CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 75720|Reply: 351

Hantu Sekolah Rendah

  [Copy link]
Post time 6-6-2016 11:01 AM | Show all posts |Read mode
Edited by telracs at 8-6-2016 04:48 AM

Salaam... saya buka benang baru ye... sebab nak cerita perihal satu sekolah rendah yang dulu penuh misteri... teringin nak menulis tentang ni supaya cerita ni dapat saya ingat hingga hujung nyawa... tapi tak tahu nak tulis di mana... so, rasanya sesuailah kot di sini... kalian pun boleh baca...
nota ringkasan perkataan:
gb = gurubesar
gpk = guru penolong kanan
ppd = pejabat pendidikan daerah
jpnj = jabatan pendidikan negeri johor
kpm = kementerian pendidikan malaysia
dorg = dia orang (mereka)


SIRI PERTAMA

cerita bermula pada awal tahun 2005... saya namakan watak utamanya "cikgu humeera"... bukan nama sebenar.

cikgu humeera diarahkan berpindah ke sebuah sekolah rendah baru di buka di satu daerah di negeri Johor... untuk mengajar subjek sains. waktu tu cikgu humeera sedang hamil anak kembar... kandungan berusia 5 bulan.

nak salahkan arkitek yang bina sekolah tu, bangunan tu jenis yang empat segi... dataran perhimpunan berada di tengah... sepatutnya semua pintu menghadap ke tengah... tapi bangunan yang satu tu semuanya menghadap ke luar.. ke pemandangan hutan pulak tu. bangunan empat tingkat.
(sekadar gambar hiasan)


bilik guru di bangunan 1... makmal sains di bangunan 3... jadi, cikgu humeera stay di makmal sains je.. yang pintunya menghadap hutan tu... sebab dia di tingkat 3 ..pregnant kan.. tak larat nak jenjalan jauh2.

waktu rehat, cikgu humeera tak turun kantin... dia kata, ada satu budak perempuan selalu lalu di koridor dpn makmal sains tu.. (koridor tu jarang budak lalu sbb jauh je dari kantin).. jadi cikgu humeera tulis note atas kertas, apa makanan yg dia nak beli, kemudian kirim pd budak tu beserta duit sekali... dan cikgu humeera pesan, baki duit suh budak tu ambil je buat belanja sendiri. cikgu humeera kata, nama pada tag budak tu 'saidatul'. silapnya, cikgu humeera tidaklah peramah sangat, jadi tak de la bertanya berbual bagai dgn budak tu.

jeng...jeng...jeng... nak jadi cerita... satu hari budak tu xde lalu... cikgu humeera tunggu sampai habis masa rehat...tak de... esoknya, cikgu humeera ni terasa nak cek dalam register, senarai nama budak... habis di teliti... dari tahun 1 sampai tahun 6, tak ada satu pun budak perempuan yang namanya 'saidatul'. tak cukup, siasat lagi dari kelas ke kelas, tanya ada tak budak nama 'saidatul'... al kisahnya tak ada... SIAPAKAH 'SAIDATUL'? selepas hari kejadian, cikgu humeeera tak pernah nampak dah budak tu lalu di koridor....


*terima kasih mod*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2016 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada sambungan lagi tak...
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2016 11:29 AM | Show all posts
ok...menarik, sambung lg..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2016 11:31 AM | Show all posts
SIRI KE-2

cikgu humeera meneruskan kehidupan seperti biasa. berani gak cikgu humeera ni.

cikgu humeera kata, dia selalu nampak macam seseorang...macam seorang budak perempuan (berdasarkan pakaiannya) bersembunyi di luar makmal sains tu. maksud bersembunyi tu, macam melindungkan diri daripada terlihat sepenuhnya oleh cikgu humeera.

ada sekali, cikgu humeera ternampak macam budak pempuan tu berdiri balik pintu.. (daun pintu sekolah kan menghadap ke luar)... nampak sedikit bahagian bajunya.. cikgu humeera pun panggil "Awak, kenapa berdiri belakang pintu tu? awak takde kelas ke? perhi masuk kelas."

lepas cikgu humeera tegur tu, terus hilang kelibat di balik pintu tu. cikgu humeera bersangka baik, dah pergi masuk kelas dah budak tu.

hari yang lain pula... cikgu humeera nampak, macam seorang budak perempuan menunduk sembunyi di balik dinding bertingkap...


