|
Ruan
Oleh:MFT
Cerita yang diceritakan salah seorang anak nenek pada penulis (cucu Nenek/cicit Moyang Tiah)
Awal 1960 an.
"Masuk!!!" jerit Nenek (arwah pada 1976-Al Fatihah).
Bagai tak cukup anak tangga anak-anak Nenek merempuh masuk ke dalam rumah.
"Apa kena senja-senja ni masih main kat luar lagi?!!!Pergi mandi cepat!!" arah Nenek meninggikan suara untuk memaksa anak-anaknya.
Seorang demi seorang anak-anak Nenek mengangguk.
"Ni siapa pula yang main kat lumpur tadi ni?!!!Habis berlumpur tangga depan ni hah!!!!! Ya Allah!!!" marah Nenek lagi.
"Siapa buat ni?!!" jerkah Nenek bingit hatinya. Anak-anak memandang saja tak berani menjawab.
"Sabar Tam, kamu ni dah maghrib-maghrib ni janganlah nak marah-marah macam tu." sapa Moyang Tiah (arwah mertua Nenek, meninggal umur 120 tahun pada tahun 90 an-Al Fatihah) yang dari tadi melihat sahaja dari ruang tengah rumah.
"Sabar macam mana Mak?Berlumpur tangga ni hah!!Mak tengoklah. Budak-budak ni memang nak kena ni!!"balas Nenek.
"Sabar Tam nak oi. Biarlah aku bersihkan"alah Moyang Tiah kerna kasih pada cucu-cucunya.
"Tak payah la Mak, biar saya buat...." tolak Nenek.
"Tak ape-ape la, kau pergi ke dapur tu siapkan makan. Apa kau ingat aku dah tak kuat dah?" psiko Moyang Tiah.
Berlalu Nenek ke dapur teragak-agak, dan anak-anak Nenek yang perempuan pergi mandi bersama, Pak Ngah (waktu ini baru berumur awal belasan tahun) pula menunggu giliran semua mandi sebelum gilirannya. Mandi di telaga belakang rumah (sekarang sudah dikambus).
Tak berapa lama kemudian Atuk (arwah pada 2010-Al Fatihah) pulang membawa hasil jalaannya. Beberapa ekor sepat, udang sepit biru dan seekor (ha)ruan sebesar lengan budak.
Malam itu usai makan, anak-anak Nenek dan Atuk yang rajin membaca buku berteman pelita minyak tanah. Sampai hitam-hitam hidung kerana jelaga. Yang malas terus saja berbaring menanti ngantuk.
Atuk ke dapur melihat ruan ditangkapnya. Dibubuh dalam tempayan.
Dialih tudung tempayan dan tersentap sedikit. Merah matanya sang ruan berkedip memandang Atuk dari dasar tempayan.
Atuk beristighfar dan mengamalkan sedikit ilmunya. Memohon perlindungan Allah Azzawajala.
Esok pagi, Atuk membuka tempayan semula, hilang sudah ruan semalam.
p/s-penulis pernah terdengar cerita orang-orang lama jika monyet dibunuh kerana menceroboh kebun atau mati sendiri, tengkorak sang monyet akan hilang walau diletak dalam bekas yang sukar dicapai orang. Hanya tengkorak saja yang hilang. Wallahualam. |
|
|
|
|
|
|
|
Gril Besi (tribute to USM)
Oleh:MFT
Buat pelajar tahun pertama (termasuk penulis) Pusat Pengajian Termaju Pengurusan Projek, Perumahan, Bangunan dan Perancangan, Universiti Super Malaysia APEX, tugasan studio adalah seditif yang adiktif.
Terima atau tidak tetap perlu mendapatkannya.
Kami telah diberi pengkhususan kami sebelum mendaftar cuma kontroversinya ialah kami perlu dan wajib membuat tugasan berasaskan rekabentuk sedang permohonan kami bukan berkaitan rekabentuk.
Disini banyak berlaku ketidakadilan yang terasa membuang masa saja diulang-ulang kalau nak bercerita. Selepas batch kami, polisi ini diubah.
Berbalik pada tujuan penulisan kali ini.
Penulis masih ingat, menjelang bulan September tahun 2006, kami ditugaskan membuat pameran hasil kerja studio kami selama 7 minggu sebelumnya. Pameran diberi nama 'Exhibite'(sengaja diubah ejaan).
Penulis dan rakan-rakan penulis diberi tugas aktif, dan kerana penulis kurang berminat tugasan begini, sebolehnya mahu diam saja kerana penulis tahu siapa yang akan telan kredit lebih. Biarkan.
Adalah seorang kawan penulis ini, Sampik namanya. Kacak leher jinjang orangnya. Berpakaian kemas dan digemari ramai wanita dan lelaki orientasi lain (cerita benar). Penulis pada tahun ijazah muda tidaklah berapa rapat dengan beliau kerana bukan standard penulis.
Kami jadi lebih rapat kemudian kerana membuat Msc dan bertungkus lumus menyiapkan tugasan Msc menjadikan kami lebih menghormati satu sama lain.
Namun Sampik ini sangat peramah orangnya. Suasana akan menjadi ceria bila beliau ada. Penuh dengan lawak gaya utara beliau menyebabkan kami dan kawan-kawan lain gemar melepak minum bersama.
Habis untuk pengenalan watak.
Jadi kami semua bertungkus lumus dalam beberapa minggu untuk menjayakan 'Exhibite'. Kami dibahagi kepada beberapa kumpulan berdasarkan studio masing-masing. Studio A dan Studio B. Dipecahkan kepada beberapa lagi kumpulan dan dipecahkan lagi kepada beberapa kumpulan lagi.
1 jawatankuasa>sub kumpulan>sub kumpulan dan lain-lain lah mudahnya.
Kerja demi kerja dilakukan. Memotong board, polisterin, mewarna, menampal, memotong kertas warna, menghias, mempateri, menyambung itu ini, memaku buluh, mengikat tali jerami, menyusun atur,menyapu mengemas membuat sampah dan curi-curi tidur.
Kerja kebiasaannya akan mengambil masa hingga lebih jam 12 tengah malam setiap hari speanjang persiapan 'Exhibite' ini.
Ada juga yang tumpang tidur di studio Arki tahun 2, malah ada juga yang tak datang-datang menjengah langsung. Penulis? Ada juga menjengah tapi lebih banyak membantu kawan-kawan Kelantan bertukang.
Bagaimana pun kenangan sepanjang menjayakan 'Exhibite' ini tetap kami kenang sampai bila-bila.
