CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Rhyno

AJL 21 : Kategori Irama Malaysia & Etnik Kreatif

[Copy link]
Post time 26-11-2006 05:12 PM | Show all posts
Nampaknya lagu Zahid la menang kategori ni masa AJL nanti ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2006 05:18 PM | Show all posts

Reply #121 haiku's post

Thats 4 sure..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2006 03:33 AM | Show all posts

yeah

Aku penah dengar Misha nyanyi Live lagu nafas cahaya...kat rtm dulu..lagi better daripada kat tv3 ari tue..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2006 09:06 AM | Show all posts
1) Kalau ZAhid - Warkah Untuk Laila memenangi JUARA LAGU....bermakna....ini lagu yg pertama selepas Jerat Percintaan yang memenangi Lagu Terbaik AIM dan ANugerah Juara LAgu..
Bezanya Jerat Percintaan menang di AJL dulu, baru di AIM.


2) Di Final nanti, adakah Siti Nordiana akan tetap menyanyikan lagu Syura atau Syura akan kembali mengambil alih??
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2006 09:52 AM | Show all posts

Entah-entah Bob yang menang nanti
Lagu tu pun ok gak...

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2006 10:24 AM | Show all posts
mm...zahid kot...

kak ani xmsk...rasa klakar lak...
misha pon xdpt....mmm.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2006 10:42 AM | Show all posts
AKU PILIH BOB/ASPALELA-HANTARAN HATI..

AKU TERPIKAT DGN LAGU NI..DAN TERUS BELI ALBUM BOB ESOKNYA..TAPI VERSI ALBUM TAK BEST SANGAT SEBAB VOKAL ROSIAH CHIK TAK MANTAP...

SEBAB NAFAS CAHAYA TAKDE LAGU NI AKU PILIH...

DAN HARAP LAGU CANDAK DAN ZAPIN CINTA SMS TAK MENANG.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2006 11:48 AM | Show all posts
Muzik-muzik 21 separuh akhir yang mengejutkan
Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL

MENGEJUTKAN! Itulah yang boleh dikatakan saat pengacara Cheryl Samad dan artis undangan, kumpulan Kopratasa mengumumkan keputusan separuh akhir Muzik-Muzik 21 kategori Irama Malaysia & Etnik Kreatif (IMEK)di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, malam Jumaat lalu.

Masakan tidak mengejutkan kerana tiga lagu yang terpilih iaitu Candak nyanyian Siti Nordiana (nyanyian asal Syura), Hantaran Hati (Bob & Aspalela Abdullah) dan Zapin Cinta SMS (Senario & Adibah Noor) untuk bertanding pada malam Anugerah Juara Lagu (AJL) yang bakal diadakan pada 21 Januari depan tidak menepati ramalan ramai. Penonton yang hadir juga terkejut dengan keputusan yang telah dilakukan oleh pihak juri itu.

Hanya lagu Warkah Buat Laila ciptaan Ayob Ibrahim dan liriknya pula oleh Habsah Hassan menepati ramalan. Ini kerana lagu nyanyian Zahid yang menjadi lagu tema filem Qaisy & Laila itu pernah dinobatkan sebagai Lagu Terbaik AIM 2006 di samping penciptanya pernah mendapat pengiktirafan Skor Muzik Terbaik pada Festival Filem Asia Pasifik Ke-50 tahun lalu.

Bayangkan jika lagu Warkah Buat Laila tidak terpilih ke peringkat akhir, maka ada sesuatu yang berlaku dan perlu diperjelaskan. Walaupun ia jarang dimainkan di corong-corong radio namun lagu tersebut mempunyai kualiti dan nilai-nilai estetika yang tinggi sehingga mampu memberi kesan kepada pendengar.

Malah, lagu Nafas Cahaya karya M.Nasir dan lirik oleh Loloq yang disebut-sebut sebagai salah satu lagu yang akan mara ke peringkat akhir juga kecundang di tangan lagu-lagu yang boleh dikatakan muziknya yang agak klise dan masih di takuk lama. Ramai yang meramalkan lagu nyanyian Misha Omar itu akan ke AJL kerana ia membawa satu pembaharuan baru dalam komposisi muzik tempatan.

Apa sebenarnya yang mahu ditonjolkan oleh Adnan Abu Hassan, LY, Zubir Ali dan Amran Omar selaku juri profesional dan berpengalaman dalam bidang masing-masing dan Aubrey Suwito pula selaku ketua juri? Atau mungkin ada pengaruh daripada TV3 sendiri yang mahu menaikkan semula lagu-lagu Irama Malaysia yang sudah semakin suram dan kurang penerimaannya?

Pembabitan TV3 pengaruh juri?

Pengurus Besar Jabatan Hiburan, Sukan dan Rekreasi TV3, Azhar Borhan menafikan pembabitan pihaknya dalam mempengaruhi keputusan juri untuk separuh akhir pertama itu.

揝aya ingin tegaskan bahawa pihak kami tidak terlibat langsung dalam sistem pemarkahan juri. Kami pun tidak tahu kenapa perkara itu perlu timbul. Keempat-empat lagu yang berjaya ke AJL bagi kategori IMEK semuanya 100 peratus atas keputusan juri.

