CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Sufeenan

Pelik tapi benar

 Close [Copy link]
Post time 29-5-2013 01:21 AM | Show all posts
Sufeenan posted on 28-5-2013 11:34 AM
Sebab tu nabi kata, perempuan lagi ramai yang masuk neraka dari lelaki. cukup ada mulut yang macam ...

ni i rasa la yee..my thoughts could be wrong..

kalau kawen sorang lg bukan boleh selesaikan masalah yg ada sekarang klu abg u masih bersikap mcm ni,silap2 makin teruk jd nya..

apa yg boleh menjamin rumahtangga yg kedua ni akan bahagia klu sikap abg u masih lemah begini..seorg isteri pun dh cukup bikin pening kepala,imagine the two wives berperangai sama and combined,mau sakit abg u..

yg jd mangsa dh tentu anak2 buah u..

every problem ada solution,cuma nak dgn x nak proceed je..

ada benda lain abg u ni dok pending,and i dont think sebab anak2..to all of u dlm family mmg dia ckp sebab anak2 kan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-5-2013 09:38 AM | Show all posts
pinksarah posted on 28-5-2013 05:16 PM
i baca kisah abg u ni dr awal lg sufeenan..

penceritaan u amat jelas..

Terima kasih sudi membaca dan memberikan pandangan, really appreciate it.

Betul, dari awal saya memang takde mentioned pasal samada saya pernah call or contact SIL. sengaja tak cerita sebab saya tak nak nanti akan ada yang merasa seolah saya ni nak tunjuk segala yang buruk saja tentang sil. but since you have asked on it, got to answer it honestly. bukan tak penah, penah call. macam saya selalu buat kat SIL yang sulung or adik ipar perempuan, call semata nak tanya kabar dan sembang lebih kurang. sebab saya suka bersaudara. same goes to my sil ni. but sadly, kalau saya call tak pernah nak dapat sembang dengan dia pun. dengar jer saya 'hello..' terus dia pass hp kat abang saya even saya takdan putus kalimah lagi nak bagitau yang saya call ni bukan nak cakap dengan abang pun tapi dengan dia! banyak kali macam tu. end up abang saya mesej " mu ada apa-apa, call no aku jah. tak yah call dia.payah".

Nampak tak betapa tak selesanya dia bila adik ipar call? Kita bukan apa pun, bukan nak korek rahsia rumahtangga dia pun, sekadar nak bertanya kabar. dahla jumpa live on stage dah tak penah langsung, dapat 'jumpa' dalam phone pun jadilaa. but that was not the case.sedih. tak tahu nak buat apa lagi untuk merapatkan jurang yang ada. sudahnya saya pun naik malas nak beramah mesra alam sangat dengan dia. orang tak sudi, apa guna kita nak terhegeh-hegeh lagi.

Seperti yang awak katakan, let her be. memang itu yang kami buat sekarang. nak terasa ati ke apa ke..biarlah. teruskanlah dengan hati yang fragile tu. sebab dia sorang jer yang sensitif. hati orang tua ni tak perlu dijaga. hati dia saja yang perlu dijaga, perlu disembah sujud.hati orang lain, termasuk suami sendiri, itu tak penting. orang dah cuba untuk bantu, apa yang tak puas hati silalah bagitau, kita sama-sama perbaiki kita sama-sama cari jalan penyelesaian. dah dia pilih kekal tegar dengan keras hati keras kepala ego melangit, let her be.

Dan itu yang saya cakap kat mak abah saya. Fikir diri mak abah sudahlah. Soal menantu, buang jauh-jauh dalam laut. kita kata macam mana pun kalau dia sendiri tak nak terima dan ubah, apa kudrat kita? di mata dia hanya orang lain saja yang salah, dia saja yang semua betul.

Itu saya akui, silap besar abang saya adalah dia terlalu tolerance dengan bini dia. alasan, malas nak bergaduh. sampai takde komunikasi langsung antara laki bini. apa laki buat, bini tak perlu tahu. apa bini nak buat, tak penting untuk suami peduli. apa tu..? suami isteri atas kertas. tapi dari segi praktikal, semua buat hala sendiri.

