CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wawaKKK

BADMINTON - Season 8

   Close [Copy link]
Post time 23-10-2011 10:59 PM | Show all posts
best lah chen long dapat rehat....mesti JOJ injured tu....dahlah main di tempat sendiri..rugi... ...
ambok Post at 22-10-2011 01:28



gillian ada cakap tadi JOJ masuk hospital wat check up for possible heart problem ....
terperanjat betul ..tak sangka ...
sayang betul kalau confirm ada heart problem ... bajet dia ni la pengganti gade ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2011 11:37 PM | Show all posts
datuk tak berjaya  balas dendam ....
sengaja ke? rasa cam datuk tak main 100% ...
takpelah cam ambok cakap biorkan la chen long tu ... yg penting datuk injury free sampai olimpik ...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2011 11:48 PM | Show all posts
frustnya..chong wei kalah lagi ngan chen long...nmpknya chen long ancaman terbaru
chong wei ni kat OG..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 12:04 AM | Show all posts
ok..nextweek  French Open lak..kemungkinan chong wei jmpa chen long lagi..hopefully ni peluang terbaik chong wei utk balas dendam..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2011 08:54 AM | Show all posts
yg penting china tak bolot semua lima2 title...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2011 08:55 AM | Show all posts
Yonex Badminton French Open 2011  


start esok ye kawan2... schedule  live score kat sini  ==>  http://www.tournamentsoftware.com/sport/matches.aspx?id=69C6BA8C-A6C4-4C22-852C-AA3D99223E35&d=20111025



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2011 10:43 AM | Show all posts
Chong wei banyak buat unforced error game malam tadi.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 11:07 AM | Show all posts
frustnya..chong wei kalah lagi ngan chen long...nmpknya chen long ancaman terbaru
chong wei ni kat ...
azalea_girl Post at 23-10-2011 12:18


  nampak Chen Long nyer performance dah semakin meningkat
dia nyer style main jauh lebih bagus dari Chen Jin, BCL & single lain + dia guna ketinggian dgn sebaik mungkin...tak macam mat yoyo...tinggi lebey tapi lembik lutut (sorry Hapiz )

teknik datuk lee dah o.k just bagi pemerhatian iols...dia nyer strategy & mental ada kureng
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2011 12:14 PM | Show all posts
xpe.. biar puak2 CHINA tu pandang rendah kt c.wei...

mana kita tau kn? mungkin tu strategi c.wei
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 01:39 PM | Show all posts
chen long dapat rehat sehari time suku akhir....energy die lebih lg dr chong wei...chong wei nampak letih n penat tp chen long tak nampak cm letih pun...ntah ape yg chenlong ni mkn..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 10:46 PM | Show all posts
chen long dapat rehat sehari time suku akhir....energy die lebih lg dr chong wei...chong wei nampak  ...
_19788 Post at 24-10-2011 13:39


chen long dah la muda, dapat pulak rehat sehari....advantage besar padanya...
usia muda~ letih cepat recover...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 10:53 PM | Show all posts
smash chen long makin menakutkan....fizikal dia tinggi, lompat lagi....tajam menjunam la.....

chen long tahu datuk terrer kat net, so byk kali dia cuba mengelak dari main kat net....dan taktik dia berjaya

speed tangan dan kaki chen long bertambah....

tentang defend dia, tak pasti ditahap mana kerana datuk kurang attack semalam...

macam kay cakap, datuk tak main 100% ...itu benar....mungkin kerana nak elak injured atau memang datuk benar2 penat...dan tak nak paksa diri.....

datuk tak perlu paksa diri, kalau akan menyebabkan risiko injured...

Super Series Denmark datuk dah pernah menang....sama juga dgn japan SS....jadi tak menjadi satu masalah besar jika tak menjuarainya lagi...

yg penting emas olimpik....RM 1 juta dijanjikan oleh YAB PM .....itu yg harus diberi keutamaan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 07:05 AM | Show all posts
siapa ade perasan time chong wei lawan ngan chen long tu kamera fokus kat lindan...bila kamera fokus kat lindan tu, lindan buat macam tak nampak je,...pandang tempat lain...memang lindan sekarang duk perhati chong wei main...sebab chong wei penghalang utama die untuk menang olimpik..jadi die kaji permainan chong wei...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 07:09 AM | Show all posts
Chong Wei letih  banyak bertanding
Oleh Hussain Said
[email protected]


2011/10/25"RAMALAN saya kini terbukti benar belaka," demikian reaksi Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong selepas Lee Chong Wei tumbang kali kedua berturut-turut kepada bintang muda China, Chen Long di Terbuka Denmark, kelmarin.

