CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Kak-Leen

BORAK KOSONG CHAT GOSIP ULASAN LUAHAN DAN BERSANTAI DI BOARD PERUBATAN VOLUME 30

 Close [Copy link]
Post time 12-2-2021 07:03 PM | Show all posts
sarah82 replied at 12-2-2021 06:00 PM
Tak boleh masak kat sini.

Mesti rindu buat cokkodok take care...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2021 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 12-2-2021 06:27 PM
Haah sambal sotong semlm kecut mujo ada telur...haha

Tula.. lgpun takut pecah perutnya nnt terkeluar pulak pulutnya kang.. hihihi dah xjadi ketupat sotong..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2021 07:03 PM | Show all posts
keypochino replied at 12-2-2021 05:59 PM
Ok.  Moment of truth hahahaha

Bau boleh verify menaikkan selera
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2021 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Scheherazade replied at 12-2-2021 06:29 PM
Nmpk sedap nih. Boleh cuba resipi mod ni nnt

Tp sche jgn lupa masukkan air.. dlm 2 botol mineral kecik utk 1 peket mee.. tp boleh agak2 la dan masukkan telor sebiji2 jgn kasi pecah.. pecah bila dah masuk mulut.. yumms
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2021 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 12-2-2021 06:29 PM
Profesional cam awak & saya mesti leh agak larikkkk...hihi....

Hahahha.. biasala.. kita buat dia..bukan dia buat kite.. ubah je ikut kesesuaian..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2021 07:05 PM | Show all posts
keypochino replied at 12-2-2021 06:00 PM
Sbb depa kalau xkje xde la gaji.. so mmg terkesan.. yg mana bijak amik peluang boleh la meniaga ju ...

Ni Zara Zya silap bikabonat tertukar garam...masin habis buang...huhu...


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2021 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Scheherazade replied at 12-2-2021 06:29 PM
Arasso

Hahahaha xleh jd blogger masakan ni keypo.. nnt habis kena carut dgn netizen sbb bg resepi x lengkap kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2021 07:06 PM | Show all posts
keypochino replied at 12-2-2021 06:03 PM
Tula.. lgpun takut pecah perutnya nnt terkeluar pulak pulutnya kang.. hihihi dah xjadi ketupat sot ...

Jadi resepi baharu sotong pecah perut haha...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2021 07:08 PM | Show all posts
keypochino replied at 12-2-2021 06:05 PM
Hahahha.. biasala.. kita buat dia..bukan dia buat kite.. ubah je ikut kesesuaian..

Haha...tu sarah ada post ..xleh masak dah...no cokkodok...huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2021 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Scheherazade replied at 12-2-2021 06:30 PM
Yg cekodok tu den x jemu, cuma den serik la labu sebijik gitu, it was a dangerous situation in the ...