Yang peliknya, dalam soal duit ni, abang saya tak pernah pun persoal apa dia nak buat dengan duit dia tu. nak kasik mak ayah dia, sila. nak belanja sapa-sapa, buatlah. nak beli hendbeg baju make up, tak kisah. duit belanja rumah usah katalah sapa yang spend tiap-tiap bulan. tapi bila part abang saya nak hulur duit kat mak abah, nak belanja adik beradik sesekala, jadi isu besar ya amat pada dia. Semua dia pertikai. Kalau boleh, satu sen pun mak ayah ni tak boleh nak rasa. Helooooooo...hang ke yang besarkan dan tanggung laki tu dari kecik sampai kerja? hang ke yang sekolahkan dia? hang ke yang tolong dia time dia susah?hang ke segala-galanya?Tak reti-reti lagi pasal tanggungjawab anak lelaki pada parent dia? Tahu jahil tapi nak belajar malas. Ego tak bertempat.

Memang saya marah dengan abang saya, langsung takleh nak bertegas. Banyak kali saya cakap kat dia, mu suami ngah..mu ketua.dia kene ikut kata mu, bukan mu tunduk kat dia. ada bende-bende jugakla suami bule dengar kata bini, tapi bukan segala perkara laki kene ikut arahan bini.dayus reti, dayus? Malu nak cakaplah, tapi memang bini dia dah sampai tahap tak hormat suami dah. Hormat ke kalau boleh tengking suami depan orang? hormat ke kalau sepatah suami tegur, berpatah-patah dia balas balik dengan suara yang meninggi?hormat ke kalau suami suruh buat apa-apa, dia buat donno buat tak tahu? i just cannot imagine macam mana la agaknya hubungan kelamin dorang laki bini kalau dah macam tu sekali keadaannya. or maybe time nak bersama jer kot baik. lepas tu..huh..haremmmm..

Stigma sil saya ni, lelaki kelantan ni sume buruk-buruk saja. pemalas, tak boleh bantu bini.kalau bantu bini, dayus. suka nikah dua, suka cerai berai. miang gatal. itu yang dia dok sebut-sebut dari awal. ikut mulut jahat saya ni, nak jer saya buh atas muka..dah tahu lelaki kelantan sumenya macam sialan, yang hang pi nikah dengan laki kelantan jugak tu dah kenapa?pi laa cari laki negeri lain yang hang kira romantis, baik, sempurna. eh dak..pi pilih jugak lelaki kelantan yang buruk hina ni.

Nilah padah kalau suka sangat banding-bandingkan suami sendiri dengan suami orang lain. sampai dah tak boleh nak bersyukur dengan apa yang ada, takleh nak beza dah setiap orang ada kelebihan, ada kelemahan. dok nampak yang hebat-hebat saja, yang buruk keji terhijab sama sekali. Lepas tu dok persoal, kenapalaa laki aku tak macam ni, tak macam tu..Allahhu rabbi..

Bernikah lain, bukan satu-satunya penyelesaian. Bercerai pun, bukan satu-satunya pilihan. Dan itu yang abang saya sedang pertahankan sekarang. Sebolehnya dia tak nak bercerai, tak nak bernikah lagi. Dia tahu impaksnya sangat besar, terutamanya pada anak-anak. Pada bini dia,dia tak kisah dah. Tapi pada anak-anak. Dia juga berusaha untuk ubah kelemahan diri dia, tapi maybe bende dah lama terlalu makan dalam, tak boleh nak ubah dengan masa sehari dua. Depa sebenarnya kena kerjasama, give and take, dua-dua kene ikhtiar untuk ubah. Masalah sekarang, hanya satu pihak saja yang gigih nak perbetulkan 'rumah' yang herot. Yang sorang lagi gigih juga..tapi gigih nak kasik runtuh. So....macam mana nak jalan. titik consensus tiada.

