CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: yipun78

BERITA AKHBAR MENGENAI ATM & PDRM

[Copy link]
Post time 20-12-2005 01:20 PM | Show all posts

Malaysian agency set to decide on maritime patrol aircraft proposals

The recently launched Malaysian Maritime Enforcement Agency (MMEA) could make a selection around year-end for the lease of two rotary-wing and two fixed-wing maritime patrol aircraft (MPA), say local sources.

Local companies have submitted about 12 bids proposing to operate the AgustaWestland A109, Eurocopter AS365 Dauphin or Hindustan Aeronautics Dhruv helicopter for three to five years.

The MMEA is also evaluating some 18 proposals for its 10-year fixed-wing requirement, including offers of the ATR 42, Bombardier Dash 8, Fokker 50 and Raytheon King Air 350.

Sources say the MMEA aims to eventually operate its own fleet of conventional and amphibious aircraft, with a tender to be released from April 2006 for up to 20 helicopters in the AgustaWestland AB139 size category and two amphibians.

Bombardier and Irkut attended the LIMA air show in Langkawi in December, respectively offering the 415 and Be-200 amphibians.

Meanwhile, companies including Dassault and Embraer are waiting for Malaysia抯 air force and navy to outline a separate MPA requirement, although Kuala Lumpur has yet to decide how to split the role.

The air force, which currently conducts maritime patrols with a limited fleet of four Beech King Air 200s and Lockheed Martin C-130s, is fighting to retain the mission.

BRENDAN SOBIE/LANGKAWI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2005 05:44 PM | Show all posts


yg aku tau kat kaki bukit larut, taiping ada satu tapak perkuburan tp tuh utk perang dunia ke2 la...tp tuh askar british la
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2005 03:50 PM | Show all posts


40 wanita sertai unit tempur
       
PORT DICKSON 24 Dis. - Tentera Darat (TD) hari ini mengambil 40 anggota wanita untuk diserapkan ke dalam unit tempur sebaik sahaja mereka menamatkan latihan rekrut.

Mereka merupakan kumpulan anggota wanita pertama yang memecah dominasi anggota lelaki apabila diserapkan ke dalam unit tempur sejak pasukan keselamatan itu ditubuhkan.

Panglima Angkatan Tentera, Laksamana Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Nor berkata, sebelum ini anggota wanita hanya ditempatkan dalam unit bantuan perkhidmatan yang menjalankan tugas sebagai kerani, penjaga stor dan kerja-kerja yang menjurus sebagai seorang wanita.

Beliau berkata, pemilihan anggota wanita ke dalam unit tempur dibuat bagi meningkatkan sumbangan mereka dalam pasukan.

``Anggota-anggota ini tidak akan ke barisan hadapan untuk bertempur sekiranya berlaku operasi atau peperangan, mereka akan hanya menjalankan tugas pentadbiran di bahagian belakang.

``Dalam pasukan tempur ada tiga elemen iaitu pentadbiran, logistik dan penjaga stor, mereka (anggota-anggota wanita) ini yang akan menjalankan tugas ini di dalam unit tersebut.

``Pemilihan anggota wanita ini juga dibuat supaya pembahagian tugas lebih bersesuaian dan jika tidak pasukan bantuan (dalam unit tempur) akan hanya dianggotai oleh lelaki sahaja,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas upacara tamat latihan perajurit muda lelaki pengambilan 156/2005 dan perajurit wanita pengambilan 18/2005 di Pusat Latihan Asas Tentera (Pusasda) di sini hari ini.

Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Abdul Aziz Zainal.

Pada upacara tersebut seramai 2,802 perajurit muda termasuk 90 wanita menamatkan latihan dan akan diserapkan ke dalam rejimen dan kor TDM.

Dalam pada itu, 40 perajurit wanita diserapkan ke dalam unit tempur iaitu 30 orang ditempatkan di Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan selebihnya di Rejimen Renjer Diraja (RRD) dan Kor Amor Diraja (KAD).

Mohd. Anwar berkata, pemilihan anggota wanita ke dalam unit tempur juga dibuat untuk memberikan status yang sama dengan anggota lelaki.

``Salah satu daripada sebab kita menyerapkan mereka ke dalam unit tempur kerana kita mengiktiraf status anggota wanita sama dengan lelaki.

``Sekiranya projek perintis ini berjaya dan mereka boleh menjalankan tugas seperti lelaki saya akan tempatkan lebih ramai anggota wanita dalam unit tempur,'' katanya.

Sementara itu, Mohd. Anwar berkata, ini merupakan upacara tamat latihan yang pertama diadakan selepas tempoh latihan rekrut ditambah daripada empat bulan kepada enam bulan.

Katanya, tempoh latihan yang lama juga akan melengkapkan para pelatih untuk menjadi seorang askar yang sempurna.

``Selain itu, seramai 53 anggota yang akan diserapkan ke dalam Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) turut menjalani latihan rekrut bersama pelatih lain.

``Sebelum ini anggota Kagat tidak perlu untuk mengikuti latihan bersama rekrut lain dan mereka menjalani latihan berasingan.