Maka suatu malam, Sampik tadi berasa kepenatan. Diajak kawan-kawannya pulang. Berkali-kali diajak dan berkali-kali diminta tunggu dan tunggu. Akhirnya Sampik membuat keputusan pulang sendiri.
Desa inap Sampik di Cahya Gemilang. Perlu melalui Dataran Merah, setelah berjalan kaki hampir 500 meter dari pusat pengajian kami, ditengah Pusat Pengajian Seni dan Dewan Budaya, kemudian melalui sebelah bangunan IPS kemudian melalui jalan kelam berlorong simen terus sampai ke desa Cahya Gemilang.
Sampik mengambil jalan lain. Selepas melepasi Dataran Merah tadi, beliau melalui foyer Perpustakaan Hamzah 1, melalui sebelah kafe foyer dan akan merentasi kawasan parking berhadapan bahagian belakang stor Pusat Pengajian ##### (dirahsiakan kerana penulis tidak mahu memberitahu secara 'detail' sebab hal yang jelas).
Dua 'route' ini akan membawa ke jalan yang sama;-pulang ke desa Cahya Gemilang.
Perjalanan sepanjang Dataran Merah berjalan lancar. Ingat. Jam telah melebihi 12 tengah malam. Sampik sambil berjalan turut menyanyi-nyanyi lagu Jamal Abdillah sesuai dengan status beliau digemari ramai wanita dan lelaki orientasi lain.
Suasana yang sunyi di foyer Perpustakaan Hamzah 1. Sampik melihat-lihat ke dalam perpustakaan melalui cermin gelap dipintu masuk perpustakaan. Pastinya gelap gelita. Terus dipandang beliau ke tempat lain.
Kepala beliau sekarang cuma terisi tidur tidur tidur tidur.
Melepasi kafe foyer tadi, Sampik berjalan sedikit pantas kerana letih.
SUPPPPPPP!!
Angin kuat melepasi Sampik daripada belakang beliau. Terdorong sedikit dirinya ke depan. Sampik sudah mula terasa sesuatu.
Berjalan 1 tapak
Berjalan 2 tapak
Berjalan 3 tapak
BEDEGUMM!!!
GUMMM! BEDEGUM!!!
GUMM!!!! GUMM!!!
Gril besi stor belakang Pusat Pengajian ##### digegar oleh sesuatu yang jelas berniat jahat. Mengacau anak Adam.
Sampik berdebar-debar namun hatinya mahu melihat gril besi stor tadi. Ditoleh sedikit, stor yang gelap dan tiada sesiapa yang berani duduk dalam stor bergelap siap gril berkunci.
Tiada sesiapa selain kegelapan stor.
Diambil sedikit nafas disertai badan yang berpeluh sejuk, Sampik meneruskan langkah. Kepalanya masih memikirkan tidur tidur tidur tidur.
DUMM!!!!
DUMMM!!!!
BEDEDUMMM!!!!!
p/s-Bunyi gegaran gril tadi masih kedengaran berdentum dentum sewaktu Sampik hampir sampai ke perkarangan Desa Cahya Gemilang.
p/s/s-Sampik kalu ang baca ni ang jangan santau aku pulak. Aku saja la tulih buat tribute kat Ang juga. |
|
|
|
|
|
|
|
Bilik 181
Oleh:MFT
Dengan barang-barang penuh ditangan, 2 plastik, 2 beg kertas, 1 baldi dan 2 beg berisi pakaian dan kelengkapan lain, aku berdiri di depan pintu bilik.Berseorangan.
Maklum ini bukan universiti pertama aku.Pernah belajar disebuah universiti lain dahulu, tapi itu cerita lama.
Datang mendaftar pun berseorangan, dengan memandu sebuah Nissan Sentra putih lama. Keluargaku sibuk menguruskan adik bongsuku(perempuan) yang pada masa lebih kurang sama, mendaftar masuk belajar ke universiti di Pantai Timur, jadi aku kira lebih senang kalau aku uruskan sendiri hal aku.
Tidak mengapa. Facebook kan ada?
Aku akan mengulangi hidup, sekali lagi, sebagai pelajar universiti. Maksima 5 tahun. Rasanya tidak sampai 5 tahun waktu yang aku perlu buat menyiapkan tesisku, harap-haraplah. Nak kahwin, nak kahwin. Jangan hipokrit.
Pintu bilik bercat hijau. Nampak tidak baru warnanya. Aras ku bereka bentuk L. Dinding bercat kapur putih. Tipikal bangunan kediaman.
Koridor panjang setiap aras dan bilikku yang paling depan. Pintu bilik mengadap tandas, dan 4 ke 5 tapak berjumpa dengan pintu masuk keluar ke aras ku.
Ada tanda EXIT hijau menyala diatas pintu masuk keluar aras tadi.
Nombor pintu bilik 181.
Oh ya, terlupa-’Selamat datang ke universiti.’ ucapku pada diriku sendiri. Ku buka pintu bilik.
Meraba-raba mencari suis lampu. Plup.
Suasana langit diluar tingkap sudah kekuningan. Lampu yang bernyala tadi hidup mati hidup mati.Samada plug atau mentol yang bermasalah.Ku buka lagi satu lampu, tidak hidup.Parah.
Kalau buat aduan kerosakkan pun pejabat asrama pastinya dah lama tutup.Esok.Esok.
Keadaan bilik begini, 2 katil, 2 meja tulis, dan 2 almari. Katil ku mengadap pintu. Kalau tidur, kaki akan berlunjur ke arah pintu. Katil satu lagi dihujung dinding sana, sebelah tingkap.
Ku lihat dibelakang almari( kedua-dua almari sebelah menyebelah ditengah-tengah bilik) terdapat satu tilam lusuh tersandar didinding dengan kainnya koyak rabak, menampakkan kuning isi tilam dan sebiji bantal lusuh yang penuh tahi lalat.
Ku buka lampu meja tulis. Cahayanya cuma sekadar menerangi atas permukaan meja tulis.Bolehlah asal aku tak bergelap.
Itu saja sumber cahaya selain lampu koridor.2 kipas siling seronok berputar laju, tidak bermasalah.
Usai solat Maghrib aku mula menyelongkar almari.Pelik. Penuh buku dan baju.Penghuni sebelum ini tak angkut keluar ke semua barang mereka?
Aku tunduk ke bawah almari, menyeluk buku-buku yang bertimpa-timpa.Ku tarik satu majalah. Ujang. Keluaran lama sewaktu zaman Kharisma Publication.Penuh dengan tahi lipas dan kotoran.
