CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2550|Reply: 3

Kenali Personaliti Lelaki Melalui Rahsia Warna Kegemarannya

[Copy link]
Post time 7-6-2016 04:41 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ


Jika sebelum ini penulis pernah berkongsi artikel tentang bagaimana mengenali personaliti seseorang wanita melalui warna kegemaran mereka, kali ini penulis kongsikan pula tips kenali lelaki melalui warna kegemaran.


Kebiasaaannya wanita sering dikaitkan dengan warna-warna lembut seperti merah jambu dan ungu, lelaki pula dikatakan jarang mengemari warna lembut dan golongan ini mempunyai perwatakan yang berbeza mengikut warna kegemaran.


Berikut adalah tafsiran rahsia warna kegemaran kaum Adam di dunia ini, jom semak warna kegemaran orang tersayangmu.








Ungu. Dia seorang yang kuat memburu kejayaan. Pemikirannya lebih banyak positif daripada negatif. Oleh itu jangan terlalu curiga kalau dia berjauhan dengan anda. Mindanya lebih banyak untuk kecemerlangan daripada kegatalan.




Biru Tua. Dia seorang yang rajin dan amat berdedikasi. Rangsanglah dia untuk cemerlang dalam kerjayanya. Terlampau mencurigainya akan membuatkan dia bosan dan marah.



Merah. Dia seorang yang berani, bersemangat dan tidak ada istilah gagal dalam hidupnya. Usah dicabar emosinya, nanti dia berani berbuat sesuatu yang tidak terduga oleh anda.




Hijau. Dia seorang yang tenang dan tidak banyak kerenah. Namun dia seorang yang kuat cemburu tetapi romantik serta baik hati. Dia juga gagal mengawal perasaannya jika terlalu kerap digoda. Usah cepat mencurigainya. Kadang-kadang dia hanya suka-suka tetapi hatinya tetap pada anda.





Kuning. Dia seorang yang ceria. Dia sentiasa berbaik sangka dan tidak suka bergaduh. Jangan buatkan dia marah sebab jika dia marah rasa cintanya turut pergi. Anda perlu tahan hati dan perasaan ketika berurusan dengannya kerana sikap cerianya itu mengundang cinta di hati orang lain.



Hitam. Dia seorang yang amat protokol, tetapi emosional dan mudah menangis. Dia tidak suka dicurigai kerana biasanya dia seorang yang jujur.



Putih. Dia seorang yang amanah. Tak usah menyakitkan hatinya selalu kerana semulajadinya dia seorang yang boleh diharap dan penyayang.





Coklat. Ia tanda banyak wang . Ia juga tanda pengasih ,dan mempunyai prospek masa depan. Jika mahu banyak wang, ada yang menyarankan agar memakai warna coklat.



Senang saja nak tahu apa warna kegemaran seseorang tanpa bertanya, lihat saja warna pakaian sehariannya, warna kenderaan dan warna gadjet pilihannya yang sering digunakan. Dari situ kita boleh periksa ciri-ciri dan personaliti si dia melalui rahsia warna dalam senarai diatas. - CARI Infonet.






Sumber - sagitaurus.com

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2016 02:29 PM | Show all posts
karut..tahyol dan kurafat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2016 08:02 AM | Show all posts
I am color blind.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2016 09:22 AM | Show all posts
oh gitu ye hahahaha... bole percaya ke ni?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.068850 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list