|
ALL ABOUT : album terbaru Dayang-RELEASE 18 JUNE 2007!!!
[Copy link]
|
|
xpenah tgk pon vc LIPS tuh...tp vc Kasih n kasih maafkan tu pon dah cantik dah pade aku...lg satu aku suka kau pergi jua... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by orang_kampong at 9-11-2006 10:30 PM
xpenah tgk pon vc LIPS tuh...tp vc Kasih n kasih maafkan tu pon dah cantik dah pade aku...lg satu aku suka kau pergi jua...
:setuju::setuju:
video klip dayang sayang kamu pun best jugakk.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by bintang^hati at 10-11-2006 12:52 PM
:setuju::setuju:
video klip dayang sayang kamu pun best jugakk..
vc DSK ok la...xsakit mate la tgk... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by orang_kampong at 10-11-2006 01:59 PM
vc DSK ok la...xsakit mate la tgk...
video klip mana yg menyakitkan mata ko?? |
|
|
|
|
|
|
|
vc dayang xde kot sebab aku minat die..tp singers lain ada la...tp tgk vcd mtv dayang tuh...selain dr yg aku sebut kat atas tuh...suma boring...sama jek...btw..aku sama cam dayang gak..suka vc yg ada story.. |
|
|
|
|
|
|
|
video dayang yang sedia ada mmg dah best.But macam MTV terbaru ni,jln cite cam sama je.Dayang duduk,then bersedih.Try tgk vklip ***** cat doll,Stick with you.Even lagu tu slow still boleh menari rancak.. |
|
|
|
|
|
|
|
TRACKLISTING ALBUM SOLO KE- 5 DAYANG NURFAIZAH
" DENGAN MU "
1. Denganmu ( komposer : Mazlan Hamzah )
2. Tiba-tiba ( komposer : Ameer Ruffedge )
3. Ingin kumiliki ( komposer : Audi Mok )
4. Tiga ( komposer : Audi Mok )
5. Nada ( komposer : Audi Mok )
6. Hanya padamu ( komposer : Raini )
7. You to me are everything ( c.c : malay version )
8. Tanpa sentuhan ( komposer : Ryan Kyoto )
9. Lagu ciptaan Ryan Kyoto ( to be confirmed )
10. Lagu ciptaan Ryan Kyoto ( to be confirmed )
ALBUM NI BAKAL BERADA DI PASARAN SELEWAT2NYA MARCH 2007
NANTI AKU UPDATE KALAU ADA INFO TERBARU...:tq::love::tq:
[ Last edited by burung_pungguk at 11-1-2007 07:39 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by burung_pungguk at 4-1-2007 05:38 PM
TRACKLISTING ALBUM SOLO KE- 5 DAYANG NURFAIZAH
1. Denganmu
2. Tiba-tiba
3. Ingin kumiliki
4. Tiga
5. Nada
6. Hanya padamu
7. You to me are everything ( malay version )
8. ...
wah....full list nmpk. kat ne ambik ek?? |
|
|
|
|
|
|
|
tp tracklisting tu tak ikut susunan yer...aku ikut suka hati jer letak...tapi tajuk lagu2 tu memang betul dah... |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam list lagu ni kan, korang perasan x.
tajuk-tajuk lagu ni, semuanye pendek-pendek belaka. x mcm tajuk yg lepas2. |
|
|
|
|
|
|
|
Album terbaru penyanyi kelahiran Kuching dijangka menjengah pasaran Februari tahun depan
MELIHAT penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak ini membesar sebagai anak seni, pasti akur proses kematangan yang dilaluinya. Andai pada permulaan langkah Dayang Nurfaizah seperti keliru dalam menentukan arah yang ingin dituju namun semua itu sudah berubah.
Berbicara dengan Dayang hari ini menyerlahkan kedewasaan penyanyi yang sudah lebih tujuh mencipta nama di bidang seni itu. Pengalaman pahit, pernah tersungkur ketika nama mula memuncak namun hasil kesabaran cahaya kejayaan makin membias dalam karier seninya.