Kemudian aku menuju ke satu para(buatan sendiri) sebelah meja tulis, ku lihat gambar seorang lelaki dan perempuan dalam bingkai merah hati. Kemudian ku jumpai surat-surat cinta. Hmm?Selain itu nota-nota dan kertas entah apa lagi.
Semakin pelik, takkan penghuni sebelum ini meninggalkan bilik ini begitu saja?
Aku menuju semula ke almari tadi, ku selak dan ku selongkar. Tersentuh sebotol bekas air mineral yang dipotong 2. Dasarnya berisi lipat-lipatan kertas. Ku ambil satu dan ku buka. Pamphlet aktiviti entah apa, tarikhnya tahun 2007?
Penghuni terakhir menghuni bilik ini ialah ditahun 2007? Maknanya 2011 sekarang ini 4 tahun bilik ini tidak berpenghuni?
Terasa makin pelik dan tiba-tiba terasa seram sendiri.
Ku buka pintu bilik dengan harapan ada sesiapa penghuni blok atau aras yang sama, akan menyapa atau aku sendiri yang akan menyapa.
Sunyi, sunyi, sunyi.
Sambil itu ku kemas tempat ku.Bentang cadar, buat apa patut kemudian berbaring. Pakaian dan kelengkapan lain masih dalam beg. Mahu disumbat dalam almari, dalamnya penuh. Aku perlukan surat khabar untuk mengemas yang lain-lain.Bila? Esok. Esok.
Ku toleh katil yang satu lagi. Bercadar biru dengan bunga sulam. Aku terfikir siapa manusia terakhir yang tidur disitu?Tiba-tiba terasa seram. Lagi.
Ku keluarkan radio, maaf iya? laptop ada juga ku bawa tapi waktu itu aku lebih senang mencapai radio. Ku pasang plug dan memainkan lagu Rancid- Time Bomb. Kumpulan punk tapi rentak reggae yang mereka mainkan memang sedap didengar. Nyanyian Tim Armstrong memang ‘cool’.
Malam itu.
Dalam jam 2 pagi, aku terjaga daripada tidur. Keperluan untuk ke tandas.
Buka pintu bilik yang mengadap tandas dan;-
''Swit swittt swit....Swit swit swittt''
Sesuatu yang tidak kelihatan bersiul-siul dalam kegelapan tandas. Menggamit perhatian ku yang pastinya terpegun sebentar.
Tamat.
p/s-di adaptasi daripada sebuah mimpi dejavu. |
|
|
|
|
|
|
|
Mac 18,1996
Oleh:MFT
1-Teksi yang dipandu Jan tenang saja memandu melepasi sebuah kawasan unit komersial yang pernah terbakar lama dulu.
Waktu malam, seronok jika mendapat ramai penumpang yang boleh bayar 2 kali ganda, jadi Jan memang tertunggu-tunggu dan tercari-cari penumpang malam-malam begini.
Kalau dapat lebih esok siang tak perlu keluar pun tak apa.
Beberapa blok bangunan dilintas kemudian, 2 orang penumpang menahannya,wanita. Tersenyum Jan.
Jan memandu ke alamat yang diminta salah seorang penumpang teksinya tadi.Matanya meilhat-lihat melalui cermin, comel-comel saja kedua-dua penumpangnya itu.Macam baru lepas habis sekolah.
Teksi tenang dipandu, Jan melihat seorang lelaki tua dengan basikal berkarat ditepi jalan.Terdetik sesuatu dihatinya. Rasa aneh.
Lelaki tua itu kelihatan memang tidak terdaya mengayuh, namun dilhat cuba mengekori teksi Jan.
Tidak berhenti-henti mengayuh mengikut.
Jan yang tidak berasa selesa menekan sedikit pedal minyaknya namun salah seorang penumpangnya tadi meminta beliau memandu dengan tenang, kerana tiada apa yang perlu dikejar. Jan mengangguk kerana lebih perlahan dipandu teksinya, lebih banyak tambang dapat dikutipnya.
Jan menoleh cermin belakang, lelaki tua itu masih mengekornya!!
Lampu trafik dijalan hadapan menyala merah. Jan memberhentikan teksi.Menunggu hijau.
TUKK TUKK
Tersentak Jan. Lelaki tua berbasikal tadi yang mengetuk cermin teksi sebelah pemandu.
Jan terasa bengang lalu diturunkan tingkap. ‘Ada masalah ke?’ keras sedikit nada Jan.
Lelaki tua itu mengerutkan kening lalu berkata ‘Kenapa teksi kamu berpusing-pusing dalam kawasan ni aje dari tadi? Kamu sesat ke?’
‘Sesat?’tanya Jan semula. Hairan.
‘Aku mengikut kamu sebab kamu berpusing-pusing dalam kawasan ni aje dari tadi. Aku ikut dari belakang sebab nak tahan kamu kejap. Nasib ada lampu trafik ni, dapat aku tahan kamu.’terang lelaki tua.
Berpusing-pusing? Jan semakin pelik.
Lelaki tua kemudian bertanya ‘Tapi, siapa yang duduk dikerusi belakang kamu tadi? Aku nampak penumpang kamu takde kepala …..’
Tersirap darah naik ke muka Jan.
Ditoleh cepat ke belakang, tiada sudah 2 wanita muda yang menumpang tadi. |
|
|
|
|
|
|
|
Menanti 10 setengah malam
Oleh: MFT
Suasana senja yang gelapnya melebihi terang yang mula keseganan, meliputi ruang udara sebuah universiti. Disebuah fakulti kejuruteraan yang masih nampak kebaharuan bangunannya. Masih ada lagi mereka yang bertugas atau bekerja didalam bangunan.
Puan Lim melihat jam disebelah skrin PC beliau. 6.53 petang. Biasa saja.Kebiasaan beliau pulang 10 setengah ke atas. Menyiapkan pelbagai kerja. Laporan untuk progres penyelidikan kepada pemberi geran, fakulti dan pusat siswazah. Menyelia disertasi 6 pelajar ijazah muda. Membuat proposal permohonan geran. Menandatangani surat sokongan rakan sekerja dan pelajar. Membuat nota dan transperansi kuliah. Membetulkan tatabahasa Bahasa Inggeris rakan sekerja dan banyak lagi.
