CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10720|Reply: 26

iddah - sambut hari raya

 Close [Copy link]
Post time 4-7-2016 06:34 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum,

Kakak i masih dalam tempoh iddah sebab kematian suami. I ada kemusykilan berkaitan sambutan hari raya dia...

1. Boleh ke dia pergi beraya rumah mak mertua ke.. adik beradik ke...rumah saudara mara ke dll? or jiran2 kawasan rumah?

2. Boleh ke dia balik ke kampung halaman mertua/mak bapak yang memerlukan dia bermusafir? anak-anak dia akan follow sekali balik kampung...

Harap boleh membantu, puas google2 tak jumpa jawapan.

Jazakumullah khairan kathira


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2016 04:09 PM | Show all posts
Wasalam. Pendapat saya sahaja.

Boleh.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2016 04:20 PM | Show all posts
Wa alaikumsalam warahmatullah.

Setahu saya hanya dibenarkan untuk perkara keperluan sahaja.  contohnya, pergi kedai beli barang yang diperlukan spt makanan, kerja yang tak dapat cuti bertujuan mencari rezeki, pergi hospital atau klinik.

antara yang dilarang termasuk menghantar jenazah suami ke kuburan.  kalau itu pun dilarang, menziarah untuk berhari raya juga boleh jadi termasuk larangan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2016 04:27 PM | Show all posts
setau saya tak boleh....

kecuali keluar utk bekerja saja atau membeli keperluan harian..itupun kalau ada yg boleh membantu belikan org tu kena bantu lah...

Untuk keluar kenduri ke atau melawat ke mana2 memang tak boleh.

Apa yang tidak boleh dilakukan oleh wanita yang berada dalam iddah kematian suami?

Wanita yang kematian suami hendaklah beriddah selama 4 bulan 10 hari. Tetapi jika dia mengandung, maka hendaklah dia beriddah sehingga bersalin. Tempoh ini digunakan untuk memastikan rahim kosong (bersih) dan digunakan oleh wanita untuk menyatakan kesedihan atas kematian suami. Ia juga merupakan fasa perubahan yang sukar dan perlu disokong oleh kaum keluarga, rakan-taulan dan jiran tetangga.

Terdapat LIMA larangan yang dikenakan ke atas wanita yang kematian suami:

1. bertunang (secara berterus-terang)
2. berkahwin
3. berhias pada diri atau pakaian
4. tidur di rumah selain rumah yang biasa didiami semasa hayat suami
5. keluar dari rumah tanpa ada tujuan penting yang tertentu

PERTAMA: BERTUNANG SECARA BERTERUS-TERANG

Para fuqaha sependapat bahawa wanita yang dalam iddah tidak boleh bertunang ataupun dipinang dengan cara berterus-terang. Namun jika mahu dipinang dengan berkias, maka ia diharuskan sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud, “Tiada larangan ke atas kamu tentang apa yang kamu kiaskan untuk meminang wanita”.

KEDUA: BERKAHWIN

Sebagaimana yang telah disebutkan di awal tadi, tujuan iddah iaitu untuk memastikan rahim bersih dari benih suami. Firman Allah s.w.t., maksudnya: “Dan janganlah melakukan ikatan pernikahan hinggalah sampai tempoh tangguhnya (iddahnya)”. Ayat ini menjelaskan bahawa wanita yang dalam iddah tidak boleh bernikah sehinggalah tamat tempoh iddah tersebut.

KETIGA: BERHIAS DAN BERWANGI-WANGIAN PADA DIRI ATAU PAKAIAN

Wanita dalam iddah wajib menjauhkan diri daripada perhiasan atau berhias-hias sama ada pada tubuh badan mahupun pada pakaian. Malah dianjurkan supaya wanita ini menyatakan kesedihan atas kematian suami dan mengelakkan diri daripada menjadi perhatian lelaki kerana dia berada dalam fasa dilarang bernikah. Ini dapat mengelakkannya daripada perkara-perkara terlarang serta menghindari fitnah.

Dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w. ada menjelaskan bahawa tidak dihalalkan bagi wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung lebih dari 3 hari kecuali kerana (kematian) suami. Baginda seterusnya menjelaskan bahawa wanita yang kematian suami tidak boleh memakai celak, tidak boleh memakai pakaian yang berhias-hias dan tidak boleh menggunakan pewangi (perfume), kecuali jika dia membersihkan diri iaitu dengan sedikit haruman sahaja. [Lihat penjelasan lanjut dalam Fath al-Bari, jld 9, hlm. 491].

Hadis sahih ini jelas menyatakan bahawa wanita yang kematian suami dilarang memakai wangi-wangian, berhias pada diri atau pakaian termasuk memakai barang kemas pada badan. Dalam hal ini, dianjurkan supaya wanita ini menjauhkan diri daripada memakai pakaian yang menarik perhatian seperti berwarna terang kerana dikhuatiri akan membawa fitnah dan keinginan pada lelaki sedangkan dia masih dalam tempoh larangan berkahwin.

Walau bagaimanapun, tidak semestinya wanita dikehendaki memakai pakaian berwarna hitam. Hitam ialah lambang berkabung bagi seluruh penduduk dunia. Harus wanita dalam iddah berpakaian hitam tetapi tiada larangan untuk dia memakai pakaian berwarna lain.

Diharuskan juga menggunakan pewangi sekadar untuk menghilangkan bau yang busuk pada badan seperti semasa mandi wajib selepas habis haidh iaitu digunakan pada faraj.

Diharuskan pula memakai celak untuk perubatan, tetapi jika mahu dipakai untuk kecantikan, maka ia dilarang.

Diwajibkan ke atas wanita untuk tetap menjaga kebersihan seperti mandi, bersyampu, menyabun badan dll tetapi hendaklah mengelakkan daripada menggunakan peralatan yang mempunyai wangian atau sekurang-kurangnya wangiannya sangat sedikit.

KEEMPAT: TIDUR DI RUMAH LAIN

Larangan ini terpakai untuk wanita yang berada dalam iddah kematian suami dan juga iddah perceraian biasa.

Ertinya, dilarang tidur di rumah yang bukan menjadi kebiasaannya tidur semasa masih dalam ikatan perkahwinan.

Firman Allah s.w.t., maksudnya: “Jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu maka ceraikanlah mengikut masanya dan hendaklah isteri-isteri kamu mengikut iddah dan takutilah Allah tuhan kamu. Janganlah kamu keluarkan isteri-isteri kamu dari rumah-rumah mereka dan janganlah pula mereka keluar darinya kecuali jika datang kebinasaan yang jelas.” [Surah al-Talaq: ayat 1].

Dalil ini terpakai ke atas semua wanita yang berada dalam iddah bahawa mereka dilarang meninggalkan rumah yang menjadi tempat tinggal mereka selama ini. Malah suami yang menceraikan juga dilarang menghalau keluar isteri yang diceraikan. Kelonggaran untuk tinggalkan rumah hanya dibenarkan jika ‘datang kebinasaan yang jelas’ seperti banjir, rumah hampir roboh dan sebarang ancaman yang lain.

Hujah ini disokong pula oleh hadis sahih bahawa pada satu ketika seorang sahabat wanita bernama Furai’ah telah kematian suami dan memohon kebenaran Rasulullah s.a.w. untuk pulang ke rumah keluarganya. Namun Rasulullah s.a.w. memerintahkannya untuk terus tinggal di rumah yang selama ini didiami sehingga habis iddah iaitu 4 bulan 10 hari. Sabda baginda s.a.w. maksudnya: “Tinggallah tetap di rumah kamu sehingga habis tempoh tangguh (iddah)”.

KELIMA: KELUAR DARI RUMAH TANPA TUJUAN (KEPERLUAN TERTENTU)

Larangan tidur di rumah lain mempunyai kaitan dengan larangan yang kelima iaitu tidak dibenarkan keluar dari rumah jika tiada keperluan atau tujuan tertentu yang penting. Hal ini disepakati oleh majoriti fuqaha.