Betul2 ms nk potong mula2 tu kena pegang elok.. takut kalau tgn xkuat tergolek labu.. bahaya pulak kne pisau.. kulit labu pun keras jugak
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2021 07:10 PM | Show all posts
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 12 FEBRUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR1,214 (1)84,495
SABAH11851,115
WP KUALA LUMPUR374 (5)31,157
JOHOR742 (1)29,543
NEGERI SEMBILAN11812,961
PULAU PINANG1499,621
PERAK997,187
KEDAH1886,825
SARAWAK836,273
MELAKA455,581
KELANTAN  793,867
PAHANG303,503
TERENGGANU722,774
WP LABUAN12,222
WP PUTRAJAYA6990
PERLIS0192
JUMLAH KESELURUHAN3,318 (7)258,306
*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Kes positif 3,318 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 12 Februari 2021 adalah seperti berikut:
  • Selangor: 1,214  kes
    • 489 kes daripada kluster-kluster; termasuk 78 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Damar dan Kluster Taman Industri;
    • 367 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 357 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 742 kes
    • 523 kes daripada kluster-kluster, termasuk 378 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Seelong, Kluster Jalan Perindustrian Elektronik, Kluster Jalan Besar Pontian, Kluster Perindustrian Pelepas, dan Kluster Ladang Pekan;
    • 105 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 113 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 374 kes
    • 152 kes daripada kluster-kluster, termasuk 84 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Pantai Dalam;
    • 106 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Lima (5) kes import dari luar negara; dan
    • 111 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 188 kes
    • 156 kes daripada kluster-kluster, termasuk 136 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Selambau;
    • 16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 16 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 149 kes
    • 72 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 28 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 49 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 118 kes
    • 13 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 75 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 30 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 118 kes
    • Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 20 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 93 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 99 kes
    • 55 kes daripada kluster-kluster, termasuk 25 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Jelapang, Kluster Jalan Perusahaan Tiga, dan Kluster Kampung Teluk;
    • 14 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 30 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 83 kes
    • 16 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 15 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 52 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 79 kes
    • 19 kes daripada kluster-kluster, termasuk 13 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Pangkal Changgong;
    • 30 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • 30 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 72 kes
    • Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 56 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 45 kes
    • 20 kes daripada kluster-kluster, termasuk tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Teknologi Berendam;
    • 11 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 14 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 30 kes
    • 12 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 11 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Enam (6) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Damar;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
LAMPIRAN 3
Ringkasan 17 kes kematian pada 12 Februari 2021 adalah seperti berikut:
No. KematianNo. KesNegeriJantina (Warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
937177388SelangorLelaki (WN)60Hospital Sungai BulohPenyakit darah tinggi, buah pinggang kronik, dan gout
938190573SelangorLelaki (WN)85Hospital Sungai BulohPenyakit  darah tinggi
939193606PerakPerempuan (WN)78Hospital Raja Permaisuri Bainun, IpohTuberkuslosis
940210131SelangorLelaki (WN)68Hospital Kuala Lumpur
941226690MelakaLelaki (WN)84Hospital MelakaPenyakit darah tinggi, jantung, dan limfoma
942232850SabahLelaki (WN)91Hospital Lahad DatuPenyakit jantung dan kanser usus
943234491SarawakPerempuan (WN)67Hospital SibuPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
944238592KelantanLelaki (WN)64Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BharuPenyakit darah tinggi, buah pinggang kronik, dan gout
945240215SelangorPerempuan (WN)97Hospital Shah AlamPenyakit darah tinggi
946243813SabahLelaki (WN)80Hospital Queen Elizabeth, Kota KinabaluPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, buah pinggang kronik, dan strok
947246829WP Kuala LumpurPerempuan (WN)85Hospital Kuala LumpurPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan strok
948248262PahangPerempuan (WN)62Jenazah dibawa ke Hospital RaubPenyakit darah tinggi dan asma
949250975JohorLelaki (WN)66Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruPenyakit paru-paru kronik
950251420SarawakPerempuan (WN)79Hospital BintuluPenyakit kencing manis dan darah tinggi
951252013SelangorLelaki (WN)54Hospital Sungai BulohPenyakit darah tinggi, dislipidemia, dan fibrosis paru-paru
952253150WP Kuala LumpurLelaki (WN)63Hospital Kuala LumpurPenyakit paru-paru kronik
953243461SelangorLelaki (BWN)59Hospital SelayangPenyakit darah tinggi dan strok
*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.
LAMPIRAN 4
Perincian 14 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
  • KLUSTER JALAN SEELONG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor.  Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 8 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah syarikat yang terletak di Jalan Seelong, Senai, Kulai. Sehingga 12 Februari 2021, sejumlah 568 individu telah disaring, di mana 327 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN PERINDUSTRIAN ELEKTRONIK
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai, Kota Tinggi, Pontian, dan Muar di Johor. Kes-kes dalam kluster dilaporkan positif  COVID-19 bermula pada 10 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Senai, Kulai. Sehingga 12 Februari 2021, sejumlah 2,190 individu telah disaring, di mana 25 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN BESAR PONTIAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat dan Pontian di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-221817) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Pontian, Pontian Besar, Pontian. Sehingga 12 Februari 2021, sejumlah 102 individu telah disaring, di mana 64 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER LADANG PEKAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kluang di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-244423) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 8 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah ladang yang terletak di Ladang Pekan, Layang- Layang, Kluang dan juga kontak rapat kepada kes indeks. Sehingga 12 Februari 2021, sejumlah 31 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER PERINDUSTRIAN PELEPAS
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru, Kluang, Kota Tinggi, Mersing, Kulai, dan Muar di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-193139) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Zon Perindustrian Bebas, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah, Johor Bahru. Sehingga 12 Februari 2021, sejumlah 506 individu telah disaring, di mana 32 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN JELAPANG
Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Kinta dan Kuala Kangsar di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-179533) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Januari 2021 sebagai kes InfluenzaLike Illness. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Jelapang, Kawasan Perindustrian Taman Meru, Ipoh. Sehingga 12 Februari 2021, sejumlah 818 individu telah disaring, di mana 24 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN PERUSAHAAN TIGA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Larut, Matang, dan Selama serta Kerian di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-218759) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Perusahaan Tiga, Kamunting, Larut, Matang, dan Selama. Sehingga 12 Februari 2021, sejumlah 26 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER KAMPUNG TELUK
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Manjung di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-234255) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Februari 2021 hasil saringan di tempat kerja. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes yang berlaku iaitu di Kampung Teluk, Ayer Tawar, Manjung. Sehingga 12 Februari 2021, sejumlah 43 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER TAPAK BINA DAMAR
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sepang di Selangor dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif  COVID-19 pada 12 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja tapak bina yang menetap di Kampung Bukit Damar, Dengkil, Sepang. Sehingga 12 Februari 2021, sejumlah 701 individu telah disaring, di mana 64 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER TAMAN INDUSTRI
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling dan Kuala Selangor di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 12 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Taman Industri Sungai Buloh. Sehingga 12 Februari 2021, sejumlah 278 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER TAPAK BINA PANTAI DALAM
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.  Kes- kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 12 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak bina yang terletak di Pantai Dalam, Lembah Pantai.  Sehingga 12 Februari 2021, sejumlah 265 individu telah disaring, di mana 94 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER SELAMBAU
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Muda di Kedah. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 12 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja kilang yang menetap di Bukit Selambau, Mukim Teloi Kiri, Kuala Muda. Sehingga 12 Februari 2021, sejumlah 247 individu telah disaring, di mana 136 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER TEKNOLOGI BERENDAM
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Melaka Tengah, Jasin, dan Alor Gajah di Melaka; Tampin di Negeri Sembilan; Sepang di Selangor serta Tangkak di Johor. Kes- kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 12 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Zon Perdagangan Bebas, Batu Berendam, Melaka Tengah.  Sehingga 12 Februari 2021, sejumlah 1,241 individu telah disaring, di mana 41 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER PANGKAL CHANGGONG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Machang, Pasir Puteh, dan Tanah Merah di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-251555) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 10 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pengajian yang terletak di Kampung Pangkal Changgong, Jalan Tanah Merah Lama, Machang. Sehingga 12 Februari 2021, sejumlah 57 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2021 07:11 PM | Show all posts
MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER
Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 12 Februari 2021;
  • Jumlah kluster : 962 kluster;
  • Jumlah kluster baharu :14 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 478 kluster (termasuk tujuh (7) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Batu 39, Kluster Palut, Kluster Cergas, Kluster Tapak Bina Damai, Kluster Lingkaran Lintang, Kluster Ladang Matamba, dan Kluster Rengit Sentral);
  • Jumlah kluster aktif : 484 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 83 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Jalan Seelong (326 kes), Kluster Tanjung Suria (258 kes), dan Kluster Selambau (136 kes).
KLUSTER BAHARU
KKM juga ingin memaklumkan terdapat 14 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan 13 kluster berkaitan tempat kerja dan satu (1) kluster komuniti.
Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Jalan SeelongJohorTempat Kerja
2Jalan Perindustrian ElektronikJohorTempat Kerja
3Jalan Besar PontianJohorTempat Kerja
4Ladang PekanJohorTempat Kerja
5Perindustrian PelepasJohorTempat Kerja
6Jalan JelapangPerakTempat Kerja
7Jalan Perusahaan TigaPerakTempat Kerja
8Tapak Bina DamarSelangorTempat Kerja
9Taman IndustriSelangorTempat Kerja
10Tapak Bina Pantai DalamWP Kuala LumpurTempat Kerja
11SelambauKedahTempat Kerja
12Teknologi BerendamMelakaTempat Kerja
13Pangkal ChanggongKelantanTempat Kerja
14Kampung TelukPerakKomuniti

