CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mekmalu

VIII. GAGAHians ♥ HAZAMA

[Copy link]
Post time 6-7-2013 07:15 PM | Show all posts
               Akim, Hazama, Atilia Hiburkan Final Pentas Ceria Popstar







KUALA LUMPUR, 6 JULAI 2013: Detik yang dinanti-nanti telah pun tiba. Kini persaingan di atas pentas Ceria Popstar sudahpun sampai ke penghujung. Dan, ia bakal menyaksikan 5 bintang cilik iaitu Vision Mate, Razmil, Hairul & Leen, Flower Queen dan Trisya bersaing hebat untuk dinobatkan sebagai juara sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM20, 000?

Siapa agaknya yang bakal mememegang gelaran jauar Ceria Popstar ini? Sama-samalah kita saksikan Siaran Langsung Konsert Kemuncak Ceria Popstar pada 7 Julai 2013 (Ahad), jam 11.00 pagi @ Studio 1, Astro Bukit Jalil.


Menariknya, Konsert Kemuncak Ceria Popstar ini kelak akan turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa oleh penyanyi popular seperti Akim, Daiyan Trisha, Radhi OAG, Cat Farish, Atillia dan Hazama.

Tambah istimewa apabila pelakon dan pengacara popular iaitu Aaron Aziz akan menjadi juri undangan pada konsert kemuncak itu nanti. Pasti Konsert Kemuncak Ceria Popstar ini akan menjadi satu acara yang dinantikan oleh semua.

Jadi, jangan lupakan tandakan kalendar anad untuk menyaksiakan Siaran Langsung Konsert Kemuncak Ceria Popstar pada Ahad ini. Hanya di Astro Ceria...

         kredit murai.com...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2013 07:18 PM | Show all posts
                  Kenapa Hazama Tak Minta Izin Ajuk Amy Search?






Teks, foto & video oleh Haswari Ali
Email: [email protected]

KUALA LUMPUR, 5 JULAI 2013: Juara Akademi Fantasia ke 9, Hazama mengaku tidak meminta keizinan daripada lagenda rock, Amy Search untuk mengajuk suara penyanyi berkenaan ketika membuat persembahan di Wisma Bently Music, Damansara malam tadi.

Hazaman yang baru saja melancarkan album sulungnya berjudul Penglipur Lara sejak 26 Jun lalu telah mengajuk suara serta gaya persembahan Amy Search menerusi lagu duet mereka berdua berjudul Simetri di hadapan hampir 300 penonton sempena pelancaran albumnya itu.
"Saya bukan mahu meniru mereka tetapi apa yang boleh saya katakan di sini, itulah caranya saya menghargai muzik serta kehadiran mereka," katanya.

Hazama telah mempersembahkan lapan buah lagu di dalam persembahan mini sempena pelancaran album Penglipur Lara antaranya Ulek Sayang, Dengarlah, Akhir Ceritera, Simetri dan Penglipur Lara.

Penglipur Lara yang mempetaruhkan konsep Pop Rock, merupakan hadiah terbaik daripada Hazama selepas sekian lama menanti selepas kejayaannya di AF9.

Album yang diterbitkan oleh Astro Talent dan edaran Warner Music Malaysia itu menyenaraikan ramai komposer dan penulis lirik terkenal antaranya, Audi Mok, Omar K, Manusia Putih, Mike Chan, Zel Hedauan, Cat Farish dan Hazama sendiri.

Kebolehan Hazama terserlah apabila dia bukan sahaja mampu menyanyikan lagu secara live dengan begitu baik sekali, malahan juga kebolehannya berseloka dengan peminat membuktikan dia mampu menjadi penghibur yang baik.

"Saya hanya berlatih beberapa hari saja untuk persembahan ini kerana yang lainnya datang daripada pengalaman saya sepanjang menjadi penyanyi. Kalau nak cakap soal tahap keyakinan saya pada persembahan tadi, rasanya sukar untuk saya lafazkan. Kerana inilah kali pertama saya membuat persembahan dengan lapan buah lagu sekali gus. Ia merupakan pengalaman terbaik buat saya.