``Kita berpegang kepada prinsip seseorang perlu menjadi askar terlebih dahulu sebelum diserapkan ke dalam unit atau pengkhususan masing-masing,'' katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2005 09:28 AM | Show all posts
wwaaahhhh.... nak jadi mcm US army ler nih, pompuan bleh jadik aggota tempur
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2005 03:36 PM | Show all posts
Komando laut perkasa
Oleh Johari Ibrahim

MEREKA jarang menonjol di khalayak ramai kerana operasi pasukan dilaksanakan secara senyap tetapi kewujudan Pasukan Khas Laut (Paskal) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menjamin keselamatan pengguna perairan negara, terutama di Selat Melaka.

Sesetengah orang menggelar mereka ‘komando laut’, sekali gus mengambarkan anggota tentera dari pasukan elit ini mereka yang berani, tangkas, lasak serta cekap dalam pertempuran di darat, laut atau udara.
Sesuai dengan tugas penting di barisan depan pertahanan maritim negara, 'syarat' kemasukan ke dalam pasukan itu juga amat ketat, terutama perlu melepasi pelbagai ujian fizikal dan menuntut kemahiran yang tinggi.
Malah, selepas berjaya menyertai pasukan itu pun, kemahiran dan ketahanan fizikal mereka diuji secara berkala setiap tiga bulan dengan diawasi Sel Kawalan Mutu Paskal bagi memastikan mereka sentiasa berada pada tahap siap siaga yang optimum.
Paskal ditubuhkan 1 Oktober 1982 sebagai sayap penting kepada TLDM bagi memantapkan pertahanan maritim negara.
Namun, liputan wakil akhbar ini bagi pasukan itu ketika Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2005 (Lima '05) baru-baru ini adalah terhad dan perlu mematuhi beberapa aspek keselamatan bagi menjaga kerahsiaan pasukan.
Justeru, wajah dan nama mereka tidak boleh disiarkan serta tidak mendedahkan sebarang gerakan taktikal pasukan yang amat disegani itu.
"Kerahsiaan adalah sebahagian daripada tugas kami, sama seperti pasukan elit negara lain," kata seorang pegawai Paskal yang mengetuai sekumpulan 14 anggota pasukan itu yang terbabit membuat demonstrasi pada Lima '05.
Demonstrasi pasukan itu melaksanakan operasi antipengganas di laut yang jarang dipertontonkan kepada umum, nyata mendapat perhatian ramai sepanjang pameran yang diadakan di Awana Porto Malai.
Mereka tampil dengan sut renang serba hitam, bertopeng ski, pisau dan mesingan ringan MP5 A5 dan alat komunikasi, menggunakan "rigid hull inflated boat" dengan berusaha membebaskan kapal yang ‘ditawan’ pengganas pada pertunjukan itu.
Penggunaan helikopter Fennec dan Super Lynx ketika serbuan Paskal di kapal yang ‘dirampas’ membuatkan pengunjung terpegun, terutama ketika anggota pasukan berkenaan satu persatu ‘dikutip’ pesawat menggunakan tali selepas selesai operasi di kapal, mirip adegan lasak yang dilihat melalui televisyen.
Pegawai berkenaan berkata, antara ujian getir pada sesi prapemilihan kemasukan ke dalam Paskal adalah melepasi ujian renang sejauh 500 meter, gaya bebas, kuak tepi dan gaya campuran, selain berenang jauh 6.4 kilometer dengan memakai pakaian tempur yang lengkap.
“Calon kemudiannya perlu menjalani latihan asas komando selama tiga bulan, sebelum diserapkan ke dalam pasukan elit dan menjalani latihan peperangan paras permukaan (surface warfare) selama empat setengah bulan,” katanya.
Pada asasnya, Paskal secara khusus diberi tanggungjawab menjaga keselamatan maritim negara seperti mematahkan kegiatan pengganas laut, antirampasan kapal atau pelantar minyak dan gas serta kapal dagang.
Malah mereka juga dihantar meninjau lokasi pinggir laut tempat pendaratan tentera atau kapal TLDM berlabuh ketika perang serta tugas-tugas perisikan laut.
"Selain itu, Paskal turut terbabit dengan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara, termasuk bekerjasama dengan agensi lain seperti polis," katanya.
Untuk menyertai pasukan itu juga memerlukan keyakinan diri yang tinggi selain keberanian.
"Kami bermain dengan bahaya pada setiap masa. Keyakinan diri perlu tinggi.
Bayangkan ketika latihan, kami menggunakan peluru hidup.
“Berlari lapan kilometer sehari selain menjalani latihan pada waktu malam dan siang bukan calang-calang orang boleh melakukannya," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2005 11:11 AM | Show all posts
Originally posted by battleship at 26-12-2005 09:28 AM
wwaaahhhh.... nak jadi mcm US army ler nih, pompuan bleh jadik aggota tempur


Dlm US Army anggota tempur wanita cuma pilot dan gunner utk helikopter AH-64 dan penyerang dan juga ahli Delta Force, tapi dlm Delta diorang jadi isteri tiruan anggota lelaki masa buat tugas sulit (termasuk pembunuhan politik) di luar USA.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2005 08:33 AM | Show all posts
Russia to begin supplying Su-30MKM fighters to Malaysia in 2006
http://www.tass.ru/eng/level2.html?NewsID=2761245&PageNum=0

29.12.2005, 10.12

IRKUTSK, December 29 (Itar-Tass) - Russian aircraft-makers will begin supplying Su-30MKM fighters to Malaysia in 2006, officials at the Irkut research and production corporation told Itar-Tass on Thursday.

