CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: monxys

Kisah Aku Penjaga Asrama (share lah kisah asrama anda jgk)update on 6 april 201

[Copy link]
 Author| Post time 8-10-2015 11:54 AM | Show all posts

maaflah..memang nak update tapi masalahnya..penah xbayangkan..kita nak kutuk orang tu tapi orang tu ada kat depan mata.. so samalah situasinya sekarang cuma beza dia xnampak.. sebab dia bole nampak dan dengar apa yang kita cakap.. tapi kalu taip saya xsure lah
pernah xtengok movie sorang mamat ni di buat kerja kat dalam opis dia tapi ada somebody tengah dok tengok dia buat kerja.. tapi dia xnampak.. itulah situsainya sekarang.. in fact masa tengah dok taip ni pun meremang bulu roma den.
so harap bersabar.. in sha Allah petang ni akan diupdate sebelum lupa cerita2nya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2015 12:39 PM | Show all posts
monxys replied at 8-10-2015 11:54 AM
maaflah..memang nak update tapi masalahnya..penah xbayangkan..kita nak kutuk orang tu tapi orang t ...

alamakkkk...smp mcm tu skali ehh...adehh... okok akn ku tunggu dgn penuh sabar
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 01:46 PM | Show all posts
tungguuuuuuu... sabar menanti...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 02:36 PM | Show all posts
TT
dekat hospital sltan aminah ke? atau kempas?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2015 02:48 PM | Show all posts
nad014 replied at 8-10-2015 02:36 PM
TT
dekat hospital sltan aminah ke? atau kempas?

huhuhuhu jauhnya..maaflah tak bole bagi details lebih lanjut cuma bole cakap selatan tanah air sahaja..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2015 03:49 PM | Show all posts
KISAH PAK CIK TUA,DOKTOR DAN GENG MUSABAQAH


salam..hye semua maaf lah lambat update sebab xsangka ada yang menunggu cerita baru sebab ingatkan tak menarik minat cerita2 asrama ni

last update pasal sehari sebelum puasa aku mention ada panggil ustaz kan.. so lepas tu dua bulan jugak lah asrama senyap sunyi tanpa sebarang cerita atau gangguan.. cuma ada la mak cik cleaner cakap masa dia tengah cuci bilik ada orang tampar bontot dia.. yang ni aku xtahu la nak gelak ke nak kesian kat mak cik ni

cerita2 seram dan gangguan mula timbul balik bulan lepas..time ni minggu tukar langsir di asrama. ada satu abang langsir ni datang berdua tukar langsir..kebanyakan orang yang kerja kat kawasan  ni memang tahu kisah2 popular di asrama..nak2 kesah doktor yang aku mula2 cerita dulu.. sampaikan ada doktor praktikal baru masuk siap request xnak duduk bilik doktor tu..

ok sambung balik cerita abg langsir ni.. so hari tu aku bagi la kunci aras 2 kanan(kalo korang ingat sebelum ni aku ada cerita sorang student jumpa muka buruk atas katil,so aras tu lah). pada awalnya semua ok..abg tu pun xcakap apa2 masa dok pasang langsir tu..masuk hari ke 2,dia turun bawah mintak yassin.. aku pun pelik la pahal nak mintak yassin.. so dia cakap la,masa dia baru bukak pintu nampak perempuan rambut panjang duduk mengadap ke tingkap.. tapi sekali kelip pompuan tu xdak..dua2 abg langsir ni nampak benda tu.. start dari hari tulah timbul satu2 cerita kurang enak.kisah brader langsir jumpa tu pun bertebaran ke seloroh pelosok hospital.