"Bagaimanapun saya bersyukur dan berpuas hati dengan reaksi peminat saya hari ini yang kebanyakannya daripada Hazama Recruits. Merekalah yang menyokong saya dari dulu hingga kini," katanya.

         kredit murai.com....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2013 05:00 PM | Show all posts
congrats hencik Ama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2013 05:08 PM | Show all posts
thanks uols for all de tempekans...... x sempat nk gugel senirik citer2 pasal first baby babyrempits tu


bongkarahsia ni seangkatan ngan reputz melodi gitu kah?... bongkar2 gitu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2013 05:09 PM | Show all posts
nak kna pi promote album kt bod promosi ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 09:19 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-7-2013 06:39 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2013 06:40 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2013 06:40 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2013 07:08 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2013 12:23 PM | Show all posts
Bangga sangat dgn showcase Mr H kita mlm tadi.......semua lagu sedap2 belaka.....bukan senang nyanyi LIVE camtu,.....setiap lagu ada trademark suara Mr H yg tersendiri....semua fokus tgk show sampai habis....mmg berbaloi2 beli album Penglipurlara......Bravo Bravo Bravo......
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 09:37 PM | Show all posts
S3Myx posted on 2-9-2013 12:23 PM
Bangga sangat dgn showcase Mr H kita mlm tadi.......semua lagu sedap2 belaka.....bukan senang nyanyi ...

iols xsempat nk merembes..hukhuk
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 09:38 PM | Show all posts
lamanya tak merempit kat banglo
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 01:33 AM | Show all posts
       
HIBURAN
Isnin September 9, 2013
Hazama Akui Rapat Dengan Pemuzik Wanita
Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI

PETALING JAYA: Penyanyi Hazama mengakui sedang mengenali hati budi seorang pemuzik wanita yang dikenali sebagai Genervie Kam sejak empat bulan lalu.

Hazama atau nama sebenarnya Hazama Ahmad Azmi, 29, berkata, persahabatan yang terjalin diantara mereka itu sedang menuju ke arah percintaan dan enggan menyorokkan perkara itu daripada pengetahuan peminat walaupun tidak selesa berbuat demikian.

"Benar saya sedang berkawan rapat dan mengenali hati budi Genervie sejak empat bulan lalu dan sedang ke arah percintaan namun masih diperingkat awal.

"Ia masih terlalu awal untuk diperkatakan kerana hubungan ini masih lagi baru walaupun kami sudah lama mengenali antara satu sama lain," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Ahad.

Hazama mengulas mengenai laporan sebuah akhbar mingguan pada Ahad yang mengatakan dia dan Genervie sentiasa menghabiskan masa bersama dan keluar bersama.

Tambah Hazama, dia seboleh-bolehnya tidak mahu mengembar-gemburkan cerita peribadinya untuk tatapan umum namun menyedari dirinya milik masyarakat dia perlu berterus terang.

Jelasnya, dia tidak mahu menipu tentang statusnya yang pada kemudian hari akan merosakkan karier seninya.

"Saya seorang yang berterus terang dan tidak suka menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan peminat jika ia benar kerana saya sedar kedudukan sebagai seorang selebriti.

"Tetapi pada masa sama saya tidak mahu ia terlalu mendapat perhatian sehingga kerjaya saya tenggelam dengan kisah-kisah peribadi," tuturnya.

Sementara itu, Hazama berkata, dia selesa berkawan dengan Genervie kerana sifat wanita itu yang matang dan berkongsi minat sama terutama muzik.

Jelas Hazama, wanita itu juga tidak lokek ilmu tentang pengetahuannya dalam bidang muzik menyebabkan mereka menjadi rapat sejak empat bulan lalu.

"Muzik merapatkan kami kerana dia sering berkongsi ilmu tentang bidang tersebut selain sikapnya yang matang membuatkan saya selesa," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Hazama berkata, dia baru sahaja melancarkan album terbaharunya berjudul Penglipur Lara dan sedang sibuk mengadakan aktiviti promosi album berkenaan di seluruh negara.

Selain itu katanya, dia juga baru sahaja selesai menjalani penggambaran sebuah filem arahan Ahmad Idham berjudul Hantu Nan Sempit.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 10:06 AM | Show all posts
iols dalam proses nak merelakan jiwa ni uolssss  
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 02:45 PM | Show all posts
juliet80 posted on 10-9-2013 10:06 AM
iols dalam proses nak merelakan jiwa ni uolssss

Ku relakan jiwa.......walau ku terpaksa......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2013 06:20 PM | Show all posts
Salam uolsss.....lama dh tak masuk umah.


Apa cer Pak Lang skang....dah lama tak dgn Mak Lang Inarah ek.  Dgn  Mak Lang Amoi ek...member band FT  kans
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 06:31 PM | Show all posts
Iols baru beli cd Ama. Mmg layan sume lagu.  suka sgt lagu semalam
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 08:15 AM | Show all posts
khenn... lagu Semalam tu mmang layan sangat...

tiap kali dengar tiap kali tu la duk mremang ja dada ni..

belum dengar heols nyanyi live depan mata lg tu .....
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 10:07 AM | Show all posts
Kosmo Online..13 sept 2013..

