Edited by ainiz81 at 20-6-2024 11:41 AM
Assalammualaikum semua.. Maaf lambat hapdet. Mommy busy skit n also sibuk berkuntum kat benang Zayn Rayyan. Geram sgt dgn kes tu.. Malas nak borak psl tu kat sini ok.. Menambah stress ajer
Ok jom sambung
Lepas Mommy dah tak pakai minyak tu.. Start gangguan kat rumah Mommy. Bunyi mcm gergasi berjalan kat rumah atas (rumah kosong), mengetuk2, mengheret benda besar dsbnya. Bunyi bukan biasa2 ok.. Mommy ada rakam tapi tak reti lah nak share bunyi kat forum ni.. camne ek? Ada cara tak?
Psl gangguan ni.. Mommy ada tanya pendapat ramai yg kata itu adalah masalah rumah Mommy.. Tapi mcm susah nak percaya sb rumah tu ok je sebelum ni.. Byk tempat Mommy tanya.. Sbb mmg disturbing sungguh bisingnya. Klau suami Mommy ada rumah takde pulak gangguan. Bila beliau tak ada mula lah mcm2 bunyi keluar dari aras atas.
Pastu Mommy tanya juga pendapat perawat suami isteri yg bagi Mommy minyak tu. Dia kata dia boleh hantar khadam utk cek jika Mommy izinkan. Tapi Mommy kata tak perlulah. Mcm tak selesa pula.. Mommy fefeling dia leh intip bagai. Tak best pulak.. Nak mandi pun tak selesa nanti
Then katanya lagi nanti dia mmg kebetulan akan turun KL so boleh la tlg tenggok kan rumah tu. Dipendekkan cerita mereka dtg. Masa tu dah malam lah & husband Mommy tak ada outstation minggu tu.. Mommy suruh anak2 semua masuk bilik Mommy. Masih ada Mommy simpan gambar bebudak & bibik tidur bersepah mcm kena tembak dlm bilik Mommy.. Kelakar pulak tgk.. Kenangan betul la..
Perawat berdua tu smpai lps Isyak around jam 9 mlm.. Then lepas borak2 dlm 11 mlm perawat ni mula la scan bagai. Tiba2 tak lama si isteri menurun pulak. Seram sungguh la si isteri mcm bukan diri dia.. Meracau pastu berbaring, bergolek2 dan mengesot 1 rumah.. dari dalam rumah sampai nak ke pintu keluar.. Lama juga lah begitu dan akhirnya dia melepak penat bila dah selesai menurun. Gambar mereka yg sebenar ni korank
Last tu si suami keluarkan botol dari beg yg dia bawa dan mcm masukkan sesuatu ke dalam botol lalu dikatup lah penutup botol itu. Mommy attach gambar botol korang tgk la sendiri apa yg ada dlm botol ni. Bagi yg terbuka hijab sila komen ok Dah balik baru dia wasap gambar ni pd Mommy..
Perawat bgtau ada byk entiti ghaib dlm rumah Mommy ni. Dia Cuma dpt tangkap sekor aja malam ni. Kena repeat lagi katanya. Mommy tanya dari mana dtg benda alah tu semua? Perawat bagitau mmg asalnya rumah ni tempat tinggal mereka. Lama kosong sebelum Mommy pindah masuk katanya. Mommy pun jadi mcm percayalah sbb masa memula pindah dlu Mommy pernah kena tindih dgn makhluk besar berbulu. 2x kena.. Sampai sesak nafas rasa nak putus nyawadibuatnya. Lepas tu Mommy tak berani tidur sorang bila husband tak ada dirumah. Mesti minta anak2 dan bibik teman sekali. Tapi itu je 2x gangguan nya.. Lepas tu ok je.. Mommy assume tu mcm salam perkenalan or selamat dtg la kan..Kena masa hari ke 3 tidur dlm rumah baru.. Masa suami Mommy tak ada.. Iols tidur sorang masa tu..
Sila speku apa jadi lepas ni.. Nanti Mommy sambung yer korank
** Husband Mommy mmg selalu tak ada di rumah. Seminggu 2 or 3 hari mesti dia tak ada gitu. Jangan tanya kenapa ya.. Kang benang jadi ceritera hidup Mommy pulak..
|