Although the 900-million-dollar contract to manufacture 18 Su-30MKM aircraft was signed in the summer of 2003, the parties began its implementation in the beginning of this year.

A group of Malaysian Air Force experts has come to the city of Irkutsk to specify the procedures to purchase equipment and materials.


Earlier, Russia supplied several dozen such planes /Su-30MKI/ to India.

The aircraft is a multi-purposes fighter intended for winning air superiority and destroying ground and seaborne targets. It can fly missions at a considerable distance from the base, in all weather conditions, day and night, and amidst electronic warfare.

Aside from the manufacture of 18 Su-30MKM, the contract envisions their servicing in Malaysia, with subsequent modernization, if necessary.

To this end, Irkut, the head company, will open a service center in Malaysia.


Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2005 11:09 AM | Show all posts
Pentagon Contract Announcement


(Source: US Department of Defense; issued Dec. 28, 2005)


Raytheon Co. Missile Systems, Tucson, Ariz., is being awarded a $50,739,270 firm fixed price contract modification to provide for 102 Advanced Medium-Range Air-to-Air Missile Air Vehicles under the foreign military sales program for the following countries: Czech Republic, Hungary, Jordan, Malaysia, and Canada.

Total funds have been obligated. This work will be complete in July 2008.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2006 11:12 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2006 07:22 AM | Show all posts
Aermacchi aims to answer Malaysian trainer shortage

Aermacchi is offering Malaysia a package of new MB339CDs and MB339A upgrades to meet an urgent need for more advanced trainers. The Malaysian air force now operates about half of its 16 MB339As and requires at least 12 new aircraft to replace the type and those BAE Systems Hawks that have been damaged or destroyed.

Chief executive Carmelo Cosentino says Malaysia抯 current MB339As must undergo a service life extension in 2006-7 or will have to be retired, and that the Italian company has offered to upgrade these as an interim solution before supplying at least 12 new MB339CDs. Aermacchi has already partnered with local company Piertrade, which seeks to maintain the new aircraft and potentially help upgrade the existing fleet.

揟hey can抰 afford to wait for the [Aermacchi] M346,
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2006 08:40 AM | Show all posts
Originally posted by kapakterbang at 22-12-2005 05:44 PM


yg aku tau kat kaki bukit larut, taiping ada satu tapak perkuburan tp tuh utk perang dunia ke2 la...tp tuh  ...

kawan rasa kubur tu lam kem terendak. terendak was the base and HQ for the comonwealth forces sebelum '72 dulu.

agaknye laaa..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2006 02:17 PM | Show all posts
Ikhtiar hidup tempur 31 RAD harungi cabaran paya

Oleh: ZABRY MOHAMAD MADZLAN


       
ANGGOTA-ANGGOTA 31 RAD bersiap-sedia untuk melakukan serangan.


KEMAHIRAN ikhtiar hidup amat penting bagi anggota tentera meneruskan kelangsungan hidup walau dalam apa keadaan dan di mana sekali pun.

Penguasaan ilmu tersebut membolehkan mereka terus hidup walaupun hanya bergantung sepenuhnya kepada sumber terhad yang ada di sekeliling.

Anggota tentera pasukan simpanan seperti Askar Wataniah (AW) tidak terkecuali didedahkan dengan kemahiran berkenaan.

Pasukan V Bateri AW daripada Rejimen Ke-31 Artileri Diraja (Bti AW 31 RAD) baru-baru ini mengadakan latihan ikhtiar hidup tempur di Hutan Simpan Banjar Utara, Kuala Selangor.

Latihan selama tiga hari dengan penyertaan 60 anggota termasuk kakitangan Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) Kuala Selangor itu diadakan di kawasan berpaya.

Kawasan paya merupakan bentuk muka bumi paling mencabar berbanding hutan.

Ini kerana di situ sukar untuk mendapatkan sumber makanan ditambah dengan keadaan hidup yang tidak selesa seperti air pasang-surut, nyamuk serta agas.

Malah, para peserta sendiri mengakui kesukaran di kawasan tersebut tidak seperti apa yang digambarkan mereka semasa diberikan taklimat di kem sebelum itu.

Kesemua mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan dengan setiap satu dianggotai kira-kira enam orang.

Setiap kumpulan dibekalkan dengan garam, mancis, parang dan senjata api.

Mereka mendirikan tempat tinggal daripada dahan-dahan kayu dan daun-daun nipah dengan pokok-pokok sebagai tiang.

Tempat tinggal mereka berbentuk sama ada tiga atau empat segi bergantung kepada jumlah atau kedudukan tiang.

