Haha,nada tahu je cik @pauliza selalu dekat benang2 drama zara , i pun SR juga dekat benang Cinta FB dan drama zara yang lain, tahu dari situ juga yang pau beralih arah kejap kdrama sejak2 astro bagi channel free haritu kan, hihi. Tapi memang puas hati tengok drama2 korea ni, sebab team diorang sungguh2 untuk hasilkan yang terbaik kan. Dahlah live shooting pulak, huhu. Harap suatu hari nanti drama2 melayu boleh hasilkan drama yang berkualiti macam ni.
Kan, harapnya, momentum dia kekal sampai ke penghujungnya. Hihi, memandangkan ni rom com, harapnya semua happy endinglah
Untuk preview epi 21 tu macam suspense kan, espcially part breast cancer Hwa Shin tu. Biasanya, nada cuba tak nak ambil kisah sangat dengan preview dia, sebab apa yang kita predict tu mesti akan jadi lain bila episod esok ditayangkan. Tapi, kadang2 bagus juga kalau kita ambil serius dengan preview untuk next episode kan, at least kita boleh prepare for the worst, hihi
Untuk episod 20, yang ramyun proposal tu, sweet sangat kan . Tapi kalau kita fikir dari perspektif Na Ri, amboi Hwa Shin, hang ingat lepas hang dah malukan aku dengan gantikan Hye Won masa live broadcast tu, ingat senang2 ke nak terima lamaran tu. Haha. Ada nada baca komen dekat twitter, silap2, untuk episod akan datang ni, Na Ri akan tolak dulu lamaran ni sampailah Na Ri betul2 yakin yang Hwa Shin 'trust' dengan dia. Pastu, bila proposal direject oleh Na Ri, Hwa Shin terbalikkan meja makan tu,sebab geram sangat kat Na Ri haha.. Tergelak nada baca komen dan expectation orang untuk sambungan esok ni. Tulah, ni semua author-nim punya pasal, sebab jalan cerita JI selalu lari dari cliche kdrama kan, so kita pun terfikir luar kotak untuk scene2 seterusnya, hihi
Kan, serius malu nak join sebelum ni, dekat sebulan jugalah, akhirnya, dah tak dapat ditahan, terus je send karangan yang panjang tu, huhu. Padahal tunggang terbalik jugalah ayat2nya. Hihi. Thanks @Claudia_Lestat
Betul tu, nada suka masa end credit episod 19 tu, lampu meja tu mula2 arah ke katil, kemudian, lampu tu menghadap sesama sendiri. Benda2 kecik macam ni yang buat kita lagi attach dengan drama tu kan
Lagi satu, nada suka scene Hwa Shin tidurkan Na Ri, boleh tengok balik di episod 6 (lepas bangun pagi dekat wad) dengan 8 (lepas Na Ri mabuk masa depa get together satu team tu). Dapat rasa yang Hwa Shin ni boleh protect dan sayang Na Ri sampai bila2. Buktinya bukan main nyenyak lagi Na Ri lena lepas dibobokkan oleh Hwa Shin Dengan kamera fokus tangan Hwa Shin membobokkan Na Ri dan ditambah pula dengan alunan OST Lovesome tu, wah, untunglah hang Na Ri, hihi.
Haha, mak Hwa Shin satu hal, Chi Yeol pun satu hal juga, haha. Yelah mesti Chi Yeol tahu betapa susahnya Ppal Gang dengan ayah dia masa Hwa Shin dok kat Thailand tu kan. Nasiblah hang Hwa Shin, demi Na Ri, terpaksalah hang hadap semua ni, kuikuikui
Boleh tengok kat gambar ni, Chi Yeol macam tak puas hati je kalau Hwa Shin bakal jadi abang ipar dia, haha. Good job CY, biar HS ni sedar diri sikit
Kaaannn, mestilah pilih crush tu, haha. Walaupun Jung Won ni nampak perfect, tapi, ada juga sisi2 negatif JW ni, tapi tak banyaklah berbanding Hwa Shin tu, . Contoh masa Na Ri nak minta break up tu, kan dia macam tak nak dengar, so dia hon kereta dia sebab tak sanggup nak dengar apa yang Na Ri nak cakap. Selain tu, masa tengok movie sama2 tu, Jung Won tak pandang pun Na Ri masa suapkan pop corn dan air tu, dia lebih fokus pada skrin je. Dan adalah lagi kan kat scene2 lain. Haha, teamJungWon jangan kecam nada tau, sebab Hwa Shin pun boleh tahan juga perangai dia, kalau kita kena list semua perangai 'jerk' dia tu, agaknya, sampai ke sudah tak habis
Huhu , janganlah Hwa Shin mati. Takpe uolls, keep positive, mana tahu, sebenarnya, cancer Hwa Shin makin pulih, sebab dia kan rajin buat treatment, mungkin reaksi Dr dekat preview baru2 ni nak menunjukkan yg sel2 kanser tu sudah pulih sepenuhnya. Mana tahu kan, haha
Betul tu @pauliza Drama2 yang GHJ ambil ni biasanya tak mengecewakan. Nada suka tengok dia dalam Thank You dengan Sang Doo, Lets Go to School, walaupun GHJ digelar Queen of Romantic Comedy, tapi bila cerita yang melo pun dia boleh bawa dengan cemerlang. Personally, nada dapat rasa aura GHJ ni sama macam zara zya kalau kat malaysia.