Dayang tahu apa yang diinginkan. Dan keinginan itu dapat dilihat dalam produksi album terbarunya yang akan menjengah pasangan Februari tahun depan. Hingga kini, empat lagu sudah dirakam dan kata Dayang, dia bersyukur kerana ditemukan dengan insan kreatif yang memahami aspirasi seninya.
Barangkali untuk mencapai kepuasan sepenuhnya menuntut masa yang lebih panjang. Namun penyanyi berusia 25 tahun itu album berkenaan membawa pembaharuan yang manis dalam karier nyanyiannya.
?etap Dayang percaya jika diberikan sedikit lagi masa, Dayang akan menemui apa yang diinginkan. Biar perlahan namun tempias pembaharuan itu sudah mula Dayang rasai,? katanya.
Proses pengumpulan material album itu dimulakan sejak kelahiran Dayang Sayang Kamu, lebih dua tahun lalu. Banyak lagu diterima tetapi ada di antaranya terpaksa ditolak kerana Dayang ingin memastikan album solo ketujuhnya itu lebih mantap berbanding album terdahulu.
Apatah lagi, selepas menyertai One In A Million, peminat menggantung harapan yang tinggi untuk melihat Dayang yang baru.
?ezanya kali ini Dayang lebih banyak mendapat banyak lagu rancak berbanding lagu balada. Itu yang memeningkan. Dayang memerlukan sentuhan balada yang betul-betul kuat kerana mahukan album ini seimbang dan memberi impak apabila keluar nanti,? katanya.
Dalam penerbitan terbarunya ini, Dayang bekerja dengan beberapa penerbit dan komposer terkenal antaranya Audi Mok, Jenny Chin, Mazlan Hamzah, Amer (Ruffedge) serta Mohariz Yaakup.
Dayang juga merakam semula lagu Inggeris popular, You To Me Are Everything yang ditulis liriknya dalam bahasa Melayu. Lebih istimewa, komposer Ryan Kyoto menghasilkan tiga lagu yang dicipta khusus untuknya.
Akui Dayang, dia tidak pernah mengenali pencipta lagu dan penyanyi bernama Mazlan Hamzah. Dia begitu menyukai lagu ciptaan Odie Agam, Aku Cinta Padamu yang pernah dinyanyikan Mazlan sebelum dipopularkan kembali Sheila Majid.
Namun, finalis Penyanyi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2006 itu menyimpan harapan untuk bekerja dengan komposer yang pernah menghasilkan lagu nyanyian Sheila Majid.
Bertahun dia bersama pengurusnya, Shaliza Kadir Sultan berusaha untuk mendapatkan khidmat komposer ini. Tanpa disangka, pesanan telefon yang dibuat Shaliza mendapat reaksi positif daripada Mazlan.
?ami bertemu dan berbincang, akhirnya dia bersetuju untuk menghasilkan lagu buat Dayang. Juga sebuah lagu rancak tetapi ala disko 80-an yang diterbitkan Jenny Chin,? katanya teruja apabila mimpinya itu menjadi kenyataan.
Kembali ke Planet Hollywood:
SIRI Sunday Nite Live di Planet Hollywood Kuala Lumpur cukup sinonim dengan gadis yang memuncak namanya menerusi lagu Seandainya Masih Ada Cinta itu. Januari ini, selama dua malam iaitu pada 14 dan 28 Januari, Dayang akan kembali menghiburkan peminatnya.
Apa kelainan yang cuba dijanjikan Dayang?
?ampir keseluruhan lagu yang bakal Dayang persembahkan untuk dua malam itu adalah pilihan peminat. Ramai yang meminta Dayang menyanyikan lagu itu dan ini, justeru Dayang cuba penuhi menerusi persembahan ini,? katanya.
Bakal menampilkan sembilan pemuzik diketuai Jenny Chin, Dayang yakin persembahan solo kelimanya di pusat hiburan itu bakal meninggalkan kenangan yang manis kepada penonton yang hadir.
Antara lagu yang akan dinyanyikannya termasuk Hurt (Christina Aguilera), Irreplaceable (Beyince Knwoles), Survivor (Destiny? Child), Buttonz (*****cat Dolls) selain lagu Melayu popular, Kenangan Terindah (Samsons).