Tanpa bekalan makanan dan minuman, mereka terpaksa mencari apa yang ada daripada sumber di sekeliling selama tiga hari tiga malam.

Kehidupan yang ada di situ yang boleh dijadikan makanan adalah siput, udang, ketam, ikan, pucuk pokok dan binatang liar sementara bekalan air bersih dari sungai berdekatan.

Penulis turut berpeluang melihat serta mengalami sendiri sebahagian latihan yang dilalui mereka semasa mengunjungi salah sebuah penempatan sementara yang didirikan.

Walaupun terletak kira-kira 100 meter dari tebing, perjalanan ke penempatan itu mengambil masa yang agak lama.

Ini kerana penulis terpaksa melalui paya yang menyukarkan pergerakan.

Kadang-kala kaki terbenam sehingga ke paras betis menyebabkan diri penulis merasa cepat penat kerana terpaksa menggunakan tenaga untuk menarik keluar kaki yang melekat pada lumpur.

Tidak cukup dengan keperitan itu, penulis terpaksa pula `bertarung' dengan nyamuk yang hinggap di bahagian badan yang tidak ditutupi pakaian.

Namun, kesemua kesengsaraan itu hilang sebaik tiba di salah sebuah penempatan peserta.

Penulis disajikan dengan `hidangan eksotik' terdiri daripada udang, kerang dan siput yang dimasak tanpa perencah.

Ia lebih enak daripada apa yang pernah penulis rasai di restoran-restoran kerana masih `segar'.

Selain itu, penulis turut mencuba merasai pucuk-pucuk pokok serta tumbuhan liar seperti buah nipah dan petai belalang.

Penulis agak terkilan kerana tidak berpeluang menjamah daging monyet yang difahamkan telah berjaya dijerat oleh jurulatih dan dipanggang pada malam sebelumnya.

Di samping latihan mencari makanan daripada sumber sekeliling, para peserta turut didedahkan dengan latihan tempur pada sebelah malam.

Latihan tempur itu membabitkan serangan hendap oleh pihak `musuh'.

Selain itu, mereka juga didedahkan dengan latihan serangan semasa meronda.

Menurut Penolong Pegawai Memerintah 31 RAD, Mejar Abdul Hamid Abdul Kadir, objektif latihan adalah memberi pendedahan kepada peserta menghadapi kehidupan dalam keadaan serba kekurangan seperti semasa peperangan.

“Mereka bukan anggota tentera tetap dan pendedahan ini amat berguna sekiranya mereka berdepan dengan sesuatu krisis pada masa akan datang.

“Kebanyakan mereka pertama kali menyertai dan ini merupakan cabaran buat mereka,'' katanya.

Bagaimanapun jelas beliau, bimbingan komprehensif daripada para jurulatih berjaya memberikan mereka motivasi, kemajuan dan fikiran positif dalam menghadapi setiap rintangan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2006 02:23 PM | Show all posts
U.Malaysia 4 Januari 2006
---------------------------------
Tentera Darat terus diperkasa

       
HELIKOPTER Agusta A-109 yang merupakan aset terbaru Pasukan Udara Tentera Darat.


TAHUN 2005 berlalu meninggalkan pelbagai memori indah dan pencapaian-pencapaian yang akan menjadi perangsang untuk kita terus mengejar kecemerlangan pada masa depan.

Tentera Darat (TD) sebagai tonggak pertahanan negara tidak terkecuali meninggalkan 2005 dengan perasaan hebat. Tidak salah dikatakan tahun 2005 adalah tahun gembira buat TD.

Sepanjang tahun lalu TD menerima aset-aset baru yang bukan sahaja mampu mengangkat imej TD sebagai sebuah ketumbukan digeruni tetapi ia juga berjaya meningkatkan kepercayaan rakyat.

Penerimaan unit pertama daripada 11 helikopter pemerhati ringan berteknologi tinggi Agusta A109 pastinya menggembirakan Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) yang selama ini hanya bergantung kepada helikopter Allouette yang berusia 30 tahun.

TD turut menerima pelbagai sistem persenjataan jarak sederhana seperti Sistem Pelancar Roket Berganda Astros yang berkeupayaan untuk menjangkau jarak tembakan sehingga 89,000 meter dan sistem misil JERNAS yang mampu menjangkau jarak tembakan maksimum 8,000 meter.

Tidak lama lagi TD akan menerima kereta kebal utama (MBT) PT91. Unit pertama PT91 telah melepasi ujian kelayakan sebelum pengeluaran sebenar.

Dengan segala aset moden itu tidak mustahil hasrat untuk melihat TD sebagai sebuah angkatan kredibel, versatil dan boleh diaturgerakkan dengan cepat dapat direalisasikan pada tahun ini.

Dan keyakinan itu telah dikongsi bersama oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Abdul Aziz Zainal dalam pertemuan bersama media baru-baru ini.

‘’Secara keseluruhan saya amat berpuas hati dengan perkembangan yang berlaku dalam TD sepanjang tahun lalu,’’ katanya.

