|
Ditulis oleh Administrator | Selasa, 28 Oktober 2008 17:48
| SELAMAT PAGI, CINTA! menceritakan dua kisah cinta yang berbeza, kisah cinta seorang wanita dan kisah cinta seorang lelaki. Kisah suka duka orang bercinta.
Julia (Fazura), seorang wanita yang menderita akibat kematian suaminya yang sangat dicintainya. Menceritakan bagaimana pertemuan dia dengan suaminya sehinggalah mereka berdua berkahwin. Ilham (Pierre Andre), seorang lelaki yang baik dan penyanyang. Julia mengenali Ilham di sebuah kedai buku. Pertemuan singkat itu telah melahirkan rasa di hati masing-masing. Ilham seberapa daya cuba memenangi hati Julia yang pada mulanya sukar menerima Ilham. Banyak peristiwa berlaku yang menguatkan takdir jodoh mereka dan akhirnya mereka berkahwin.
Hidup mereka begitu bahagia hinggalah pada suatu hari Ilham mengetahui yang dia menghidap sejenis penyakit yang boleh membawa maut. Ilham begitu sedih atas apa yang menimpai dirinya dan dia berusaha merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan isterinya, Julia. Sejak itu Ilham berubah sikap, dia sering keluar dan tidak pulang ke rumah berminggu-minggu kerana menjalani rawatan di hospital. Julia mula menyimpan syak terhadap Ilham dan mereka bergaduh sehingga Julia mengetahui hal yang sebenarnya.
Kisah kedua, Azam (Que Haidar) yang juga merupakan seorang pelajar telah jatuh cinta dengan seorang gadis yang bernama Suci (Sharifah Amani), anak orang berada. Azam dan Suci merupakan pelajar sebuah kolej. Azam merupakan seorang anak tunggal yang berkerja secara sambilan untuk menyara atuknya<TINGGAL dengan ibu saudaranya, Su. Walaupun Mak Su sering menyuruh menghantar Atuknya sudah nyanyuk ke rumak orang-orang tua tetapi menolak kerana Atuklah yang menjaga Azam sejak kecil. Azam sangat menyukai Suci dan ketika Suci mula merasai perkara yang sama, Azam pula terpaksa mengecewakannya apabila selalu tidak dapat menunaikan janjinya kerana tanggungjawabnya terhadap kerja dan Atuknya. Pada suatu hari Azam berjanji untuk berjumpa Suci tetapi pada hari yang sama Atuknya telah terlibat dengan kemalangan. Sekali lagi Azam gagal menunaikan janjinya. Sehinggalah pada satu hari Azam terpaksa akur yang Suci telah beralih cinta kepada orang lain iaitu Yusry. Alasannya dia merasakan tidak serasi dengan Azam dan Azam menerima kata putus Suci. Azam cuba menjelaskan perkara sebenar tetapi Suci enggan mendengarnya. Apabila Suci mengetahui perkara sebenar semuanya sudah terlewat.
Apakah kesudahan kisah dua cinta ini dan apakah kaitan antara keduanya, SELAMAT PAGI, CINTA! ada jawapannya.
|
from manggaonline.com.my
[ Last edited by britney_sapiah at 16-11-2008 06:43 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
25 August 2008 : Berita Harian
PISAU CUKUR KE LOKASI SELEPAS RAYA
| [td=1,1,15] |
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
Bernard Chauly tunggu waktu lapang Maya Karin, Fazura
BUKAN saja dirinya, tetapi peminat sendiri bagai sudah tidak sabar untuk menyaksikan gabungan aksi dua bintang jelita lagi berbakat negara ini, Maya Karin dan Nur Fazura, dalam filem terbaru Pisau Cukur.
Sebaik saja cerita mengenai penghasilan filem itu tersebar, orang ramai terus memberikan perhatian, apatah lagi ia bakal diarahkan sutradara muda, Bernard Chauly, yang pernah membawakan filem dan siri popular, Gol & Gincu.
