CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kekekek

Mawi di AC Di Sini Special - 17 Jun, 2007

[Copy link]
Post time 18-6-2007 10:33 PM | Show all posts
ac kata ina bertunang nak cari modal buat buku kedua.. lasernya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2007 11:24 PM | Show all posts
Credit to Sultan Muzaffar.

Very good review from SM.

Monday, June 18, 2007
AC Di Sini Live Dataran Merdeka


Bukan selalu sebuah program bual bicara biasa selain Akademi Fantasia yang mampu untuk menarik penonton untuk disiarkan secara langsung di tempat yang terbuka. Bila ada acara sebegini diadakan sekali-sekala sedikit sebanyak tentulah ada sebab mengapa ia diadakan. Untuk meraikan AC Di Sini untuk musim yang ketiga, sebuah konsert yang disiarkan secara langsung telah dibuat di Dataran Merdeka. Tidak lebih daripada itu. Kalau ada pun sebab sampingan, ia sekadar sebab sampingan yang tidak sedikit pun menggugat !
Seperti biasa Cik Mat Poi (CMP) pasti akan menggamatkan lagi keriuhan Dataran Merdeka yang menjadi lautan manusia. Minggu lepas Dataran Merdeka jadi lautan air, malam ini di tempat yang sama penuh dengan manusia. Lebih riuh jadinya bila peminat-peminat Awie dan Ella yang terdiri dari kalangan...tidak perlu saya sebutkan. Anda sendiri tahu ! Memang tenggelam peminat bintang Akademi Fantasia di sebalik jeritan peminat Ella yang rata-rata hadir memakai baju bertemakan yang sama iaitu putih ! Seperti tahu-tahu saja yang Ella akan memakai dress warna putih.


Di sebalik kesibukannya, Mawi tetap meluangkan masa untuk bersama-sama AC Mizal untuk menjawab beberapa pertanyaan daripada hos yang sedang meningkat naik. Bila dah buat siaran langsung seperti ini yang tujuannya anda sendiri mahu ingat, mestilah ada Mawi agar penonton pening kepala nak buat pilihan. Mawi bawa lagu Angan Dan Sedar. Not bad ! Entertaining juga lagu tersebut. Lagu Angan Dan Sedar memang set-set lagu Lagu Jiwa Lagu Cinta. Sebenarnya siaran langsung tersebut telah dibuka oleh persembahan Mila yang membawakan lagu Persis Mutiara. Malangnya ada sedikit masalah teknikal pada kamera dan tidak sempat merakamkan persembahan Mila. Sewaktu sidang akhbar Mila telah ditanya tentang persembahannya. Memang saya agak kecewa sedikit dengan persembahan Mila. Vokalnya tidak begitu kedengaran.
Ella tampil dengan gaya manjanya membawakan lagu Rama-Rama. Memang lagu-lagu pop rock yang berentak moderate seperti Rama-Rama menyerlahkan lagi kualiti persembahan Ella. Memang puas dengan nyanyian Ella. Ella memang mempunyai kualiti untuk menjadi ikon dalam industri muzik Malaysia.
Mula-mula Awie ada, lepas tu patutnya Awie tak dapat ikut serta kerana ada penggambaran filem terbarunya. Akhirnya Awie muncul secara mengejut. Awie bawa lagu Iris. Selepas itu bersama Ella, mereka berduet lagu Dua Insan Bercinta. lagu rock kapak zaman Ella bersama The Boys memang benar-benar sebuah lagu yang begitu nostalgik. Lagu tersebut memang malar segar dan sehingga sekarang penonton menyukainya. Penonton boleh ikut menyanyi bersama-sama lirik lagu tersebut. AC Mizal pun join sekali.