Puan Lim masih setia mengadap skrin PC tatkala jam sampai ke 7.45 malam.Beliau tahu beliau tidak keseorangan kerana masih kedengaran radio daripada luar bilik pensyarah. Radio kepunyaan pelajar penyelidikan.
Kebiasaannya memang radio akan dibuka setelah jam 5 setengah petang. Ini bagi menghormati formaliti tidak bertulis dalam universiti. Tambah lagi pelajar tidak mahu berkonfrontasi dengan pensyarah lain yang diketahui banyak 'kepelbagaian'. Mainkan saja radio hanya setelah jam 5 setengah. Mudah.
Puan Lim membelek-belek satu salinan jurnal Elsevier. Beliau mencari informasi dan membandingkan dengan jurnal-jurnal lain dibaca beliau dan pelajar disertasi beliau.Beliau mahu mereka tahu yang Penyelia mereka juga berinisiatif memahami skop kajian mereka. Puan Lim benar-benar mahu membantu pelajarnya.
Masih kedengaran bunyi radio, tanda masih ada orang dalam bangunan.
Jam menunjukkan 9.51 malam. Puan Lim membuka pula folder untuk kuliah esok. Diperiksa satu persatu slaid Power Point. Mengingati susunan slaid untuk melancarkan penyampaian esok. Puan Lim tidak mahu penyampaian ilmu terganggu jika bentuk penerangan tersekat-sekat. Tambah lagi beliau sudah peringkat hampir pencen. Kenalah usaha lebih sikit dalam mengingati fakta.
Jam 10 malam, radio masih berbunyi. Puan Lim berkira pulang jam 10 setengah nanti.
Titt titt. Berbunyi telefon sel Puan Lim. Blackberry entah model apa. Dilihatnya, Kuek Kwat, anak beliau menelefon.
'Hello Son' jawab Puan Lim.
'Hello Ma, can bank in or not for me RM2000?Next week I want to go to Thailand with my friend. USM is having semester break. Ah Pa said ask for Ma confirmation first lor'
'Your Ah Pa don't wanted to join you aaa? RM2000?Why must be only RM2000? Haisshh. Ah Ma give you RM4000 and go buy some gift for the families and your friend also. Ok? Do not forget to buy for me the Buddha amulets or pendants also. You should also have one too.' semakin panjang Puan Lim berbual.
'How come lehh? I am going to marry Jeanette Van Degrotto Pegolla later. You know lahhh my coursemate, the foreigner girl one. I am going to migrate in Europe. Live like a Land lord leyy' jawab Kuek Kwat dan entah apa lagi dibualkan mereka anak beranak.
Siap berbual, Puan Lim melihat jam 10.20 malam. Bersiap untuk pulang. Tepat jam 10 setengah, Puan Lim keluar dan mengunci bilik beliau. Turun menuju ke Honda CRV miliknya. Kemudian terus memandu pulang.
Radio masih kedengaran.
Disebuah alam yang lain. Alam makhluk halus, kelihatan seekor jin yang biasa menyamar hantu Pontianak atau Pocong dimarahi ketuanya,Afritopheles, kerana tertidur waktu bertugas.
Tidak menjalankan tugas menakutkan Puan Lim waktu di fakulti tadi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebelah
Oleh:MFT
Tokkk Tokk
Tokk Tokk
Bunyi ketukan pintu. Zamani Salam melihat ke arah pintu biliknya. Jam 11 malam. Beliau sedang sibuk meng 'high light' nota kuliah. Dengus hatinya malas-malas membuka pintu.
Tokk Tokkk
Tokk Tokk
"Siapa?" laung Zamani Salam.
"Orang sebelah" jawab 1 suara.
"Siapa? Hamizul Ansari? Hameed Karkun? Anjasmari Maria? Leonardo Mat Tahir?Alexander Zulkarnain?" tanya Zamani Salam.
"Orang sebelah" balas lagi suara yang 1 tadi.
Zamani Salam menyumpah sedikit dalam hati. Bangkit daripada katil menuju pintu dicapai tombol dipulas ditarik pintu
Orang sebelah dengan sebelah badan berdarah-darah didepan pintu.
OK. Penulis nak cerita 'sebelah' yang lain sebenarnya. Yang diatas tu selalu terdengar di asrama-asrama sekolah, universiti, matriks dan lain-lain. Sila ikuti dan terima kasih sudi membaca-
Cerita hantu selalu dikatakan terjadi diwaktu malam. Ini menunjukkan potensi sumber tenaga untuk pekerjaan shift malam yang lebih efisyen. Pihak pekilang perlu lebih peka dengan penggunaan tenaga alam yang satu lagi ini bagi mencapai keuntungan yang lebih berbanding tenaga manusia yang majoriti cuma aktif disebelah siang.
Soal kebajikan dan pembayaran gaji penghuni alam satu lagi boleh dibincang kelak, kerana dimana ada jalan disitu ada kemahuan.
Cukup introduksi yang diatas, kita ke introduksi lebih serius. dengan tona lebih meyakinkan:-
Di kampung penulis dahulu, waktu kejadian pada tahun 90 an, pada waktu rumah lama masih tegak lagi. Sekarang ini binaan kayu diganti dengan separuh batu dan papan dan lebih diluaskan lagi kawasan dalam rumah. Seronok mengingat kenangan dirumah kampung tadi.
Kakak sepupu penulis, kita panggil Kak Jaz, sedang berbaring-baring diatas katilnya, yang muat untuk seorang, dalam bilik beliau. Waktu penulis bocah cilik lagi, memang sangat sukar untuk masuk ke bilik Kak Jaz, kecuali golongan yang perempuan dalam keluarga.
Tapi tak kisahlah, kerana penulis dan sepupu lelaki yang lain tahu tiada apa sangat dalam bilik Kak Jaz selain novel-novel, majalah Remaja, majalah entah apa sesuai dengan tema keperempuanan. Pendek kata memang bilik orang perempuan lah senang.
Cerita ini diceritakan Mak Long Tik merangkap ibu Kak Jaz sendiri. Maka Kak Jaz yang terasa mengantuk-ngantuk ayam pun mahu melelapkan mata.
Sebelum tidur, tepuk-tepuk bantal buat lebih empuk, ambil anak patung beruang 2 ke 3 ekor buat peneman (tahukah anda beruang adalah binatang yang liar dan ganas?),susun novel-novel yang telah berkali-kali dibaca,belek-belek muka pada cermin,pilih baju dalam almari yang untuk dipakai esok,bagi 'hamster' makan, periksa selak pintu bilik, sambung belek-belek muka dicermin lagi dan barulah bersiap untuk tidur.
