CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: f_zal

Syaitan di Bulan Ramadhan

[Copy link]
Post time 12-8-2011 05:32 PM | Show all posts
Reply 116# hantukiller


   
tunggulbatu pernah menceritakan yg dia buat pagaran pada rumah dan diri, (dlm thread eazaad) tentunya dia tak mengaku pagaran tu dari jin, tapi yg peliknya dia mengaku pagaran tersebut boleh ditembusi, sedangkan yg menembusi hanya jin jin dari jenis paling bawahan....


kalo ko lupa, nih aku copy balik ayat ko..... terang2 ko nak provoke aku... ape motif ko bro...?

rilex bro... aku cuma nak kepastian je.... aku nak ko terangkan pada aku apesal ko mention pasal pagar nih.... boleh...?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2011 05:52 PM | Show all posts
kalau dikata ALLAH S.W.t yang mengizinkan JIN menembusi Para Rasul yang ada NUR diri, kenapa tak samakan ALLAH jua yang membenarkan JIN menembusi pagar NUR yang dibuat oleh perawat...

simple ajerr sebenarnye... bila JIN boleh tembus, kata perawat guna dampingan untuk memagar.... kan dah timbulnya syak di situ, tak eloklah bersangak buruk dengan perawat... mungkin kita hebat, tetapi ramai lagi yang lebih hebat dari kita.... insyaallah...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 06:06 PM | Show all posts
Post Last Edit by edy137 at 12-8-2011 20:23

bagi aku kalau benarlah ada perawat yang boleh claim boleh runtuhkan 'pagar' aku atau 'cabut' amalan diri aku.... insyaallah.... aku berGURU dengan empunya diri tu.... ini janji aku.... tapi setakat nih bila ghatering dengan pengamal2 seluruh Malaysia dan 'test' power masing2... syukur alhamdulillah masih belum ada yang mampu mencabut amalan diri aku dan pagaran aku. Malah kami bertukar-tukar ilmu pula. Kan lebih manis begitu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 07:10 PM | Show all posts
Post Last Edit by tunggulbatu at 12-8-2011 19:13
kalau dikata ALLAH S.W.t yang mengizinkan JIN menembusi Para Rasul yang ada NUR diri, kenapa tak samakan ALLAH jua yang membenarkan JIN menembusi pagar NUR yang dibuat oleh perawat...

simple ajerr sebenarnye... bila JIN boleh tembus, kata perawat guna dampingan untuk memagar.... kan dah timbulnya syak di situ, tak eloklah bersangak buruk dengan perawat... mungkin kita hebat, tetapi ramai lagi yang lebih hebat dari kita.... insyaallah...
edy137 Post at 12-8-2011 17:52



    Alhamdulillah... tuan hamba mmg kenal mana satu kaca mana satu intan.... terima kasih tuan....
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 07:24 PM | Show all posts
aku berasal dari johor dan menetap di bukit chagar dari kecik sampai besar.... kat tgh2 bandar JB nih pon melambak setan.... masa aku dok bukit cagar nih mmg mcm2 bende lah aku dah tgk...

boleh kata tiap2 tingkat ade jek bendenya.... teringat aku kat blok A dulu ada langsuir dan bayang hitam.... ramai yg dah nampak..... kisah nih ramai yg sembang kat warung pak ali kat hujung blok A tu..... membe aku siap nmpk depan2 lagi.... dia ingat dia tgh khayal... tapi dia siap sengkang mata lagik.... mmg real langsuir..... last2 adelah sorang nama Al Faris pegi tangkap.... sempoi je dia tangkap... Al Faris nih bukan org tua beb... umo dia masa tuh tak silap aku baru 21-23....
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2011 12:52 PM | Show all posts
Setiap manusia ada kelebihan masing2 sesuai dengan anugerah Allah kepada makhlukNya.