PENGHUNI DARI PESERTA MUSABAQAH

Diorang ni duduk beberapa hari selepas abg langsir tu jumpa "benda" tu. grup ni ada lebih kurang 20 orang, duduk 1 malam sahaja.. diorang sampai dalam tengah hari so  bila dah siap check in semua masing2 masuk bilik sekejap sebelum keluar untuk rehearsel sebab esok baru diorang start program tu. Masa aku nak ke tandas guard panggil aku dan cerita sorang brader ni (peserta musabaqah) cakap dia xnak duduk dalam bilik tu.. so dia nak serahkan kunci.. mula2 dia tak nak cakap kenapa selepas aku desak baru cakap dia kata masa mula dia masuk dia dah rasa lain macam.. bila dia baring,dia pejam mata sekejap bila buka je mata.. aku rasa korang bole kot bayang..alah.. macam dakam cerita seram buka mata ada benda atas siling.. gitu lah brader tu kata..aku  minta descrption "benda" tu macam mana..dia cuma kata buruk sahaja..yang lebih xbole cerita sebab "benda" tu tak suka orang cerita pasal dia. so lepas kes brader ni aku ingat dah xada apa lah kan..esoknya masa diorang nak check out diorang bukak cerita kat aku.. katanya semalam diorang balik around pukul 1am. 2 3 orang perempuan tido dalam satu bilik ni katanya nampak 3 orang menjenguk ke tingkap tengok diorang tengah tido. Yang peserta lin pulak nampak tengah padang depan asrama ramaiii sangat macam tengah ada event gitu.. Ada yang bawak anak,ada budak kecik yang tua yang muda semua ada.. sangat2 ramai. Muka xpayah cakap la macam mana..Dan cleaner aku cakap jumpa tulang banyak sangat kat tepi koridor..sebab aku xnak bagi mak cik takut aku cakap la semalam penghuni yang masuk tu beli ayam kfc diorang buat makan2, nanti saya marah diorang sebab tak buang dalam tong sampah
...................

so lepas dapat aduan gini aku pun terus maklumkan dengan matron dan matron cakap esok ada sorang habib ni akan datang pulihkan asrama.. So dia mintak aku sediakan la barang2.Esoknya habib tu datang dan cakap akan menginap di asrama 1 malam untuk tengok apa masalah asrama ni.. Dia request nk duduk bilik yang "keras". so aku bagi bilik yang brader musabaqah ni nampak. Esoknya bila aku jumpa habib ni dia kata dah pulihkan asrama. macam mana dia buat aku xtahu lah sebab dia start malam.. nak pulakk aku tunggu.. lepas habib ni balik aku ingat asrama akan jadi ok.. tapi rupa2nya tidak..

DOKTOR DAN ORANG TUA

2 hari lepas habib pulihkan asrama, sorang doktor yang baru menginap kat asrama  baru beberapa bulan kena kacau. Kisahnya macam ni. dia baru habis kerja dalam pukul 7 lebih.bilik dia aras dua sebelah kiri. Masa dia tengah naik dia nampak sorang pak cik tua dalan bongkok kat hujung koridor..masa tu dia cakap xpikir pelik so dia senyum kat pak cik tu tapi bila dia toleh ke belakang tengok pak cik tu tak ada. So dia pun naik bilik,katanya dia tertidur dan terjaga around 2am. so dia pun bangunlah buat asgment dia.. tiba2 dia dengar luar bilik dia bunyi macam orang tengah bercakap,bunyi macam orang ramai tengah berjalan kat luar koridor dia..dia buat xtahu sahaja walaupun cuak.tiba2 bunyi tu macam transfer ke bilik dia (nota: bilik doktor lain sikit dari bilik biasa,dia ada 1 bilik 1 ruang tamu kecik dan mini pantri, doktor ni buat kerja kat ruang tamu dekat meja makan) tiba2 kerusi hujung meja dia bergerak macam ada orang tarik for real, dan pada masa yang sama jugak dia nampak pak cik yang kat koridor tadi tengok kat dia. terus doktor ni nangis xberhenti.. lepas tu apa jadi aku xtahu sebab cerita ni mak cik guard yang bagi tau aku..sebab pagi tu mak cik guard tegur doktor kenapa mata bengkak muka sembap..terus doktor tu cerita kat dia.. masa ni lagi 2 hari nak raya haji.
Nota : bilik yang doktor ni duduk ada sejarah kena kacau jugak penghuninya..tapi itu dulu lepas tudah xada..entahlah mungkin yang bertuah sahaja lah kot yang nampak dan kena kacau
..............................
  sebabkan nak raya kan so aku tak pikir la lagi macam mana nak settel kan asrama.. tapi yang aku pelik kenapa habib tu kata asrama dah pulih. Raya haji hari tu aku pergi beraya umah mak sedara kat belah utara sana.. Aku cerita la kat dia masalah kat asrama aku ni sebab  kebetulan mak sedara ni macam ada kebolehan la nak menengok tapi tak bole nak berubat. kata mak sedara aku ni,penghuni yang xnampak ni ramai sesangat..katanya memang itu tempat dia.. ketuanya yang aku dok cerita tulah..yang rambut panjang tu..dia ni asyik tengok kat luar tingkap..dia nampak apa yang kami buat dia dengar apa yang kami cakap..korang kalo dengar camni saspen tak.. mak sedara aku cakap kawasann dia selalu depan pintu pejabat tu.. sebab tu dia tahu bila aku nak panggil ustaz ke apa ke.. time ustaz datang mestilah xde.. sama macam bila kpdnkk nak buat rush kat kedai2 la kot  konsep dia . Jadi mak sedara aku suggest p jumpa ngan ada sorang pak cik ni katanya anak buah harun din.. so aku pun ikot pergilah.. pak cik ni lagi lah.. aku mana ada cerita asrama ni kedudukan dia macam mana,dia siap bagi tahu la kat mana tempat2 feveret benda tu.. lagi lah aku cuak nek meronda lepas ni..lagi satu pak cik ni kata benda tu marah start yang abg langsir p canang satu hospital pasal dia..Pak cik tu cakap lagi pukul 1 pagi keatas tu masa diorang lah tu, sebab tu ada yang dengar bunyi air bunyi tu bunyi ni.. So aku tanya bole ke kalo pindahkan ke apa ke kat diorang ni..Pak cik tu kata " hampa mai kampung orang masuk buat suka hati ubah tempat tinggai depa tu depa marah tuu"
.............................