Sepatutnya penggambaran filem terbabit sudah pun bermula pertengahan Julai lalu. Namun Bernard berasakan, sebaiknya ia ditunda sehingga kedua-dua bintang utama filem dalam genre drama komedi itu menyelesaikan dulu komitmen masing-masing.
Jika Maya sibuk dengan persiapan perkahwinannya bersama Muhammad Ali, pada pertengahan Ogos, Fazura pula masih terikat dengan penggambaran siri Ezora, siaran TV3.
"Lalu, kami di Red Films berasakan, seelok-eloknya penggambaran Pisau Cukur ditunda sehingga selepas hari raya. Paling tidak, ketika itu diharapkan semua artis yang terbabit dalam filem itu dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada projek berkenaan. Penundaan itu juga memberikan kami lebih masa untuk memperkemaskan lagi apa-apa yang patut sebelum penggambaran sebenar dimulakan. Sehingga kini, saya rasa, semuanya sudah bersedia. Kerja praproduksi juga sudah dilakukan. Malah, latihan pun sebenarnya sudah dimulakan," kata Bernard ketika berkunjung ke Balai Berita.
| Nur Fazura (kiri) dan Maya Karin
|
Turut membintangi filem terbabit, kata Bernard ialah pelakon yang kian mendapat tempat, Aaron Aziz, Umie Aida, Datuk Rahim Razali, Liyana Jasmay, Sharifah Sofea, Khatijah Tan dan Nas-T. Pada masa yang sama, dia akan turut memperkenalkan beberapa muka baru bagi memeriahkan skrin.
Filem yang dihasilkan dengan kerjasama Grand Brilliance Sdn Bhd itu ditulis oleh Rafidah Abdullah, wanita yang bertanggungjawab menghasilkan lakon layar untuk filem Gol & Gincu. Ia mengisahkan dua sahabat baik, Bella (Maya) dan Intan (Fazura) yang bercuti di atas sebuah kapal peranginan diberi nama Puteri Duyung. Seorang daripada mereka sebenarnya mencari cinta, manakala seorang lagi melakukan penyiasatan.
"Ia sebuah filem yang mengutamakan lakonan dan perkembangan watak. Walaupun menggunakan Pisau Cukur sebagai judul, tetapi pada akhirnya penonton akan dapat membawa pulang pengajaran berguna. Ia kisah yang memberikan semangat untuk kita semua," cerita Bernard yang enggan mendedahkan lebih lanjut berhubung jalan cerita filem itu.
Walaupun ceritanya berlatarkan percutian atas kapal, tetapi Bernard mengaku, kebanyakan babak sebenarnya akan dirakam dalam studio di ibu kota. Sebahagiannya pula akan dirakam di Port Dickson, Negeri Sembilan. Kerana itu, penggunaan skrin hijau serta imej janaan komputer, walaupun tidak banyak, tidak dapat dielakkan.
"Ia seperti siri Love Boat, di mana kapal yang menjadi lokasi sebenarnya tidaklah wujud," katanya yang berasakan, Pisau Cukur bakal muncul sebuah filem yang segar, bukan saja kerana gabungan pertama Maya dan Fazura, malah ia juga mengutarakan subjek wanita yang suka mengikis duit lelaki dan lokasinya pula ialah sebuah kapal peranginan.
Masih mengekalkan elemen urban dalam penceritaan, Bernard bagaimanapun berkeyakinan, filem ini mampu menembusi pasaran lebih meluas.
Katanya, tidak ada garis kasar yang memisahkan cerita urban dan bukan urban pada pandangan peminat filem sekarang. Maknanya, setiap karya yang baik, pasti dapat menghiburkan semua golongan khalayak.
|
|
[ Last edited by britney_sapiah at 16-11-2008 06:49 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
waooooow naib presiden yg aktif
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #116 beta_carotene's post
presiden pun aktif |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #125 britney_sapiah's post
comel nya fazura pakai topi |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #131 gto_girlz83's post
gto download ker??
kat mana???
eye pun tak dapat tgk habis |
|
|
|
|
|
|
| |
|