CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Gadiskampung25

KISAH SERAM / HANTU DI SABAH

[Copy link]
mega_mendung This user has been deleted
Post time 14-7-2006 01:41 PM | Show all posts
nihh.....me nk tanyala korang kt sini...tgh konpius gak la nih...sejak 5 thn lps sampai skrg masih dok terpk apa bende yg me dh tgk mlm tu..

5 thn lps me dok kt sabah(kk)...gini citernya....ada satu mlm tu me n my hubby baru balik dr s/market la...dlm pkl 8 or 9 gitu...then hubby me turun dr kete nk bukak pintu pagar, me pn turun sama la...tgh hubby me dok bukak mangga pagar tu...me berpaling kekanan tetiba me nampak something terapung d udara...jarak dlm 300 mtr kalu tk silap la...bende tu mcm bebola api....tp mcm tgh jatuh...mmg jelas kelihatan la....nk kata komet jatuh....hehehe...tk mcm komet pon...cara dia jatuh plak perlahan sgt sampai me terlopong skejap...nk bgtau hubby langsung tk bole bersuara....terpaku skejap kt situ...pastu me terus masuk...
seramla jgk masa tu.....
ada sapa2 tau tak apa mende tuh ekk.....

sekian...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2006 02:44 PM | Show all posts
Macam B2 ja benda tu.. Tapi B2 ni famous kat kota belud jer. Tmpt lain tak tahulah pulak
Reply

Use magic Report

mega_mendung This user has been deleted
Post time 15-7-2006 12:30 AM | Show all posts
kalu btol B2...lagi seram haku....waaaaaaaaaaa...

wpon sblm tu ada dgr jgk psl mende tu cuma tkderla nk amik tau sgt sbb mende tuh me dgr2 femes kt kota belud jer......
agaknya mende tuh tgh mendarat erkk....
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2009 07:30 AM | Show all posts
sia tu ape?:re:
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2009 03:09 PM | Show all posts
sia tu saya...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2009 01:44 PM | Show all posts
aku memerlukan daya interpretation yang cukup tinggi utk paham sumer citer kt cni...
aduilaaa.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-8-2009 12:09 PM | Show all posts
Aku x pernah la mengalami benda2 yg menakutkan tapi aku nak share je apa pengalaman yg org kg dan family aku story. Aku ni org pedalaman di sabah. Memang dlm lah. kg dikelilingi oleh bukit bukau, tiada kemudahan elektrik ( skrg baru ada tp tak byk yg mampu cos miskin tegar ). Nak dijadikan cerita tahun 2006, ( story yg aku rasa mcm diada2kan oleh org2 kg cz skrg aku merantau di peninsular), ada org cina ni membalak d kg aku. ( kg aku dikelilingi hutan belantara ). So, dorg ni membalak di kwsn yg keras. lg pn, tmpt tu byk kayu yg da besar & sesuai utk ditebang bikin buat papan.

Aku pn x sure la bepa lama dorg tggl d hutan. dorg membalak pn, ajak jg org kg cz budjet murah kn.Nak dijadikan story entah malam ke berapa dorg stay d hutan ), satu hari dorg heran coz periuk & semua perkakasan d Khemah berterabu ( bila dorg bangun awl pagi area kul 5.30pg - cz sabah kan matahari cepat naik ). so, dorg pun x ambil kisah lah.

Masuk entah hari keberapa, abg aku terdengar bunyi perempuan mengilai. Dia pun heranlah. Dia kejutkan sorg pekerja Indon utk pastikan apa yg dorg dgr.  dan mmg btl apa yg abg aku dgr.mlm tu, dorg tak buat apa2 la. dan mlm seterusnya, benda tu pun selalu buat mcm tu and org2 membalak tu pun rasa tak selesa coz nk tdo mlm pun susah. ( benda tu mmg keluar secara terang - rambut panjang, baju putih compang-camping, tiada kaki dan tangan tp ada kepala tapi kena tutup dengan rambut ). org kg kata pontianak tapi bagi aku, kalau betul mungkin langsuir.