Tidak melupakan lagu popularnya, Dayang turut mengalunkan lagu seperti Seadainya Masih Ada Cinta dan Erti Hidup yang diberi sentuhan baru oleh Jenny Chin.
?a menjadi platform terbaik untuk memperkenalkan lagu terbaru Dayang selain tanda terima kasih Dayang kepada peminat. Selepas itu Dayang akan sibuk dengan siri promosi album, jadi sukar mencari masa yang sesuai untuk persembahan istimewa seperti itu,? katanya yang akan memperkenalkan lagu terbarunya, Inginku Miliki.
INFO: Dayang Nurfaizah
TERHARU kerana namanya kembali dicalonkan sebagai finalis Penyanyi Wanita Popular, ABPBH 2006. Biarpun tidak pernah mengungguli kategori, namun Dayang berbangga kerana peminat sentiasa meletak kepercayaan tinggi terhadap bakatnya.
UNTUK kategori itu, Dayang terpaksa bersaing dengan nama besar lain seperti Datuk Siti Nurhaliza, Erra Fazira, Misha Omar dan Jaclyn Victor. Untuk ABPBH 2006, Dayang bersedia mengikuti beberapa siri promosi jelajah sebagai tanda terima kasih kepada peminat.
PENANGGUHAN penggambaran filem Luka yang akan bermula Mac atau April 2007 membuka rahmat kepadanya.Dayang mempunyai banyak masa untuk mempromosikan album terbarunya. Paling membuatkan Dayang terharu apabila syarikat produksi itu sedia mengikuti jadual kariernya.
DAYANG juga bakal menjayakan persembahan sempena Hari Memperingati Kekasih di sebuah restoran eksklusif pada 14 Februari 2007. Dayang akan menghiburkan tetamu dengan rangkaian lagu bertemakan cinta diiringi petikan piano daripada Aubrey Suwito.
MENYIMPAN impian untuk belajar bermain piano tahun depan. Kata Dayang, dalam keluarga hanya kakak dan abangnya yang sempat mengikuti kelas piano ketika zaman kanak-kanak. Kerana itu, Dayang ingin mengikuti kelas berkenaan untuk melengkapkan lagi pengetahuannya dalam bidang muzik.
SUMBER : BERITA HARIAN ONLINE 18/12/2006 |
|
|
|
|
|
|
|
menurut Dayang, 70% album baru ni dah siap dirakamkan...tinggal 3 lagu saja lagi yg belum dirakamkan...
album ni mengandungi 7 lagu rancak & 3 lagu slow/ballad...
kemungkinan di pasaran AWAL MARCH 2007 :tq::love::tq:
sumber : DYG@TNL (04/01/07) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
fuuyyooo
merahnya beb
ahahahahah |
|
|
|
|
|
|
|
pada sesiapa yg teringin sangat nak dengar dayang nyanyi lagu yg audi mok buat, dah tertunai lah hasrat korang. aku pun excited nak dengar lagu2 tu. |
|
|
|
|
|
|
|
byk lagu rancak yer..best nih.tak sabau nak beli album br Dayang!!! |
|
|
|
|
|
|
|
kolaborasi dengan anuar zain 1
dengan adibah noor 1
dengan VE 1
wah dah cukup best dah..
xperlu lah luar negara |
|
|
|
|
|
|
|
audi mok nyer yg buat one in a million tu kan |
|
|
|
|
|
|
|
10 lagu jerrrr?? nk sgt satu album Dyg lebih dr 10 lagu...baru syok... |
|
|
|
|
|
|
|
rasa2 ada tak lagu etnik ala2 erti hidup dlm album baru ni?
hmm...teringin nak dyg letak at least 1 lagu etnik dlm setiap album.
rasanya afdlin shauki msti byk idea lg nk wat lagu2 cmtu.
tk pon dyg bley mintak lagu dari komposer lain...mcm yasin ke , m nasir ke, or farihin. :bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
kalau x silap hari tu, katanye ada lagu ciptaan Faizal OIAM. x jadi masukkan ke?? ataupun.... x cukup hebat lagu tu utk dayang?? |
|
|
|
|
|
|
| |
|