‘’Boleh dikatakan hari ini TD sudah moden dari segi alat kelengkapannya dan pada masa yang sama cara pemikiran sumber manusianya sudah mula bergerak ke arah itu,’’ ujarnya.

Pun begitu semua cerita gembira itu tidak akan menghentikan usaha memantapkan TD.

Selepas ini, kata Abdul Aziz, sasarannya adalah untuk meningkatkan keupayaan mengesan dan mengenal pasti ancaman yang masih mempunyai banyak kekurangan.

Selain itu, usaha juga akan dilakukan bagi meningkatkan daya kelangsungan hidup atau bertahan TD dan keupayaan TD untuk melakukan serangan balas.

Bagaimanapun, di sebalik tumpuan kepada dua bidang itu, usaha meningkatkan keupayaan TD dalam bidang-bidang mendesak akan diteruskan dari semasa ke semasa.

Sebagai contoh, kata Abdul Aziz, kini TD sedang meningkatkan keupayaan dalam bidang komunikasi taktikal yang telah usang.

Apa yang menggembirakan ialah usaha itu mendapat sokongan kerajaan. Kerajaan meluluskan peruntukan pendahuluan RM500 juta untuk dibelanjakan dalam tempoh lima tahun akan datang bagi membangunkan bidang komunikasi taktikal ini.

Abdul Aziz berkata, tahun 2006 juga akan digunakan untuk melengkapkan pasukan dengan ciri-ciri angkatan versatil yang boleh diatur gerak dengan cepat dan walau di mana jua lokasi.

Dalam hal ini tumpuan bukan sahaja akan diberikan kepada pembangunan sumber manusia tetapi perolehan peralatan dan sistem persenjataan khusus kepada pasukan elit TD. Ini termasuk Gerup Gerak Khas (GGK), Briged Para, briged Mekanis, artileri, jurutera dan briged infantri standard.

‘’Matlamat kita mahu menjadikan TD ketumbukan kredibel dengan meningkatkan kekuatan di peringkat briged.

‘’Perlu diingat kita tidak mampu melengkapkan seluruh anggota TD dengan kelengkapan canggih kerana ia memerlukan peruntukan besar.

‘’Namun saya yakin apa yang kita sediakan sekarang telah memberikan kita satu keupayaan untuk mempertahankan ruang daratan negara,’’ katanya.

Menurut Abdul Aziz, semua pembangunan TD akan berlandaskan kepada pelan pembangunan dua, 10 + 10 atau (2 10+10).

Pelan pembangunan ini, katanya, tidak terlalu bercita-cita tinggi. Ia satu pelan jangka panjang yang bersifat sederhana.

Pelan 2 10+10, katanya, akan berdasarkan kepada peruntukan atau trend belanjawan kerajaan. Dengan cara begini ia tidak meletakkan sasaran berada di luar jangkauan tetapi sesuatu yang boleh dilaksanakan.

Menurutnya, TD sedar peruntukan akan menjadi penghalang kerana kerajaan tidak boleh terlalu mengutamakan bidang pertahanan hingga meminggirkan bidang lain.

Keselamatan dan keamanan sesebuah negara bukan sahaja dipengaruhi oleh faktor pertahanan tetapi melibatkan faktor lain seperti ekonomi, sosial dan pembangunan sivil lain. Tanpa keseimbangan itu, negara boleh menjadi tidak stabil.

‘’Jadi kita telah mengambil kira faktor tersebut. Oleh itu segala perolehan kita bersifat sederhana memandangkan negara juga ingin membangun dalam bidang lain,’’ katanya.

Abdul Aziz berkata, perkara lain yang akan diutamakan oleh TD ialah pembangunan askar wataniah.

Ini termasuk menghalusi cadangan menubuhkan Rejimen Sempadan yang mempunyai pengkhususan menguruskan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand.

‘’Kita bercadang menubuhkan markas baru tanpa perlu menambah kekuatan anggota dan pangkat. Ia hanya diubahsuai,’’ katanya. Penubuhan itu selari dengan hasrat untuk melihat kemajuan pembangunan di kawasan sempadan kedua-dua negara menghala ke arah pembangunan sempadan di selatan yang melibatkan sempadan Malaysia-Singapura.

‘’Lokasi markas belum ditentukan, mungkin di Arau atau di sempadan Kedah atau Kelantan.

‘’Ia akan diperintah oleh seorang panglima dan kalau boleh saya ingin melantik panglima tersebut daripada kalangan Askar Wataniah,’’ katanya.

Abdul Aziz berkata, pembangunan askar wataniah di setiap negeri akan diperhebatkan bagi menarik kemasukan lebih ramai ahli.

Mengenai pengambilan wanita ke dalam Kor Infantri, beliau berkata, ia bukan berlaku kerana desakan pihak-pihak tertentu.

Penyertaan itu adalah satu perubahan biasa pada masa aman.

‘’Lagi pun kita turut berhadapan dengan peningkatan kuota wanita dalam tentera. Dengan peningkatan itu di mana kita hendak meletakkan mereka.

‘’Sebelum ini kita letakkan tentera wanita dalam pasukan bantuan logistik, markas dan semboyan tetapi tempat itu kini semuanya sudah penuh.