Only Him knows best.

Maybe betul kata u, ada bende lain yang pending instead of anak-anak issue. Rahsia yang belum terungkai. Them know better.



Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 09:56 AM | Show all posts
Astagfirullah hal azim...urut dada aku baca post hng ni sufee....terasa ketensionan nya bila baca walapon takdak kena mengena....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2013 10:44 AM | Show all posts
kurmasafia posted on 29-5-2013 01:56 AM
Astagfirullah hal azim...urut dada aku baca post hng ni sufee....terasa ketensionan nya bila baca wa ...

Hehe..releks releks..maybe gaya susunan ayatku yang skema kot buat hang stress!

Tapi memang stress gak pun..semalam aku pi buat health screening, my BP naik woo..160!kene bebel la sedas dengan misi: masalah jangan difikirkan sangat..nanti susah..hah..kan dah kene..hahah..

Lepas ni aku kene slow down skit kot dari dok memikirkan sangat bende ni. tak pasai-pasai aku lak yang tumbang nanti.naya.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 11:04 AM | Show all posts
memang la....
sakitnya hati membaca kisah ni..
sakit hati kat pompuan SIL tu ngan abangmu sekali..
rasa nak debik sedas dua kat dua-dua tu sekali...
hhuuuwaaaa...tensen haku!
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 11:55 AM | Show all posts
takpa, aku paham situasi hng...aku pon penah rasa...nk biar tak boleh, abg kita..kalu biaq plak kesian..
hng pikiaq secara rileks sudah....pelan2 kayuh....gud luck dlm usaha nk setelkan masalah hang ni

rasa nak pi debik kak ipaq hang ni...buat malu org kedah ja...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2013 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Your SIL anak orang kaya? Rumah you kat kampung buruk? Macam citer antara dua-darjat lah ni.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2013 01:26 PM | Show all posts
AmMiNafeesa posted on 29-5-2013 03:04 AM
memang la....
sakitnya hati membaca kisah ni..
sakit hati kat pompuan SIL tu ngan abangmu sekali.. ...

Hahhaaa..haiyoooo..sori ler kengkawan..tak pasai2 hangpa sume pun dah tumpang dua kaki sama naik stress dengan kisah laki bini tu..jgn sampai meroyan dah la na..biaq depa ja meroyan.kita, jangan..kekekee..

Baca, jadikan ia teladan. Mana yang buruk tu kita delete laju-laju. Apply yang molek-molek saja dalam family kita. Barulah aman sejahtera...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-5-2013 01:28 PM | Show all posts
Kebabomb posted on 29-5-2013 04:12 AM
Your SIL anak orang kaya? Rumah you kat kampung buruk? Macam citer antara dua-darjat lah ni.....

Dak aih..dua-dua sama anak orang susah. rumah kecik, sekangkang semut cuma. So takde isu cinta antara dua darjat di sini. Cuma bila diri lupa dari mana ia menapak, maka terakam lah kisah romeo-juliet-tapi-tak-jadi begini..:p
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2013 01:38 PM | Show all posts
kurmasafia posted on 29-5-2013 03:55 AM
takpa, aku paham situasi hng...aku pon penah rasa...nk biar tak boleh, abg kita..kalu biaq plak kesi ...

Bukan abang ku saja tersepit, dengan aku-aku sekali terkapit. tinggal lagi tak kelemping penyek macam abang aku ja aku ni..hahaa..

Sebenarnya aku pun malas de vass nak amek port hal depa ni. yelah, ai pun ada laki yang nak kene jaga makan pakai, ada anak yang nak kene salin pampers kasik makan bagai. tengok, tak pasai-pasai aku sakit kepala dah la ni. jangan sok kene darah tinggi sudah..haku is nanak mauuuuuuuuuuu!nauzubillah.