Kalau dikatakan mampu meruntuhkan pagar ghaib perawat lain hape semua, itu bukan sebab utk menjatuhkan perawat yang lain dgn tuduhan pagaran itu menggunakan jin kerana kita mampu memusnahkannya. Hanya Allah sahaja yang mampu memecahkan pagar, kita sebagai asbabnya sahaja.

Sama juga kalau kononnya ada jin boleh tembus pagar ghaib kita, itu kerana Allah s.w.t yang membenarkan pagar tu ditembusi, kerana ikhtiar kita kepada Allah s.w.t, bukan sebab keindahan atau cara pagar itu sendiri.

Kalau dah ditakdirkan Allah s.w.t  pagar ghaib yang diperbuat daripada Nur dengan zikir 90,000 kali kalimah Lailahaillallah  pun akan ditembusi leh mana jin syaitan, maka itu adalah ketentuanNya. Tidak bermaksud kita telah gagal, cuma itu sudah jadi Qada' dan Qadar Nya. Kita manusia sudah berusaha, selepas itu berdoa dan bertawakal sahaja yang mampu.

Yang penting jangan dipertikaikan kenapa pagar ghaib boleh tembus la dengan jin kelas bawahan la apa semua. Kerana itu semua adalah ketentuan Allah semata2.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-8-2011 10:58 PM | Show all posts
betol ke ni...sebab aku mengalami bnde yang aku rase xsepatutnye jadi di bulan ramadan sebab dalam kepala aku dah set, hantu setan semua dah kene ikat....

cite die begini....3 hari sudah aku diganggu dengan suara garau masa surf internet dalam bilik..aku keje petang balik lewat malam...waktu kebiasaan 2 - 3 pagi baru sampai umah or baru kuar office...kol 4 kompem dah ade kat umah..tapi ape yang terjadi 3 hari lepas, lepas sampai umah, seperti biasa aku siap2 kan diri nak tido...sebab nak bangun sahur pulak kol 5 tu...before tido ngadap lappy sebab ade keje...hajat di hati nak tido kol 3.30...

nak di jadikan cite dalam pukul 3 - 3.30pagi, aku terdengar ade macam bende bergesel kat grill umah...aku terdiam je..then dalam kepala just fikir kucing...tapi bunyi geselan tu agak panjang and impossible kucing...tapi aku buat tak tahu je lah...then tak lama tu bunyi kayu jatuh..sekali lagi impossible kucing langgar sebab kayu2 bapak aku besar2...then aku dah get ready kayu golf and stereng lock kete kat sebelah..kebiasaan kalo bunyi mencurigakan aku akan intai tingkap...tapi kali ni tak pulak aku intai...semua kembali normal...tibe2 ade bunyi macam ni "haaaaaaaaaaaaah"...kuat yang amat...bunyi tu macam marah....garau...part paling best..lappy aku betol2 depan tingkap...aku ngadap lappy so secara x langsung ngadap tingkap..bunyi tu plak dari tingkap..nasib baik lah curtai bilik u tebal and ayah aku ade pasang bidai kat tingkap bahagian luar....bunyi tu seolah-olah bnde tu merapatkan muke di tingkap sambil kuarkan bunyi tu...aku tergamam..tapi x takut pon..yelah..bulan puase..hantu semua dah kene ikat..so x fikir bende tu...tapi lama jugak aku tergamam...sambil2 tu bace jugak la ayat kursi...xlama tu dengar bunyi tu lagi...tapi kali ni kat atas...macam dah terbang ke udara...

esok pagi tu terfikir, bnde ape tu...lepas tu kepala terus fikir "hantu yang kepala terbang tu"....tapi x logik sebab hantu dah kene ikat...sampai sekarang curious...and assume bnde tu hanya lah burung gagak yang keje shift macam aku...sebab garau and kasar suara tu macam gagak....
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2011 01:37 AM | Show all posts
Post Last Edit by pinguin at 14-8-2011 01:41