    Zolkples menegaskan, dia sebelum ini sudah menyatakan juara dunia empat kali, Lin Dan bukan lawan sebenar Chong Wei pada Sukan Olimpik tahun depan, sebaliknya bintang muda China berusia 22 tahun yang juga juara remaja Dunia dan Asia 2007 itu.
  “Sebenarnya, saya sudah katakan sejak dulu betapa Chen Long perlu diberi perhatian kerana saya berpendapat dia memiliki pakej lengkap untuk mendominasi badminton dunia satu hari nanti.
  “Kini dia sudah membuktikan potensinya itu, apalagi dengan saiz dan ketinggian yang dimiliki memudahkan dia mengawal gelanggang serta membalas setiap pukulan lawan,” katanya.

   Zolkples bagaimanapun enggan gelabah di sebalik kekalahan Chong Wei itu, sebaliknya mahu formula terbaik terus diperhalusi dan dirumus untuk memastikan jaguh negara itu mampu bangkit segera menghadapi Sukan Olimpik.

  “Chong Wei tetap pertaruhan terbaik di London 2012 dan semua pihak diharap terus memberi dorongan, bukannya menyalahkannya atas kekalahan itu,” katanya.

   Zolkples juga mendedahkan Chong Wei ada mengirimkan khidmat pesanan ringkas (SMS) kepadanya sebaik menumpaskan Peter Gade di separuh akhir dengan memberitahu dia keletihan kerana terlalu banyak menyertai pertandingan.
   “Jadi, saya menasihatkan dia supaya hanya memilih pertandingan yang penting bagi mengelakkan kepenatan dan dilanda risiko kecederaan, selain mengelak lawan mudah ‘membaca’ permainannya,” katanya.

   Ditanya sama ada Datuk Misbun Sidek atau jurulatih lain perlu dipanggil bagi memperkemaskan semula permainan Chong Wei, Zolkples berkata, perkara itu perlu dibincangkan dengan jaguh negara itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 07:13 AM | Show all posts
Chong Wei masih di landasan betulOleh Norzie Mohd. Khasbi
[email protected]

Lee Chong Wei tewas kepada pemain China, Chen Long 15-21, 18-21 pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Terbuka Denmark, kelmarin. - AP



KUALA LUMPUR - Misi memburu pingat emas Sukan Olimpik Datuk Lee Chong Wei masih berada di landasan yang betul dan kekalahan terbaru jaguh No. 1 dunia itu kepada Chen Long pada final Kejohanan Badminton Terbuka Denmark kelmarin bukan sesuatu yang terlalu mencemaskan.
Ketua jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek menjelaskan, selepas mengerah seluruh tenaganya pada Kejohanan Dunia di London, Ogos lalu, Chong Wei kini sedang berada dalam fasa 'penurunan permainan' dan ia adalah proses peralihan biasa buat pemain badminton.
Katanya, jaguh negara itu tidak berada pada prestasi tertinggi dalam dua kejohanan terakhir yang disertai - Terbuka Jepun (September) dan Terbuka Denmark, namun dia masih mampu melayakkan diri ke perlawanan akhir dalam kedua-dua kejohanan.
Malah, Chong Wei adalah satu-satunya pemain yang berjaya melangkah ke akhir dalam semua 10 kejohanan yang disertai tahun ini, keputusan yang membuktikan betapa konsisten permainan jaguh berusia 29 tahun itu.
"Kami akui Chen Long sudah semakin bagus dan menunjukkan banyak peningkatan, dia adalah ancaman Chong Wei pada Sukan Olimpik nanti selepas Lin Dan. Begitupun, dalam dua kejohanan terakhir, Chong Wei tidak berada pada tahap terbaik kerana dia memperlahankan sedikit permainan selepas mengeluarkan semuanya pada Kejohanan Dunia.
"Bagi seorang pemain badminton, ada waktu di mana dia memilih untuk memuncak dan kemudian menurunkan permainan, yang penting Chong Wei masih mampu melayakkan diri ke perlawanan akhir dalam semua kejohanan yang disertai tahun ini sekali pun tidak berada di prestasi terbaik ketika itu. Ia menunjukkan dia masih berada di landasan yang betul.
"Kita tidak boleh menjangkakan Chong Wei akan memenangi semua kejohanan yang disertai, kita cuma harap dia konsisten dari sekarang hingga Sukan Olimpik London, itu paling penting. Pada masa sama, saya dan Tey Seu Bock akan menganalisis kelemahan serta kekuatan Chong Wei dan kekuatan pemain-pemain dari China, ia proses yang berterusan,'' ujar Rashid.
Tegas Rashid, kemenangan terbaru Chen Long ke atas Chong Wei bukan bermakna pemain tersebut sudah mengatasi jaguh negara itu dalam semua aspek, sebaliknya beliau percaya, Chong Wei masih memiliki kepantasan, kecergasan dan skil yang baik, cuma tidak memberi aksi terbaik kebelakangan ini.
Tambahnya lagi, kekalahan pemain itu kepada Chen Long kelmarin juga lebih kepada faktor taktikal dan bukan fizikal.
"Saya rasa, kasihan juga bila tengok Seu Bock bersendirian di tepi gelanggang pada ketika semua pemain Chian diiringi dua jurulatih, mungkin selepas ini saya juga kena ikut Seu Bock dan membantunya mencongak taktik permainan Chong Wei dalam setiap kejohanan utama.
"Idea dua jurulatih pasti lebih baik daripada seorang, mungkin saya akan bermula pada Siri Super Terbuka Hong Kong (15-20 November) dan Siri Super Premier Terbuka China (22-27 November),'' katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 07:19 AM | Show all posts
Chong Wei goyah      

