CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Scheherazade

BORAK KOSONG, CHAT, GOSIP, LUAHAN DAN BERSANTAI DI BOARD PERUBATAN VOL. 17

 Close [Copy link]
Post time 6-10-2020 02:37 PM | Show all posts
Bod sinun...





Kronologi

1)1, Oktober- Pasangan selebriti, Siti Sarah dan Shuib dipercayai dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini setelah disyaki terlibat dalam kes pengubahan wang haram membabitkan perniagaan air yang dijalankan mereka.- Utusan Malaysia

2)Syarikat pengurusan Shuib Sepahtu mengesahkan pelakon dan pelawak itu memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini. Pengarah Urusan Indigital Music, Nana Mohamad Rom berkata, hanya Shuib memberi keterangan kepada SPRM, manakala isterinya, Siti Sarah Raissuddin sekadar menemani suaminya- BHOnline

3)Pelakon kontroversi Fara Mendoza mengakui telah memberikan kerjasama kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pengubahan wang haram, malam tadi. Fara memberitahu perkara tersebut menerusi paparan Instagram (IG) Storynya sebaik sahaja selesai disoal siasat. “Alhamdulillah, saya tak bersalah, syukur. Hari ini 1/10/2020 saya telah dipanggil hanya untuk memberi kerjasama,” tulisnya. Menerusi ruangan sama, Fara turut menyebut tentang kemewahannya di laman sosial IG yang menjadi pertikaian warganet. “Akaun dibekukan, apa dosa saya? Rumah digeledah, HP (handphone) diserahkan. Semoga semuanya dipermudahkan.- Gempak

4)2, Oktober- Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 36, menerusi perkongsian di laman Instagramnya sebentar tadi meluahkan rasa syukur apabila proses tersebut berjalan lancar. “Alhamdulillah, syukur. Terima kasih pada semua yang mendoakan saya dan isteri.  Saya dipanggil untuk membantu siasatan SPRM berkenaan AMLA.“Terima kasih pada pihak SPRM kerana memberi layanan yang sangat baik pada saya sepanjang 23 jam siasatan'. SinarPlus

5)Lima individu termasuk seorang berpangkat Datuk telah dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan tahanan reman oleh SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya- MalaysiaGazettte

6)3, Oktober- Dalam pada itu portal Utusan pula melaporkan SPRM kini sedang mengawasi pergerakan beberapa orang selebriti tanah air yang dikatakan mempunyai kaitan dengan individu terbabit. “SPRM bagaimanapun belum memanggil kesemua mereka memandangkan siasatan lanjut sedang dijalankan. “Selain pasangan suami isteri selebriti, SPRM juga ada memanggil seorang usahawan kosmetik kelmarin untuk membantu siasatan,” katanya kepada Utusan.- BuzzKini

7)Akaun Facebook parodi Dato Addy Kana dihujani pengikut-pengikut social media yang ingin mendapatkan infomasi terkini mengenai suspek-suspek. Sebuah video sambutan Hari Jadi telah mendapat jumlah kongsi lebih 8,000. "Jom kite goyang2 dulu... see my level?? Goyang2 dulu dgn hasil penat lelah kita kebas duit pencen orang2 tua. Duit simpanan orang2 muda...".- Dato Addy Kana (Facebook)

8)4,Oktober- Akaun Instagram Viral Kini mendedahkan sekurang-kurangnya 10-15 artis tempatan disyaki terbabit dalam penyucian wang haram.- @Viral_Kini_

9)Pengacara TV Iesya Toh didalam sebuah statusnya berkata, ada individu yang telah digertak dan menyeru supaya PDRM agar telus dan amanah menjalankan siasatan.- @Iesya Toh

10)5, Oktober- Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi berkata, ramai pihak yang mahu menjadikan artis dan selebriti sebagai rakan kongsi tetapi dalam masa sama perlu menjaga keselamatan supaya tidak dipergunakan."Artis yang ingin menjalankan perniagaan perlu teliti dan siasat dahulu siapa rakan niaga atau pihak yang mahu suntik dana. "Kita tahu ramai yang mahu bekerjasama menjalankan perniagaan dengan artis. Tetapi kadang-kadang kita tak tahu siapa sebenarnya mereka terutama jika berurusan dengan orang tengah," katanya kepada Harian Metro.

11) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan 750 akaun membabitkan nilai RM75 juta milik sindiket Macau Scam dan perjudian yang menggunakan populariti artis untuk menjalankan kegiatan 'mencuci' duit haram melalui pelbagai usaha sama dan perniagaan sah. Menurut sumber, selain itu rumah dan kereta mewah milik lapan individu yang ditahan sebelum ini turut disita bagi membantu siasatan. "Sebanyak 24 kereta mewah di mana lima milik lelaki bergelar Datuk yang dipercayai dalang sindiket ini turut disita SPRM. "750 akaun milik ahli perniagaan yang terbabit dalam sindiket terbabit termasuk akaun selebriti disita susulan siasatan SPRM akaun itu terbabit dalam pengubahan wang haram," katanya ketika dihubungi malam ini.-Harian Metro

12)Terkini: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunggu hasil siasatan dakwaan kegiatan pengubahan wang haram dilindungi pegawai atasannya. Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata jika dakwaan itu benar, pihaknya sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengambil tindakan sewajarnya."Kita menunggu apa juga laporan yang bakal dikongsikan oleh SPRM berhubung perkara itu. Abdul Hamid berkata, beliau memandang berat kes rasuah dan penyelewengan membabitkan pegawai dan anggota PDRM-BHOnline
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2020 02:38 PM | Show all posts
Kak-Leen replied at 6-10-2020 10:23 AM
Kadang2 dlm seminggu tu, setiap hari akak dpt panggilan nak scam ni. Dia kata akak hutang loan Hon ...



Kenyataan Media
Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) ADUN Maharani

1. Pihak PKWR ADUN Maharani mengambil maklum penularan mesej tentang status kesihatan YB ADUN Maharani, YB Puan Hajah Nor Hayati Bachok, yang turut mendedahkan maklumat peribadi beliau dan keluarga.

2. Pihak kami telah mengenalpasti individu yang mula menyebarkan mesej tersebut dan telah membuat laporan polis serta bakal kami susuli dengan tindakan undang-undang. Pihak kami menggesa masyarakat menghentikan penyebaran maklumat peribadi beliau dan keluarga yang bercanggah dengan undang-undang dan boleh dikenakan tindakan.

3. Sejurus kembali dari Sabah pada 26 September 2020, beliau telah menjalani ujian saringan pertama dan didapati negatif. Walaupun tiada sebarang arahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk kuarantin atau pengasingan, YB Puan Hajah Nor Hayati sendiri telah mengambil inisiatif kuarantin kendiri di rumah dan mengasingkan diri.

4. Beliau telah menjalani ujian saringan kedua pada 4 Oktober 2020 dan menyambung pengasingan kendiri sehingga dimaklumkan keputusannya pada 5 Oktober 2020.

5. Pihak kami berdukacita dengn perkhabaran bahawa beliau didapati positif Covid-19 dan kini sedang menerima rawatan. Namun begitu, beliau sentiasa mematuhi segala arahan KKM dan pihak kami sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dalam mencegah penularan.

6. Pihak kami sekali lagi menegaskan bahawa sejak hari pertama kembali sehingga 5 Oktober 2020, YB Puan Hajah Nor Hayati Bachok telah mengamalkan kuarantin kendiri di rumah atas inisiatif sendiri serta tidak hadir ke mana-mana program di luar dan tidak bertemu rakyat.

7. Semua kontak rapat kepada beliau telah dikenal pasti oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah Muar, telah menjalani ujian saringan dan sedang menanti keputusan dalam masa terdekat. Pihak Pejabat Kesihatan Daerah akan terus menghubungi sesiapa yang berkontak rapat dengan beliau untuk menjalani saringan.

8. Pihak kami memohon maaf kepada semua yang terkesan walaupun segala langkah kuarantin di rumah dan pencegahan telah dipatuhi sepanjang tempoh ini.

9. Sekali lagi, kami menggesa agar warga Maharani tidak panik dengan mesej-mesej yang tular, sebaliknya sentiasa mendapatkan informasi sahih daripada pihak KKM sahaja.