Tutup lampulah Kak Jaz sebagai prosedur terakhir sebelum tidur.
MAKKKKKKKKKK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
1 rumah bergegas ke bilik Kak Jaz dan Kak Jaz sendiri telah lari ke bilik Mak Long Tik selepas saja menjerit.
Bila ditanya, Kak Jaz mengatakan terasa ada 'orang' baring disebelahnya.
Terima kasih.
p/s-orang sebelah yang ditemui Zamani Salam tadi tidak semestinya 'orang' sebelah yang berbaring disebelah katil tadi. |
|
|
|
|
|
|
|
Pek Kong
Oleh MFT
Ah Tian berjalan merapati jeti buluh ditebing sungai. Dilihat lihatnya air sungai, sebelum berdiri diatas tebing sungai.
Berbekalkan senapang ikan dan selepas menanggalkan baju, KECEBURRRR.
Berkuak kuak Ah Tian didalam air melihat ke sana sini mencari ikan ikan bersaiz besar dan jenis jenis berharga, kalau dapat jenis biasa pun sedap juga dimasak 3 rasa.
Ah Tian bergerak ke tengah, mencari cari lagi ikan sambil membidik senapang ikannya. Terasa perlu mengambil udara, maka naik sebentar ke permukaan sungai.
Diselam sekali lagi, dilihat warna air didasar sungai berubah.Menjadi merah coklat. Ah Tian terasa sedikit pelik bila dilihat ada 2 cahaya ditengah dasar sungai, maka bergerak Ah Tian ke arah cahaya tadi.
Dilihatnya patung singa seperti di kuil Tok Pekong didasar sungai, bermata merah menyala nyala. Ah Tian melihat lagi dan dibelakang patung singa tadi sebuah kuil Tok Pekong tersergam di dalam air.
Tinggal senapang ikan, terus lupa ikan yang bakal dimasak 3 rasa, bertahun tahun juga Ah Tian tidak mendekati sungai. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by gitarmahogani at 22-3-2012 00:04
D-Day
Oleh MFT
Saya menulis surat ini khas untuk keluarga William Raven, yang dengan beraninya bersama sama ramai lagi anak anak muda Amerika, mempertahankan perlembagaan dan demokrasi dimuka bumi ini.
Tuan/Puan Raven,
Izinkan saya bercerita sebuah kisah.
Saya secara peribadi tidak mengenali anak muda bernama William Raven ini. Namun saya sangat percaya yang beliau tidak sesekali sanggup melihat negaranya dicabul oleh kuasa asing dan sanggup ke depan dimedan perang demi mempertahankan tanah Amerika tercinta.
6hb Julai 1941, Pantai Normandy.
Pasukan askar yang diturunkan melalui jalan laut dengan kraft, dan para pejuang yang berani samada sedang berdoa atau menanti kejayaan operasi mereka ini, menewaskan trup Jerman dibawah iblis-Adolf Hitler. Dan William Raven berada dalam salah satu kraft itu.
Saya difahamkan sewaktu menghampiri Pantai Normandy itu, ditambah dengan senarai nombor pejuang yang gugur membela Amerika dan demokrasi, anak anak muda yang berani ini telah dibedil tentera Jerman. Ada yang gugur dan ada yang masih bersemangat menentang habis habisan keparat Nazi itu.
Saat kraft mendekati pantai, pintu kraft terbuka dan para askar bergegas keluar. Kompeni yang disertai William Raven,menghadapi kesukaran kerana hujan peluru daripada si anak haram Nazi. Dan disini sesuatu yang menarik terjadi.
William Raven, yang kita banggakan dan rayakan, menyerbu ke depan dengan sangat berani. Beliau menggunakan segala kemahiran diperoleh sewaktu latihan askarnya, dan Ya Tuhan, beliau sangat sangat pantas bertindak. Serangan peluru dan bom bagai telah diteka oleh beliau arah sasaran dan kawasan ledakan, semua dapat dilepasi beliau dengan mudah.
Kompeni beliau mengikuti beliau daripada belakang, sambil cuba menentang serangan peluru dan pada masa yang sama memberi perlindungan pada William yang semakin jauh ke depan, menuju kubu musuh diatas bukit, tempat sarang mesingan.
Hujan peluru dan ledakkan mortar menggila dan tentera kita pada waktu itu memerlukan anggota yang benar benar berani dan sanggup mati untuk menghentikan serangan tak putus putus itu.William Raven, Tuan dan Puan, menyahut cabaran itu. Dengan penuh berani beliau berjaya menghampiri kawasan sarang mesingan diatas bukit yang menghadap Pantai Normandy, memasukkan bom ke tingkap sarang mesingan.Berjaya.
Langkah ini kemudian diikuti oleh para tentera kita yang lain yang ikut bermotivasi.
Dan disinilah ketakjuban dan pertanyaan muncul, kemudiannya.
Setelah tentera kita berjaya mengawal keadaan, tumpuan penuh mula diberikan kepada tentera kita yang tercedera dan terkorban.
Dan kita tahu,setelah beberapa lama seusai perang, William Raven termasuk dalam K.I.A (killed in action/mati dalam pertempuran). Kita kehilangan seorang wira negara.
Maaf jika saya gagal menyusun kata kata disini, namun menurut kompeni William Raven, beliau telah ditembak peluru sesat pihak Jerman, semasa berada di dalam kraft lagi, yang masih bergerak menuju ke pantai. William maut semasa diatas kraft. Dan tidak disedari kompeni beliau kerana waktu darurat begitu. Jasad beliau cuma dikesan selepas pertempuran selesai.
Persoalannya, siapakah 'William Raven' yang berani bergerak ke barisan depan menuju ke sarang mesingan yang menggila itu?
Saya percaya, semangat cintakan negara William Raven untuk melihat ibu pertiwi kekal merdeka, akan kekal selamanya.
Terima kasih.
Jeneral 5 Bintang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Taman Perumahan
Oleh MFT
'Esok nak sekolah, pergi tidur' arah Ayahnya. Emaknya pula telah menguap nguap bertutup mulut. Dan si anaknya menutup buku dibaca.
Kawasan taman perumahan mereka masih muda. Keluarga mereka 3 beranak antara 2 keluarga terawal masuk berpindah. Itupun jarak hampir 8 buah rumah.
Ayahnya seorang guru dan Emaknya juga seorang pendidik, pensyarah maktab.
Anaknya bersalam dan mengucapkan selamat malam pada Ayahnya dan Emaknya.
