CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3308|Reply: 5

6 Rutin Pagi Yang Wajib Brader Lakukan Untuk Tingkatkan Penampilan

[Copy link]
Post time 9-6-2016 03:58 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ


Bukan semudah ABC untuk menjadi seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang sempurna dan sedap dipandang.


Tidak hanya dengan memakai pakaian cantik dan berjenama sahaja, pelbagai cara perlu dilakukan untuk kekal kacak, segar dan bertenaga setiap masa.


Jadi, adakah anda seorang lelaki yang agak kurang dari segi penampilan diri? Jom periksa 6 perkara dibawah ini. Jika anda selalu mengamalkannya, anda pasti tergolong dalam golongan lelaki yang mempunyai penampilan menarik dimata orang lain.






1) Semburan Pewangi Istimewa
Memakai pewangi setiap hari bukan saja memberi anda kesegaran minda tetapi membuatkan anda mempunyai bau badan atau ‘trademark’ bau tersendiri. Pewangi yang sama akan membuatkan buah hati anda cukup mengenali karakter diri anda.


Untuk tampil bertenaga, penuh wangi dan yakin sepanjang masa, padankan pewangi bersama deodoran, cologne dan sabun supaya bauan lebih serasi.






2) Hidangan Kafein
Kopi hitam, teh hitam atau teh hijau cukup kaya dengan sumber antioksida yang membantu mengekalkan anda sentiasa muda.


Menurut kajian, mengambil minuman ini setiap hari dalam kuantiti sederhana mampu membantu merendahkan risiko dementia yang menjadi punca pembentukan kanser. Malah, secawan minuman berkafein membantu pagi anda lebih bertenaga untuk memulakan hari baru.






3) Jangan Lupa Pencuci Muka
Biar ‘mandi burung’ sekalipun gara-gara terbangun lewat, pastikan anda mencuci wajah anda dengan pencuci yang berkualiti serta mengandungi  2% asid salicylic kerana ia membantu membersih kulit anda sehingga mendalam.


Untuk memberi wajah lebih segar, pori tertutup dan anjal setiap pagi, basuh muka dengan air sejuk.






4) 100 Kali ‘push up’
Ia mungkin alasan biasa tapi hasilnya amat luar biasa. Melakukan 100 kali senaman ‘push up’ setiap pagi sebelum memulakan tugasan akan memberikan anda perut yang berotot dan bicep yang kuat seperti yang digila-gilakan ramai wanita.


Malah, senaman setiap pagi ini turut membantu memperbaiki postur badan di mana ia membantu anda lebih tinggi dan yakin.






5) Bersihkan Gigi
Meskipun ramai yang tertanya-tanya sama ada lebih baik memberus gigi sebelum atau selepas makan, tetapi memberus gigi setiap pagi adalah penting untuk memberikan senyuman yang menarik serta nafas yang segar.


Membersihkan mulut bukan sekadar memberus gigi tetapi membuat rawatan gigi setahun sekali.






6) Jangan Tinggalkan Sarapan
Bayangkan jika tubuh anda ibarat sebuah mesin yang memerlukan minyak untuk bertindak dengan sempurna. Begitu juga dengan anda yang memerlukan sumber tenaga hasil dari sarapan yang anda ambil setiap pagi.


Kombinasi terbaik untuk sarapan adalah protein, bijirin seperti oat yang dicampur dengan hirisan buah, yogurt atau telur dadar bersama sayuran.


Jika anda terlewat sekalipun, kisar buah-buahan bersama susu atau jus dan campurkan satu sudu serbuk protein.



Kebanyakan lelaki kurang kisah tentang penampilan tidak seperti wanita yang sememangnya menitik beratkan soal itu. Tapi jangan pandang remeh kerana penampilan amat penting dalam menentukan personaliti anda. Jika selalu tampil kusut dan kelihatan busuk setiap pagi, ia pasti memberi kesan kepada pekerjaan dan juga masyarakat sekitar anda. Jom ubah! - CARI Infonet.








Sumber  - tw.circle01.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2016 04:45 PM | Show all posts
aku max 50 kali je push up dalam satu2 masa
time tu muka pon dah merah
hihi
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2016 08:12 PM | Show all posts
Solat Subuh..
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2016 10:14 AM | Show all posts
solat subuh berjemaah...
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2016 10:15 AM | Show all posts
solat subuh berjemaah...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2016 03:48 PM | Show all posts
minum air suam dengan madu satu sudu..syesly rasa energetic gila lepas tuh..demam pon x jadi.

and kalau ada masa free do a morning run..memang cepat bkar lemak karena time pagi perut kosong badan terpaksa bakar lemak2 simpanan untuk tenaga..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:00 PM GMT+8 , Processed in 0.071526 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list