Ada sorang kenalan ni suggest aku p darul syifa  memandangkan kos nk shipping pak cik tu datang sini boleh tahan . Sampai ke skarang aku xbuat apa2 lagi..Kat mana lagi aku nak cari orang yang pandai.dah beratus aku habis duit jemput orang pulihkan asrama.. So skang  aku ingat kalo kita buat xtahu lama2  dia pun malas la kot nak layan kita,so dia pun pindah..bole gitu? ..






gitulah cerita setakat bulan ni.. Harap2 hari seterusnya xada masalah..skang ni semua penghuni baru aku terus terang je cakap,kalau xjaga kebersihan kena ganguan aku xtanggung. Kalau aku xcakap gini mak aii..buang pad suka hati jer..

Terima kasih sudi meluangkan masa membaca kesah kerja aku niii



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2015 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
niceeee....
kipidap sis....
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2015 01:33 AM | Show all posts
update best. kalau dah kampung benda tu kat situ susahlah kot nak pindahkan.

teringat pulak kat 2 banglo yg ayah mertua cerita baru2 ni. satu tu sejak banglo tu siap sekitar akhir tahun lepas sampailah ke sekarang tak ada orang duduk pun. nak jual tapi takde orang nak beli. gangguan kuat kat rumah tu. satu banglo lagi bernilai 3 juta tapi tak terjual2 sampai sekarang. banglo orang terkenal jugak, kalau sebut nama mesti tau. kes sama, rumah ada gangguan sebab tapak tu memang kampung benda tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-10-2015 08:58 AM | Show all posts
amirezu replied at 11-10-2015 01:33 AM
update best. kalau dah kampung benda tu kat situ susahlah kot nak pindahkan.

teringat pulak kat 2 ...

huhuhuh..kat area mana banglo tu.. saya kat sini sampai orang luar pelik camne boleh kerja kat  sini sedangkan banyak ganggu2..habeh nak buat camne dan nama pun cari rezeki.. kalaulah mohon mintak tukar tu macam kopek kacang je memang dah lama dah angkat kaki..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 01:19 AM | Show all posts
monxys replied at 11-10-2015 08:58 AM
huhuhuh..kat area mana banglo tu.. saya kat sini sampai orang luar pelik camne boleh kerja k ...

kat pinggir Kota Bharu. kalau area rumah saya ni banyak jugak banglo cantik2 tapi takde orang duduk walaupun dah lama siap.

betul jugak tu ek. dah kat situ tempat cari rezeki terpaksalah hadap sebelum dapat tukar tempat lain.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 08:40 AM | Show all posts
monxys replied at 9-10-2015 03:49 PM
KISAH PAK CIK TUA,DOKTOR DAN GENG MUSABAQAH