Tapi bak kata hang tu la..nak biaq, kesian. nak over concern, kita plak serabut jiwa bakul raga. dah tu, camno..so so lah kot. dalam pada so so, terngigau-ngigau jugak la ku pasal kes depa ni. before this memang aku tak amek tau pun, tapi bila mak aku dah mula gitu gini gitu gini, pastu pulak tiap balik kampung aku diterjah macam-macam soklan dari sedara mara pasal abang ngah aku tu..dok dengar sore-sore sumbang lagi sumbing dok melata pasal dia, aku panas telinga jugak. dia abang aku kan..unless aku ni adik durhaka..gasak kau lah nak jadik apa, non of my business..lama dah aman kot idup aku. tapi aku bukan bangsa jenih tu. kalu bule setiap masalah adik beradik aku, aku akan cuba nak tolong. tak kira lah dari segi apa, duit ka, tenaga ka..aku try tolong (bunyi cam kakak mitali kan aku ni..?kaaaaaaaaaahhh)lalalalaaa..

Ni aku harap sangatla kot-kot abang aku or bini dia terbaca pasal thread ni. biar depa baca, digest apa yang orang dok suggest kat sini. walaupun ku tahu, harapan hanya harapan. entah forum cari ni pun dia tahu ke idak kewujudan dia. alangkan fesbuk pun sil aku tadak..hahaha.buta it sungguh laaaaa.padan dah idup macam tempurung dengan kataknya..sadis sadis..

Thanks la na tak putus2 kasik semangat kat aku ni..hang membuktikan bukan smua orang kedah is like sil aku yang macam hampas nyiok itu..aku pun rasa orang kedah ni baik-baik ja..dia seketul ja dak. insan istimewa sungguh!
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 02:36 PM | Show all posts
aku bkn org kedah weh, perasan jadi org kedah sejak dok berumahtangga kat kedah ni...mak pak mentua plak dok kedah...tu yg berasa mcm org kedah tu....aku org penang, tp aku tetap malu kalu org kedah buat pangai mcm ni....penang dgn kedah ni ibarat adek badek...

hng pasan dak, setiap kali yg buh posting mesti ada unsur2 lawak..dlm dok pikiaq masalah pon sempat lg buat lawak...adoila...terer betol kawal emosi.

hng suh la abg hng tgk rancangan ustaz kazim kat tibi oasis...ajak bini dia sekali tgk..mana tau kot2 insap...

nt bila2 hng mai kedah (sp) habaq kat aku tau..kita pi terjah umah kak ipaq hng tu...kita ajak dia pi jakel..kot2 dia mau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2013 03:51 PM | Show all posts
kurmasafia posted on 29-5-2013 06:36 AM
aku bkn org kedah weh, perasan jadi org kedah sejak dok berumahtangga kat kedah ni...mak pak mentua  ...

Eh hang nii..kata oghangg..hang ingat ayat hang tu tak lawak?aku ni sampai masuk toilet pun dok kii kii kii kii terhenjot-henjot bahu gelak;dok imagine muka kelat ketat sil aku tu kene paksa ajak pi jakel!hahahhaha..ni pahni tobat sebut ja jakel mesti aku tringat hang "ajak dia pi jakel kot dia mau" hahahhaaha..geletek lak aih ketiakku rasa..heheheee..

ketawa tu terapi.takyah prabeh duit pi Spa bagai nak terapi.gelak kuat-kuat skit pun cukup dah.tinggai lagi kalu oghang nampak stendby jalaa kene kutuk 'pompuan apaaa laaaa gelak lagu nii?" Ngegege

owhhhh await tak habaq mai oghang penang.mana cheq taaauu!tapi aku sampai laa tak gheti beza penang kedah ni.asal dengaq slanga yang banyak 'Q' Q tu aku bantai kata haaaaa depa mai dahhh depa mai dah!mai mana?mai qedah!haha..bule gitu?blasah.

eh apa dah aku nak crita tadi? Dah lupaa plak dah.tulaa gelak lagi banyak2..abeh segala ilmu terkeluaq!takpa..satgi ingatanku kembali pulih,ku sambung lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 06:20 PM | Show all posts
panjang lebar citer ko ni.... PIL abang ngah ko tu mcm mana org nya? Ask somebody yg tinggi budi supaya berbincang dgn PIL abg ngah ko lah... maybe mak dia bole nasihatkan kak ipar ko tu... abang ko mmg lembut ke org nya? suruh abg ko solat hajat mintak Allah lembutkan hati bini dia ah... buat air penawar (senyap2) bagi bini dia minum... kadg bila suami balas dgn kasar, bini akan makin berkeras tapi kalau suami ckap dgn lembut dia akan jadi lembut...

