|
[BEST]Misteri Kampung Bali @Batu Gajah, Perak
[Copy link]
|
|
skeezotone posted on 24-11-2012 09:08 AM
wahhh.. menarik citer ko ni..
Alhamdullillah..
Cerita ni memang ada dalam sejarah Perak...
just google je Sultan mansur Perak dah boleh baca...
Kat Perak byk mistik juga...antaranya...
Pedang Cura si manja kini...
& yg paling Mistik....KERIS TAMING SARI! ...YG ORI memang ada dgn Sultan Perak!
|
|
|
|
|
|
|
|
mialunar posted on 23-11-2012 08:14 PM
aaah ... buzy cikit minggu nie ... baru leh mengarang sikit ni
kisah pasai lombong misteri area k ...
Kalau belah2 sini., lombong yg leh kate angker, kompleks sukan air tronoh, dah dkat 15 taun tmpat tu trbiar, last pakai, time sukma taun 94, ada budak utp ckap, trnampak cik pon kt situ.... Tang bt gajah, taman tasik sm noor, pun sama, terbiar dah ada cik pon jugak disitu.. Tman tasik sm noor ni dlu, happening, ada cam rumah kelab, pastu band2 rock slalu buat show kt situ, tp sayang, trbiar dan tak trjaga....
|
|
|
|
|
|
|
|
oni313 posted on 24-11-2012 03:28 PM
Kalau belah2 sini., lombong yg leh kate angker, kompleks sukan air tronoh, dah dkat 15 taun tmpat ...
Miiikee pun tertanye naper deme x gune tasik sm noor tue ... memalam lalu okesh jer ... eeeh ari tue buke deme ade wat karnival bn area kompleks air tu ker?? teman tau sbb ari tue cousin ade join sane tue
|
|
|
|
|
|
|
|
kalo di kire perak nie memang banyak misteri ... bukan ke buku pamous Tok Awang Ngah n Tamar Jalis tue, dorang sume tue asal perak |
|
|
|
|
|
|
|
Ari tu kitorng konvoi 3 kereta lalu jln dlm perak menuju ke tapah x salah.. My sis asyik ckp kenapa kat perak ni bangunan semua condong,jln condong,balai polis condong.. Kitong lalu jln tu dpd 12mlm smpai 3/4 pg bru jumpe jln keluar ke tol tapah. X bleh tahan keluar tol tapah.. Highway pon sama time pergi rasanya dh dkt r&r bukit gantang keta we all kena kacau.. Center lockk asyik bukak tutup2 padahal semua rapat je pelik kan, yg kereta my sis ank dia nmpk cik poc terbaring 2 kali dia nmpk. My hb plk nmpk org jln kt tepi highway mcm bwk bungkusan dlm pkl 12-2 pg. Misteri tau jln kt perak nie smpaikan my hb nk baca ayat kursi asyik berbalik balik coz di sorng je yg rasa ada benda kacau yg dlm satu keta ni x perasan dh kena kacau |
|
|
|
|
|
|
|
burungantu posted on 24-11-2012 01:15 PM
Alhamdullillah..
Cerita ni memang ada dalam sejarah Perak...
tapi keris taming sari tu ramai gak yg pertikaikan keaslian dia kan?.. any story?
|
|
|
|
|
|
|
|
burungantu posted on 23-11-2012 11:46 PM
ooo sekampung dgn laki aku hehe.
udah alang2 ke chandan tu, mancin ler di lubuk ...
terbaik. ada kluor dlm mjlh mastika x lama dlu.
tp kaw. mesjid tu mmg seram ler, sunyi jer. banding dgn mesjid sayong.
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdullillah...
PEDANG CURA SI MANJA KINI.....sejarahnya terlalu lama.....iaitu zaman Hindu Kuno lagi!
Dikatakan...Pedang CSMK ni di bawa ke Tanah Melayu oleh Sang Nila Utama....berasal drp Kerajaan Hindu Selatan India..Chola Kings..Sang Nila Utama (Indian - Nila Utthaman )..anak raja India yg buka SingaPura...
Pedang CSMK pernah digunakan utk membunuh Naga Saktimuna ..hehhee.....sejarah zaman dulu....
