CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dkny

berdansa tapi tak sehati!! FA dengan LO..

[Copy link]
Post time 21-10-2008 11:10 AM | Show all posts
Originally posted by lonely_surina at 21-10-2008 00:28
http://media3.mit.net.my/astro/media/shared/sehatiberdansa/galeri_foto/10222.JPG



si fahrin bergamba dgn muka terpaksa n dlm hati menyumpah je..

***laga belakang tu bukan boleh rasa ape pun...leper...x stim langsung...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2008 11:41 AM | Show all posts
aku jumpa minah ni aritu, mcm jerangkung laaaa.....mcm papan plywood.... tambah la berat sikit pompuan oiii..... ni mcm org sakit je gayenye...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2008 11:43 AM | Show all posts
eeewww... kaki LO ni tak cantik ler... mcm nyonya2 tua jer....
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2008 01:40 PM | Show all posts
lantak ler...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2008 01:48 PM | Show all posts

Reply #135 lonely_surina's post

ya ampunnnnnnnnnn tepung gomakkkkkk dah jadinyer..alahaiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2008 02:24 PM | Show all posts
kaki linda tk lawa la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2008 03:00 PM | Show all posts
camne nk mgacara kalo tak sehati...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2008 03:09 PM | Show all posts
muka dia x fotogenik la..
dia ni boleh buat contoh bisnes lady yg berjaya..
tapi bila dia buka mulut tentang other than her business strategy, mesti akan jadi buah-mulut..
pasal prinsip lah.. pasal boipren lah.. pasal shopping lah.. hehehehe..
kena mandi bunga agaknya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2008 03:11 PM | Show all posts
Originally posted by my_edlin at 20-10-2008 01:40 PM
http://linda.blog.era.fm/media/photos/48068_gcnhgyzilw_vlarge.jpg

gambar ni gedik x?





Gedik2... tersangat la gediknya
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2008 03:22 PM | Show all posts
pura2 suka ...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2008 03:22 PM | Show all posts
benci ar dgn ppuan gedik nih...
nasib baekla xjadik dgn fahrin dlu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2008 04:07 PM | Show all posts
tau xpee.... makin menjadik2 perangai minah ni...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2008 09:39 AM | Show all posts
Soseh Soseh: Fahrin, Linda kecoh di set rakaman Sehati Berdansa?



Rap
SEBUT nama dua artis ini iaitu Linda Onn dan Fahrin Ahmad, ramai yang sudah ketahui hubungan mereka tidak lagi semesra dulu. Walaupun SS termasuk segelintir peminat mereka muak dengan istilah teman tapi mesra yang diguna pakai ketika mereka bersama dulu nampaknya peminat juga terpaksa menerima hakikat mereka digandingkan semula menerusi program realiti Sehati Berdansa.
Minggu lalu, SS ada terima satu kiriman e-mel dari seseorang yang menceritakan satu kisah benar membabitkan dua artis ini berlaku di set program berkenaan ketika rakaman berlangsung.

Kata sumber itu, Fahrin membuat kecoh dan menengking Linda dengan perkataan tidak elok.

Tambah dramatik, tindakan Fahrin yang memegang mikrofon di tangan dikatakan mahu bertindak kasar terhadap Linda. Aksi mereka berdua dikatakan menjadi tontonan peserta program berkenaan. Namun, Linda pula yang dikatakan tersipu malu sekadar berkata pada Fahrin, dia hanya mahu bekerja dan meminta seseorang menasihatkan Fahrin berhenti bercakap sebelum mereka memulakan rakaman.

Pada SS, aksi sedemikian bukan pelik bagi mereka yang pernah meluahkan perasaan cinta tetapi kemudian bersengketa. Apa yang tidak sedap didengar, sepatutnya aksi itu tidak dipertontonkan pada orang lain. SS kurang pasti sama ada aksi ini benar atau tidak tetapi jika benar, lebih baik aksi ini dielakkan pada masa akan datang dan dapat ditangani dengan cara baik.

Walaupun kata mereka cuba bersikap profesional ketika bekerja tetapi mereka juga adalah manusia biasa yang mempunyai emosi dan perasaan marah. Baru-baru ini SS berkesempatan menonton program berkenaan melihat Fahrin cukup profesional dan boleh bergurau dengan Linda.