10. Pihak kami menyeru masyarakat menghentikan sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada beliau dan keluarga untuk melalui ujian ini dengan tenang. Kami memohon agar semua warga Maharani mendoakan kesihatan dan kesejahteraan YB Puan Hajah Nor Hayati Bachok agar dapat terus berkhidmat dan berbakti kepada seluruh rakyat.

Terima kasih.

Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) ADUN Maharani

6 Oktober 2020
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2020 02:55 PM | Show all posts
KUALA LUMPUR: Semua pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sesi 2020/2021 dibenarkan untuk pulang bermalam pada cuti pertengahan Semester 1 bermula 9 Oktober ini.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Sekolah), KPM Adzman Talib, berkata kementerian membuat ketetapan itu supaya semua pelajar Kolej Matrikulasi Kedah, Kelantan dan Johor dibenarkan untuk pulang bermalam pada 9 hingga 17 Oktober ini.

Adzman yang juga Timbalan Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru berkata, pelajar kolej matrikulasi di negeri lain pula dibenarkan pulang bermalam pada 10 hingga 18 Oktober.

"KPM juga ingin memaklumkan mulai 9 Oktober, ibu bapa dan waris dibenarkan memasuki premis kolej matrikulasi pada hujung minggu dan cuti umum untuk bertemu dengan pelajar tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata kebenaran ini tidak terpakai untuk pelajar yang ingin pulang bermalam ke rumah mereka yang berada dalam kawasan zon merah.

"Ibu bapa serta waris yang berada di kawasan zon merah juga tidak dibenarkan untuk bertemu pelajar di kolej matrikulasi," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata pelajar, ibu bapa dan waris perlu mematuhi Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Institut Pendidikan Guru dan Kolej Matrikulasi dalam Norma Baharu yang dikemas kini dan boleh dilihat melalui portal rasmi KPM www.moe.gov.my.

Sebelum ini, aktiviti keluar (outing) dan pulang bermalam bagi pelajar kolej matrikulasi tidak dibenarkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga KPM mengeluarkan pemakluman lanjut. – BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2020 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 6-10-2020 02:30 PM
Kes baharu diviralkan berlambak2

Tggu PC ptg ni..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2020 03:39 PM | Show all posts

Kolig dpt info 8++...bod sinun pun ada citer...

Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2020 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 6-10-2020 03:39 PM
Kolig dpt info 8++...bod sinun pun ada citer...

Whatttt... betul ke nii.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-10-2020 03:43 PM | Show all posts
Buritan replied at 6-10-2020 02:41 PM
Whatttt... betul ke nii.

tu le...sana sini dah viral...Kedah yg banyak @sarah82

Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2020 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 6-10-2020 03:43 PM
tu le...sana sini dah viral...Kedah yg banyak @sarah82

Alllah haiii... payahnya mcm ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2020 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 6-10-2020 02:34 PM
Nak dekat ribu katanya kes baharu? Dpt viral, betul @ palsu?

Tula..tgk gak..katanya dekat seribu
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2020 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Tdo sat sementara tggu PC hahaha

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2020 03:57 PM | Show all posts
Buritan replied at 6-10-2020 02:49 PM
Alllah haiii... payahnya mcm ni

Sabo je le...



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2020 03:58 PM | Show all posts
keypochino replied at 6-10-2020 02:51 PM
Tdo sat sementara tggu PC hahaha

Eksesais jap...



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2020 03:58 PM | Show all posts
keypochino replied at 6-10-2020 02:50 PM
Tula..tgk gak..katanya dekat seribu

It's all in the mind only...




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2020 04:02 PM | Show all posts
keypochino replied at 6-10-2020 02:51 PM
Tdo sat sementara tggu PC hahaha

Dah mcm kelawar nampak terbalik...upside down
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2020 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 6-10-2020 03:57 PM
Sabo je le...

Ade ckp 954......
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2020 04:07 PM | Show all posts

Yg viral 895
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2020 04:07 PM | Show all posts

haha kan dah kuyus...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2020 04:09 PM | Show all posts
seribulan replied at 6-10-2020 04:02 PM
Dah mcm kelawar nampak terbalik...upside down

tdo kekenyangan..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2020 04:10 PM | Show all posts

Kuyus dah ni lapo balik...





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2020 04:12 PM | Show all posts

Eh ada pishangg...




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 10:54 PM GMT+8 , Processed in 0.992546 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list