Hazama, Genervie sedang kenal hati budi

SEPANJANG bergelar artis setelah muncul juara Akademi Fantasia 9, agak jarang kedengaran cerita sensasi yang membabitkan penyanyi Hazama. Bagaimanapun, Kosmo! Ahad hujung minggu lalu melaporkan yang pelantun lagu Cinta Teragung itu dilaporkan sedang akrab dengan seorang pemuzik Cina dikenali sebagai Genervie Kam.

Ketika dihubungi baru-baru ini, Hazama, 29, tidak menafikan tentang perkara tersebut dan mengakui bahawa Genervie merupakan gadis yang paling rapat dengannya sekarang.

Sudah mengenali pemuzik yang berkebolehan bermain violin dan piano itu sejak tiga tahun lalu, hubungan mereka mula rapat sejak empat bulan lalu.

Kosmo!: Hujung minggu lalu akhbar Kosmo! Ahad mendedahkan tentang hubungan Hazama dengan seorang pemuzik Cina yang dikenali sebagai Genervie Kam. Boleh anda komen mengenai perkara tersebut?

HAZAMA: Saya dan Genervie sudah lama kenal dan hubungan kami bermula atas dasar kerja selepas saya menjuarai Akademi Fantasia 9 dahulu.

Pada mulanya, saya anggap dia tidak lebih daripada sekadar teman biasa. Namun begitu, lama-kelamaan saya rasa selesa berkawan dengan dia.

Bagaimanakah hubungan kamu berdua menjadi rapat?

Ia berlaku ketika kami menjayakan sebuah persembahan hiburan kira-kira empat bulan lalu. Selepas acara berakhir saya ajak dia pergi minum di sebuah restoran.

Ketika itu banyak perkara yang telah saya dan Genervie bualkan. Ia merupakan detik awal yang membuatkan hubungan kami menjadi rapat dan sejak itu kami selalu keluar berdua.

Sekarang ini apakah status hubungan kalian?

Apa yang boleh saya cakap, kami sedang dalam proses untuk mengenali hati budi masing-masing dan sedang ke arah hubungan yang lebih serius.

Kalau ditakdirkan kami memang bercinta sudah tentu saya tidak akan sembunyikannya daripada pengetahuan peminat. Lagipun, saya ini bukan jenis individu yang suka berahsia sangat.

Apakah kelebihan yang ada pada Genervie?

Dia seorang wanita yang banyak memberikan sokongan kepada saya dalam kerjaya dan kehidupan. Memandangkan usianya yang tua empat tahun, setiap kata-kata semangat yang diberikan membuatkan saya lebih bersungguh-sungguh untuk mempertingkatkan lagi diri agar menjadi seorang insan yang lebih baik.

Umum mengetahui Hazama dan Genervie berlainan kaum dan agama. Adakah anda tidak risau sekiranya hubungan cinta yang terjalin nanti mendapat tentangan keluarga?

Mengenai perkara ini, saya sukar untuk jelaskan kerana ia merupakan isu yang agak sensitif. Namun, dalam soal jodoh saya tidak kisah kalau ditakdirkan berkahwin dengan gadis yang berlainan kaum atau agama.

Berhubung dengan soal keluarga pula, setakat ini kedua-dua keluarga kami mengetahui tentang hubungan yang terjalin dan mereka tidak menghalang.

Sebelum ini anda sudah mempunyai kekasih yang dikenali sebagai ‘Nor’. Bagaimanakah hubungan anda dengan gadis berkenaan?

Sebenarnya kami sudah berpisah sejak lima bulan yang lalu, cuma saya tidaklah beritahu kepada umum mengenainya. Kalau ada yang bertanya, barulah saya akan memberitahu perkara sebenar.

Perpisahan saya dan Nor dilakukan secara baik setelah berbincang dan saya anggap tiada jodoh antara kami. Kalau berjumpa di mana-mana tempat kami masih lagi bertegur sapa.

Apakah perkembangan terbaharu kerjaya anda?

Kini saya sedang sibuk mempromosikan single terbaharu saya berjudul Penglipur Lara. Maklum balas yang diterima daripada peminat sangat positif dan mereka suka dengan lagu tersebut.

Untuk lakonan pula saya sedang berehat setelah selesai membintangi filem Hantu Nan Sempit dua bulan lalu. Mungkin tahun depan saya akan kembali berlakon.












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.334136 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list