CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 48894|Reply: 312

Bercinta Dengan Qarin : Qarina Kembali? (Pg 9)

[Copy link]
Post time 22-6-2016 10:50 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Nicki_Meow at 15-7-2016 04:01 PM

Assalamualaikum,

Sebenarnya, ambil masa jugak fikir, nak share atau tak cerita ni. Dah lebih dua minggu bermain kat kepala. Anyway, tuan punya badan dah bagi greenlight. Pesan tuan badan, mohon jangan judgemental. His state of mind is unbalance due to the lost. Even sampai sekarang pun, dia masih struggle.

Setiap ujian orang lain-lain. Kekuatan dan kelemahan masing-masing pun tak sama. Ambillah sebagai tauladan dan pengajaran, kalau ada. Anggap ini sebagai hiburan, kalau tak percaya.

Baiklah, ini kisah adik aku, Faiz.

*Nama-nama subjek yang digunakan, bukan nama sebenar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-6-2016 10:54 AM | Show all posts
Faiz bercinta dengan Salina lebih kurang setahun, sebelum ambil keputusan nak bernikah. I must say, kisah cinta dia orang lebih kurang dengan yang ada dalam novel cinta. Jodoh masing-masing boleh dikatakan agak kuat maka termeterai juga lafaz akad. Perkahwinan Faiz dan Salina dikurniakan dua orang anak perempuan comel.

Selalunya, dalam novel cinta akan end up dengan happy sampai ke tua. Not for Faiz. Cinta bertahan hanya tiga tahun. Selepas dua bulan lebih bersalin anak kedua, Salina jatuh sakit. Salina koma dalam lebih kurang tiga minggu sebelum hembus nafas terakhir. Doktor sahkan punca kematian adalah akibat stroke dan epilepsy. Aku tak tahulah apa medical termsnya tapi akibat stroke tu, urat / saraf yang bawa oksigen / darah ke otak dah tersekat. Salina brain dead. Masa kat ICU pun, bernafas pakai bantuan hayat. Kata doktor, chances nak survive memang hampir tiada. Even kalau survive pun, Salina akan lumpuh seumur hidup.

Faiz mohon berpindah ke Kluang selepas kematian arwah untuk lebih dekat dengan anak-anak (Faiz kerja gomen). Ceritanya, dua minggu lepas Salina admitted, Faiz decided to let our parents bawak balik anak-anak dia ke Kluang so dia boleh focus pada Salina. Anak sulung tinggal dengan atuk nenek, yang second tinggal dengan our Kak Long. Terpaksa berpisah macam tu sebab my parents tak larat sangat nak jaga baby, lagi-lagi kalau nak bangun malam buat susu, cebok berak bagai. Alhamdulillah, permohonan diluluskan. Faiz dapat transfer ke Kluang.

Walaupun macam tu, Faiz masih belum dapat move on sebab terlalu sayangkan arwah. Faiz mula mengalami kemurungan, stress, depression etc. Panas baran dia on off. Nasib kaulah kan kalau tiba-tiba kena jerkah dengan dia tak tentu pasal. Tapi, kalau mood okay, boleh aje bawak bergurau.

Things getting worst dalam lebih kurang dua bulan sebelum puasa. Kemurungan dah naik satu tahap lebih tinggi, jadi ala-ala schizophrenia. The Voice dah start menghasut yang bukan-bukan. Hasut bunuh anak, hasut bunuh diri. The Voice kata, dengan cara tu, keluarga Faiz boleh bersatu semula di alam fana. It keep on and on macam CD rosak. Mujur iman tetap ada walaupun mental tak berapa stabil. Faiz dengan rela hati jumpa psychiatry. Psychiatry kata, dia kena move on, jangan layan perasaan tu dan bla bla bla.

Kat tempat kerja Faiz ni, ada sorang brader. Aku panggil dia Bang Raof ajelah yek. Kisah hidup Bang Raof pun tak seindah novel. Buta akibat jangkitan pada retina pada mata. Bini pulak lari tinggalkan dia. Selalu, dalam novel, akan ada awek simpati dengan nasib manusia malang lalu berjodohan. Tapi tidak Bang Raof. Membujang dia sampai sekarang. Tapi, dalam kekurangan, Bang Raof gifted. Dia dianugerahkan dengan ilmu Syifa’. Tak tahulah pulak sebelum atau selepas dia buta.

Maka, di suatu petang panas terik, melepaklah Faiz dengan Bang Raof di kawasan tempat kerja sambil merokok. Faiz dengan Bang Raof kerja kat hospital. So apa yang dia orang buat ni memang salah sama sekali. Korang jangan ikut pulak merokok dalam kawasan hospital. Dalam merokok tu, bersembang berdua.

“Hidup aku tak tenanglah, bang.” Kata Faiz. Bang Raof senyum.

“Aku dah lama tunggu kau cakap pasal ni kat aku.”

Pelik pulak Faiz rasa bila Bang Raof kata macam tu.

“Aku nak tanya kau. Ada tak kau simpan benda warna hijau milik arwah?” Tanya Bang Raof. Masa ni muka Faiz dah berubah. Tak nak mengaku, memang tak boleh sebab dia ada simpan ‘barang hijau’ tu.

“Ada.” Nak tak nak, Faiz mengaku jugak. Bang Raof geleng kepala. Bang Raof mintak dia bawak pergi tempat kat mana dia simpan barang hijau tu.