Assalammualaikum tt.. terutama aku nk ucpkan tahniah kt tt sbb berjaya mengharungi hidup dan tugasan yg penuh mencabar ni.. huhu.. hanya org yg betul2 berani dn kuat je leh buat keje ni la tt.. maslah terbesarnya setiap kali sesapa org dr lua kene kaco dia menjelma terus.. tu yg x menahan tu.. harap tt bole teruskan share cite yg seram2 melampau ni lagi ya.. sy bmark trid tt ni.. nah munge pengganti tacang.. take care tt..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 11:42 AM | Show all posts
citer baru xde ke... setia menungguuuu...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada sambungannya? Asrama di seremban ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2015 10:54 AM | Show all posts
Edited by Belligerent at 2-11-2015 10:57 AM

Assalam, TT & forumer semua. Selama ni saya cuma 'silent reader' saja tapi demi menyahut seruan TT, saya  nak tumpang 'thread' ni untuk kongsi pengalaman misteri saya di asrama (tahun 2004).

0. INTRO

Masa baru masuk sekolah menengah di tingkatan 1, saya ditawarkan untuk duduk di asrama (asrama harian desa - untuk luar bandar). Jadi budak2 yang dipilih ni semuanya budak2 harapan sekolah untuk score PMR nanti. Hati saya sebenarnya berat untuk pergi ke asrama tu tapi sebab ayah dan mak dah asyik mendesak jadi saya pun redha je la.

Bulan pertama di situ, tiada apa-apa perkara yang pelik berlaku. Cuma 1 minggu sebelum cukup sebulan saya tinggal di situ, masa tengah asyik tidur, saya terdengar satu suara  berbisik pada telinga saya.

"Macam mana nak masuk Islam?"

Seingat saya, suara tu berbisik tiga kali dan saya pun terjaga walaupun masih mamai lagi. Tapi masa tu saya tak rasa takut atau apa2 cuma hairan ada lagi ke dormmates yang still tak tidur. Jadi saya pun toleh ke belakang (saya tidur mengiring ke kanan - ikut sunnah nabi) dan tak nampak apa2 kecuali dormmates yang tengah berdengkor. Jadi saya anggap itu sebagai mimpi dan sambung balik tidur sbb masa tu jam masih pukul 3 pagi. Dan peristiwa ni saya tak cerita pada sesiapa sebab saya ingat cuma mimpi. Dan untuk 2 bulan ke depan tak ada apa2 pun terjadi. Benda2 misteri ni start pada bulan ke-4.

1. “KEMBAR”

Masuk saja bulan ke-4 saya di situ, bermulalah pengalaman misteri saya di asrama ni. Macam biasa sekolah akan mengadakan sukaneka pada pertengahan bulan Mei dan semua pelajar sibuk dengan aktiviti sukan dan sewaktu dengannya. Alkisahnya pada satu petang pasukan saya, Rumah Merah mengadakan latihan lompat kijang di padang sekolah A (padang sekolah ada 2 - 1 di depan bangunan sekolah (padang A) & 1 lagi di belakang bangunan asrama (padang B)). Jadi latihan hari tu habis awal dan cikgu pun benarkan kami balik. Jadi saya dan geng yang duduk di asrama pun balik ke dorm masing2. Pastu tiba2 perut saya memulas & apalagi berlarilah saya ke toilet.

Lama jugakla dalam toilet, kena kes ceri-beri (food-poisoning kot). Lepas selesai, saya pun basuh tangan & keluar untuk masuk ke dorm saya. On the way ke dorm saya, saya tengok pintu bilik tv terbuka. Bilik tv ni biasanya berkunci dan cuma akan dibuka pada hujung minggu untuk sesi tontonan (itu pun dalam masa terhad). Dan bilik tv adalah kawasan larangan pada hari biasa. Jadi saya pelik kenapa pintu bilik tu terbuka. Lepas itu makin dekat saya dengan bilik tv tu, saya dengar bunyi orang tengah marah-marah. Kemudian, saya pun makin suspens la tapi sebab masih lagi awal petang, saya anggap mungkin memang orang @ manusia yang tengah marah. Tup2 saya sampai saja tepat di depan pintu bilik tu, tiba2 Abang L keluar dan terlanggar saya yang berhenti di depan pintu bilik tu. Abang L ni salah seorang senior tingkatan 4 yang jadi committee asrama dengan Abang S- kira diaorg ni jaga bab2 disiplin. Bila Abang L ni nampak ja saya ada kat pintu, muka dia macam terkejut sangat.

Abang L        :        Eh, macam mana kau ada kat sini? Bukan kau ada kat dalam bilik ni?
Saya             :        Hah, abang biar betul! Saya baru keluar toilet dan ni baru nak balik bilik…

Abang L        :        (toleh ke dalam bilik) Woi S! Kau biar budak K (saya) ni keluar ikut pintu belakang ke?