info yg bagus.. patutla kadang2 aku rasa mcm ada "benda" sekitar aku semasa bulan puasa.. aku nak kata ada hantu.. tgh bulan pose.. so aku wat bodo je mungkin perasaan aku.. tp serius masa aku balik kmpung masa 1-2 nd ramadan baru nih aku dengar bunyi hilaian dlm hutan.. masa tu aku keluar rumah nak makan durian.. disebabkan bulan pose aku buat bodo je.. mungkin ada binatang kots entahla..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2011 12:53 PM | Show all posts
9. Walahaan - Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
evilcooler Post at 5-8-2011 17:17



    dari ceramah2 yang penah saya dengar, was-was ni berpunca dari tabiat kita sendiri.untuk mengurangkan rasa was-was tu, cuba elakkan buang air kecil di tempat kita mandi..seelok2nya buang la air kecil di mangkuk tandas.memang kita rasa benda ni x penting pun..tapi tabiat yang tidak baik boleh mempengaruhi ibadat kita..

sebenarnya saya pernah mengalami masalah ni..saya kerap membuang air kecil kat tempat saya mandi sebab kat rumah saya dulu, toilet asing dengan tempat mandi.so, main hentam saja lah..dan saya memang cepat was2..masa amik wudhu, teringat dah basuh muka belum, dah baca niat ke belum..padahal semuanya saya dah buat sampaikan ke hal2 rumah pun saya was2..dah tutup iron ke belum bla3....lepas saya dengar ceramah tu, dah saya cuba buang perangai saya yang x elok tu, alhamdulillah, perasaan was2 tu xde la keterlaluan sangat sekarang ni..

maafla sebab cite benda yang tak elok, tapi untuk pengetahuan apa salahnya kan? yg saya bagitau ni salah satu cara yang saya tau la..mungkin ada lagi yang nak buat tambahan...silakan..wallahualam...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2011 04:15 PM | Show all posts
Setiap manusia ada kelebihan masing2 sesuai dengan anugerah Allah kepada makhlukNya.

Kalau dikatakan mampu meruntuhkan pagar ghaib perawat lain hape semua, itu bukan sebab utk menjatuhkan perawat yang lain dgn tuduhan pagaran itu menggunakan jin kerana kita mampu memusnahkannya. Hanya Allah sahaja yang mampu memecahkan pagar, kita sebagai asbabnya sahaja.

Sama juga kalau kononnya ada jin boleh tembus pagar ghaib kita, itu kerana Allah s.w.t yang membenarkan pagar tu ditembusi, kerana ikhtiar kita kepada Allah s.w.t, bukan sebab keindahan atau cara pagar itu sendiri.

Kalau dah ditakdirkan Allah s.w.t  pagar ghaib yang diperbuat daripada Nur dengan zikir 90,000 kali kalimah Lailahaillallah  pun akan ditembusi leh mana jin syaitan, maka itu adalah ketentuanNya. Tidak bermaksud kita telah gagal, cuma itu sudah jadi Qada' dan Qadar Nya. Kita manusia sudah berusaha, selepas itu berdoa dan bertawakal sahaja yang mampu.

Yang penting jangan dipertikaikan kenapa pagar ghaib boleh tembus la dengan jin kelas bawahan la apa semua. Kerana itu semua adalah ketentuan Allah semata2.
evilcooler Post at 13-8-2011 12:52


Best Answer!!!   
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2011 12:36 AM | Show all posts
sebab tu time ramadhan pun masih ada kes2 rasukan.. yang merasuk ni syaitan kcik2..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2011 08:52 AM | Show all posts
terima kasih, sudi bekongsi ilmu....
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2011 11:05 AM | Show all posts
Setiap manusia ada kelebihan masing2 sesuai dengan anugerah Allah kepada makhlukNya.

Kalau dikatakan mampu meruntuhkan pagar ghaib perawat lain hape semua, itu bukan sebab utk menjatuhkan perawat yang lain dgn tuduhan pagaran itu menggunakan jin kerana kita mampu memusnahkannya. Hanya Allah sahaja yang mampu memecahkan pagar, kita sebagai asbabnya sahaja.