Sebaliknya Linda tidak seperti Fahrin dan kelihatan hanya tumpu pada skrip sendiri saja. SS bukan peminat Fahrin tetapi SS komen secara jujur. Seperti lakonan Fahrin menerusi drama Takdir Yang Tercipta di slot Cerekarama TV3 pada Sabtu lalu, Fahrin menunjukkan lakonan berkesan sebagai suami yang berhadapan dengan wanita bersifat ego.

Mungkin pengalaman lalu membantu Fahrin untuk menghayati karakter dengan cemerlang. Apa pun SS percaya peminat tentu bijak membuat penilaian mengenai dua artis ini. Nasihat SS pada artis ini, jangan terlalu beremosi apabila bertemu. Jika kata profesional, perlu lakukan dengan profesional
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2008 09:40 AM | Show all posts
dalam metro ada kuar pasal citer ni. front page.
kat mana nak tengok incident tu?
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2008 10:11 AM | Show all posts

panas....
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2008 10:13 AM | Show all posts
mmm....tak bedansa tp bdancing..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2008 10:22 AM | Show all posts
aku ader pasan gak hari ahad lps....muke dieorg nampak tegang semacam.....dlm hati aku ader gak bekate ....dieorg ni gadoh ker....tak sangke plak aper yg aku pikir tu betul2 jadi.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2008 10:24 AM | Show all posts
kecoh na psl mereka ni...kata pro
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2008 10:38 AM | Show all posts
apa citer dalam metro hari ni pasai LO dan FA
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2008 10:57 AM | Show all posts
Jawablah!: 'Kesabaran saya ada batasnya'

Fahrin akui berlaku insiden 'drama sebabak' dengan Linda Onn di set Sehati Berdansa tetapi tidaklah seperti digambarkan dalam e-mel itu

SELAMA ini ramai yang menyangkakan pasangan ini cukup profesional dalam menangani krisis yang pernah berlaku antara mereka berdua. Malah, sewaktu sidang media memperkenalkan peserta program realiti Sehati Berdansa suatu waktu dulu, pengacara program berkenaan, Linda Onn dan Fahrin Ahmad pernah berjanji bahawa mereka akan tetap profesional dalam menggalas tanggungjawab serta sanggup mengetepikan masalah peribadi.

Namun, cerita yang disebarkan menerusi e-mel yang diterima wartawan hiburan baru-baru ini jelas menunjukkan pasangan ini boleh diumpamakan sebagai cakap tak serupa bikin. Kononnya mengikut isi cerita e-mel itu, Linda dan Fahrin bertegang urat di lokasi program realiti Sehati Berdansa.

Lebih memalukan apabila 'drama sebabak' itu turut disaksikan orang luar. Bukan saja mereka berpeluang melihat aksi yang tidak ingin dilihat itu tetapi mereka juga mendengar biji butir pergaduhan antara dua selebriti itu.

Menurut cerita e-mel itu lagi, Fahrin dikatakan tidak profesional apabila membangkitkan isu lama sedangkan Linda cuba untuk tidak mahu memanjangkan pertengkaran itu sambil memberitahu tujuannya di situ hanyalah sekadar untuk menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan padanya.

Persoalannya benarkah Fahrin tidak profesional apabila bergaduh dengan Linda di khalayak ramai? Kalau benar, di manakah janji mereka untuk tidak mahu lagi mengungkit kisah lama sekali gus memadamkan api kebencian yang pernah wujud sebelum ini?

Demi berlaku adil Hip menghubungi pelakon kacak ini untuk mendapatkan penjelasannya. Sambil mengakui ada membaca e-mel itu, Fahrin turut mengakui dia begitu kecewa kerana penyebaran e-mel itu sebagai satu percubaan untuk mencalarkan imejnya.

Hip: Apa sebenarnya yang berlaku di sebalik kejadian yang diceritakan dalam e-mel itu?

Fahrin:
Saya ada baca e-mel itu dan apa yang boleh saya katakan, kebanyakan apa yang ditulis dalam e-mel itu tidak benar. Saya mengaku memang ada berlaku insiden itu tetapi ia tidaklah seperti yang digambarkan dalam e-mel terbabit. Kalau awak baca e-mel itu betul-betul, pasti awak dapat melihat betapa cerita yang ditulis itu jelas bertujuan untuk menghentam saya. Kalau awak baca tajuk e-mel itu sendiri, awak sudah boleh mengagak tujuan si penulis e-mel itu tak lain tak bukan hendak menunjukkan saya yang buruk. Mujurlah penerbit Sehati Berdansa tahu akan cerita sebenar yang berlaku jadi saya tidaklah risau sangat. Cuma apabila cerita seperti ini tersebar, saya tak nafikan yang saya memang sedih.

