergaduh dengan laki dia depan aku kalau abg nak cari lain pegy lah nak tgk mampu ke tak hidup , abg ipar aku tak berani sebab dia tahu selama nie bini tanggung , abang ipar dgn kakak aku ni selalu ajar anak meminta dengan mak abah aku , segala benda mcm duit nak pi sekolah , beli basikal beli baju sekolah , baju raya .
abang no 5
pun panas baran dari kecik dan dia sangat didengki oleh kakak2 aku sebab dia anak lelaki sorang , diorang dah terbayang harta akan dapt ke dia bila mak abah dah xde . bodoh punya pemikiran mak abah dok ada lagi dah pikir sampai tahap macamnie . biasa adik beradik akan dengki dengan anak bongsu tapi keluarga aku tak depa lagi dengki dgn abg aku . dia dengan cara dia jelah keluar pagi balik malam bila nak kahwin entah umur dan dekat 30an
no 6
aku lah bongsu no 6 membesar dalam keluarga macamnie , aku dari kecik memang dah target nak kumpul harta sendiri taknak makan duit adik beradik nanti mengungkit , duit diorang bagi aku tak pernah ambik , kalau aku ambik pun aku bagi anak2 depa balik . so life aku memang sorang2 dari kecik , aku lahir agak lambat , aku kecik depa semua dah kahwin so aku memang tak pernah nak manja2 dengan kakak atau abg . sekarang sruvive sendiri jelah tanpa ada adik beradik yang semua sibuk dengan life memasing .
hanya nukilan mana tau bila family aku dah berbaik aku baca balik nie sampai senyum atau baca balik sambil menangis bila ada yang pergi buat selama2nya . sapelah berminat nak baca panjang2 nie . hahahahahahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
Bertabah la kak
hujung2 yg kaya, pemimpin juga..kuat menyonglap |
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnya jadi gini hanya semata kerana politik...
Eee klu boleh nak je sembur dekat tai, taik politik ni
Apa ke bodohnya la korang duk gaduh pasal politik hak atas duk relax je sesama opposite kongsi ideas nak simpan "piggy bank" obersea |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 7-7-2016 09:58 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
wana89 replied at 7-7-2016 12:46 AM
Bertabah la kak
hujung2 yg kaya, pemimpin juga..kuat menyonglap
yang kaya makin kaya yang miskin dok situlah . yang bergaduh tak baik2 juga |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 7-7-2016 09:59 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
ffbeauties replied at 7-7-2016 01:52 AM
Sedihnya jadi gini hanya semata kerana politik...
Eee klu boleh nak je sembur dekat tai, taik polit ...
itulah bodoh kan . tapi benda bodoh pun boleh rosakkan tali persaudaraan keluarga . |
|
|
|
|
|
|
|
exactly. dah ramai orang gila la ni. opnion berbeza pun tak dapat nak terima. nak paksa paksa. taik politik, taik retis, taik fanataik.
|
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan ipar pompuan yang selalu gaduh..
rupanya ipar jantan lagi haramjadah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Abg tt macam maner..dia ok ke dgn kedua2 ipar tu...kakak tt plak yg no.3? |
|
|
|
|
|
|
|
Abg tt macam maner..dia ok ke dgn kedua2 ipar tu...kakak tt plak yg no.3? |
|
|
|
|
|
|
|
Abg tt macam maner..dia ok ke dgn kedua2 ipar tu...kakak tt plak yg no.3? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku suspek education level ipar ko ni spm je kot sbb kalau bljr tinggi x kan gaduh sbb politik punya. |
|
|
|
|
|
|
|
tahi atas tetap berkuasa , yang bawah2 tetap bergaduh , realiti politik di kampung memang macam tu , kalau nak cerita pasal politik di kampung nie macam budak2 punya perangai , aku rasa org kampung dah biasa di beri rasuah dan diorang anggap tu satu kewajipan setiap tahun sampai boleh bergaduh kalau xdpt . orang kampung tak nmpk tapi bagi aku itu satu rasuah dan aku taknak terlibat dan ambik
|
|
|
|
|
|
|
|
hahaha kompen tak dapat . apa yang diorang dapat gaduh pasal politik , merana adik beradik adalah , 4 tahun sangat lama . tak reti dah nak buat apa dah mampu berdoa jelah
|
|
|
|
|
|
|
|
hahaha abang aku yang tupun panas baran juga tapi dia macam tak ambik tahu , pagi keluar rumah balik bila nak kencing,makan nasi je kot , dia ada kebun getah bagi orang asing menoreh dapat hasil bahagi dua , dia ambik rm50 lebih bagi mak , habis mintak lagi tulah jelah aku nampak hahaha . tapi taktahu la perasaan dia kan takleh juga nak duga apa yang jadi kat family aku nie . |
|
|
|
|
|
|
|
lagi dasyat oo sebab sampai nak naik tangan , kalau pompuan setakat gaduh2 post dekat fb je . hahahaha . taktahu la ego lelaki ni macamana apa yang diorang pikir sampai 4 tahun taknak selesai2 ke , yang merana adik beradik la suami2 punya pasal . kalau nak balik kampung pun taknak bertembung , paling aku kesian anak anak diorang la , mesti kena hasut dengan mak bapak tak bagi kawan , budak2 apa lah yang diorang tahu .
|
|
|
|
|
|
|
|
abang ok je kalau balik salam2 pastu dia blah keluar rumah memang perangai macamtu . kakak no 3 dia dah bercerai duduk sekali dengan mak abah la , dia pun jenis senyap je tak pernah sebut2 pasal ipar2 bergaduh nie , tapi taktahu la perasaan dia kan . mungkin dia pikir nak cari penganti dia kot
|
|
|
|
|
|
|
|
eh macamana tahu nie . betul la . abang ipar first kerja driver, no dua yang kena hasut tu warden penjara,no 3 dah jadi ex abg ipar pun driver lori , no 4 kerja kampung ( tapi yang nie lebih bnyk bini tanggung aku tgk sbb kakak aku ada kedai makan ) . mungkin la pemikiran depa terbejat pasal politik pun nak bergaduh .
aku pernah jumpa kaunseling tau waktu kat sekolah(waktu tu form 6) sebab result down gila biasa aku memang top dalam kelas , aku cerita la apa yang jadi dengan family aku sebab stres sampai kurus kering . dan cikgu bagi kesimpulan aku akan takut untuk berkahwin atau kenal mana2 lelaki sebab aku takut dapat husband macam kakak2 . tapi betul la sekarang perangai aku pun macam jantan takde sape nak , dan aku boleh survive sorang tanpa bergantung pada adik beradik dan parent .
|
|
|
|
|
|
|
|
Malikmalika replied at 10-7-2016 11:46 AM
eh macamana tahu nie . betul la . abang ipar first kerja driver, no dua yang kena hasut tu warden ...
Mn ko tau perangai ko tade jntn yg nak? Ada artis A tu lg la perangai hazabedah tp ada jgk jantan bodoh yg nak |
|
|
|
|
|
|
| |
|