Kemudian...Paramiswara bawak pedang ni masa buka Melaka...
& Sultan Mahmud bagi anak dia Sultan Muzafar bawak ke Perak...
& kekal ke hari ini sebagai alat kebesaran Negeri Perak..
|
|
|
|
|
|
|
|
burungantu posted on 26-11-2012 01:06 PM
Assallamualaikum warahmatullah
Alhamdullillah.....terpulang kepada diri masing masing samada ki ...
alrite.. hipotesis yg ada logiknya.. thanks for the info
|
|
|
|
|
|
|
|
huuuuuuuuuuuuu hari tu p lumut balik tepen ikoot jalan lama..tapi hubby ku kata..kalao p kg bali ni..dah tersasar jauh dari jalan nak balik tepen...so tak p la.. wuu |
|
|
|
|
|
|
|
burungantu posted on 26-11-2012 04:11 PM
Alhamdullillah...
Kalo dari lumut ...ikut jalan lame balik Tepen....memang le jauh bebeno melen ...
trimas for the tips hahahhaha
|
|
|
|
|
|
|
|
slalu lalu klo overnight kt pekan lumut..stakat ni alhamdulillah la x d kne pe2 pn |
|
|
|
|
|
|
|
Cerita sakti Taming Sari benar
Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM (SUMBER KOSMO)
KISAH pertarungan hebat pendekar Melayu, Hang Tuah dengan seorang pahlawan Majapahit bernama Taming Sari dianggap sebagai detik permulaan legenda keris Taming Sari.
Dalam pertarungan itu, pendekar berdarah Jawa itu tidak lut ditikam keris Hang Tuah kononnya keris yang dipegang Taming Sari menjadikan dirinya kebal daripada tujahan senjata tajam.
Bagaimanapun, selepas Hang Tuah berjaya merampas keris itu daripada tangan Taming Sari, barulah lelaki itu berjaya dikalahkan. Keris Taming Sari itu kemudian dianugerahkan kepada Hang Tuah.
Namun, terdapat sesetengah pihak menolak kewujudan Hang Tuah walaupun keris Taming Sari itu tersimpan rapi di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak sekarang.
Bekas Pengarah Muzium Perak, Nor Jannati Ibrahim memberitahu, keris itu asli dan bukan replika seperti yang didakwa sesetengah pihak.
“Keris Taming Sari yang pernah dipamerkan di Galeri Sultan Azlan Shah di Bukit Chandan, Kuala Kangsar adalah warisan Kesultanan Perak selain menjadi alat kebesaran diraja negeri ini.
Misteri
“Lagipun keris berkenaan sudah menjadi hak Kesultanan Perak yang sah sejak tahun 1528 selepas diwariskan Sultan Melaka, Sultan Mahmud Syah I kepada Sultan Perak pertama iaitu Sultan Mudzaffar Shah,” katanya.
Walaupun ketulenan keris berkenaan terus dikaji pelbagai pihak, Muzium Perak mempertahankan ia keris Taming Sari yang asli.
“Kebanyakan tohmahan timbul disebabkan generasi hari ini terdedah kepada pelbagai maklumat yang kurang tepat.
“Mereka hanya mendengar maklumat daripada sebelah pihak tanpa mengkaji sejarah keris Taming Sari,” tegas Jannati.
Taming Sari kini disimpan bersama 26 alat kebesaran Perak lain di dalam sebuah peti besi khas di Istana Iskandariah.
Senjata itu dikatakan mempunyai ‘kuasa’ hinggakan penjaga alat kebesaran diraja itu perlu mematuhi pantang larang sepanjang menjaga atau membawanya.
Antaranya, keris keramat itu tidak boleh dipamerkan di dalam kotak kaca di ruang legar galeri secara bersendirian sebaliknya disertakan dengan keris Seri Gading sebagai ‘peneman’.
Keris Seri Gading juga perlu diletakkan di hadapan Taming Sari sebagai ‘penawar’ dan ‘pendinding’ kepada keris terbabit daripada anasir yang berniat buruk terhadapnya.
Pelbagai versi mengenai Taming Sari diperturunkan secara lisan dan yang paling terkenal ialah keris sakti berkenaan pernah dicampakkan Hang Tuah ke dalam Sungai Duyung di Melaka.