Faiz setuju. Lepas habis hisap rokok dan berjanji lebih kurang, masing-masing pun balik ke tempat kerja masing-masing.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2016 10:54 AM | Show all posts
Sounds interesting citer ni. Sambung plsssss
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2016 11:11 AM | Show all posts
menarik cara cerita nya

cepat2 sambung
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2016 11:14 AM | Show all posts
wah nicki...misteri citer nih
sambung lagi
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2016 11:15 AM | Show all posts
jadi faiz skarang ni tk berapa stabil la emosi dia?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-6-2016 11:30 AM | Show all posts
mendebarkan... jgn lupa sambung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2016 11:46 AM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 22-6-2016 11:53 AM

Seperti yang dijanjikan, Faiz bawak Bang Raof pergi tempat dia simpan barang hijau. Faiz simpan dalam almari bilik dia, kat rumah mak . Benda hijau yang dia simpan tu rupanya baju hospital yang arwah pakai buat kali terakhir. Tak buang satu hal, tak pernah basuh tu hal lain. Selain baju hospital tu, dia ada simpan sehelai lagi baju arwah. Pun tak pernah basuh jugak.

“Kenapa simpan?” Aku tanya.

Kata Faiz “Masa arwah baru meninggal, ini cara nak lepaskan rindu pada arwah. Sebab bau badan arwah masih melekat pada baju-baju tu.”

Aku rasa nak marah tapi, aku tak berada dalam kasut saiz 13 dia tu. So just, diam ajelah.

Berbalik pada kedatangan Bang Raof kat rumah. Masa ni, lebih kurang pukul 10 malam. Abah aku dah tidur. Mak aku aje yang menerima kehadiran tetamu. Bila sampai, Bang Raof tak nak masuk dulu. Tapi ajak borak-borak kat ruang laman. Duduklah dia orang sambil bersembang. Kata Faiz, kepala Bang Raof asyik toleh kiri kanan, macam ‘nampak’ something. Lebih kurang 10 minit lepak, Bang Raof ajak pergi tempat barang hijau di simpan. Faiz bawaklah Bang Raof naik bilik dia. Rumah parents, teres dua tingkat.

Masuk aje bilik, Bang Raof macam terkedu gitu. Faiz kata, sejak The Voice muncul, bilik tu memang rasa panas melampau. Pernah Faiz marah mak aku di sebabkan bilik dia panas. Huhu. Bayangkan, dalam bilik tu ada satu kipas dinding dan satu air cooler. Tak cukup sejuk lagi katanya.

Masa ni, Faiz tak cakap lagi yang baju-baju arwah tu ada dalam almari. Tapi tanpa diberitahu, almarilah tempat Bang Raof tuju. Aku cuba fikir logik. Simpan baju, memanglah dalam almari kan?

Bang Raof bukak almari. Depan almari tu, Bang Raof cakap sensorang. Butiran yang Faiz dapat tangkap, lebih kurang gini.

“Lepaskan dia. Kau lain. Dia lain.”

“Dia tak tahu apa-apa.”

“Jangan ganggu lagi.”

Lepas tu, Bang Raof mintak dua biji botol. Satu nak kurung Qarin, satu lagi nak buang tempias santau.

So, Bang Raof buat apa yang dia patut buat. Mula-mula baca ayat (aku lupa pulak nak tanya ayat apa). Lepas tu, start bertarung. Korang pernah tengok kan video Tok Moh masukkan ‘benda’ dalam botol. Sama aje macam tu. Berkungfu sikit-sikit, pusing-pusing tangan dan Qarin tu berjaya di masukkan dalam botol bersama sebutir beras. Lepas aje Bang Raof selesai, dia buat deal…

“Selagi beras ni tak tumbuh daun, selagi tu kau akan tetap tinggal dalam botol ni.”

Lebih kuranglah ayat dia. Teringat pulak aku kat filem Pierre Andre…

Same goes to botol nombor dua untuk tempias santau. Tapi yang ni, tak ada sebutir beras.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-6-2016 11:51 AM | Show all posts
Ipo replied at 22-6-2016 11:15 AM
jadi faiz skarang ni tk berapa stabil la emosi dia?

mild depression, baran tak tentu hala. bukanlah tahap gila bercakap sorang2.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2016 12:05 PM | Show all posts
Sat gi nanti sambung apa yang jadi pada dua botol tersebut dan punca kenapa Faiz boleh terbercinta dengan Qarina itewww  
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2016 12:15 PM | Show all posts
sambung lagi tt..
check in sini
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2016 12:30 PM | Show all posts
tengok id nicky tadi ingatkan cerpen ke novel...

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2016 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Check in...best citer tt
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2016 01:15 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 22-6-2016 10:46 AM
Seperti yang dijanjikan, Faiz bawak Bang Raof pergi tempat dia simpan barang hijau. Faiz simpan dala ...

kiranya bang raof ni pandai la juga bab mistik ni..
dia perawat ke?

sedih plak dengar si Faiz ko jadi gitu..
moga dia cepat sembuh...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2016 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Ai pun nak check in.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2016 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Menarik...truskan tt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2016 01:32 PM | Show all posts
menarik. teruskan.
aku suka gaya bahasa TT ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2016 01:32 PM | Show all posts
tak sabar tunggu sambungan dari TT
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2016 01:34 PM | Show all posts
aku mcm rasa tt dgn faiz ni org johor
wild guest
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2016 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Intresting.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.085144 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list