Sama juga kalau kononnya ada jin boleh tembus pagar ghaib kita, itu kerana Allah s.w.t yang membenarkan pagar tu ditembusi, kerana ikhtiar kita kepada Allah s.w.t, bukan sebab keindahan atau cara pagar itu sendiri.

Kalau dah ditakdirkan Allah s.w.t  pagar ghaib yang diperbuat daripada Nur dengan zikir 90,000 kali kalimah Lailahaillallah  pun akan ditembusi leh mana jin syaitan, maka itu adalah ketentuanNya. Tidak bermaksud kita telah gagal, cuma itu sudah jadi Qada' dan Qadar Nya. Kita manusia sudah berusaha, selepas itu berdoa dan bertawakal sahaja yang mampu.

Yang penting jangan dipertikaikan kenapa pagar ghaib boleh tembus la dengan jin kelas bawahan la apa semua. Kerana itu semua adalah ketentuan Allah semata2.
evilcooler Post at 13-8-2011 12:52
Amat jarang sangat perawat membuat pagar dengan menggunakan NUR, sebab memasing pun tak tau NUR tu terbitnya macamana, malah mengganggap asal baca baca zikir ke, AlQuran ke dengan jumlah yg banyak, NUR auto boleh ada, hanya menjangka, menjangka, tapi bila buat pagar pun memasing tak nampak pagar yg dibuatnya dari apa, hanya menjangka NUR ke, Ayat Quran ke tu aje...menjangka jangka

Walau zikirnya 90,000 kali pun, lum tentu NUR boleh terbit untuk dijadikan pagar, sebab ia kurnia Allah



Lebih selamat janganlah buat pagar pagar kat rumah pesakit ni, tak pasal pasal nanti pesakit tambah jin yg boleh jadi saka, kecuali pasti nampak pagar yg dibina tu benar benar dari NUR buat jek macam aku tak payah pagar pagar


Lebih selamat pagar je rumah guna grill yg cantek cantek, pencuri nak masuk pun susah dan jangan lupa berdoa
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2011 03:31 PM | Show all posts
sebab tu time ramadhan pun masih ada kes2 rasukan.. yang merasuk ni syaitan kcik2..
wrw967 Post at 15-8-2011 00:36


sebenarnya JIN dan Syaitan adalah dua makhluk yang berbeza....

Jin juga ada sifat kesyaitanan malahan Manusia juga ada sifat kesyaitanan.... syaitan sememangnya menganggu dua makhluk ini iaitu JIN dan manusia.... kerana akan menjadi penemannya di neraka nanti.... bahan bakarnya adalah termasuk JIN dan syaitan yang mungkar.....

kalau pun kena Rasuk.... bukanlah ada penglibatan syaitan.... hanya JIN semata..... jgn lupa, ada dua sifat yang letaknya dalam satu jenis yang tak terjejas dalam bulan puasa iaitu NAFSU dan AQAL....

jadi, bukan syaitan kecik tak kena ikat ke ape... syaitan kecik terlepas ke ape.... cuma dua mahkluk yang berbeza yang sering perawat atau ustaz samakan iaitu JIN dan syaitan..... walhal dua makhluk yang berbeza...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2011 05:58 PM | Show all posts
Lebih selamat janganlah buat pagar pagar kat rumah pesakit ni, tak pasal pasal nanti pesakit tambah jin yg boleh jadi saka, kecuali pasti nampak pagar yg dibina tu benar benar dari NUR buat jek macam aku tak payah pagar pagar
hantukiller Post at 15-8-2011 11:05


Jadi kalau seseorang itu terkena sihir dan sebagainya, maka tidak dibenarkan si pesakit membuat pagar ghaib atau rohani ke?

Kalau rumah kita dah dimasuki pencuri, salah ke kalau kita pasang pagar yang lebih kukuh dan sukar dimasuki pencuri supaya rumah kita tidak akan dicerobohi lagi??


