|
Untuk pengetahuan, akak keluar rumah tak sampai 3 jam, tapi cara suami akak marah akak macamlah akak keluar rumah tak balik langsung
Sesampainya dirumah, akak try act normal. Suami akak tengah tengok tv - pandang akak pun taknak. Sebab rasa bersalah akak try create conversation...soalan yang terpacul dari mulut ialah 'you dah solat ke?" - panic punya pasal. Suami akak buat tak tahu je, mata dia merenung tepat pada TV. Akak try nak bercakap dengan dia lagi dan tiba-tiba dia tengking akak 'bukan kau nak tanya aku dah makan ke belum, kau sibuk tanya aku pasal solat!"
Korang bayangkan perasaan akak time tu macamana - rasa nak terkencing pun ada. Sebab masa dia tengking akak tu, akak dah rasa macam bukan suami akak. Akak cepat-cepat masuk bilik anak - sorokkan 2 botol air mineral dan minyak habbatussauda tu. Anak sulung akak tahu akak pergi berikhtiar. Anak akak pesan supaya akak jangan ambil hati dengan ayahnya sebab katanya 'itu bukan ayahlah bu..ayah tak macam tu" - rasa nak pengsan akak dengar anak akak cakap macam tu.
Suami akak asyik renung tv sehinggalah selesai azan Maghrib. Lepas tu dia macam biasa, as if siang tadi dia takada marah akak la pulak. Stress woo kalau kena treat macam tu! Akak pula cuba act normal (walaupun dalam hati dah takut nak tidur sebelah dia). Waktu tidur, setiap kali suami peluk akak mesti baca ayat qursi sebab akak takut sangat kalau-kalau yang peluk akak tu ialah jin! However, malam tu tak ada lah apa-apa yang pelik.
Esoknya kami ada appointment, so sementara nak tunggu appointmnet tu kami suami isteri lepaklah kat sebuah kopitiam. All went well as if nothing happened until tiba-tiba suami akak bersuara 'ni I nak cakpa something dengan you". So akak sambil hirup kopi dengan muka senyum simpul tunggulah apa yang dia nak cakap.
Tiba-tiba suami akak tunding jari kat muka akak dan warning 'kau jangan cuba nak ubat-ubatkan aku, aku tengah sakit sangat sekarang ni, kalau aku sakit lagi teruk semua ni salah engkau. Ingat! jangan nak cuba bagi aku makan apa-apa!'
Bayangkan suami akak cakap agak kuat sampai orang pandang akak. Akak dah menangis dah time tu sebab malu dan takut. Eeeeeeiiii macam tahu je hari tu akak memang dah plan nak campurkan minyak habbatussauda pada masakan for dinner nanti
|
|
|
|
|
|
|
|
Kecut perut baca tang suami akak call tanya akak kat mana lepas tu marah suruh balik cepat. Serius kecut perut |
|
|
|
|
|
|
|
akak mengadulah dengan bestfriend akak so jawapan bestfriend : tu bukan your hubby, itu benda tu yang warning tu...dia dah tahu...
So malam tu punya plan nak campur minyak dalam masakan cancel terus.
Esoknya akak paksa diri akak masak masakan kegemaran dia + minyak habbatussauda. Masa akak nak campurkan minyak tu ke dalam kuali menggeletar gila sebab rasa macam bersalah pun ada (sebab kononnya akak ni taat sangat lah dengan suami , yelah kita tka biasa letak-letak benda dalam masakan) tetapi anak sulung akak ni yakinkan akak nawaitu untuk ubat suami bukan niaya suami. So akak masukkanlah jugak sesudu disertai dengan surah-surah lazim yang mana akak hafal.
Malam tu, masa makan suami akak tegur 'you letak apa dalam lauk ni?' - dah sudah! akak dah rasa nak pecah jantung tapi akak berlagak normal. Akak tanyalah what's wrong with the food, tak sedap ke? Then hubby akak cakap masakan akak sedap cuma rasa lain sikit...fuh, lega. Tiba-tiba tengah makan, suami akak terbatuk (hampir sama dengan nada batuk yang ustaz tunjukkan tanda jin tu kepanasan). Rasa nak gugur jantung akak masa tu. Dalam hati akak asyik baca doa je. Akak takut sangat kalau tiba-tiba suami akak mengamuk ke apa ke tetapi Alhamdulillah dia sekadar batuk-batuk.
Esoknya kami ada appointment lagi. Akak ingat sangat, kat Dave's Deli Subang Parade. Suami akak tiba-tiba cakap yang dia rasa dia sakit ni bukan sakit biasa. Dia rasa sakit dia ni memang pelik dan dia nak berubat. Akak rasa nak menangis bila akak dengar suami akak cakap macam tu. Cepat-cepat akak pujuk suami akak berikhtiar (tapi slacknya ialah sebab akak menipu suami, akak tak berani nak ajak pergi jumpa ustaz yang akak jumpa tu takut suami marah). So kitorang pergi jumpa ustaz lain.