Oleh Mohd Hilmie Hussin
[email protected]
         

   
                 
JIKA sebelum ini Tey Seu Bock menegaskan pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei cukup bersedia untuk saingan jelajah Eropah, jurulatih itu kini nampaknya menukar fikiran selepas pemain kendaliannya itu tewas lagi di tangan perseorangan kedua China, Chen Long.
Ketika masa semakin suntuk bagi persiapan pemain negara memastikan misi emas Sukan Olimpik berada di landasan terbaik, kem badminton negara pula kelihatan agak goyah.

Isu prestasi Chong Wei pasti merumitkan meskipun pemain itu masih mengekalkan momentum mara ke final di setiap kejohanan yang disertainya.
Tambahan pula prestasi beregu utama, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang terus merudum meskipun bertukar jurulatih.

Seu Bock berkata, Chong Wei tertekan pada perlawanan itu dan mengaku prestasi pemain berusia 29 tahun itu agak merosot.


“Nampaknya Chong Wei bermain dalam keadaan tertekan seperti di Jepun,” kata Seu Bock selepas kekalahan Chong Wei kepada Chen Long 15-21, 18-21.



“Chen Long dapat membaca setiap gerakan Chong Wei dan saya tidak nafikan prestasinya menurun.


“Lagipun dia terlalu lama berada di puncak sejak Januari hingga Ogos,” kata Seu Bock.



Namun kenyataan Seu Bock mengenai prestasi Chong Wei yang menurun boleh dikatakan bercanggah dengan polisi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang selama ini kerap melaungkan proses periodisasi yang dirancang Pengarah Prestasi Tinggi Datuk James Selvaraj, iaitu hanya menghantar pemain ke kejohanan tertentu dengan sasaran pemain itu mencapai kemuncak prestasi.

Adakah James tersalah rancang atau tidak wujud lagi terma kerja periodisasi atau juga jurulatih tidak lagi berkomunikasi menghantar laporan prestasi kepada James? Apapun Seu Bock perlu bekerja keras seperti yang diakui beliau sendiri perlu membaiki semula kekurangan Chong Wei demi memastikan Program Road to London tidak tersasar seperti di Beijing 2008.

Chong Wei akan ke Perancis untuk saingan Siri Super Terbuka Perancis minggu ini dan dijangka berdepan Chen Long sekali lagi tetapi kali ini di peringkat separuh akhir. Semoga sedikit sentuhan perubahan yang dilakukan Seu Bock akan berjaya membangkitkan semula Chong Wei daripada igauan kekalahan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2011 07:24 AM | Show all posts
Chen Long pencabar Chong Wei


Oleh HELMI TALKAH
[email protected]



