Post time 1-3-2021 11:35 AMFrom the mobile phone|Show all posts
sjwma replied at 1-3-2021 02:01 AM
Boleh tak nak speku yg jatuh tu cuma mimpi seo jin ke dantae ke yoon hee ke atau dr ha sebab mcm asy ...
Awal2 rasa mcm tu. Ala2 scene yoon hee tolak min seola kat tangga. Tup2 bygn yoon hee...
Tp, yg jatuh tangga S2 ni mmg betul la tu. Sbb 1st scene kan kat epi 1.
Post time 1-3-2021 12:07 PMFrom the mobile phone|Show all posts
sue_liah replied at 1-3-2021 11:09 AM
iols try tgk citer ni season 1 baru epi 7 tp stress nya lahai tgk org2 jahat tu dgn budak2 kaki buli ...
Still sakit hati smpi skrg sbb tgk soo ryeon kena tikam. Watak soo ryeon tu mmg best la.
Tp, tu la ada teori yg LJA akn bw watak bru nnti kat S2. Hrp2 betul la. At least berkurgn jgk sakit hati.
Hehe. Best kan cerita once again. Cerita My Father is strange pun best jgk. Byk epi jgk.
Post time 1-3-2021 04:27 PMFrom the mobile phone|Show all posts
izzah_mia replied at 1-3-2021 01:28 PM
ro na ni memang pengundang masalah betullah.walaupun Oh Yoon Hee nak balas dendam untuk Su Ryeon tet ...
Betul..semuanya berkawan atas dasar kepentingan memasing..padahal benci sesama sendiri..mcm eun byeol,seok kyung,jenny,min hyuk masa season 1 nmpk mcm strong je friendship dorang..membuli sama2..tp lepas 2 tahun nampak mcm memasing benci each other..terutama seok kyung dgn eun byeol..dulu rasa jenny dgn seok kyung paling teruk..tp season 2 ni eun byeol lg teruk dari jenny..
P2 ni brp epi semua?
tgk epi 4 mendidih..mcm nk final dah..puas hati bila rahsia jahat budak2 tu terbongkar
btw citer ni xde yg betol2 baik pon..Yoon Hee tu pon jahat jgak.bunuh budak tu..paling xleh terima masa dia tiba boleh berzina dgn don tae tu masa P1..i cannot brain lah..
yg betul2 baik Soo ryeon..tp dh mati.mungkin hidup semula.
Post time 1-3-2021 09:44 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kalo dikenang balik kan, sejahat2 seo jin tu dia xdela smpi bunuh org. Paling2 pun dia torture je. Jahat lg yoon hee bunuh min seol A. N seo jin jd mcm tu pun sbb pressure dari bapak dia. Pd iols apak nya selayaknya mati gara2 seo jin...
Post time 1-3-2021 10:03 PMFrom the mobile phone|Show all posts
cicicumel replied at 1-3-2021 09:31 PM
P2 ni brp epi semua?
tgk epi 4 mendidih..mcm nk final dah..puas hati bila rahsia jahat budak2 tu te ...
Ada 12 epi semuanya. Nnti S3 ada 12 epi lgi.
Mmg pun, dlm Penthouse S2 ni xde sepa pun yg baik. Yg ada semua jenis yg suka tikam blkg.
Selagi nasib soo ryeon tak terbela, selagi tu la aku xleh nak terima yoon hee tu.
Lum reveal lgi sepa 1st wife dantae. Teori netizen, konon serupa mcm soo ryeon.
Post time 1-3-2021 10:35 PMFrom the mobile phone|Show all posts
izzah_mia replied at 1-3-2021 01:28 PM
ro na ni memang pengundang masalah betullah.walaupun Oh Yoon Hee nak balas dendam untuk Su Ryeon tet ...
Aku tengah tengok semula ni dekat One HD. Rona ni balik korea sebab kejar kembar yg lelaki tu aku rasa lah. Tak nak ship mereka ni.
Rasa nak tukar channel je bila Rona muncul.
Dia kalau dengan mak dia, boleh pulak tunjuk keras. Bila kena buli, nangis.
Post time 2-3-2021 10:29 AMFrom the mobile phone|Show all posts
wikedsaikel replied at 1-3-2021 10:35 PM
Aku tengah tengok semula ni dekat One HD. Rona ni balik korea sebab kejar kembar yg lelaki tu aku ...