‘’Bagi menampung keperluan tambahan ini kita bersetuju memberi peluang anggota wanita berkhidmat dalam pasukan tempur,’’ jelasnya. Bagaimanapun, mereka masih diletakkan di barisan kedua yang terlibat dengan tugas pentadbiran.

‘’Saya rasa dalam konteks Malaysia Boleh, tentera wanita pun boleh,’’ ujarnya.

Walaupun secara relatifnya negara tidak menghadapi ancaman besar, ini tidak bermakna TD boleh berpeluk tubu, kata Abdul Aziz.

Dalam keadaan aman TD banyak membantu agensi lain khususnya polis dalam memelihara keamanan negara.

Ini termasuk terlibat dalam operasi membanteras pendatang tanpa izin di sekitar pantai Semenanjung serta Sabah dan Sarawak

Di Sabah, tugas TD semakin mencabar kerana pasukan itu bertanggungjawab membanteras kegiatan penculikan, perlanunan dan ancaman kumpulan gerila Abu Sayaf.

Sepanjang 2005 TD telah berjaya melaksanakan operasi berkaitan kemanusiaan seperti membantu mangsa banjir dan bencana alam seperti di Aceh, Indonesia dan Pakistan.

Abdul Aziz percaya kehadiran 2006 TD akan terus cemerlang sebagai sebuah angkatan moden dan akan terus meningkatkan pemodenannya dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

[ Last edited by insignia at 4-1-2006 02:25 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2006 10:39 AM | Show all posts
Temporary bridge a relief for Labu residents

SEREMBAN, NEGRI SEMBILAN, Wed.
The 1,000 residents of Labu who were affected by the collapse of a bridge on Sunday have been given a temporary respite.
The army’s Royal Engineering Regiment today built a tactical bridge across the affected area.

The bridge, which has a capacity of up to 109 tonnes, was installed by members of the RAJD’s fourth squadron from the Mahkota Camp in Kluang, and from the ninth squadron of the Terendak Camp in Malacca.

It was done under the army’s Projek Jiwa Murni, led by 4th Squadron commanding officer Mejar Mohd Nizam Daud and his counterpart from the 9th squadron, Mejar Samsudin Rabie.
Work began at 10am and took just an hour. The bridge was opened to the public about 3pm.

Chief Engineer Brig-Jen Datuk Pahlawan Shahruddin Abdullah said the bridge was the first of its kind for public use. He added such bridges were mostly used for tanks.
He said the bridge was a temporary measure for the residents in the area until the new bridge was completed.

Labu assemblyman Datuk Muhammad Shahlan Shaid said the State Government was grateful to the army engineers for their help.
"With this temporary measure, about 1,000 residents in Labu, especially the 700 from the affected areas, can now resume their daily activities," he said.

Residents of Taman Tiroi, Kampung Pelegong, Kampung Kering, Kampung Tengah and Kampung Jawa were affected when the bridge collapsed on Sunday following heavy rain.
Their access to Seremban town was cut off as the bridge spanned a main road.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2006 10:56 AM | Show all posts
Unit Udara PDRM mohon 15 lagi pesawat, helikopter

KUALA LUMPUR: Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menerima 15 pesawat dan helikopter baru pelbagai jenis bagi memantapkan operasi pasukan melalui permohonan yang dihantar kepada kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Setakat ini, unit itu mempunyai 27 pesawat termasuk 10 helikopter jenis Necuerel 355, pesawat ringan Cessna Caravan (enam), Pilatus PC6 (empat), Cessna 172 (empat) dan Cessna U206 (tiga).
Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Noh Omar. berkata penambahan keupayaan pasukan udara itu penting kerana setakat ini sudah terbukti ia penting dalam membantu pelbagai operasi.
Selain itu, katanya mutu perkhidmatan juga akan dapat ditingkatkan, bukan hanya membabitkan operasi polis tetapi bantuan kepada jabatan lain seperti menangani isu bencana alam dan pergerakan lalu lintas kenderaan.

“Helikopter ini banyak digunakan untuk menghantar pasukan gerak khas, unit bom dan unit forensik ke mana-mana lokasi yang sukar dimasuki melalui jalan darat atau terlalu jauh.
“Bukti paling ketara ialah ketika kes pecah masuk stor senjata Pasukan Gerakan Am (PGA) di Terengganu tahun lalu, kita hantar pasukan forensik dari sini dan mereka berjaya selesaikan kes dalam tempoh 24 jam,” katanya ketika ditemui selepas melawat Pangkalan Udara PDRM di Sungai Besi, semalam.

Beliau meluangkan kira-kira dua jam mendengar taklimat operasi dan melawat pelbagai pesawat di situ sebelum menaiki helikopter jenis Dolphin 365N meninjau ibu negara dan mendarat di Lapangan Terbang Subang.
Turut hadir, Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Kamaruddin Md Ali; Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner I Mohd Anuar Md Zin dan Pemangku Komander Unit Udara Polis, Asisten Komisioner Chuah Ghee Lye.