Belum puas dengan Mila, Mawi bersamanya berduet lagu Mentera Semerah Padi. Lagu berhantu M.Nasir tersebut dikuasai oleh Mawi. Awie backing Mila sewaktu sidang akhbar dengan menyatakan lagu tersebut memang lagu lelaki. Key lagu tersebut untuk lelaki. Memang malam itu menyerlahkan lagi kecantikan Mila bila mana pakaian yang dikenakan oleh Mila memang cantik-cantik belaka.
Mila turut mengumumkan sebuah program realiti baru yang penggambaran sedang berjalan. Ia bermula semalam sewaktu rehearsal AC Di Sini. Program realiti tersebut diberi nama Wazzup Mila? Program realiti ini akan mengekori pergerakan Mila dan penonton akan berpeluang untuk melihat di sebalik aktiviti Mila. Kalau Mila pergi Penang, kamera ikut pergi Penang. Kalau Mila pergi Keningau, kamera ikut pergi Keningau. Kalau Mila pergi Brunei, kamera ikut pergi Brunei. Memang sakan berjalanlah kamera tersebut. Setiap pergerakan Mila akan diekori. Program ini akan memulakan siarannya pada bulan Julai ini di Astro RIA, di mana lagi ! Kalau-kalau FanClub Mila nak buat sessi bertemu peminat, baiklah buat cepat-cepat dalam bulan Julai ini. Mana tahu boleh masuk dalam Wazzup Mila?




Di penghujung siaran langsung, kesemua artis menyanyikan lagu terbaru AC Mizal bertajuk Di Sini. Pandai betul dia pilih tajuk lagu yang sama dengan nama program yang dihoskannya. Promosi lagu dan sekali promosi program. Mila pun pandai pilih tajuk program beliau sendiri bila nama program tersebut sama namanya dengan nama fanclub Mila sendiri, MilaWazzup.com.


Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2007 11:49 PM | Show all posts
kenapa lebih ramai org bersorak time ella ngan mila. Time mawi senyap je. Aura mawi dah kering ker? ataupon feminat dah boring ngan mawi?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2007 12:23 AM | Show all posts
Originally posted by sxam at 18-6-2007 11:49 PM
kenapa lebih ramai org bersorak time ella ngan mila. Time mawi senyap je. Aura mawi dah kering ker? ataupon feminat dah boring ngan mawi?


Tipula tu..ramai jerk bersorak time Mawi.
Reply

Use magic Report

lady_arviena This user has been deleted
Post time 19-6-2007 02:02 AM | Show all posts
Originally posted by sxam at 18-6-2007 11:49 PM
kenapa lebih ramai org bersorak time ella ngan mila. Time mawi senyap je. Aura mawi dah kering ker? ataupon feminat dah boring ngan mawi?


xsam tengok jugak ke
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2007 08:16 AM | Show all posts
Originally posted by sxam at 18-6-2007 11:49 PM
kenapa lebih ramai org bersorak time ella ngan mila. Time mawi senyap je. Aura mawi dah kering ker? ataupon feminat dah boring ngan mawi?


Peminta mawi tak pegi takut banjir...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2007 08:37 AM | Show all posts
Originally posted by kekekek at 19-6-2007 12:23 AM


Tipula tu..ramai jerk bersorak time Mawi.


tentu kekek bersama geng2 sotong!
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2007 09:11 AM | Show all posts
Originally posted by sxam at 18-6-2007 11:49 PM
kenapa lebih ramai org bersorak time ella ngan mila. Time mawi senyap je. Aura mawi dah kering ker? ataupon feminat dah boring ngan mawi?

sebut2 aura tuh... paham ker...
ishh..org sebot dia pon sebot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2007 09:26 AM | Show all posts
member aku pegi gak dia kata ramai peminat Mawi mlm tu..
cuma kamera tak ebrapa fokas masa tu...
kat sana memang ramai peminat Mawi...
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2007 09:39 AM | Show all posts
Originally posted by Hayah at 19-6-2007 09:26 AM
member aku pegi gak dia kata ramai peminat Mawi mlm tu..
cuma kamera tak ebrapa fokas masa tu...
kat sana memang ramai peminat Mawi...


muahaha . statement untuk menyedapkan hati sendiri dia ingat member dia minat mawi orang lain kat situ pon minat mawi latu
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2007 09:47 AM | Show all posts

Reply #150 sxam's post

aku tengok ramai yg bawak sepanduk ella je mlm tu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2007 09:59 AM | Show all posts
Aisayman... apehal le si Astro ni buat 'Wazzup Mila', dia tak tahu ke yang orang seantero Malaysia semua nak tengok 'Wazzup Mawi'?????