So, one day. dorg dah x tahan sgt. dorg tdo bergilir2 la. cara utk menghilngakan benda tu, dorg buat bising dgn buat dram and main gitar sambil nyanyi2. lastly, benda tu tak dtg da.....

sekian.ada lg story lepas ni...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2009 12:13 AM | Show all posts
Aku penah kena time aku kena posting kat Sabah dulu. Time tu aku keja kat Pitas buat hospital baru. Kompeni sewa satu banglo 2 tingkat. Bawah jadikan office atas jadi hostel. Masa mula2 posting aku heran kenapa la staff yg ada manjang je takde malam2. Bila tanya, diorg kata pegi lepak kat rumah member. Staff yg duduk rumah tu ada 4 org termasuk aku. Aku tido bilik no2. Bilik no1 utk bos tp dia pun berulang dari Kota Marudu ke Pitas tiap2 hari.

Bila malam aku sorang aje la yg tido kat rumah tu. Nak kata seram tu...seram jugak laa...Dah la kiri kanan semak samun. Rumah terdekat pun kira jauh jugak. Mula2 kena kacau tingkap terbukak sendiri. Aku buat tak tau aje tapi lama2 rasa pelik & sejak dari tu aku tido malam dengan lampu terbuka. Seram kalau tido dalam gelap.

Kali kedua kena kacau tengok TV kat tingkat atas. Aku sorang jugak kat rumah. Budak2 lain pegi aramaiti kat Kota Belud. Aku malas nak ikut sebab takut balik dah jauh malam. Lagipun esok kerja.Tengah layan tengok TV terdengar bunyi mesin fax. Bila tengok takde pun fax masuk. Aku abaikan dan layan TV. Sekali lagi mesin fax berbunyi tapi macam tadi, takde benda pun masuk. Aku cabut plag supaya takde memekak. Kali ketiga pun berbunyik lagi dan bila aku check kat skrin tu tulis "Document Ready". Mana datang power tah..aku check mmg plag dah kena cabut. Terus seram sejuk..Masuk dalam bilik dan duduk diam2. Takut gila time tu..

Kat Pitas ni diorg still pakai genset. Kalau minyak dah abis maka bergelap le satu kampung. Ada sekali tu aku tengah buat keje kat bawah pastu terlupa nak amik barang kat atas. Bila nak turun sekali blackout. Gelap gila..Meraba2 aku nak turun tangga. Masa nak turun tu terdengar pintu bilik stor terbukak. Sebijik bunyik dalam cerita hantu kat TV. Gila saspen..Aku abaikan dan try mau turun tiba2 eletrik pun ada balik tapi masih kelam. Time tu ternampak macam ada muka org tua kat balik pintu stor tu tengah dok peratikan aku. Gilaa...macam nak pengsan je aku time tu. Bila dah ada letrik 100% benda tu hilang tiba2. Aku plak terpaku kat tangga tak boleh nak bangun sebab terkejut sangat. Nasib baik time tu bebudak yg lain balik rumah dan sedarkan aku. Menggigil aku time tu.

Hari last aku stay kat sana pun kena lagi sekali. Malam tu aku tengah layan main internet. Time tu bulan puasa lagi. Aku suruh bebudak yg lain beli makanan untuk sungkai tapi mana tah diorg tak balik2 lagi. Tengah sedap layan chatting, terdengar ada org ketuk cermin tingkap. Bila aku check takde apa2. Bila aku layan chatting sekali lagi kena ketuk tapi kali ni tingkap tu dah terbukak sikit. Aku bangun nak tutup dan bukak pintu nak check kat luar mana tau ada pencurik ke hapa. Bila suluh kat luar takde apa2. Yg ada hanya semak samun dengan angin malam yg sejuk. Masa nak tutup pintu, tiba2 ada org tendang pintu nak masuk. Nasib baik time tu aku dah selak semua. Punya la terkejut aku. Aku gi dapur ambik parang bila keluar aku dengan macam benda lari masuk dalam semak dengan laju. Tak tau nak cakap time tu berani ke takut. Bila bebudak balik, diorg kata ada nampak kain putih kat belakang rumah atas pokok mangga. Aku mengucap je time tu. Tak tau hantu ke hapa sebab bulan puasa. Mungkin jin kot...