Noh berkata, pihaknya juga sedang memohon kepada kerajaan untuk menambah kenaikan elaun juruterbang yang terdiri daripada pegawai PDRM supaya ia diselaraskan dengan juruterbang Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Setakat ini, juruterbang PDRM menerima kurang RM500 sebulan berbanding juruterbang ATM. Elaun minimum juruterbang baru PDRM ialah RM1,500 dan dinaikkan mengikut kenaikan pangkat.

“PDRM mempunyai 76 juruterbang dan kita masih kekurangan 20 lagi. Kenaikan elaun ini adalah insentif supaya lebih ramai pegawai muda berpangkat Inspektor ke atas menyertai unit udara,” katanya.
Mengulas mengenai simulator yang digunakan di pangkalan udara itu, Noh berkata, peralatan canggih bernilai RM12.5 juta termasuk kos bangunan sudah beroperasi sepenuhnya sejak tahun lalu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2006 09:22 PM | Show all posts
Eurocopter banks on Malaysia arm

Eurocopter is counting on Asia driving its expansion over the next several years following the signing of deals in China, Japan, Malaysia and South Korea.

揥e are very strong in North America and Europe. Asia is a growing area. It抯 the biggest growth market for the company,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2006 06:03 AM | Show all posts
Airod lands deals to service Mil helicopters and firefighting fleet

Malaysian maintenance company Airod has been appointed an authorised service centre for Mil Mi-8, Mi-17 and Mi-171 helicopters and has secured a contract to support Malaysia抯 Mi-171 firefighting fleet.

Airod installed Western avionics on all four of the Mi-171s operated by the Malaysian Fire and Rescue Department, including two that were delivered in September.


At the Langkawi air show in December the company signed a contract with the Malaysian government to provide maintenance and logistics service for the four Mi-171s over the next five years.

Airod also signed at the air show a memorandum of understanding with Ulan-Ude Aviation Repair Plant making it an authorised service centre for Mi-171s as well as Mi-8s and Mi-17s.

Airod and Mil抯 Ulan-Ude factory have been partnered for several years, offering Malaysia Mi-171s in firefighting and search and rescue (SAR) configurations. Malaysia in 2003 agreed to buy 14 Mi-171s from Ulan-Ude, including four for firefighting and 10 SAR variants that were to be assembled by Airod.

But the acquisition of the 10 SAR aircraft, initially scheduled for delivery to the air force from 2004, has not yet been completed. Airod chief executive Kamil Aziz says the purchase was initially reduced to four or six aircraft and is now on hold pending a decision by the Malaysian government.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2006 12:07 PM | Show all posts
Aw no, not AIROD!
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2006 05:48 PM | Show all posts
gambar dari berita harian, 24 dis 2005 tak silap aku..mengenai PASKAL



view dekat weapon ..

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2006 10:35 PM | Show all posts
Originally posted by taiaha at 6-1-2006 12:07 PM
Aw no, not AIROD!


there's more on AIROD here....

Building a future
BRENDAN SOBIE / SINGAPORE
Part 1/2

International customers, partnerships and domestic defence contracts are essential to South-East Asia's aerospace firms if they are to prosper or even survive

South-East Asia's major aerospace companies are looking abroad to fuel expansion at home and, in some cases, ensure their survival. Indonesian Aerospace (IAe) is trying to line up new international partners to support a drastic restructuring plan that proposes the start-up of several new aircraft manufacturing lines. Malaysia's Airod is looking to export several aircraft upgrade packages that have so far only been purchased domestically. Larger Singapore Technologies Aerospace (ST Aero) is also looking to secure international launch orders for several upgrade packages, and so far has been the most successful South-East Asian aerospace company in building an international business.

The three companies, the biggest in a region with a somewhat limited domestic market, say they may partner each other in the future to expand their capabilities for both regional and overseas customers. But regional politics make such partnerships difficult to forge and maintain.

Airod is instead now focused on bringing on BAE Systems as a potential investment partner. The company, 90% privately owned with the Malaysian government holding a 10% golden stake, is also studying a possible initial public offering.

Government-owned IAe is looking within Indonesia and abroad for the new capital it desperately needs to stay afloat. Some of this could come from other manufacturers, but IAe is mostly courting companies from outside South-East Asia such as China Aviation Industry Corporation II (AVIC II) and Poland's PZL.

ST Aero, publicly traded through parent company Singapore Technologies Engin-eering, is in a position where it can invest in companies or projects abroad. ST Aero will open a new joint-venture commercial aircraft maintenance centre in Chinathis year and is looking to open additional facilities in Europe and Australia. Closerto home, ST Aero president Tay Kok Khiang says the company would be interested in partnering or investing in other Asian companies.

"We are open minded," he says. "In today's world it is not safe to put everything in one basket. That is why we have traditionally been very diversified."

Commercial bias

ST Aero generated S$1.1 billion ($657 million) in revenues last year, with about 60% coming from commercial businesses and 40% from defence. In contrast, Airod and IAe rely on defence for the majority of their revenues.

