|
Kerana Marsha
by gua.com.my
13 Dis 2007
Apa yang belum digembar-gemburkan tentang populariti bintang pujaan akhir 2007, Marsha Londoh, yang kembali beraksi tahun ini dengan siri online Kerana Karina yang meletup?
Bagaimana pula pengalaman peribadinya di set Kerana Karina semasa pembikinan musim pertama drama sensasi itu? Kehidupan hariannya semenjak membuat ‘comeback’ ke arus perdana baru-baru ini?
Jika anda melepas peluang keemasan bertanya khabar Marsha semasa lawatannya ke gerai GUA di Karnival Jom Heboh Shah Alam pada hari Sabtu lepas, kami sempat menemuramahnya sejenak walaupun jadualnya teramat sempit.
Seperti yang peminat setianya mungkin tahu, Marsha memang seorang yang rendah diri, tidak banyak karenah dan mudah diajak bersembang.
Dan walaupun pada mulanya agak susah sedikit untuk menghubungi Marsha, artis emas Maestro Entertainment, penyanyi/pelakon berpotensi ini memang ramah dan ‘basic’ sahaja orangnya.
Ikuti temubual telefon bersamanya.
Hello Marsha, apa khabar?
Khabar baik ... how are you?
Fine, thanks. So menjenguk balik Kerana Karina, apa perasaan Marsha?
Hmm … Marsha rasa bertuah, gembira dan penuh hidup Marsha. Sejak AF3 lagi, Marsha tak muncul sangat, and the gap was quite long. Marsha senyap sahaja untuk dua, tiga tahun. Marsha rasa syukur dengan comeback yang berjaya juga, sebab pada mulanya Marsha takut. Tetapi dengan penerimaan peminat-peminat, kejayaan musim pertama Kerana Karina ... semuanya membuatkan Marsha rasa lega, diterima dan senang dengan diri dan hidup Marsha sekarang ini.
Masih ingat lagi hari pertama shooting di set bersama barisan pelakon yang lain?
Oh, saya gementar! Masa tu Marsha dah lama tak aktif dan itu first time berlakon, jadi Marsha gementar betul. Lebih lagi memang pada hari pertama itu scene susah-susah sahaja, jadi hari itu masa bergerak slow sangat. Kita buat banyak take hari tu, Marsha ingat.
Bagaimana chemistry dengan pelakon lain? Cepat tak dapat keserasian?
Marsha yang paling muda dan baru di sana, jadi memang ada gementar sedikit lah. Tetapi (rakan pelakon) yang lain memang berpengalaman semuanya, semuanya berbakat dan pandai, dan Marsha cepat rasa selesa bersama mereka. Marsha bernasib baik digandingkan dengan senior-senior macam ini dan shooting sampai ke akhir no problem lah. Scene mereka semua berjalan lancar sampai selalunya tinggal scene Marsha seorang sahaja yang dicantikkan.
Macam mana pula respon peminat pada mulanya sehingga sekarang?
Oh, semua bagus lah, positif semua! Kebanyakan mereka ada komenlah, “tak nampak kaku” lah, “ok” lah, dan “boleh berlakon”. Ramai yang tanya Marsha tentang ending cerita Karina, tapi Marsha kata “mana boleh bagi tahu!” (ketawa)
Respon keluarga dan kawan-kawan pula, tentu mereka bangga dengan kejayaan Marsha kan?
Yes, family Marsha pun ikut juga (drama Kerana Karina). Mestilah mereka bangga kan, tetapi mereka kata “ok” sahaja lakonan Marsha (ketawa). Untuk family, Marsha berlakon ini satu benda yang baru untuk mereka. Kawan-kawan pun, Marsha ada jumpa baru-baru ini, mereka cakap kat Marsha, “boleh tahan lah” – Marsha harap dapat tingkatkan lagilah lakonan Marsha! Marsha syukur dengan peluang berlakon seperti Kerana Karina ini.
Susah ke nak keluar di khalayak ramai sekarang memandangkan Marsha sekarang sudah menjadi kesayangan ramai?
Oh, tak ada. Marsha takde problem sangat nak keluar semua sebab before Marsha jarang keluar pun sebenarnya. Sekarang ini Marsha keluar pun, kalau ada appearance ataupun untuk kerja lah. Marsha tak sempat sangat untuk keluar shopping dan sebagainya. Maybe kalau Marsha spend time dengan family di Sabah Marsha akan keluar lebih selalu.
Apa pendapat peribadi paling jujur sekali yang Marsha boleh berikan tentang drama Kerana Karina ini dan juga watak Marsha sendiri?
Of course Marsha ikut juga Kerana Karina! Masa mula-mula start tunjuk online, memang tertunggu-tunggu lah setiap kali episod baru, tapi Marsha ada miss juga. Marsha memang sayang watak Karina ni. Ceritanya pun, cerita remaja sebenarnya, bagi Marsha. Marsha syukur dan rasa terhutang budi kepada peminat Marsha kerana memberikan sokongan yang begitu memberangsangkan. |
|