CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1542|Reply: 7

Demi Ubah Tabiat Gemar Minuman Bergula, Philadelphia Kenakan Cukai

[Copy link]
Post time 20-6-2016 09:34 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO





sumber foto: google image



Punca utama mengakibatkan masalah obesiti atau kegemukan adalah minuman ringan atau soda, jadi bagi menyelesaikan masalah tersebut, Majlis Bandaraya Philadelphia meluluskan untuk pelaksanakan cukai ke atas minuman bergula atau cukai soda pada Khamis lalu.


Cukai yang akan dikenakan itu menetapkan AS$0.50 bagi setiap liter, berkautkuasa 1hb Januari tahun depan dengan harapan dapat membantu mengurangkan tabiat yang tidak sihat orang ramai yang menganggap minuman soda sebagai air.


Menurut laporan, Majlis Bandaraya Philadelphia dengan hasil undian 13 undi berbanding dengan 4 undi memperolehi kelulusan cadangan tersebut yang merangkumi minuman ringan yang biasa, minuman ringan tanpa gula, minuman tenaga, minuman sukan dan minuman bergula yang tanpa alkohol.


Ia sekali gus menjadikan Philadelphia sebagai bandar utama pertama di Amerika Syarikat yang mengenakan cukai soda bagi memelihara kesihatan 1.5 juta penduduknya.


Pengedar perlu membayar pada semua minuman bergula atau dan boleh memilih sama ada untuk meminta pengguna menanggung kos itu.dan bandar itu diunjur menerima sejumlah AS$90 juta daripada cukai berkenaan tahun depan.


Menurut Datuk Bandarnya, Jim Kenny, perolehan cukai itu akan dibelanjakan untuk pra sekolah dan sekolah komuniti serta pusat-pusat rekreasi.- CARI Infonet








sumber : http://www.malaysiandigest.com/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2016 09:37 AM | Show all posts
bijan sengih je nak tiru
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2016 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak kisah dia nak tiru, tp pastikan benda mcm susu murah. Ini susu mahal, air gula pun ko nak cukai
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2016 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Dan pastikan duit itu utk kesihatan mcm philipine.

Bukan ambik bagi tok arab abu dhabi
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2016 12:48 AM | Show all posts
Edited by merrissa at 23-6-2016 12:49 AM

kannn
bab mengamik duit rakyat laju je bijan nak tiru....

pendidikan percuma
bas sekolah percuma
dan lain-lain yang percuma
xde lak dia nak ikot

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2016 06:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Masalahnya nak implement di malaysia ni adalah masyarakatnya yg pprt jua. Jika dikenakan tax sebegini, dikatanya harga barang naik.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2016 08:58 AM | Show all posts
idea untuk najib jua
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2016 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
CARI-LTS replied at 20-6-2016 09:34 AM
Oleh : TS LOO


Malaysia juga patut cukai org yg OBES... Hasil dari cukai ini blh digunakan utk merawat org2 yg ada diabetes   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.570841 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list