Abang S        :        (dari dalam) Taklah! Ni ada kat ruang tamu. Pintu belakang kan kunci. (Jerit) Woi kau masuk bilik tu buat apa!

Saya pandang Abang L & dia pandang balik wajah saya. Saya yang memang dah rasa pelik bertambahlah lagi pelik. Saya ada di depan dengan Abang L dan saya memang baru keluar dari toilet. Jadi ‘siapa’ yang Abang L dan S jumpa tu?

Pastu tiba2 saya dan Abang L terdengar bunyi pintu dihempas kuat. Bilik tv ni terbahagi kepada dua – 1 bahagian ruang tv dan satu lagi ruang tamu dan bilik tetamu (kira untuk tempatkan guest kehormat sekolah la). Jadi pintu bilik tetamu tu yang kami dengar dihempas.

Abang S        :   (Jerit) Hoi, buka pintu! Buka pintu! Takkan kau nak duduk dalam tu sampai bila2. L dah pergi panggil warden, nanti kau menjawablah.

Dengan penuh curiousnya, saya dan Abang S pun meluru masuk ke dalam. Kami melihat Abang S sedang cuba membuka pintu bilik tetamu itu. Pastu bila dia perasan yang Abang L dah datang, dia pun 'sound' pada 'saya' yang ada di dalam bilik tu.

Abang S        :        Hah, baik kau buka pintu ni sekarang! Warden dah datang ni!

Abang L        :        (Nada suara gelisah) S, cuba kau tengok siapa sebelah aku ni!

Pastu baru Abang S perasan yang saya berada di sebelah Abang L. Terus Abang S terdiam dan pandang ke arah saya dengan muka yang amat terperanjat. Pastu dia tengok balik ke arah bilik tetamu dan cuba memulas tombol bilik. Masih terkunci. Muka Abang S dah pucat dan tangan dia terlepas dari tombol bilik tu. Tiba2 saja pintu tu terbuka dan tiada siapa pun di dalam. Kami bertiga tersentak dan perlahan2 mula menjarakkan diri dari bilik tetamu tu.

Abang L        :        (cuba control takut) Sudahlah S. Jom kita keluar!

Abang S        :        (Terdiam)

Saya             :        Abang, tu dah azan Asar. Jom kita pergi surau!

Cepat2 kami bertiga keluar daripada bilik tetamu tu and time Abang L nak tutup pintu bilik tv tu, kami terdengar bunyi suara budak2 ketawa dari dalam bilik tetamu tu. Then, BAMMM! Bunyi pintu bilik tetamu tu terhempas. Abang L cuma sempat selak kunci pintu bilik tu sebelum mengejar kami yang terus lari macam lipas kudung.         

Kemudian, lepas sampai kat surau, diaorg pun bagitaulah saya yang memang diaorg nampak ‘saya’ masuk ke dalam bilik tv dan terus diaorg masuk untuk tangkap saya sebab memang salah kalau ceroboh masuk macam tu saja. Bila diaorg confront ‘saya’ dan tanya kenapa masuk dalam bilik tv, diaorg cakap ‘saya’ tak jawab soalan mereka dan hanya menundukkan kepala. Itu yang bikin diaorang hangin atas. Bila diaorang tengok ‘saya’ buat tak tahu saja bila diaorg marah, last2 Abang S suruh Abang L pergi panggil warden. Then, alkisahnya seperti yang terjadi tadi.

Terus berderau darah saya bila dengar cerita diaorg ni. Saya pun tertanya-tanya dalam hati kenapalah muka saya yang nak dicopy oleh si ‘dia’ dan untuk buat benda bukan2 plak. Memang akan membawa masalah dunia kepada saya. Tapi saya cuba untuk tidak endahkan sangat dan berharap supaya kejadian hari tu tak terjadi lagi.