Ustaz yang merawat slow talk dengan suami - sakit suami luka zahir dan batin (sebab dah lama sangat tubuh pun luka) jadi rawatan kena dibuat modern dan islamic. Modern untuk repair luka, islamic untuk repair dalaman, spiritual dan halau benda-benda yang dihantar |
|
|
|
|
|
|
|
itulah hati manusia mana kita nak tahu kan...
akak selalu tanya ustaz2 dan akak buat juga solat hajat mohon ditunjukkan WHY?
bukan sebab nak menyalahkan tetapi lebih kepada sekiranya kami ada buat salah dengan sesiapa, kami nak minta maaf (kadang-kadang dalam hidup kita ingat kita tak ada buat salah, tapi mungkin ada orang terasa hati).
Akak lebih suka mencari kesalahan kami daripada nak menyalahkan orang tetapi melalui nasihat-nasihat ustaz2 yang akka pernah jumpa dan juga melalu solat-solat hajat, jawapannya bukan sebab kami mengkhianati orang tetapi orang yang tak puas hati dengan kebahagiaan kami sekeluarga - wallahualam.
Walaupun itulah jawapan2 yang akak dapat, sampai sekarang akak masih muhasabah diri.....yelah, kita sangka kita baik tapi mungkin kita ni ada buat salah silap di mana-mana.
Pada akak, kalau marah atau tak suka...cakap je depan-depan. Marah sangat, kalau memang kami ada buat salah pergilah report polis ke apa ke atau lempang je lah muka akak / suami or pulaukan sahaja kami...tapi janganlah buat macam ni......sebab tak adil baling batu sembunyi tangan.
|
|
|
|
|
|
|
|
akak yang recall balik kisah ni pun kecut perut bila teringat
|
|
|
|
|
|
|
|
AKak sambung.. best utk waktu sntapan tghari mcm gini...
sambung please............ |
|
|
|
|
|
|
|
Itu antara permulaan akak dan suami berikthiar dan ada lah beberapa pengalaman lagi....complicated kalau nak ceritakan tapi nanti bila ada mood akak cuba storykan sebaik dan semudah mungkin supaya senang faham.
Sebenarnya waktu kami diduga bukan setakat suami sakit, tetapi semua bisnes suami tak mendatangkan hasil. Peliknya orang mencari suami untuk bisnes tapi in the end apapun tak jadi. Project-project yang kalau ikut logic akal dah sepatutnya kami dapat, jadi 'hanging' - ibarat macam kita dah makan nasi, dah kunyah lumat, tapi tak dapat telan walau cuba nak telan banyak kali. Suami akak tetap tak putus asa, pergi outstation sana sini tetapi balik dengan tangan kosong.
Akibat dari itu, duit simpanan yang ada terpaksa digunakan untuk tampung kehidupan seharian. Untuk pujuk diri, akak anggap kami ni tak cukup berzakat diwaktu senang. Untuk pujuk diri juga akak selalu ingatkan rezeki itu urusan Allah SWT, janganlah dipersoalkan....kita usaha sahaja, selebihnya atas izin Dia.
Having said that, memang kehidupan kami terkesan sehingga kini. Asal ada sahaja project yang nak masuk, mesti suami akak muntah darah atau project 'hanging' macam tu je...
Tapi Allah kan maha Pemurah, walaupun rezeki agak berat, bukanlah langsung makan pasir....so bila melihat kebaikan dalam sesuatu perkara sebenarnya in this case kami sekeluarga belajar lebih bersyukur...
|
|
|
|
|
|
|
|
akak suka tgk smurfs tak? terpengaruh dgn gargamel kot. |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa cakap akak terpengaruh dengan gargamel? sorry akak tak faham maksud mu itu
|
|
|
|
|
|
|
|
beberapa jam lagi kita akan menginjak ke tahun baru 2015...akak doakan semoga tahun 2015 menjadi tahun yang bagus untuk semua....amin. |
|
|
|
|
|
|
|
merempet dari tahun lpas.. thn ni br abis..
simpati dgn akak.. sabar yea kak..
plis smbg lg kak.. |
|
|
|
|
|
|
|
suka dengan post ni..ada hikmahnya kak..
saya baca kisah akak ni..memang nak menangis kerana hanya orang yang mengalami saja yang tahu bagaimana rasanya sedangkan orang yang tak pernah kena benda ni semua..senang2 je mengejek..'alah..buat apa nak percaya benda macam ni? Tipu semua tu. '
itulah antara yang saya selalu dengar dari mereka yang tak pernah kena.
Untuk akak, bersabarlah ya dan teruskan berubat, jangan mudah putus asa kerana kuasa Allah tu lebih segalanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
kakak.. nak lagi.. moga Allah permudahkan semua urusan akak dan keluarga akak, baik untuk berubat atau mencari rezki.. |
|
|
|
|
|
|
|
check in.. TT update cepat2x plsss |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh bagi tau hint tak resort mane nie? negeri mane?
|
|
|
|
|
|
|
|
Aamiin...selamat tahun baru kak tt & semua forumer.
Akak @isaura lama tak update, rindu dah dgn citer2 akak....
|
|
|
|
|
|
|
|
Bestnyeeeee!!!! Xsabar nk tunggu update |
|
|
|
|
|
|
| |
|