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2021 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Scheherazade replied at 12-2-2021 06:22 PM
Wah! Healthy eating nih. Xde mashed potatoes ka?

lupaaa sche.. bit side dish tu pun dah banyak sgtt
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2021 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Scheherazade replied at 12-2-2021 06:30 PM
Yg cekodok tu den x jemu, cuma den serik la labu sebijik gitu, it was a dangerous situation in the ...

oh yeahhh... labu tu dah habis digunalah yer? heheheh sedap gak bingka labu eh.. labu xde.. mybe malam i baking
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2021 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Scheherazade replied at 12-2-2021 06:33 PM
Hmm, x tau lg. Dah mkn Macadamia nuts Haagen Dazs sat ni

beli coolblog tadi me, my mum ayah adam and adik i... sedap gak, xmanis sgt
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2021 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 12-2-2021 05:59 PM
Ok.  Moment of truth hahahaha

Jeng3x sedap....menjadi mi rebus...nanti nak buat lagi...hihi....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2021 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Scheherazade replied at 12-2-2021 05:24 PM
Oh ok. Sbb mee rebus kan, tu yg tanya sbb xde kata kena tmbh air kt resipi tu

jadi le resepi @keypochino...sedap sangat
Leh buat...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2021 08:07 PM | Show all posts
keypochino replied at 12-2-2021 06:02 PM
Dlu kalau CNY kami akan ada event.. mkn yee sang jugak kat hotel.. selalunya hotel2 ada set.. nk p ...

Sedap kan yee sang...biasa event CNY kat opis derang buat yee sang...
Nengok Buletin Utama TV3 derang tunjuk makan busat online...menarik...norma baharu ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2021 08:10 PM | Show all posts
keypochino replied at 12-2-2021 06:06 PM
Hahahaha xleh jd blogger masakan ni keypo.. nnt habis kena carut dgn netizen sbb bg resepi x lengk ...

Kalau dah biasa masak @ mkn mi rebus...leh tahu dah
Thanks for the recipe
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2021 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by seribulan at 12-2-2021 07:24 PM

.   .   .   .

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:22 AM GMT+8 , Processed in 1.706761 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list