Ramai hero2 yang adore untuk berlakon dengan GHJ untuk rom com, antaranya Song Jong Ki dan ramai lagi. Mungkin sebab GHJ ni mudah cipta chemistry dengan pasangan on screen dia. Dan kebiasaannya, hero2 GHJ akan cakap yang diorang terima tawaran berlakon disebabkan oleh GHJ, sama juga macam JJS, hihi So sweet kan, sebab tulah Knetz panggil GHJ, Gonvely, sebab dia sangat lovely hihi. Sebab nilah i jatuh cinta dengan GHJ, sampaikan DP nada pun gambar GHJ masa dia photoshoot dekat Masjid Biru Turki
Tapi bagi nada, JI ni betul2 serlahkan bakat JJS, dan nada akan cari masa untuk tengok semua drama dan movie dia nanti.
Sorry, banyak pula nada share malam ni. Sebelum tidur, nada nak share satu poll untuk rom-com king. Boleh tengok dekat blog netizenbuzz, http://netizenbuzz.blogspot.my/2 ... -1-romcom-king.html
Walaupun poll ni lebih kepada popularity dan rasanya JJS takde pun dalam senarai tu, tapi, dekat ruangan komen, knetz ackowledge bakat dia, dan semua rata2 berikan komen yang positif dekat JJS sebab berjaya bawakan watak Hwa Shin dengan sangat cemerlang. Well done JJS Nada quote komen knetz yang nada sangat2 setuju pasal JJS as a new rom-com king
1. [+698, -103] I'd personally vote for Jo Jung Suk... Anyone who's seen 'Jealousy Incarnate' would agree that he's not just a romcom star, he goes above and beyond just pulling off the script he's given
7. [+25, -3] #0 is probably Jo Jung Suk then. I know his face isn't anywhere up to par with the other guys on the list but his acting skills alone can dominate all of them. His acting is so on another level.
Alrite, nada tidur dulu sambil dengar lullaby GHJ Take care semua
Post time 2-11-2016 02:57 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Seblm tido nk share ni.GHJ upload ni.Sapa tau maksud apa?huhu..tolonglah jgn ending JI ni buat iols rasa nk bunuh director & writer mcm ending scarlet heart
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Kalau baca dekat ruangan komen tu "Hwa Shin will be raised by Pyo Na Ri" . Haha, tapi sekali imbas nada ingat tu note ayah Ppal gang, rupanya note yang lain. Wah makin suspense ni. Btw, rabu dah hari ni Masa check comment kat ig GHJ tu, ada orang Malaysia komen, itu cik pau ke? Hihi. Tapi GHJ pernah cakap dia suka makanan malaysia
Post time 2-11-2016 07:28 AMFrom the mobile phone|Show all posts
nada89 replied at 2-11-2016 12:07 AM
Betul tu @pauliza Drama2 yang GHJ ambil ni biasanya tak mengecewakan. Nada suka tengok dia dala ...
Uols mmg minat gile ghj ek...
Byk info pasal ghj uols tau...tq for sharing..
Iols pun fan cume x byk tau psl dia personally..just ikut kbykn drama dia...
Suka sgt kebanyakan drama yg dia berlakon..
Paling suka jealousy, ioil n producer...
Tulah zaman2 baru habis belajar, tertengok TMS, sekali girl crush dah dengan GHJ, so banyak update tentang dia dekat benang Soompi dulu, huhu. Tapi lama dah tak menyinggah kat sana
ehehehehe takpa lepas ni x yah malu dah.
iols suka bersembang mengulas kisah psl drama yg iols tgk.
tp yg bebetul iols tgklah.
kalo mana yg dah drop tu iols masok thread sekadar baca.
kadang2 before tgk memana drama tu iols baca dulu komen komen forummer dptkan info.