IAe, formerly known as IPTN, generated only about $120 million in incomes last year, of which just $20 million was from aircraft maintenance. Unlike Airod and ST Aero, whose businesses are limited to maintenance and modifications, IAe counts aircraft manufacturing as its mainstay.

Airod's maintenance business is split roughly 50/50 between domestic and international customers and the company, which has not disclosed any financial information since 2001, is trying to expand its international portfolio further. Airod maintains all training, transport, search-and-rescue and VIP aircraft in the Malaysian air force fleet. Its international maintenance business covers Lockheed Martin C-130s and several engine types on the defence side and Boeing 737-200/-700s and Fokker F28s in its small civil unit.

Airod's modification business focuses mainly on the C-130, an expertise it acquired in the 1990s when Lockheed Martin owned a majority stake. Airod has stretched Malaysian C-130s and installed centre fuselage tanks and new avionics. But it is still trying to drum up launch export customers for all three modifications, with Middle East operators the main target.


"We're talking to a lot of people. A lot depends on funding," says new Airod chief executive Kamil Aziz, who on 1 January took over from Dato Rahim, promoted to president of Airod parent National Aero-space Defence Industries (NADI).

ST Aero is also trying to launch a C-130 upgrade programme with New Zealand and Singapore as possible launch customers. ST Aero is one of several vendors vying for a contract to be awarded this year by New Zealand for the upgrade of fiveC-130Hs, while Singapore plans to upgrade its fleet of 10 C-130E/Hs within the next few years. "The C-130 is a very big fleet in the world. Every year there is always some C-130 upgrade programme going on," says Tay.

Domestic competition

ST Aero already maintains C-130s for Singapore, the USA and several other operators. Airod maintains C-130s for Indonesia, the Philippines, Sri Lanka, Thailand and several undisclosed Middle Eastern countries. But many Asian countries are trying to build domestic C-130 maintenance capabilities - including the Philippines, Sri Lanka and Thailand. This trend could translate into a loss of revenues for Airod and ST Aero, but also provides potential partnership opportunities.

"We're of course eager to partner with any of these guys to help set it up," says Kamil. "We can't stop them - it's being driven by their own strategic and national interest. We'd like to be seen as an organisation that can support them and do more expensive types of things like upgrades and component support."

Adds Tay: "If a customer wants anything we'll do it, whether it will be able to help them build a capability, to train somebody [or] even to share some work."

Airod and ST Aero are also potential competitors for fighter upgrade packages. For example, Airod aims to launch a programme for the Northrop F-5, an aircraft ST Aero is now modifying for Brazil and Turkey. Airod must first win a contract in Malaysia to upgrade nine F-5s and then plans to select a foreign partner and later market the package internationally. A prototype Malaysian F-5F has been upgraded by the UK's Caledonian Airborne Systems, but Kamil believes Airod is well positioned to beat Caledonian for a contract to upgrade nine F-5Es.

"We think we'll be the logical choice," Kamil says, adding "there is a lot of interest" worldwide for F-5 upgrades. "I think the F-5 will be a good programme and we still think there's a market for it."

ST Aero, however, believes its F-5 upgrade line will close after it completes its current contracts with Brazil and Turkey.

"I think the F-5 packages are already a thing of the past,"
says Tay. "There are not many other F-5s in the world that are going to be upgraded. The Malaysians don't have much of an F-5 fleet. To do upgrades for 10-12 aircraft is suicidal. I'm not saying it cannot be done. It's always possible to do it for one aircraft, but it's not cost effective in my opinion."

ST Aero instead hopes eventually to expand into Lockheed Martin F-16 avionics upgrades, although Tay says such a launch is at least a year away because interested operators currently do not have enough funding.

Airod and ST Aero also have growing helicopter maintenance and modification businesses. ST Aero maintains and upgrades several Western helicopter types and is an authorised service centre for Agusta, Bell and Eurocopter. Airod's helicopter business focuses more on Russian models.

Airod has installed firefighting kits on Mil Mi-17s and has been contracted by Malaysia to install Western avionics on 10 Mi-171s. Airod believes it can later export these upgrades, given the growing fleet of Russian helicopters in South-East Asia. "It's a big area of interest right now,"
says Kamil.

Airod sister companies SME Aviation and Aviation Design are also adding Mi-171 assembly and upgrade capabilities as part of a push by parent NADI to expand its Russian ties. Sister company Aerospace Technology System Corporation (ATSC), formed in 1994 to support Malaysia's RSK MiG-29 fleet, is also looking to expand into MiG-29 avionics upgrades and Sukhoi Su-30 maintenance. Malaysia is considering outfitting its MiG-29 fleet with new Western avionics that are common with the systems to be installed on the 18Su-30s acquired last year.

IAe is similarly looking to bolster its ties with eastern Europe as Indonesia increasingly turns to manufacturers from this region for new defence aircraft. IAe aims to set up a regional logistics centre for Sukhoi fighters on the heels of the delivery last year of four Su-27/-30s. It is also trying to take advantage of increased trade between Indonesia and Poland by proposing a joint venture with PZL-Swidnik for licence- building SW-4 helicopters.

to be continue....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 03:21 PM GMT+8 , Processed in 0.449286 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list