Macam saudara ckp sendiri, setiap amalan bergantung kepada niat. Kalau niat si perawat adalah menolong si pesakit dari terkena sihir dan gangguan dengan memasang pagar agar si 'penyamun' atau 'penjahat' tak masuk atau sukar masuk, maka itu adalah satu ibadah dan fardu kifayah. So kat mana yang silapnya?

Saudara pernah ke berjumpa dengan doktor jika sakit?? Dan jika si doktor tu org India/Cina/Benggali yang beragama selain Islam, saudara percaya tak dengan ilmu dan diagnostic beliau walaupun dia seorang kafir?

Kala YA, maka hukumnya berubat dengan org kafir?? Sama juga dengan perumpamaan kononnya pagar itu terdiri dari pagar jin dan sebagainya, walaupun saya amat ragu2 dgn pernyataan sedara sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2011 06:05 PM | Show all posts
sebenarnya JIN dan Syaitan adalah dua makhluk yang berbeza....

Jin juga ada sifat kesyaitanan malahan Manusia juga ada sifat kesyaitanan.... syaitan sememangnya menganggu dua makhluk ini iaitu JIN dan manusia.... kerana akan menjadi penemannya di neraka nanti.... bahan bakarnya adalah termasuk JIN dan syaitan yang mungkar.....

kalau pun kena Rasuk.... bukanlah ada penglibatan syaitan.... hanya JIN semata..... jgn lupa, ada dua sifat yang letaknya dalam satu jenis yang tak terjejas dalam bulan puasa iaitu NAFSU dan AQAL....

jadi, bukan syaitan kecik tak kena ikat ke ape... syaitan kecik terlepas ke ape.... cuma dua mahkluk yang berbeza yang sering perawat atau ustaz samakan iaitu JIN dan syaitan..... walhal dua makhluk yang berbeza...
edy137 Post at 15-8-2011 15:31



    Ringkas dan padat serta mudah dipahami....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2011 06:30 PM | Show all posts
Reply 135# evilcooler


  mereka yakin kah dgn NUR mereka seolah2 mereka boleh nmpk pulak NUR tuh... dari mana dtg hikmah mereka mengubat org tu...? mereka nampak ker...?   mereka2 tuh pon berjin jun ju-on bagai 'agaknya'....  tapi mereka2 tu taktau pon....

aku dah jumpa ramai perawat dan aku pon dah merawat mereka... ada dikalangan mereka yg kasyaf dan masih tidak menyatakan ape2 kesalahan dalam rawatan dan pagaran aku... itu sudah terbukti aku takde pakai jin utk pagar.... so, sape2 nak wat pagar, elok cari perawat yg btul2 boleh buat pagar.... takde salahnya.....!!

yg penting, amalan kene ada... jgnlah rumah je cantik, isinya buruk... lama2 sok, pagar ape pon roboh sendiri (takde org boleh robohkan pon, karut jek tuh)
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 10:37 AM | Show all posts
Jadi kalau seseorang itu terkena sihir dan sebagainya, maka tidak dibenarkan si pesakit membuat  ...
evilcooler Post at 15-8-2011 17:58
Rasanya aku dah ulang banyak kali pasal ni... so tak perlu ulang lagi
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 10:39 AM | Show all posts
aku dah jumpa ramai perawat dan aku pon dah merawat mereka... ada dikalangan mereka yg kasyaf dan masih tidak menyatakan ape2 kesalahan dalam rawatan dan pagaran aku... itu sudah terbukti aku takde pakai jin utk pagar.... so, sape2 nak wat pagar, elok cari perawat yg btul2 boleh buat pagar.... takde salahnya.....!!
tunggulbatu Post at 15-8-2011 18:30
hehe, caya lah lu beb

dulu aku selalu repair pagar rumah orang, pagar tembok.... kontrak la
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 10:41 AM | Show all posts
Ringkas dan padat serta mudah dipahami....
tunggulbatu Post at 15-8-2011 18:05
"setiap nabi aku jadikan satu musuh, iaitu syaitan syaitan daripada jin dan manusia"
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.099218 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list