Ni pun nak kena ajar ke Astro?????? Freddie.... do something....
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2007 09:59 AM | Show all posts
baju mila ngan ella tuh cam tak siap jer
geli aku tengok
ella pakai baju ala org muda
dia tau tak dia tuh dah tua



mawi nyanyi live angan dan sedar pon tak best

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2007 10:02 AM | Show all posts
Originally posted by sisone at 19-6-2007 09:59 AM
Aisayman... apehal le si Astro ni buat 'Wazzup Mila', dia tak tahu ke yang orang seantero Malaysia semua nak tengok 'Wazzup Mawi'?????

Ni pun nak kena ajar ke Astro?????? Freddie.... do someth ...


Aku nak tengok Wazzup Mila !!  
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2007 10:02 AM | Show all posts
Originally posted by sisone at 19-6-2007 09:59 AM
Aisayman... apehal le si Astro ni buat 'Wazzup Mila', dia tak tahu ke yang orang seantero Malaysia semua nak tengok 'Wazzup Mawi'?????

Ni pun nak kena ajar ke Astro?????? Freddie.... do someth ...

aura mawi dah merundum kot
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2007 10:03 AM | Show all posts
Originally posted by kekekek at 19-6-2007 10:02 AM

Aku nak tengok Wazzup Mila !!  



taknak tengok arr
wazzup mawi lah baru best

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2007 10:09 AM | Show all posts
[quote]Originally posted by kekekek at 19-6-2007 10:02 AM




Aku nak tengok Wazzup Mila !!
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2007 10:17 AM | Show all posts

Reply #152 sisone's post

dulu mase kat web mawifc aku prnh (berkali2 jgk la)  bg cadangan suruh astro buat rancangan mcm ni..
evri week tayang apa yg mawi buat dlm week tu tp takde org amek pot pon
skrg takleh dah la...nnti kalau buat org kate tiru mila laks
biolah...
ade bagusnye jgks..kang slalu sgt mawi muncul kat tv
manyak org nyampahs lak  
dah la iklan kat asto tu mawi dah konker
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2007 10:39 AM | Show all posts
Originally posted by oxney05 at 19-6-2007 10:17 AM
dulu mase kat web mawifc aku prnh (berkali2 jgk la)牋bg cadangan suruh astro buat rancangan mcm ni.
evri week tayang apa yg mawi buat dlm week tu tp takde org amek pot pon
skrg takleh dah la.. ...


idea ni actually memang they all cilok dari cadangan MawiFC & salah sorang darinya ialah hang, tapi si Astro :@ saja tak mau ambik pot... tup tup, skrg buatlah untuk Mila, untuk tunjukkan kekononnya seantero Malaysia memang nak ikuti sesangat perjalanan seni Mila ni....

apa boleh buat.....Mawi memang nak dijatuhkan, memang dah merundum, aura dah hilang, peminat semakin kurang, jualan album tak laku.... bla...bla...bla......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2007 10:54 AM | Show all posts

Reply #159 sisone's post

Ala..kan Mawi dah ada Resume untuk Mawi masa dia baru kuar AF hari tuh.
Skang turn Mila la pulak.
Lagi pun Mila ok per...dia pun ada fan tersendiri.
Mawi pun dah kukuh la jugak dalam industri ni..skang astro nak carik pengganti Tok Ti.
Depa nak lengkapkan stable artis astro.

Lelaki dah ada Mawi, yang pompuan ni hopefully Mila kot.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.046919 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list