cikgu humeera bangun, pergi jenguk... tak nampak apa pun...bila duduk semula di mejanya, nampak lagi kelibat tu... cikgu humeera bangu g jenguk dari pintu, tak ada sesapa pun... tapi bila duduk, nampak lagi... cikgu humeera ambil pendekatan bersuara.."awak kenapa sembunyi balik tingkap? masuk kelas ye. nnt kalau kalau cikgu nak minta tolong apa-apa, cikgu panggil awk.''   wuuuuuu...miracle!! bila cikgu humeera berkomunikasi, kelibat tu hilang dah. cikgu humeera cepat2 g keluar nak tgk kalau2 ada murid berjalan pergi di koridor yang panjang itu... tetapi... tiada sesiapa...

apa ye, sebenarnya?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2016 11:46 AM | Show all posts
zizadin replied at 6-6-2016 03:27 AM
Ada sambungan lagi tak...

ada... banyak siri ni... makin lama makin misteri sebenarnya..

SIRI KE-3

masa tu, petang, ada majlis rewang (ni perkataan johor riau - maksudnya gotong royong untuk masak)... untuk sambtan maulidurrasul keesokannya..

cikgu humeera duduk di kantin... tolong kupas2 bawang... tetiba sekumpulan murid lelaki tahun 6 datang.. tapi diorang terkejut bila tgk cikgu humeera ada di kantin. dorg tanya, "eh, bila cikgu turun sini? cepatnya cikgu turun."

laaaa... mmg sejak datang tadi cikgu duduk sini je... mana la cikgu larat nak ke sana sini... kenpa?

"kitorang baru turun dari makmal komputer ( makmal komputer ni tingakat 4..bangunan 2).. kitorang nampak cikgu tgh turun tangga dari makmal sains (tingkat 3, bangunan 3)... "

betul ke yg awak nampak tu cikgu, orang lain kot..

"betullah cikgu... inilah baju yang cikgu pakai ni... baju merah ni"

siapakah yang mereka lihat? nota kaki... cikgu humeera memang suka pakai baju merah... pelbagai jenis baju tetap pilihan warnaya merah... sbb tu saya namakan dia 'cikgu humeera' - yang kemerah-merahan...



gambar haisan saja....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2016 11:48 AM | Show all posts
abaikan typo... baru puasa satu hari dah fening...

nnt ada ruang, saya edit typo tu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-6-2016 11:52 AM | Show all posts
misteri....sekolah tu ada sejarah kut..teringat kat cikgu aku dulu...suka berhias dan bergaya..

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2016 11:57 AM | Show all posts
Apa benda la yang budak Saidatul tu tapau kat cikgu  Humeera...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2016 11:57 AM | Show all posts
ala... cepatl asambung
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2016 12:04 PM | Show all posts
check in..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2016 12:10 PM | Show all posts
zameyla replied at 6-6-2016 03:29 AM
ok...menarik, sambung lg..

SIRI KE-4

(saya rasa... mahkluk tu attack cikgu humeera je laaa... dia berkenan kot... speku awalan dulu... )

waktu perhimpunan rasmi pagi isnin (masa tu johor masih cuti sabtu-ahad...sekarang je dah cuti jumaat-sabtu)... semua cikgu berada atas pentas... murid 2 di bawah... di dataran perhimpunan...

selesai nyanyian menaikkan bendera...selesai ikrar...pengawas bertugas memanggil guru penolong kanan pentadbiran (1) tampil memberi ucapan (kan bergilir2 setiap minggu antara gurubesar dan gpk2)...  cari2...pusing2... tak ada... di mana gpk 1 berada?

kemudian, ada seorg pengawas beritahu, tadi dia nampak gpk 1 pergi ke bilik air di bangunan tepi dataran tu dgn anak dia.. bilik air tu sebelah bilik pemulihan khas.. tetiba jadi kecoh jap... sbb cikgu yg berdiri berhampiran bangunan tu dgr bunyi ketukan bertalu2 dari dalam bilik air...

untuk mengelakkan kekecohan, perhimpunan diteruskan dengan ucapan gpk hal ehwal murid (untuk mengalihkan perhatiaan murid2 yg sedang berhimpun tu)...

beberapa org guru lelaki menuju ke bilik air... bilik air tu berkunci... masalahnya dari luar pun tak dapat buka, dari dalam pun tak dapat buka... setengah jam... guru kemahiran hidup menggunakan kemahirannya menbuka pintu ....alhamdulillah...

gpk1 keluar bersama anaknya dgn pucat lesi dan menggigil2...

untuk mengelakkan kekecohan (sbb peristiwa berlaku di hadapan murid2)... diumumkan ada kesilapan teknikal pada kunci pintu tandas...