TAPI kadg mmg ada bini jenis hidung tinggi, sombong dan bongkak... suka look down on other ppl as if keluarga dia dan diri dia tu bagus sgt.... family adik ipar aku pun camtu gak... mak bapak dia lebih2 lagi... semua atas didikkan mak bapak lah... aku kalau org camni, aku bagi balik... jgn lemah depan dorang... aku penah marah adik ipar aku depan2 sbb dia kurang ajar... dan mana yg aku boleh nasihat, aku nasihat pada dua2nya sekali there and then... org kalau baik, aku balas baik... aku tk hypocrite... lepas tu aku baik dgn dia cuma aku tk nk rapat... dia tahu dia salah jadi dia yg mengalah dan selalu tanya khabar aku... cuma aku malas nk layan org yg suka berbohong... dorang tk ada anak dan adik aku bertahan dgn bini dia sbb bini dia pandai berpura2, senang cakap pandai mengampu... adik aku pun susah nah nk jenguk dan bagi duit kat mak bapak aku.... tapi aku tk marahkan sgt ah sbb mak bapak aku pun ada salahnya which aku pun kadg tk suka... aku tk side siapa2... yg salah tetap aku kata salah, doesn't matter what is their status......

Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2013 03:06 PM | Show all posts
lepas bace post TT ni..wat aku sedar.. suami aku baik sgt2 org nye..slalu tolong aku wat keja2 umah..tmbh2 lagi aku tgh sarat menghitung ari nk bersalin anak kedua.. kebanyakkan keja umah semua dia yg take over..pagi2 sblum g keja dia yg siap kan anak..hntr anak g umah mil n g keja..aku? cuma kemas bilik n siapkan diri sndiri je..tapi aku slalu gak secara x sengaja tertinggi suara kat laki aku.. bila aku bace post salah sorg forumer tadi..aku ni masuk dlm golongan kufur nikmat..ya Allah..
(tapi aku bukan sil TT tau huhuhu)

ape2 pn aku kesian kat abg ko TT..harap2 lepas ni SIL ko tuh lembut ati n terima kedudukan dia sebagai isteri bukan sebagai boss suami..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2013 05:45 PM | Show all posts
Sufeenan posted on 20-5-2013 01:49 PM
Dia tersekat sebab anak. kalau takde anak, lama sudah dia lepaskan. Anak sulung dia pernah merayu2 ...

tak dpt la nk bagi ape2 idea lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2013 11:04 AM | Show all posts
Adik...
Akak rasa masih boleh diselamatkan... apa kata family adik bawa abang atau mak abah pergi jumpa ustaz. Minta tolong orang-orang alim ni cek betul ke dah terkena buatan atau kalau tidak minta dibuat penawar dan doa untuk lembutkan si isteri. Hal-hal rumah tangga ni pernah terjadi pada family ipar walau kes berlainan tetapi selepas usaha berjumpa ustaz dan atas nasihat dan menigkatkan amalan kepada Allah... alhamdulillah masalah tersebut berjaya di atasi.

Wanita ni bila dia telah meletakkan dirinya melebihi suami memang bergegarlah rumahtangga tu. Isterinya perlu diberi pengajaran... bertuahlah suami yang membantu masak bagai.. bawa je lari anak-anak sehari dua... phone tak angkat semua... kalau dah jadi tarzan kat suami pasti pada anak-anak pun macam tu. Akak fikir anak-anak pun mesti lebihkan bapanya kan?