Hip: Sebelum ini kamu berdua pernah berjanji untuk bersikap profesional tetapi apabila ini berlaku, nampak sangat kamu berdua melanggar janji.
Fahrin:
Memang selama ini saya cuba bersikap profesional dan kalau boleh tidak mahu mengungkit kisah silam yang boleh mencalarkan imej mana-mana pihak. Saya juga sering bersabar apabila ada mana-mana pihak yang cuba mencalarkan imej saya. Perkara yang lepas pada saya tak perlu dikenang-kenang. Akan tetapi, kesabaran seseorang itu ada hadnya. Saya tidak akan bersuara kalau seseorang itu tidak mencabar atau melanggar hak peribadi saya. Cuma apa yang saya hairankan, bagaimana cerita seperti ini boleh timbul menerusi e-mel baru-baru ini walhal kejadian itu sudah lama berlaku. Bagaikan ada agenda untuk mensabotaj saya. Mungkin selama ini mereka tengok saya cool saja apabila berdepan dengan situasi seperti ini. Jadi apabila cerita dalam e-mel ini disebarkan tentu orang yang selama ini menyangkakan Fahrin seorang yang penyabar dan bijaksana sebelum melakukan sesuatu akan melihat perkara itu sebaliknya.

Hip: Apa yang menyebabkan Fahrin boleh bertahan dalam situasi seperti ini?

Fahrin:
Apabila saya mendapat tawaran untuk menjalankan job ini, apa yang berputar di fikiran saya adalah, kena ketepikan soal peribadi dan jalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Saya hanya fikirkan keseronokan bekerja dengan team produksi Sehati Berdansa yang lain. Walaupun ada ketika saya rasa macam nak give up dan tak kuasa, tetapi apabila memikirkan mereka ini, hati saya kembali gembira dan saya berusaha memberikan yang terbaik untuk program ini.

Hip: Fahrin rasa peminat akan terpengaruh dengan cerita seperti ini?

Fahrin:
Terpulang pada mereka tetapi saya hanya ingin menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku. Saya tak nafikan berlakunya kejadian itu. Cuma apa yang ingin saya pertikaikan adalah mengapa cerita yang tersebar itu tidak menceritakan situasi sebenar secara terperinci. Nampak sangat si penulis tu tak telus. Dari apa yang disebarkan, cerita itu berpihak kepada seorang individu saja. Seolah-olah individu itu yang teraniaya manakala saya dilihat sebagai seorang yang jahat. Jadi saya harap dengan penjelasan ini, mereka yang membaca e-mel itu tidak akan mudah terpengaruh. Saya masih boleh berfikir yang mana baik dan yang mana buruk. Selama ini, saya lebih senang berdiam diri dari bercerita yang bukan-bukan. Cukuplah dengan apa yang berlaku sebelum ini. Saya ada maruah dan ada banyak hati yang perlu dijaga.

Hip: Ada terdengar cerita yang mengatakan Fahrin menghadapi masalah disiplin ketika menjadi pengacara program realiti Gadis Melayu. Contohnya tak datang ke lokasi tugasan. Boleh komen sikit?

Fahrin:
Sepanjang pengetahuan saya, belum pernah saya mendatangkan masalah kepada pihak produksi program Gadis Melayu. Seboleh mungkin saya cuba mematuhi apa yang sudah tersurat dalam kontrak. Cuma ada ketika, mereka tidak mengesahkan lebih awal tarikh jika mereka memerlukan saya di sesebuah lokasi tugasan yang membabitkan gadis itu. Jadi, apabila semuanya dibuat di saat-saat terakhir, memang saya tak boleh nak beri komitmen. Tapi saya faham, mereka juga menghadapi masalah tersendiri sehingga menyebabkan mereka perlu membuat segala kerja di saat akhir. Saya tak salahkan mereka. Saya akan cuba memberikan yang terbaik dan termampu mengikut apa yang diperlukan dalam kontrak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-9-2024 10:02 PM GMT+8 , Processed in 0.364732 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list