cerita sebenarnya... gpk1 kata, waktu dia masuk bilik air, ada cikgu humeera dalam bilik air tu... di sinki... tanpa menoleh, cikgu humeera terus masuk ke dalam salah satu toilet (dalam tu ada 4 toilet)... gpk1 dan anaknya menggunakan bilik air seperti biasa... bila nak keluar, tak boleh... macam terkunci dari luar.... gpk 1 ktuk pintu toilet yg tadi dia nampak cikgu humeera masuk... tapi pintu tu terbuka tanpa ada sesiapa di dalam...

tu yang gpk1 terus panik...

siapakah di dalam?

cikgu humeera terkebik2 dgr cerita... sbb dari awal perhimpunan dia berada di atas pentas tanpa ke mana2... disahkan oleh cikgu2 yd berada dui kiri kanannya...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2016 12:14 PM | Show all posts
Ipo replied at 6-6-2016 03:52 AM
misteri....sekolah tu ada sejarah kut..teringat kat cikgu aku dulu...suka berhias dan bergaya..:love ...

betul...memang ada sejarah... nnt dicerita dalam siri akan datang...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2016 12:15 PM | Show all posts
zameyla replied at 6-6-2016 03:57 AM
Apa benda la yang budak Saidatul tu tapau kat cikgu  Humeera...

hahaha... cikgu humeera sedap je makan...

tengah pregnant pulak tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2016 12:16 PM | Show all posts

menaip laju2 ni... tu yg byk typo tu...
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2016 12:28 PM | Show all posts
so mmg saidatul tu belikan cikgu tu makanan ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2016 12:28 PM | Show all posts

silakan...silakan....

SIRI KE-5

cikgu humeer dah mula rasa tak sedap hati.... tapi... bertahan je... sbb due date bersalin dah dekat...

bermulalah tragedi... cikgu humeera cuti bersalin...... kembar perempuan... satu hidup...satu meninggal...(innalillahi wainnailaihiraaji'un)

selepas kembali dari hospital... kengkawan sekolah datang melawat cikgu humeera di rumah... sebelum kengkawan masuk, cikgu humeera terdengar suaminya berbisik pd kengkawannya "jangan cerita apa2 pd humeera'... errr... telinga cikgu humeera ni telinga kuali, mudah je mendengar walaupun berbisik... cikgu humeera agak pelik tapi tak bertanya apa2... happy2 je semua tgk baby... wpun nampak cikgu humeera agak sedih dgn kehilangan pasangan kembar anaknya...

setiap hari, apabila suami cikgu humeera balik kerja...dia akan tenung muka isterinya sambil mulut kumat kamit membaca sesuatu...isteri dia cikgu humeera la tu... sehingga cikgu humeera jadi pelik... dan akhirnya bertanya knp suaminya begitu... ringkas je suaminya jawab "nak pastikan ini betul isteri abang, humeera"....

cuti bersalin 2 bulan pun tamat... cikgu humeera kembali ke sekolah... berbaju kurung merah.... setiba di sekolah, semua murid bertempiaran lari mengelakkan diri dari cikgu humeera.... ... sehingga suatu pengumumam khas dibuat oleh guru besar "perhatian..pada hari ini cikgu humeera telah mula ke sekolah untuk mengajar. cikgu yang berbaju merah yang murid2 nampak di sekolah pada hari ini adalah benar2 cikgu humeera"

pelik tak? kenapa ye?

haaaa.... jeng...jeng...jeng.... bersambung...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-6-2016 12:32 PM | Show all posts
Jajabeans replied at 6-6-2016 04:28 AM
so mmg saidatul tu belikan cikgu tu makanan ke?

soalan yang bagus.... lupa nak cerita awal tadi...

ye betul... saidatul beli makanan di kantin...sebab cikgu humeera siasat dgn makcik kantin... mak cik kantin kata ada budak setiap hari beri kertas yg ada pesanan makanan...

cumanya... tak pastila... makanan itukah yang diberi oleh saidatul kepada cikgu humeera...wallahu'alam... takde sapa boleh jawab ni...

tapi cikgu humeera bersangka baik, saidatul tu walaupun "stranger yang tidak diketahui, tetapi dia jujur"
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2016 12:34 PM | Show all posts
wah suspennya
adakah kelibat cikgu humeera tu muncul masa cikgu tu cuti bersalin??
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2016 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Berantu sungguh cikgu humeraa..smpaikan asben dia pun suspen..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2016 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Best citer TT..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.093854 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list