Bukan mudah sebenarnya nak menjadi ketua keluarga. Ada orang fikir cukup pakai, makan, nafkah semua tu dah selesai.. belum lagi didikan agama kepada isteri dan anak-anak. Andai kata rumahtangga tidak boleh diselamatkan lagi sebenarnya Allah itu maha mengetahui dan maha besar. Jika benar jujur ikhlas dan penuh kasih sayang seorang bapa... anak-anak akan mengetahui sendirinya dan memahami. Itu sangat benar dengan apa terjadi pada bapa saudara akak... kasihnya pada anak tak berbelah bagi.. walau pernah melalui saat sukar dan terpisah tapi akhirnya Allah beri jalan mengembalikan kasih sayang anaknya semula.. Bahagia tengok dia memandu kereta disebelahnya cucu dan dibelakang anak dan menantunya bersama cucu yang lain... tak putus kasih sayang itu.

Tiap berlaku ada sebabnya dan ada hikmahnya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2013 03:24 PM | Show all posts
jgn lupa update citer abg hng dgn kak ipaq hazab tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2013 04:51 PM | Show all posts
Salaam,puan...sedihnya dgr citer u..geram pun ada kat ur sil tu...tapi itulah, kita xder betul2 kat tempat tu kan...susah nak judge 100%...bg i, apa yg terjadi ni ada salah ketiga2 pihak (ur sil, ur bro, n ur family)...i harap pendapat i u dpt terima dgn hati terbuka k...

mcm yg ramai forumer cakap, kakak ipar u maybe ada rasa insecure...tambahan pula x biasa dgn keadaan keluarga yg ramai...plus dgn sikap keras kepala dia tu...dia tak cuba utk sesuaikan diri dengan keadaan keluarga u...mgkin bagi dia, suami hak mutlak dia...dia lupa/buat2 lupa tentang tanggungjawab abang u pada ibubapa...melalui penceritaan u, i rasa kakak ipar u ni terlalu rapat dengan keluarga dia sendiri, jadi susah utk dia masuk dengan keluarga orang lain...mungkin dari kecik dia dah terbiasa dituruti kemahuan dia oleh makbapak dia sebab takmau dia menjeit2 menangis @ buat perangai...dan perkara ni berlanjutan sampai dia dah kawen dengan abang u...itu yg susah nak dibentuk dah tu...

situasi abang u pula, mungkin sebab dia taknak bergaduh2 berperang bagai...sebab tu dia redha jer..tambahan pula cinta pertama kan...hehe...lgpun dia kuat utk bertahan dengan perangai kakak ipar u...