Tahun 70 an. Kawasan perumahan mereka dibangunkan berhampiran kawasan hutan berbukit dan sebelah bukit masih ada perkampungan Melayu. Jadi si anak berkawan dengan anak anak kampung sebelah bukit.Tidaklah sunyi sangat. Sekarang taman perumahan mereka telah ada 10 keluarga semuanya.Itupun rumah masih jauh jauh lagi.Paling dekat yang jarak 8 buah rumah tadi.
Waktu malam memang sangat sangat sunyi.Tapi tak begitu menakutkan kerana motokar peronda rajin masuk ke dalam.Dan mereka juga sudah kenal kenal dengan peronda.
Didalam bilik, si anak tidak terus tidur.Dibuka tingkap kaca biliknya yang berada di aras lantai, sesuai rumah aras lantai tiada tingkat atas.
Si anak melihat kegelapan yang lebih menguasai luar berbanding lampu kuning tiang jalan.Tiada apa apa.Dilihat bintang bertaburan di dada langit.Indah.
Dilihat langit,kelihatan awan kelabu hitam hitam.Direnung.
Dilihat rumah rumah kosong dikiri kanan.Pembelinya sudah ada cuma ramai yang masih tidak berpindah lagi.Entahlah.
Diperhatikan pokok pokok yang ditanam Majlis Perbandaran.Rendang rendang.
Dilihat kereta ayahnya diluar.Mazda.
Dilihat kereta ibunya.Datsun.
Dilihat langit.Beberapa saat kemudian ditutup tingkap.
Menoleh ke katil dibelakang.Dilihat susuk putih berdiri tegak diatasnya.
Hitam saja bahagian muka susuk putih.
Anaknya menjerit memanggil Ayahnya Emaknya.
Hilang susuk putih.Sekelip mata.Terperanjat. agaknya.Jika tidak masakan sekelip mata hilang? |
|
|
|
|
|
|
|
Asrama
Oleh MFT
Cerita ringkas saja.
Kehidupan diasrama walaupun disediakan katil, almari, bilik air tandas, kemudahan, dewan makan dan lain lain tidak sama dengan dirumah.
Penulis sendiri pernah beberapa kali menginap diasrama. Ada yang berprestij kerana taraf institusi ada juga yang rosak kerana tradisi. Begitupun setiap asrama pastinya ada cerita seram. Ia begitu klise hingga ada yang enggan menginap diasrama kerana dihantui ketakutan. Pendapat penulis ialah cuba duduk dulu.
Jadi cerita ini ialah sebuah cerita lama. Diceritakan seorang abang sepupu Penulis. Kita panggil beliau Bang I (Ai). Penulis tidak ingat asrama sekolah mana yang pernah dihuni Bang I ini, tapi yang pasti di negeri Johor, berhampiran ibu negeri.
Antara pengalaman diceritakan Bang I ini ialah budaya samseng diasrama. Bagaimanapun sebagai seorang yang pernah belajar silat dan kelahiran kampung, Bang I cuma mengatakan kepada para samseng samseng itu begini- 'Kalau nak pukul, pukul sampai mati. Kalau aku hidup, aku cari kau sampai dapat'. Para samseng yang cuma berani bila ramai ramai, terus membatalkan niat mereka.
Tambahan lagi, seorang kawan penulis berbangsa India Muslim juga menjadi mangsa perkauman sewaktu PLKN dulu. Yang nak memukulnya pun kawan kawan satu kompeni PLKN sendiri juga. Namun dijawab tenang kawan India Muslim tadi dengan kata kata 'Kau nak pukul aku? Satu hari kau datang tempat aku nanti, jangan mimpi nak keluar'. Terus dibatalkan sesi pukul memukul. Penulis lost contact terus dengan kawan India Muslim ini tadi seusai PLKN kami di Kem Legenda Gunung Ledang dan UIAM Gombak (2004/Panggilan II/Kompeni Charlie).
Jadi berbalik pada cerita Bang I tadi.
Mereka semua seusai sesi prep dan makan tengah malam, pastinya akan meluangkan masa sejam dua sebelum tidur untuk berbual bersama kawan kawan atau membuat aktiviti aktiviti pelbagai.
Bang I sebelum tidur masih terasa lapar lagi. Waktu makan tengah malam tadi sudah mengunyah biskut. Namun perut mahukan sesuatu yang lebih berat lagi. Maka dibuka almari dan dibancuh dengan air termos panas paket 3 dalam 1 beberapa keping. Sehingga berkeadaan separa pepejal dan cair. Bolehlah buat alas perut. Bukan senang dan adalah 1 cabaran pula kalau nak panjat pagar keluar untuk membeli pizza diluar asrama. Yang penting apa ada depan mata, sapu....
Perut yang kenyang adalah resepi terbaik meletihkan kelopak mata. Maka tertidurlah Bang I kemudian.
Dalam beberapa jam kemudian. Bang I terjaga daripada tidurnya. Pundinya terasa mahu membuang.
Dalam keadaan terpisat pisat antara mahu ke tandas dan menyambung tidur, lebih kuat perasaan tidur itu. Tapi pundinya pula terasa pedih pedih. Beliau duduk diatas katil sambil kaki menjulur ditepi.
Terasa pergelangan kedua dua kaki dipegang sesuatu. Di intai ke bawah, sepasang tangan hitam memegang kemas sendi kaki.
Bang I membiarkan saja. Tangan hitam itu kemudian hilang sendiri.
p/s-Penulis percaya yang Bang I ini memang berani orangnya. Sewaktu dikampung beliau selamba saja keluar rumah tengah tengah malam berseorangan dan banyak lagi kerja gila gila dilakukan beliau dulu. Sekarang Bang I bahagia bersama keluarga beliau di daerah kami. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by gitarmahogani at 22-3-2012 00:07
Janji Syaitan
Oleh MFT
Izinkan penulis berkongsi sebuah cerita lama. Cerita ini agak popular juga dikalangan kami sekampung. Sering diulang ulang setiap kali kami anak anak muda kampung berborak cerita hantu.
Begini-
Suatu malam gelap gelita waktu Tok Sir sedang enak melelapkan mata. Kepenatan sejak pulang daripada menjenguk kebunnya yang dihujung kampung sebelah sungai, nak dijual esok buat membiayai pelajaran anaknya ke Kanada.Anak yang nak ke Kanada ini memang bergeliga akalnya. Sayang jika tidak sambung belajar. Pandai dan dah dapat ijazah esok lusa negara kita juga yang untung.
