CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3520|Reply: 4

Lelaki Pandai Memasak Dan Mengemas Idaman Setiap Wanita.......

[Copy link]
Post time 14-6-2016 04:59 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ



Gambar hiasan



Bukan senang untuk mencari lelaki yang rajin memasak, mengemas rumah, cuci pakaian, lipat baju dan melakukan segala kerja rumah.


Ramai lelaki akan menganggap itu semua adalah kerja wanita atau dalam kata lainnya tugas seorang isteri. Sebenarnya anda silap, ini kerana zaman sudah jauh berubah dan golongan isteri juga bekerja seperti suami.


Jika zaman dahulu, hanya si suami yang akan keluar bekerja mencari nafkah untuk isteri dan anak-anak. Jadi banyak masa diluangkan dirumah dan kerana itu si isteri dipertanggungjawabkan mengerjakan tugas-tugas di rumah. Namun, oleh kerana kebanyakan si isteri zaman sekarang juga bekerja membantu si suami mencari sumber pendapatan keluarga, maka eloklah si suami juga membantu tugas-tugas isteri di rumah.


Satu perkara yang perlu anda tahu, lelaki yang pandai memasak dan menguruskan tugas-tugas dirumah adalah sangat seksi dan menjadi idaman bagi setiap wanita... Jadi, amatlah BERUNTUNG bagi wanita yang bakal berkahwin dengan lelaki yang rajin melakukan kerja di rumah. - CARI Infonet.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2016 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Yesss..idaman wanita tak geti masak. Ops sorry sis.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2016 10:52 AM | Show all posts
tak pandai masak pun takpe..yang penting selalu bantu isteri buat kerja rumah...

nanti boleh jadi teladan untuk anak-anak..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2016 08:49 AM | Show all posts
same je perempuan pandai masak, pandai kemas rumah, pandai cuci baju pandai lipat kain baju pun idaman lelaki pemalas jugak

aku rs buat2 keje rumah ni benda basic kot, sape2 yg biasa duduk bujang mesti tau buat suma benda ni. takde isu pun lelaki tak leh buat keje rumah
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2016 03:25 PM | Show all posts
Lelaki kena ringan tulang... jgn harap isteri jer buat kerja. If isteri dah masak, dia kena ler tlg kemas rumah or jaga anak. Win-win situation...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.060069 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list