Hadis sahih yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan bahawa Jabir bin Abdullah berkata, maksudnya: “Ibu saudaraku telah diceraikan, kemudian dia mahu memetik nakhil (buah kurma) maka seorang lelaki telah melarangnya (daripada keluar memetik nakhil), maka ibu saudaraku pergi bertemu Rasulullah s.a.w., maka baginda bersabda: Bahkan pergilah memetik buah tersebut mungkin kamu dapat bersedekah dengannya atau melakukan perkara yang baik.”

Para fuqaha mengqiyaskan hadis ini dengan wanita yang dalam iddah kematian suami bahawa lebih utama lagi untuk membenarkan mereka keluar rumah terutamanya untuk mencari nafkah kerana tidak ada orang yang menanggung nafkah mereka. [Sila ambil perhatian bahawa wanita yang diceraikan, nafkahnya semasa dalam iddah masih ditanggung oleh suami yang menceraikan. Jika suami engkar, buatlah aduan dan tuntutan di Mahkamah Syariah].

Dalam satu hadis yang lain, isteri-isteri para syuhada Perang Uhud yang tinggal berjiran bertemu Rasulullah s.a.w. dan bertanya, maksudnya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami berasa gusar di malam hari, bolehkah kami tidur di rumah jiran kami? Apabila siang kami akan pulang ke rumah kami.” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Bercakaplah sesama kamu tetapi apabila kamu mahu tidur maka kembali setiap wanita ke rumah masing-masing.”

Dalam kitab-kitab fiqh banyak disebutkan tentang keharusan wanita dalam iddah kematian suami untuk keluar dari rumah pada waktu siang tetapi dengan syarat terdapat tujuan tertentu dan penting. Menurut para fuqaha, antara perkara tersebut ialah seperti untuk mencari nafkah dan membeli barang keperluan rumah. Dalam mazhab Maliki pula ditambah penjelasan bahawa perempuan yang berada dalam iddah dilarang keluar untuk ziarah menziarahi, dilarang keluar berdagang (berniaga) (kecuali jika itu sumber nafkahnya), dilarang keluar untuk mengucapkan tahniah (seperti menghadiri majlis perkahwinan, pertunangan, hari jadi dan kelahiran bayi), dilarang keluar untuk mengucapkan takziah (seperti menziarahi orang sakit atau kematian) dan dilarang tidur kecuali di dalam rumahnya sendiri. Majoriti fuqaha juga berpendapat bahawa wanita yang dalam iddah dilarang mengerjakan haji atau umrah.

Untuk pencerahan lanjut, lihat Bada’i al-Sana’i, al-Syarh al-Saghir, Nihayat al-Muhtaj fi Fiqh al-Syafii dan Kashshaf al-Qina’.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2016 03:41 PM | Show all posts
Emperor95 replied at 4-7-2016 04:09 PM
Wasalam. Pendapat saya sahaja.

Boleh.

kenapa uols kata boleh? justifikasi please
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2016 03:44 PM | Show all posts
abbyhoney replied at 4-7-2016 04:27 PM
setau saya tak boleh....

kecuali keluar utk bekerja saja atau membeli keperluan harian..itupun ka ...

kalau rumah mak bapak suami boleh ke? sebab si suami mmg biasa tinggal di situ
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2016 04:14 PM | Show all posts
mulutcomel replied at 5-7-2016 07:41 AM
kenapa uols kata boleh? justifikasi please

Seperti yang saya nyatakan, itu adalah pendapat saya sahaja.

Boleh saya disini bermaksud hanyalah menyambut Hari Raya sekadar alar kadar, untuk mengeratkan hubungan silatulrahim diantara keluarga sahaja. Tidak berlebih2an. Mungkin ada saudara mara yang hanya datang untuk meringkankan beban dan membantu menceriakan suasana. Anak2 pun elok dikenalkan dengan keluarga mertua. Lagipun ahli keluarga sudah sedia maklum akan kematian suaminya.

Yang selebihnya @abbyhoney telah terangkan. Ditegaskan sekali lagi, ini hanyalah pendapat saya.


Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2016 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by alasala at 5-7-2016 09:57 PM

Jawapan saya : Boleh

Sebabnya :

Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.
(An-Nisaa' 4:1)

Ayat ini pemutus kpd perkara yg dibangkitkan. Kaum kerabat itu termasuklah (adik beradik, jiran tetangga, ipar yg dalam iddah yg dalam proses rujuk-semula menurut petunjuk Allah, ipar yg dalam iddah akibat kematian suami, ipar yg mempunyai anak2 dari susur-galur mentuanya menurut petunjukNya dan mereka yg bernama umat Muhammad saw), malah ianya terpakai kepada kaum hawa. Kita sedia maklum, surah ini merujuk kepada "perempuan" (hal ehwal perempuan). Maka kpd mana2 perempuan yg bertitle Ustazah yg mahu berdakwah, perlu memahami uslub surah ini agar ilhamNya kpd Ustazah berkenaan tidak menambahkan lagi kerosakkan. Sekiranya berlaku fitnah, maka mohon kpd yg memfitnah utk memberikan dalil2 dari Alquran dan Sunnah itu sendiri. Berdusta itu cara menempah diri sendiri ke neraka spt mana yg Dia tetapkan kpd para pendusta yg menyebarkan khabar bohong (Sila rujuk Surah An-Nur). Seandainya terdapat mana2 ustaz yg mengeluarkan ijtihad selain dari apa yg dimaksudkanNya, maka bertanyalah apa yg dimaksudkan itu bermaksud bertaqwa kpd Allah atas RahmatNya atau sebalikNya. Dan tolaklah dgn cara yg lebih baik menurut petunjukNya agar diri sendiri bertaqwa.

Berbicaralah bersandarkan ilmu hikmah menerusi petunjukNya dan bukan pula "merosakkannya" menurut kehendak hawa nafsu ketika menyatakan ilmuNya. Kelak nanti diambil semula ilmuNya itu sedikit demi sedikit tanpa diri sendiri sedari (Surah Al-A'laq)

Wallah Hu'alam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2016 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya berharap, kepada semua para Umat Muhammad saw, rujuklah petunjukNya (Alquran dan Sunnah) ketika menyatakan sesuatu. Jika dulu, baginda Rasullullah saw sentiasa didampingi para sahabat, para janda, para yatim piatu, maka dari situ kita sewajarnya sudah mengenali makna sebenar "kaum kerabat" yg dimaksudkan oleh Allah swt.

Semoga pencerahan ini "mengukuhkan ukhwah" yg pada hakikatnya sedang "diputus2kan" dizaman ini kerana sikap kita sendiri yg terlalu bergantung kpd hukum fiqh sehingga tersasar mengikut petunjukNya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan yg ghaib.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2016 09:22 AM | Show all posts
alasala replied at 5-7-2016 09:29 PM
Jawapan saya : Boleh

Sebabnya :


Ayat yang awak bagi itu bukan ayat hukum iddah dan tidak memansuhkan hukum iddah.  Awaklah sebenarnya memansuhkan hukum dan menasakhkan ayat-ayat quran yang berikut:

“Orang-orang yang meninggal dunia di antaramu dengan meninggalkan isteri-isteri, (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (beriddah) empat bulan sepuluh hari.” (QS Al-Baqarah [2] : 234).


“Dan perempuan-perempuan yang hamil, waktu iddah mereka itu ialah sampai mereka melahirkan kandungannya.” (QS Ath-Thalaq [65] : 4).

“Dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita-wanita itu [yang ditinggal mati suaminya dalam masa iddahnya] dengan sindiran.” (QS Al-Baqarah [2] : 235).

”Dan janganlah kamu ber’azam (bertetap hati) untuk berakad nikah, sebelum habis iddahnya.” (QS Al-Baqarah [2] : 235). Ibnu Katsir menjelaskan bahwa para ulama telah sepakat bahwa akad nikah tidak sah jika dilakukan dalam masa iddah. (Tafsir Ibnu Katsir, I/509).


Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2016 09:24 AM | Show all posts
alasala replied at 5-7-2016 10:08 PM
Saya berharap, kepada semua para Umat Muhammad saw, rujuklah petunjukNya (Alquran dan Sunnah) ketika ...