Demi pelajaran anak, sanggup Tok Sir menjual tanahnya pada orang. Pada Tok Sir harta ini cuma daki dunia sedang ilmu itu berguna dunia dan akhirat sekaligus.
Biarlah. Walau ada juga kalangan saudara yang kesal dan membantah terutama adik beradiknya yang daripada 18 orang dah tinggal 6 orang. Yang lain dah disimpan baik baik dalam lahad. Tiga orang hilang zaman perang Jepun dan 2 orang pada zaman Komunis Cina buat kacau.
Tok Sir telah berjanji dengan almarhumah isterinya tercinta, yang beliau tidak akan sesekali mengabaikan pelajaran anak anak.
Masih diingat lagi Tok Sir janji yang dibuat puluhan tahun lalu. Sebak hati Tok Sir mengingat almarhumah yang sangat setia dan patuh. Biar Tok Sir merantau satu dunia sekalipun, tidak akan bertemu pengganti sebaik almarhumah.
Dipeluk bantal menggantikan rasa rindu memeluk isterinya yang sudah berpisah alam.
Tiba tiba
'Nasir.........'
Gemersik kedengaran suara seseorang memanggil nama Tok Sir.
'Nasir.........'
'Aku tahu kau susah.....' tambah lagi suara tadi.
'Nasir.........'
Tok Sir bangun daripada pembaringan. Cuba mengesan arah suara ganjil itu.
'Nasir.........'
'Diluar diluar diluar....' arah suara tadi seolah mengetahui.
Tok Sir rasa berdebar debar. Gerak hati mengatakan diluar rumah. Betul betul disebelah bilik tidurnya.
'Aku diluar. Aku nak berkawan dengan kau. Aku tahu kau susah sekarang.'
Tok Sir memberanikan diri membuka tingkap bilik tidur.
'Ya Allah!!!!' hampir terganjak ke belakang Tok Sir.
Dibawah rumah, dilaman rumah, kelihatan seekor makhluk berbulu dan bertanduk. Tinggi. Lebih tinggi daripada separuh ketinggian tingkap rumah kayu kampung.
'Aku nak berkawan. Aku tahu kau susah' ungkap makhluk berbulu itu.
'Aku boleh bantu kau. Kau tak akan susah lagi selepas ini' tambah lagi makhluk itu.
'Kau siapa? Apa yang kau boleh bantu aku?' terketar ketar suara Tok Sir.
'Aku bernama Tunggal Tanah. Aku nak berkawan dengan kau. Aku nak membantu. Kau susah sekarang, aku tahu' jelas makhluk bernama Tunggal Tanah itu.
'Aku boleh beri kau senang. Aku boleh bantu kau. Kau tak perlu bersusah lagi bekerja. Aku bantu kau hidup senang' tambah lagi si Tunggal Tanah.
'Tapi kau mesti nakkan balasan, bukan?' tanya Tok Sir perlahan lahan hilang ketarnya.
'Tidak susah. Kau cuma perlu berikan aku lembu seekor dan semangkuk darah ayam hitam setiap bulan purnama' jawab Tunggal Tanah. Jelas si Tunggal Tanah mahu membuat perjanjian sesat.
'Selain itu, setiap tahun kau mesti beri darah kau sendiri. 30 titik dalam piring dicampur darah ayam hitam' tambah lagi Tunggal Tanah.
'Lagi? Apa kau mahu?' tanya lagi Tok Sir semakin mendapatkan kewarasan beliau yang hilang sekejap tadi kerana ketakutan.
'Kau mesti tidur dengan perempuan yang masih dara setiap tahun' jawab Tunggal Tanah. Laknat betul. Asyik perempuan saja yang kena jadi mangsa ilmu hitam(!!!!)
'Itu saja?' tanya lagi Tok Sir.
'Kau mesti bunuh perempuan yang kau tidur itu' tambah Tunggal Tanah lagi.
PUMMM!
Malas Tok Sir melayan setan. Ditutup tingkap bilik dan sambung tidur.
'Erkk...'
p/s- Dunia sementara, akhirat kampung kita semua |
|
|
|
|
|
|
|
Ganggu
Oleh MFT
Suatu senja bila Abdullah Khairul Azam baru pulang daripada pekan. Menunggang Suzuki Cup arwah bapanya. Suasana kuning kuning senja bercampur biru gelap dilatari kawanan burung terbang pulang ke sarang.
Abdullah Khairul Azam sampai ke laman rumah pada laungan Allahuakbar pertama yang gemersik kedengaran daripada pondok pengajian agama Islam disebelah rumahnya yang turut dihuni Ibunya dan 2 orang adik perempuan. Terlewat beliau untuk ke pondok yang juga boleh dipanggil Musolla itu hari ini.
'Aku mandi duluan, sempat nih kalau mahu jamaah sama nanti. Insya Allah' getus hati beliau.
Kebiasaan begini keluarganya yang lain jika tidak keuzuran bendera Jepun putih merah, sudah ke Musolla. Terutama adik adik perempuannya.
Masuk dulu Abdullah Khairul Azam ke dalam rumah, bersiap untuk mandi. Dengan baju yang telah ditanggalkan dan tinggal seluar slack hitam dan tuala putih kelabu, beliau keluar ke belakang rumah. Ke bilik air.
Terasa tiba tiba seolah diperhatikan. Meremang bulu tengkuknya tiba tiba.
Abdullah Khairul Azam memandang keliling. Suasana langit telah gelap. Umpama Sang Kala menelan suria.
'Persetan aja, aku mahu ke Musolla nih' tutur perlahan Abdullah Khairul Azam. Usai mandi dan bersiap dengan berlari lari anak Abdullah Khairul Azam sempat menyertai jamaah desa yang sudah mengangkat takbir. Paling saf belakang sekali. Kenampakkan pintu Musolla.
Saat sujud tetiba anak matanya melihat diluar pintu sana disempadan luar antara laman Musolla dan jalan tanah, diam tegak berdiri -
“Iblis menjawab: "Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis di antara mereka.” (Surah Shaad : 82-83)
|
|
|
|
|
|
|
|
Berhampiran Blok Aspuri
Ting ting ting ting Usop menala tali gitar kepunyaan Oud. 2 lagi kawannya Bean dan Weweng berkongsi dengar walkman, satu earphone satu telinga. Dengar Nirvana. Nevermind.
