CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hitamputih

lailatul Qadar

[Copy link]
Post time 26-9-2007 12:54 AM | Show all posts

Reply #120 nik2121's post

TAHNIAH!!:pompom: :pompom: :pompom: :pompom:

wehh..aku nak out dah..ada sorang budak ngada2 nak men pc..bye..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2007 12:57 AM | Show all posts

Reply #121 kroit92's post

Babai kroit... Aku akan ingat jasa ko malam ni...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2007 12:47 PM | Show all posts
wooiihh....engkorang jangan nak mengarut kat sini..kang kucing putih tuh terkam hangpa kalian...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2007 03:08 PM | Show all posts

Reply #123 GRINDSAKHTANIC's post

Aku jadikan kucen tu satay khas utk ko, GRIND
Reply

Use magic Report

Dookiezz This user has been deleted
Post time 26-9-2007 03:35 PM | Show all posts
Nik... ko ni kaum adam ke hawa?
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2007 04:50 PM | Show all posts
cam separuh2 je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2007 03:38 AM | Show all posts
dia nih bukan kaum hawa atau adam..dia nih kaum terpencil dan belum pernah ditemui......kaum alien...ekekekekek....
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 03:58 AM | Show all posts
aku pun pernah rase malam akhir ramadhan (27 ramadhan)tu tenang sgt2,pastu mcm cerah pelik.

mase tu dlm form 4,form 5.

bile tengok luar,rase cerah semacam.cahaya bulan mcm lain dr mlm2 lain.

pastu bangun esok,suasana still cerah tapi tak panas.

mcm udara tu lembap pelik je.

ish susah la nak describe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2007 03:58 AM | Show all posts
post ilang lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2007 02:53 PM | Show all posts
Originally posted by kroit92 at 25-9-2007 11:19 PM
erm..best..   tapi apsal kuceng?? tak pelik ke? adakah malaikat menjelma menjadi kucing??   tapi kenapa kucing? herm..wallahualam..

bagi aku, maybe Malaikat tu menjelma sebagai benda yang kita bleh terima dan kita rasa selesa......kalau rimau mmungkin kita lari, lembu dah biasa, kalau perempuan tak rasa pelik rasa hantu plak........
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 04:23 PM | Show all posts

Reply #125 Dookiezz's post

ni tanya2 pe hal
tu nak usha ke
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 04:23 PM | Show all posts
ni tanya2 pe hal
tu nak usha ke
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 06:05 PM | Show all posts

Reply #130 hitamputih's post

so..in kitty form..tak pel lar, asalkan tomey..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2007 12:51 AM | Show all posts
hoiittt...!!!

klu kucing tu dah kira sinonim ngan Ju Onn korang tau x..
korang jangan memandai plak..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2007 12:03 PM | Show all posts

Reply #134 falcon_9009's post

Erk? Pehal ni?
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2007 03:44 AM | Show all posts
dah...dah....aku nak merokok dulu sebelum imsak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2007 07:15 AM | Show all posts

... Assalamualaikum & Salam Sejahtera ...

Info Kesihatan : Kesan & Akibat Tabiat Merokok. Bahaya Kandungan Rokok Kepada Perokok & Orang Di Sekeliling

Pengenalan
Tembakau yang menjadi bahan utama dalam rokok, telah diperkenalkan secara menyeluruh, termasuk ke dunia Islam, oleh penjajah Barat yang beragama Kristian, dan ianya belum pernah dikenali di zaman Nabi Muhammad s.a.w. Di kalangan masyarakat beratus tahun terdahulu, tembakau dihisap bukan sahaja untuk bersukaria tetapi sebagai satu acara dalam upacara kebudayaan dan keagamaan. Pada umumnya umat Islam tidak merokok melainkan kerana terpenggaruh kepada orang Barat yang menjajah mereka.

Hari ini, merokok adalah suatu kebiasaan yang diterima secara meluas dalam masyarakat kita, sehingga kadangkala ia dipandang sebagai satu norma yang membanggakan. Anggapan palsu ini terhasil apabila golongan yang mudah terpedaya dengan budaya asing,   terutamanya yg dipaparkan melalui media massa, ingin pula bergaya demi mencapai status kecanggihan serta keunggulan yang kononnya dikaitkan dengan merokok. Malah tabiat suka meniru dan menyeleweng dari jalan yang benar adalah sesuatu yang kian menguasai anak-anak kaum Muslimin di zaman ini.


       

Colour Vibration Therapy (CVT)
Rawatan Alternatif Terapi Getaran Warna
www.peluangperniagaan.net/colourvibrationtherapy

Hadith Rasullullah s.a.w. :

1. "Bezakan diri mu dari kaum Musyrikin" ( Al-Bukhari & Muslim)

2. "Bukan dari golongan kita, siapa yang menyerupai orang yang bukan dari kita. Jangan mengikut-ikut kaum Yahudi dan Nashrani" (At-Termidzi)

3. "Barangsiapa yang meyerupai sesuatu kaum, maka dia terkira dari golongan itu" (Abu Daud)

Kandungan Berbahaya Dalam Rokok (Fakta)
Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2007 07:16 AM | Show all posts
Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.

Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. Malah daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah, sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua.

Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat.

Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%.

Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan.


Kesan Asap Rokok Kepada Si Perokok Dan Orang Disekeliling
Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima.

Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas.

Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan.

Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya.

Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing.

Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2007 07:17 AM | Show all posts
Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :
- Melahirkan bayi yang kurang berat badan
- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
- Lebih terdedah kepada kanser
- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal

Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :
- Lebih mudah mendapat lelah
- Mendapat jangkitan paru-paru
- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
- Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak

       


Colour Vibration Therapy (CVT)
Rawatan Alternatif Terapi Getaran Warna
www.peluangperniagaan.net/colourvibrationtherapy

Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok
Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing.

Menurut Dr Sallehudin, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan lebih penting, negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.


Faedah Berhenti Merokok
- Hidup lebih lama
- Dapat menghindari racun
- Dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok
- Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak
- Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat
- Meningkatkan deria rasa dan bau
- Gigi lebih putih dan nafas lebih segar
- Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.


Gunakan Kaedah Yang Betul Untuk Berhenti Merokok
- Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
- Yakinkan diri
- Buat nota peringatan
- Katakan pada diri anda, "Aku bukan perokok"
- Tumpukan pada hari ini
- Sentiasa berfikiran positif
- Dapatkan sokongan
- Lawan keinginan untuk merokok
- Gunakan Terapi atau rawatan yang sesuai
- Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok        

"Setiap Sedutan, Membawa Padah"

Sumber
- Pusat Racun Negara, USM Official Website
- Kementerian Kesihatan Malaysia Official Website
- Institut Kefahaman Islam Malaysia Official Website
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2007 10:58 AM | Show all posts

Reply #139 kroit92's post

Good info
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 11:11 AM GMT+8 , Processed in 0.469581 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list