Sampai sekarang aku teringat2 kisah tu. Boleh kata satu Sabah aku dah pusing. Selalu sangat aku pegi sana. Dah macam kampung no2 plak.Bg aku org Sabah sporting..!!!..hehehe

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2009 11:12 AM | Show all posts
Macam B2 ja benda tu.. Tapi B2 ni famous kat kota belud jer. Tmpt lain tak tahulah pulak
^_^Angel Post at 14-7-2006 02:44 PM



aku dengar kawan2 aku kata B2 ni bunyi cam itik.. betul ke?
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2009 03:11 PM | Show all posts
149# blankie
B2 tu bunyi dia mcm bunyi ayam berkokok tapi tak juga sebijik. org kata, B2 ini if bunyi dia kuat bermakna dia jauh.If bunyi slow ( mcm sayup-sayup ) bermakna dia dekat.
Ni, aku ada story ms my grandama passed away Julai lepas ( Julai 2009 ). Dia ni takde agama tapi percaya kepada kehidupan selepas kematian. ms family aku kebumikan dia, my father siap minta " ayat azimat " utk menghalau B2 korek kubur dia.
Org kata, B2 ni suka orang yang baru mati and org baru bersalin.

ni aku nak story pasal B2 ( pengalaman abang & kakak ipar aku ).
Abang aku ni org dia rajin. Kalau tak bertani, dia akan jadi nelayan. So, kg saya ni even pun dikelilingi bukit-bukau tapi di bahagian timur ada laut. kg saya ni dekat dgn air masin. if naik boat, 10 minit ja dah sampai di laut. waktu ni, umur saya baru ja 9 or 10 tahun. Time tu ada musim buah mangga. org sabah bilang, buah BAMBANGAN iaitu satu2nya yang ada di kg saya. Bila musim dia tiba, ramai lah org lepak tunggu buah dia jatuh. Tp buah ni, orang kg kata byk PANTANG. satu hari, kami adik beradik plan nak tunggu buah ni jatuh waktu mlm coz time tu musim angin tiup kuat. so senanglah buah dia jatuh and mlm pula tak ramai yg dtg menunggu. Around 8pm, kamu 4 org adik beradik pun pakatlah p pokok tu.( 8pm di sabah dah mcm tengah mlm tau coz time tu kg saya still lagi guna lampu minyak tanah ).so, we all pun tunggu lah sampai kul 12 mlm tp still takda yg jatuh. Lastly, kami pun pakatlah balik rumah.

bila siang, kami pun dgr lah story yg abg saya jumpa B2 berlegar-legar di sekiling p0kok tu dgn darah dia jatuh di tanah. darah B2 yg jatuh ni mcm lampu tau.So, abg sy pun terkejutlah lg pun time tu dia bawak hasil tangkapan dia ( ikan mentah juga favorite B2 tau ).so, abg sy pun terus balik ikut jln lain. ( abg sy ni org dia berani coz dpt 'something' dari arwah datuk ).

So, kami yg masih budak2 ni takut sekejap jer. pg tu, byk lah org ceta pasal pasal ada tompokan darah disekeliling pkok BAMBANGAN.aku pun nampak juga darah ni.

ni pula story kakak ipar aku.
waktu tu around 5.30 or 6.30 ptg. So, dia pun p lah mandi perigi dkt rumah kami. tiba-tiba, dari jauh dia nmpk mcm something terbang di langit. and, benda tu terbang sambil ada mcm lampu or api yg jatuh. my sis in law fikir tu kapal terbang cos benda tu kecil je.Tapi dia heran, coz ada something tergantung di bawah benda tu.bila dia siap mandi, dia pun story la dgn ayah aku benda yang dia nampak. Ayah aku kata itu B2...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 05:05 PM GMT+8 , Processed in 0.399889 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list