Ting ting ting ting kedengaran lagi menandakan usaha Usop, hakikatnya Oud cuma mengajar Usop kord A minor saja siang tadi, namun Usop telah melanjutkan pelajaran ke tala menala tali gitar pula. Masih saja daripada tali tali E high saja, entah tepat tidak.
Oud berbual dengan Indon aka (Allahyarham) Khairul Azam. Kesemua mereka berada diatas dibawah 2 katil double decker yang dicantumkan.
Mereka semua sebenarnya ponteng prep malam itu. Tak kisahlah, waktu prep akan tamat setengah jam lagi. Senior memang macam tu. Junior saja yang pergi prep prep ni.
Aura (ketua dorm) kemudian memasuki dorm mereka, B6 di SMTBP.
Tiba tiba Indon merentap tangan Oud. Mulutnya berkata 'Oud, aku nampak Oud, aku nampak!' sambil matanya memandang ke luar tingkap ke arah blok Aspuri.
Kawan kawan semua kaget.
'Kau nampak apa Don oi?' tanya Oud cuba melepaskan genggaman tangan Indon pada tangannya.
'Aku nampak Oud, aku nampak' diulang ulang Indon.
Aura terus membuka lampu dorm. Ingat, waktu prep masih ada setengah jam lagi. Nasib tak baik warden naik atas dorm. Gegar.
'Aku nampak Oud, aku nampak' kata Indon mengulang ulang sambil matanya masih memandang blok Aspuri.
Setengah jam kemudian tepat waktu tamat prep, baru keadaan menjadi tenang. Ditanya kemudian pada Indon apa yang dilihat beliau tadi.
'Aku nampak macam belon putih naik terbang perlahan lahan dari tingkat bawah Aspuri'
Malam itu semua penghuni B6 tidur beramai ramai ditengah dorm.
p/s-Usop menjawab esoknya kerana mengkelam kabutkan tuning gitar Oud. Al Fatihah untuk Khairul Azam bin Rashid. |
|
|
|
|
|
|
|
Tuen Mun Road – Hong Kong
Dianggap salah satu jalan paling mematikan di dunia, jalan Tuen Mun telah banyak memakan korban selama bertahun-tahun. Jalan ini adalah jalan yang paling penting dan salah satu jalan yang paling banyak digunakan di Hong Kong, sehingga hampir mustahil untuk dihindari. Tuen Mun Road dihantui dari mereka yang telah tewas di jalan dikatakan mereka melangkah ke lalu lintas, menyebabkan pengendara berbelok keluar dari jalan dan masuk ke dalam kecelakaan yang serius. Korban-korban baru kemudian menghantui kembali dan menyebabkan kecelakaan di jalan. |
|
|
|
|
|
|
|
A229 Inggris
The A229 dari Kent ke Sussex memiliki dua hantu terkenal. Yang pertama diyakini seorang wanita bernama Judith Langham, yang terbunuh di jalan pada hari pernikahannya pada tahun 1965. Dia muncul di jalan dalam gaun putihnya dan kemudian menghilang. Hantu kedua adalah tumpangan yang masuk ke dalam kenderaan dan berbicara tentang semua |
|
|
|
|
|
|
|
Bloodspoint Road – Illinois, Amerika Syarikat
Bloodspoint hanyalah salah satu dari beberapa jalan yang memotong seluruh Boone County, Illinois, yang dapat membuat bulu roma di belakang leher korang berdiri. Jalan ini telah menyaksikan pembunuhan, bunuh diri dan macam2 lagi. Beberapa anak meninggal ketika bus meluncur dari jambatan di daerah ini. Ada juga dikatakan penyihir yang digantung anak-anaknya di sebuah rumah pertanian tua, dan meskipun bangunan sudah tidak ada lagi
beberapa orang mengatakan bahwa mereka telah melihat hantu pokok. |
|
|
|
|
|
|
|
M6 – Inggris
M6 di Inggris telah ada dalam beberapa bentuk atau cara selama sekitar 2000 tahun, sehingga tidak menghairankan bahawa lebih dari legenda seram beberapa telah dikaitkan dengan itu dari masa ke masa. Jalan itu pernah digunakan oleh tentera selama penduduk Romawi di Inggris, dan tentara Romawi masih terlihat di sepanjang jalan dan berjalan melalui lalu lintas. Ada juga trak hantu yang bergerak melawan arus lalu lintas serta hantu seorang wanita sepanjanG sisi jalan |
|
|
|
|
|
|
|
Boy Scout Lane – Wisconsin, Amerika Syarikat
Menurut cerita, pasukan pramuka anak-anak pada akhir 1950-an atau awal 1960-an berada di sebuah ekspedisi dalam rangka untuk mendapatkan lencana jasa. Ketika mereka tidur di sekitar unggun api, pramuka guru mereka atau pemandu bas telah dibunuh. Cerita kedua mengatakan bahawa salah seorang lelaki sengaja menjatuhkan lentera malam itu yang menyebabkan kebakaran hutan dan menelan seluruh pasukan. Tidak ada catatan sebenarnya dari setiap kejadian tersebut pada Boy Scout Lane, tapi ada banyak cerita tentang kegiatan paranormal di daerah ini. |
|
|
|
|
|
|
|
A75 Kinmont – Skotlandia
Dijuluki “jalan hantu,” jalan ini di barat daya Skotlandia telah menjadi
tempat ratusan penampakan yang tidak dapat dijelaskan. Banyak pengemudi telah melaporkan melihat beberapa “benda” berjalan di depan kendaraan mereka, burung-burung terbang ke kaca depan mereka dan kemudian menghilang, penampakan orang berjalan ke arah kenderaan dan makhluk menyeramkan lainnya (termasuk kambing, anjing liar dan kucing) yang muncul entah dari mana. |
|
|
|
|
|
|
|
N9 – Afrika Selatan
Bahagian jalan antara Uniondale dan Willowmore dikenal sebagai Hitchhiker Uniondale Phantom, hantu yang dikenal sebagai Roux Charlotte Marie. Gadis itu tewas dalam kemalangan kereta di jalan pada tahun 1968, dan ia pertama kali dilaporkan sebagai penumpang pada hari Jumat Agung pada tahun 1976, ketika dia naik dan kemudian menghilang secara misteri dari kerusi belakang. Dia muncul dua tahun kemudian (lagi pada Jumat Agung) dan naik dengan pembonceng motorsikal, yang juga melaporkan bahawa ia menghilang setelah hanya beberapa batu. Para hantu telah membuat penampilan lainnya pada hari Jumat Agung sejak saat itu juga. |
|
|
|
|
|
|
| |
|