keluarga u pula, mungkin juga ada salah silap di sana sini...mungkin u dan keluarga u tak sedar...who knows kan...sebab dalam cerita u, kakak ipar u macam nak berkerat rotan jer dengan keluarga u...cuba muhasabah sikit, apa yang keluarga u penah buat/kata waktu kakak ipar u still baik dengan family u dulu...sebab kalu ikut cerita u, kakak ipar u bukannya berubah 360 darjah right after malam pertama kan...minta maaf kalu apa yg i nak cakap ni mungkin wat u tersinggung...i suspek, u and keluarga u terlampau kerap mencari/bergantung kat abang u lepas dia kawen...i mean, mungkin uols sikit2 call dia, sikit2 cari dia apa2 hal pun...hatta sekecil2 perkara...mungkin itu yang buat kakak ipar u jadi menyampah lama2 tu...tambahan pula dia adik beradik sikit....lg 1, mungkin u dan keluarga u selalu menyanjung abang u di depan kakak ipar u...maksudnya gini, apa2 hal pun keluarga u akan mention abang u...contoh, beli kereta..mungkin abang u dan kakak ipar u share beli kereta awal2 kawen dulu...tapi bila keluarga u tengok, uols memuji2 abang u...mungkin keluarga u dok sebut itu kereta abang u...kakak ipar u pula mungkin terasa hati sebab duit dia pun involve juga utk beli kereta tu....takpun, hal rumah ke...rumah abang u cantik bersih, tapi bila keluarga u datang ziarah, uols dok memuji2 abang u pandai pilih perabot ke, rajin berkemas ke..walhal mungkin mereka suami isteri sama2 memilih dan kuarkan duit...benda2 mcm ni, walaupun nampak kecik, tapi leh buat sebelah pihak terguris hati...bila disimpan2, itu yg jadi nanah tu...i cuma bagi contoh jer la pasal kereta n rumah tu...mungkin sebab sebenar bukan pasal kereta n rumah pun..but, main point i kat sini, mungkin ur family asyik mention abang u sorang jer dalam hal berkaitan rumahtangga diorg...lalu, kakak ipar u pun kecik hati...who knows kan...mungkin awal2 tu kakak ipar u pendam jer, tapi 1 day dia meletus...berperang meraung bagai ngan abang u..tu yang buat abang u rasa bersalah sampai sekarang...lg 1, mcm yg u cerita, u penah reply mesej kakak ipar u time dia marah abang u takleh balik kedah sbb kereta rosak tu...i rasa yang tu pun menyumbang pada masalah2 ni juga...of course la kakak ipar u pikir yg bukan2 smpi sekarang kan...mungkin dia pikir abang u balik sana dok mengadu domba pasal dia, siap tunjuk2 mesej dia lagi kat korang, yang mana bende tu privasi kan...i know u tgh marah giler time tu, tapi tetap x patut involve sampai hal privasi gitu....kesannya mungkin sampai sekarang...

so, i nasihat (macam juga nasihat forumer2 lain), biar je abang u dengan kehidupan dia since dia pun tidaklah sampai ke tahap membuang ibubapa u terus kan..dia still menjenguk n bagi duit...biarlah kalu dah abang u kuat semangat nak bertahan dengan bini macam tu...kalu soh dia bercerai pun, adakah lepas dia bercerai, u nak bawak abang u tinggal dengan u?..bahagia kan dia dengan sediakan makan minum dia, iron baju dia?...mungkin tidak kan...lagipun kita tak tau keadaan sebenar mcmmana, mungkin bila hal keluarga u jer yang buatkan abang u dan kakak ipar u bergaduh..tapi hal2 lain ok jer...mungkin sebab tu abang u leh bertahan...macam u kata bila abang u balik kelantan, muka dia kusut..mungkin dia kusut sebab sedih bini taknak ikut balik je...mungkin abang u malu sebab dia balik sorang2, tapi adik beradik lain bawak keluarga...jangan cepat judge dia x bahagia dengan rumahtangga dia...minta maaf kalu i macam banyak mention pasal kelurga u..tapi itulah yg i rasa i patut highlight juga...kakak ipar u mmg dah tau dah yg dia keras kepala,ketegaq bijik bagai...sebab i penah tgk hal begini dalam keluarga my fren... bekas kakak ipar dia pun stail gini la..keras kepala,kepala angin,nak konker...yang adik beradik my fren ni pun satu hal juga, suka provoke si abang, dah tau bende tu leh buat gaduh laki bini, nak juga bagi si bini naik angin...tapi i taklah terus terang dengan my fren tu sebab time dia cerita tu pun, abang dia dah bercerai...tapi i nasihatkan u pulak la sebab macam lebih kurang je masalah nyer... doakan supaya dibukakan pintu hati kakak ipar u utk merendah diri...dan juga abang u supaya firm sikit..i doakan yg baik2 juga utk u and ur family...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2013 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih pada semua yg meninggalkan jejak di sini..insha'Allah bila demam dah kebah saya respond satu-satu..

Beronline atas katil bersandarkan seketul phone amatlah tidak 'in'..
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2013 08:50 PM | Show all posts
menitis air mata ku membaca nya. tp setitik dua je la. aku kagum dengan ketabahan abg ko yg sanggup bertahan dgn bini mcmtu. kalau suruh diorg jumpa pakar kaunseling pejabat agama mcmne?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 08:29 PM GMT+8 , Processed in 0.093643 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list