TIDAK keterlaluan jika kita katakan bahawa peningkatan demi peningkatan yang dipamer- kan pemain perseorangan badminton China, Chen Long kini dianggap sebagai satu anca- man besar buat jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei.
Ia sememangnya suatu yang membimbangkan, apatah lagi Chong Wei diletakkan sebagai prospek pingat emas utama Malaysia pada te- masya Sukan Olimpik 2012 di London.
Jika sebelum ini kehebatan rakan senegara Chen Long, Lin Dan sering kali menjadi 'igauan ngeri' buat Chong Wei, kini pemain No. 1 dunia itu ada seorang lagi musuh yang pastinya membuatkan dia tidak senang duduk.
Musuh itu sudah pastinya Chen Long. Buktinya sudah cukup jelas apabila Chong Wei buat kali kedua berturut-turut tumbang di tangan Chen Long.
Ia berlaku pada aksi final Kejohanan Badminton Siri Super Premier Terbuka Denmark 2011 kelmarin.
Pada aksi yang berlangsung di Odense itu, Chong Wei, 29, tewas 15-21, 18-21.
Sebelum itu, Chong Wei tewas di tangan Chen Long 8-21, 21-10, 19-21 pada aksi final Terbuka Jepun bulan lalu.
Dua kekalahan secara berturut-turut di tangan Chen Long pastinya menimbulkan pel- bagai persoalan dalam kalangan peminat-peminat sukan badminton tanah air.
Persoalan tersebut pastinya menjurus kepada kemampuan Chong Wei yang diletakkan sasaran untuk menghadiahkan kilauan pingat emas buat kontinjen Malaysia pada Sukan Olimpik tahun depan.
Bagaimanapun, jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock yang mengiringi Chong Wei di Denmark enggan menekan butang panik, sebaliknya menjelaskan bahawa masih ada masa buat pemain itu untuk memperbe- tulkan semula keadaan.
"Tidak dinafikan, prestasi Chen Long kini sudah banyak meningkat dan perkara itu perlu diambil serius.

"Tahun ini, prestasi Chong Wei cukup konsisten iaitu sejak Januari hinggalah Ogos. Jadi... mungkin kini sudah tiba masanya Chong Wei melakukan beberapa pe- rubahan bagi dia kembali pada tahap prestasi sebenarnya.

"Saya akan melakukan perbincangan dengan Chong Wei mengenai masalah ini dan cuba mencari jalan penyelesaian terbaik untuk mengatasinya," kata Seu Bock ketika di- hubungi Kosmo! di Odense, Denmark semalam.

Dalam pada itu, Seu Bock turut mengakui bahawa kini sudah tiba masanya untuk Chong Wei mengubah corak permainannya agar per- gerakannya ketika perlawanan tidak mudah dibaca oleh pihak lawan.

"Mengenai perkara-perkara lain, saya tidak boleh berbuat apa-apa. Cuma, saya akan ber- bincang dengan Chong Wei mengenai corak permainannya dan cuba untuk ubah menjadi- kan ia lebih kompetitif," jelas Seu Bock.


Kekalahan pada aksi final Terbuka Denmark itu, sekali gus menyaksikan Chong Wei gagal dalam misinya untuk merangkul kejua- raan buat kali keenam dalam saingan tahun ini.
Malah, dia gagal menunaikan hasratnya yang mahu menjadikan kejuaraan pada Terbuka Denmark sebagai hadiah hari jadinya yang ke-29 tahun, kebetulan jatuh pada 21 Oktober lalu.
Namun, peluang buat Chong Wei untuk menebus kembali kegagalannya itu bakal hadir apabila dia bakal beraksi pada Terbuka Pe- rancis yang akan membuka tirai saingannya esok.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 08:15 AM | Show all posts
kecewa pada chong wei tak seteruk kecewa pada double emas kita. apepun datuk perlu slow down a bit. biarkan chen long menang.seeing datuk perform dgn hambar masa lawan gade pun time tu dah agak mesti kalah punye dgn chen long. slalunya datuk boleh kalahkan gade dgn beza jumlah mata yg besar,gade jarang dpt lebih dr 10 mata.skrg siap dpt heret ke mata 22 lagi. prestasi datuk memang menurun,bukan semata2 sbb chen long improve je.hopefully ni hanyalah sementara je. might be ada benarnya datuk keletihan.perlu ingat chen long juga tak berenti main sejak world champion.

anyway, datuk misbun boleh gelak besar skrg which is padan muka bam. pandai2 nak ubah coach sapa suruh. so apa pendapat korang kalau korang misbun?
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 12:21 PM | Show all posts
stil sokong LCW..yg penting OG..betol kata pokcik zolkaples tu..kena pilih tournament..tka perlu attend suma..sekadar utk melayakkan OG dah cukop..kena wat preparation utk OG..LCW kena tingkatkan stamina..bak kata ambok, chenglong nya advantage adalah umor yg muda, stamina masih kuat...

cayokkkkkkkkkkk LCW
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 02:30 PM | Show all posts
semoga semangat chong wei tak luntur. takpa la kalah skit2. tapi semangat kena ada.ambik contoh gade tu yg dah tua tapi semangat dia kuat. pencapaian dia sangat maintain.ni rintangan kecik sajork.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 04:05 AM GMT+8 , Processed in 1.017084 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list