2. “APA BENDA ATAS TANGKI TU”

Setelah 1 minggu selepas kejadian “Kembar” tu, ada 1 malam ketika sedang prep, masa tu waktu prep dah tamat (dalam pukul 10.30 malam) dan cuma saya dan M yang ada dalam bilik prep. Saya pun tengah siap2 kemaskan buku dan kotak pensil, tapi saya tengok M ni tidak bergerak pun untuk balik ke dorm. M ni dormmate saya, jadi saya pun tanya kenapa tak siap2 untuk balik dorm tapi dia tak jawab dan hanya memandang ke arah tingkap bilik prep yang mengadap ke arah padang B. Disebabkan saya duduk di depannya, saya dapat lihat matanya terpaku pada tingkap tersebut. Jadi saya pun hairan dengan gelagat dia dan menoleh untuk lihat apa yang M ni asyik pandang dari tadi. Bila saya toleh ke arah tingkap tu, mata saya tertumpu terus ke padang B sampai ke kawasan pagar. Di balik pagar tu ada sebuah menara tangki air yang tinggi.

Saya        :        (Toleh kembali ke M) Hei M. Apa yang kau tengokkan tu sampai tak berkelip mata?

M             :        (Suara perlahan2) Kau tak nampak ke K?!! (Sambil menjuihkan mulutnya ke arah tingkap tu)   

Saya pun toleh semula ke  arah tingkap tu dan cuba perhatikan betul2 pada kawasan padang B. Dan mata saya akhirnya tertumpu kepada tangki air tu. Mula2 saya tak berapa perasan tapi tiba2 saya dapat lihat ada macam satu kain putih tersangkut di atas tangki air tu. Tapi bila saya perhatikan betul2, kain putih tu berbentuk macam manusia dengan rambut hitam mengerbang panjang. Masa tu bulu roma saya dah berdiri tegak dan mulai agak yang ‘kain’ itu bukan kain sebenarnya tapi ‘makhluk itu’. Sebaik saja perkataan ‘makhluk itu’ muncul dalam fikiran saya, ‘kain’ itu mula bergerak - meluncur bagai ditiup angin secara perlahan-lahan. Dari atas tangki itu, ‘ia’ mula turun ke tangga. Kemudian ke bawah menara. Dan seterusnya ke padang B.

Apalagi, saya dan M pun terus membuka langkah seribu berlari keluar dari bilik prep tu. Kami tak pergi ke kantin untuk ‘supper’ tapi terus ke dorm. Masa tu rasa takutnya tak boleh digambarkan, lutut macam longgar sebab terketar2 serupa deman panas. Cepat2 kami masuk ke dalam bilik dorm dan tutup pintu. Saya terus naik atas katil dan selubung dengan selimut, sambil mulut berkumat-kamit membaca Ayatul Kursi dan 3 Qul sampailah tertidur. Tapi kiranya kami bernasib baiklah sebab ‘makhluk itu’ tidak mengekori kami sampai ke dalam bilik.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2015 04:10 PM | Show all posts
RinIna replied at 28-10-2015 08:40 AM
Assalammualaikum tt.. terutama aku nk ucpkan tahniah kt tt sbb berjaya mengharungi hidup dan tugas ...

Waalaikumussalam..mekasihh.. kalau kerja kerajaan ni bole berhenti suka hati macam kerja swasta atau bole tukar2 ikot suka hati dah lama ceq angkat kaki.. hahahahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2015 04:11 PM | Show all posts
Shahreen74 replied at 30-10-2015 11:42 AM
citer baru xde ke... setia menungguuuu...

setakat ni xde yang extrem lagi kalo ada kami update kat sini..mekasih sudi baca kisah kamii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-11-2015 04:12 PM | Show all posts
zapatero replied at 30-10-2015 10:31 PM
Ada sambungannya? Asrama di seremban ke?

bukan di seremban..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2015 04:13 PM | Show all posts
Belligerent replied at 2-11-2015 10:54 AM
Assalam, TT & forumer semua. Selama ni saya cuma 'silent reader' saja tapi demi menyahut seruan TT,  ...

.. asrama dekat mana tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2015 11:49 AM | Show all posts
monxys replied at 2-11-2015 04:10 PM
Waalaikumussalam..mekasihh.. kalau kerja kerajaan ni bole berhenti suka hati macam kerja swasta at ...

Kan.. nak2 kene hantar pengganti serentak.. mmg payahla.. bergantung pada bosla nk bg ke x.. lau dah dpt pekerja bagus mcm tt xkan dilepaskan punyela..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2015 02:16 PM | Show all posts
monxys replied at 2-11-2015 04:13 PM
.. asrama dekat mana tu

Asrama tu dekat area sempadan pulau pinang-kedah. Sekolah luar bandar. Kampung saya di situ pun tak kurang 'angker'nya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.062367 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list