bakpia ni hanya boleh didapati kat jogjya je.. susah nak explain rasa dia.. tapi sedap la bila makan panas2... dalam dia ada byk inti.. kacang.. cheese.. dll....
kat malaysia pun banyak... tp mebi org x biasa jumpa... sbb nina biasa makan masa kecik rajin beli....
masa dok penang dulu pun biasa beli kedai roti bwh opis... skrg je dok kuching xtau mana nk beli.. tp mcm penah nmpk ada jual cuma keluaran syarikat cina....
Bahan-bahan:
3 sudu besar udang kering - di blend halus
6 tangkai cili kering yang telah - di blend halus
3 batang serai - di hiris halus
5 ulas bawang merah - di blend halus
3 ulas bawang putih - di blend halus
1 biji kelapa parut (boleh juga diganti dgn kelapa parut packet)
1/2 sudu kunyit serbuk
sedikit garam (jangan lebih garam sebab udang kering dah masin)
sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara:
1. Panas kan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang merah. Bila bawang telah kekuningan masukan cili kering masak sampai naik bau atau pecah minyak.
2. kemudian masukkan udang kering, kelapa parut, serai dan di kacau sampai kering. Bila sudah masak di angkat dan sejukan.
3. Sediakan kulit popiah, potong 4 dan masukan inti serunding dan di gulung seperti membuat popiah biasa dan di gamkan dengan air supaya tidak terbuka. Buat sampai habis. Kemudian di goreng di atas api yang sederhana.