Versi lain yang tidak kurang popularnya ialah keris Taming Sari telah diserahkan oleh Hang Tuah kepada Sultan Mahmud Shah berikutan kegagalan beliau meminang Puteri Gunung Ledang untuk baginda.
Setelah empayar Melaka runtuh ditawan Portugis pada tahun 1511, keris keramat itu dibawa bersama rombongan Sultan Mahmud yang berundur ke Kampar, Sumatera.
“Kemudian atas permintaan pembesar Perak diketuai Tun Saban, baginda mengirimkan anakandanya, Raja Mudzaffar Shah untuk berangkat ke Perak bagi mengasaskan kesultanan Melayu di negeri itu.
“Baginda turut mengurniakan beberapa peralatan termasuk keris Taming Sari untuk dijadikan alat kebesaran negeri yang baru ditubuhkan itu,” cerita Jannati.
Kursani
Kajian Muzium Perak mendapati keris Taming Sari menepati ciri-ciri termasuk gambar rajah yang terdapat pada Manuskrip Taming Sari bertulisan jawi kuno yang dipercayai ditulis pada abad ke-15.
“Manuskrip terbabit mengandungi zikir dan amalan perang yang diamalkan Tariqat al-Shazilliah yang berkembang sekitar abad berkenaan,” ujarnya.
Pengkaji paranormal, Mohammad Idrus Abu Hanifah berpendapat, keris Taming Sari hanya ada satu iaitu keris yang disimpan oleh Sultan Perak sekarang.
Keris Taming Sari ada kesaktian. Salah satu cara untuk mengenal pasti keris itu ialah melalui bahan yang digunakan untuk membuatnya.
“Keris Taming Sari asli dibuat daripada serbuk kursani, tetapi yang palsu dibuat menggunakan besi biasa atau pasir hitam,” katanya.
Prof. Emiratus Tan Sri Khoo Kay Kim pula berkata, tiada fakta sejarah yang dapat membuktikan lokasi sebenar keris Taming Sari.
Namun begitu, berdasarkan kajiannya, ada dua versi mengenai sejarah keris tersebut.
“Keris Taming Sari tersebut telah hilang buat selama-lamanya bersama Laksamana Hang Tuah sewaktu keruntuhan Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1511.
“Selain itu, keris tersebut telah dibawa ke Perak oleh Sultan Mudzaffar Shah yang merupakan anak kepada Sultan Mahmud Shah, iaitu sultan terakhir Melaka, untuk dijadikan peralatan kebesaran dalam majlis pertabalan Sultan Perak yang pertama,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
abas8888 posted on 19-11-2012 12:37 PM
aku kena saman kat jalan batu gajah masa ondeway ke lumut...bawa 80 limit 60..aku tak perasan kot 60 ...
biase nih, pengalaman haku keje di ipoh rumah di area bota kiri 5-6 kali kene saman kat highway ipoh lumut ni, especially area tronoh ke kg bali ni
|
|
|
|
|
|
|
|
lienaalin posted on 20-11-2012 10:46 AM
Aku pernah lalu sini, short cut g tanjung tualang.. tp lalu waktu siang.. kalau mlm2 ras ...
haku biase lalu sini... tp time siang2 laaa... jalan kecik, sunyi n hutan hehehehehehheheheh
|
|
|
|
|
|
|
|
ntohapehapentoh posted on 2-12-2012 01:46 PM
biase nih, pengalaman haku keje di ipoh rumah di area bota kiri 5-6 kali kene saman kat highway ip ...
hampehnya..nama pun hiway..ada ke 60 je? ..jalan persekutuan memang ada 60 dan 90..ramai orang komplen kena saman kat sini....dah namanya hiway...lepas ni tukar le nama ke jalan persekutuan sahaja...sapa lah bagi nama jalan ni hiway..salah konsep je rasanya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Teman orang Tronoh kira dekat le dgn area Kg Bali tu .. tapi tak pernah dengar lah citer2 seram at kg bali tu ... mungkin jln nak ke tanjung tualang tu kot .. lalu kebun sawit .... nanti teman tanya kekawan yg duduk situ .. |
|
|
|
|
|
|
| |
|