Sila awak rujuk dahulu fatwa awak tu sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2016 01:26 PM | Show all posts
mulutcomel replied at 5-7-2016 03:44 PM
kalau rumah mak bapak suami boleh ke? sebab si suami mmg biasa tinggal di situ

setau saya maksud rumah yg biasa duduk itu adalah rumah sendiri dgn suami...bukan rumah ibubapa atau rumah mertua...tapi utk kepastian saya rasa elok lah tanya ustaz2 ye...takut saya salah jawab...pengalaman saya sendiri memang saya tak keluar dari rumah saya dan arwah suami...sebab itu yg saya belajar...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2016 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
ibnur replied at 8-7-2016 09:24 AM
Sila awak rujuk dahulu fatwa awak tu sendiri

Buat malu diri sendiri aje.

Kalau itulah cara ilmu yg kamu mahu nyatakan, ibarat keldai yg menguak ketika mengangkut beban yg bukan milik kamu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2016 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
ibnur replied at 8-7-2016 09:22 AM
Ayat yang awak bagi itu bukan ayat hukum iddah dan tidak memansuhkan hukum iddah.  Awaklah seben ...

Bila sesuatu isu ditanya, jika mahu menjawab dgn dalil2 dariNya, jadilah seorg yg adil lagi bijaksana.

Jika hati hanya mencari kesalahan atas jawapan yg diberikan atas soalan, itulah golongan yg Allah nyatakan jelas di dalam surah Al-Munafiqun.

Kalau nak berdebat jawapan yg diberikan atas jawapan kpd soalan yg diutarakan dan cuba merubah makna jawapan kpd jawapan yg lain sambil mengisbatkan perbuatan memberikan jawapan itu "fatwa", maka dihari akhirat kelak saya pastikan keadilan dariNya ditegakkan dab mereka yg mempermainkan agama dihancurkan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2016 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
30. Sebahagian diberi-Nya petunjuk dan sebahagian lagi telah pasti kesesatan bagi mereka. Sesungguhnya mereka menjadikan syaitan-syaitan pelindung (mereka) selain Allah, dan mereka mengira bahwa mereka mendapat petunjuk. [7 Surah Al-A'raf]
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2016 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
43. Dan Kami cabut segala macam dendam yang berada di dalam dada mereka; mengalir di bawah mereka sungai-sungai dan mereka berkata: "Segala puji bagi Allah yang telah menunjuki kami kepada (surga) ini. Dan kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk kalau Allah tidak memberi kami petunjuk. Sesungguhnya telah datang rasul-rasul Tuhan kami, membawa kebenaran". Dan diserukan kepada mereka: "ltulah surga yang diwariskan kepadamu, disebabkan apa yang dahulu kamu kerjakan". [7 Surah Al-A'raf]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2016 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
45. (yaitu) orang-orang yang menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah dan menginginkan agar jalan itu menjadi bengkok, dan mereka kafir kepada kehidupan akhirat". [7 Surah Al-A'raf]
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2016 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
46. Dan di antara keduanya (penghuni surga dan neraka) ada batas; dan di atas A'raaf itu ada orang-orang yang mengenal masing-masing dari dua golongan itu dengan tanda-tanda mereka. Dan mereka menyeru penduduk surga: "Salaamun 'alaikum". Mereka belum lagi memasukinya, sedang mereka ingin segera (memasukinya). [7 Surah Al-A'raf]
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2016 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
48. Dan orang-orang yang di atas A'raaf memanggil beberapa orang (pemuka-pemuka orang kafir) yang mereka mengenalnya dengan tanda-tandanya dengan mengatakan: "Harta yang kamu kumpulkan dan apa yang selalu kamu sombongkan itu, tidaklah memberi manfaat kepadamu". [7 Surah Al-A'raf]
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2016 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
49. (Orang-orang di atas A'raaf bertanya kepada penghuni neraka): "Itukah orang-orang yang kamu telah bersumpah bahwa mereka tidak akan mendapat rahmat Allah?". (Kepada orang mukmin itu dikatakan): "Masuklah ke dalam surga, tidak ada kekhawatiran terhadapmu dan tidak (pula) kamu bersedih hati". [7 Surah Al-A'raf]
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.177862 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list