揔ami hanya menetapkan tiga kriteria iaitu keaslian, kreativiti dan keberkesanan. Yang lain, semuanya kepada kebijaksanaan juri untuk memilih karya yang terbaik. Kadang-kala apa yang sedap pada pendengaran kita tidak semestinya sedap juga pada juri,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2006 12:03 PM | Show all posts
CANDAK

candak perahu..candak perahu tuju kehulu
candak berkias candak berkias rasanya malu
umpama tepuk air didulang
jangan dipikat burung dihutan
burung biasa terbang di awan makan di tangan

tanganlah kiri tanganlah kiri menyisir rambut
tanganlah kanan tanganlah kanan mengupas pinang
takkanlah sungguh seluang di laut
dipukul ombak balik ke pantai
bunga berladung bersisi cincin si air mata

ramai2
kompang berbunyi hai lagu gurindam
langkah digerak berzapin pekajang
hati di panah hai rindunya dendam
angin disentuh rasa hati menghilang

hai aling2 berdinding
dinding dengan aling2 kasturi
angin melimpah tempat beradu
gersik menikam seluruh badan
layar kutiup rindu berderu
hajat bergalas hati nan ringan

c/o
bayangan (hai bayang) terbayang (melayang)
menunggu pelabuhan rindu
berhati-hati menanti
sekuntum kasih mewangi.....

komposer: Pak Ngah
Pencipta Lirik: Lokman Ghani
Vokal: Syura
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2006 12:44 PM | Show all posts
udah udah la tue....
lagu Misha tue mungkin juri tue nampak unsur hindustan tue banyak kot.....kurang markah kat keasliannya kottt....kot kot jerk la
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2006 01:08 PM | Show all posts

Reply #130 ColbyRaikkonen's post

rasanya apa unsur melayu yg sebenar ??
joget ?? world ?? . .. :stp: . ..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2006 01:14 PM | Show all posts
LAGU CANDAK YG MENYAMAI YA MAULAI + DONDANG DENDANG TU ASLI SANGAT...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2006 01:28 PM | Show all posts
uwauwuauwua......tanya la juri...hehehe
aku bukan expert ponn..
tu la...aku ber kot kot ajerk...hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2006 02:13 PM | Show all posts
Originally posted by KoSe at 27-11-2006 01:14 PM
LAGU CANDAK YG MENYAMAI YA MAULAI + DONDANG DENDANG TU ASLI SANGAT...


tepat kose. aku dah lama memikir naper aku rasa familiar sangat lagu candak nih. ghopenyer gabungan ya maulai ngan dondang denadng. sungguh kretip pak ngah.
starting lagu sama ngan ya maulai, chorus sama ngan dondang dendang. kuang3.

chorus dondang dendang:

Masyhurkan (dondang dendang)
Ceritakan (dondang dendang)
Selama hasrat membara

chorus candak :

bayangan (hai bayang) terbayang (melayang)
menunggu pelabuhan rindu
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2006 02:18 PM | Show all posts

Reply #128 mzr's post

penakutla tu....kalo argument juri bagus, takde sebab nape juri nak senyap...kite orang2 biasa ni pun bole terima kalo reasonnya valid
tapi setakat ni explanation juri yg sudah2 semua merapu belaka...bukan nak explain, lagi nak memeningkan...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2006 02:22 PM | Show all posts
Originally posted by ColbyRaikkonen at 27-11-2006 01:28 PM
uwauwuauwua......tanya la juri...hehehe
aku bukan expert ponn..
tu la...aku ber kot kot ajerk...hehehehe


:lol.. .

juri pun orang pertikaikan. .. mmm . .. nak puas kan hati semua
pihak mmg susah. ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2006 06:09 PM | Show all posts
pak ngah nie slalu masuk final...
hmmm lepas nie surohla misha amik pak ngah
artis2 lain yang lom kuar album cepat amik pak ngah kalo nak sgt masuk final kategori IE
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2006 06:21 PM | Show all posts
zahid lar menang...... aku cukup tak puas hati tul ngan pemilihan ke final ni......
cam ada yg tak kena
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2006 09:12 PM | Show all posts
sebab kak melah , kak ani -liza hanim & misha tak lepas aku pilih ZAHID...walaupon aku rasa sumer lagu YG KE FINAL tu tak best mana pong...hehheheh

susunan muzik intro lagu CANDAK tu sama jer mcm lagu zapin bahari ( kompang2 )...ALAHAIII PAK NGAH...dah tak der idea dah ker?????

ZAPIN CINTA SMS tu lirik simple sgt & ada lirik english pon kira bagus ek???heheh...SEMOGA TAK MENANG!!!

HANTARAN HATI...ermmmmmmmm...

[ Last edited by  burung_pungguk at 27-11-2006 10:39 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2006 10:11 PM | Show all posts
adakah sebab aubrey yg menjadi ketua juri...inagt tak kontroversi AJL thn lepas...? LOLOq mempertikaikan kemenangan Gemilang...ade kaitan ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.060913 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list