Kalau ikutkan Rona tu balik korea sebab nak tunaikan impian Min Seol A..dia rasa bersalah sebab mak dia bunuh Min Seol A sebab dia..ikutkan Min Seol A ni paling sedap menyanyi..Rona nombor 2..Eun Byeol ngan Seo Kyung antara 3 @ 4..
sjwma replied at 1-3-2021 04:27 PM
Betul..semuanya berkawan atas dasar kepentingan memasing..padahal benci sesama sendiri..mcm eun by ...
Seok-kyung tu konon2x marah dan kecewa bila Shim Su-ryeon. Time org tu hidup bukan main dia benci lepas tau tu bukan mak kandung dia.Kenapa Seok-hoon tu ikut je cakap Seok-kyung padahal dia abang kot.
Post time 3-3-2021 09:22 PMFrom the mobile phone|Show all posts
8 Pelakon “The Penthouse 2” Kuasai Top 10 Senarai Mingguan Pelakon Paling Popular.
Drama SBS “The Penthouse 2” terus kuasai senarai mingguan drama dan pelakon paling popular untuk minggu kedua berturut-turut.
Good Data Corporation telah berkongsi kedudukan drama dan para pelakon yang menghasilkan banyak berita dari 22 Februari hingga 28 Februari. Senarai ini disusun berdasarkan menganalisis artikel berita, catatan blog, komuniti dalam talian, video, dan catatan media sosial mengenai drama yang sedang berlangsung di udara atau segera ditayangkan.
Selepas merampas kedudukan teratas pada minggu lalu, “The Penthouse 2” terus menguasai tangga teratas dalam senarai drama yang menghasilkan paling banyak berita. Lebih menarik, lapan bintangnya menguasai senarai 10 teratas dalam senarai pelakon. Kim So Yeon berada dikedudukan pertama, diikuti Eugene ditangga kedua dan Kim Hyun Soo ditangga ketiga.
Pelakon Yoon Jong Hoon, Han Ji Hyun, Uhm Ki Joon, Choi Ye Bin dan Jin Ji Hee berada di kedudukan kelima hingga kesembilan.
Drama tvN “Vincenzo” turut mengekalkan kedudukannya ditangga kedua dalam senarai drama, manakala Song Joong Ki berada kedudukan keempat dalam senarai pelakon.
Sementara itu, dua drama JTBC iaitu “Sisyphus: The Myth” dan “Beyond Evil” berada dikedudukan ketiga dan keempat dalam senarai drama yang paling banyak menghasilkan berita, manakala bintang “Sisyphys: The Myth”, Cho Seung Woo berada dikedudukan kesepuluh dalam senarai pelakon.
Berikut adalah senarai 10 drama teratas yang paling popular pada minggu keempat Februari:
SBS’s “The Penthouse 2”
tvN’s “Vincenzo”
JTBC’s “Sisyphus: The Myth”
JTBC’s “Beyond Evil”
JTBC’s “She Would Never Know”
KBS2’s “River Where the Moon Rises”
tvN’s “L.U.C.A.: The Beginning”
KBS2’s “Homemade Love Story”
TV Chosun’s “Love (ft. Marriage and Divorce)”
KBS2’s “Hello, Me!”
Senarai 10 teratas para pelakon untuk minggu ini adalah seperti berikut:
Kim So Yeon (“The Penthouse 2”)
Eugene (“The Penthouse 2”)
Kim Hyun Soo (“The Penthouse 2”)
Song Joong Ki (“Vincenzo”)
Yoon Jong Hoon (“The Penthouse 2”)
Han Ji Hyun (“The Penthouse 2”)
Uhm Ki Joon (“The Penthouse 2”)
Choi Ye Bin (“The Penthouse 2”)
Jin Ji Hee (“The Penthouse 2”)
Cho Seung Woo (“Sisyphus: The Myth”)
Credit to: https://kakimuvee.net/8-pelakon-the-penthouse-2-kuasai-top-10-senarai-mingguan-pelakon-paling-popular/
P/s: Agaknya klu ada LJA n airtime PES lebih mungkin 10/10 pelakon2 Penthouse 2 jek.
Post time 4-3-2021 07:22 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku tak sabar nak tunggu kemunculan LJA sbb muka lmbut dia je blh buat aku tenang tgk cite ni...ha..ha..ha ..gitu...dah brp episode ni stress aku tgk muka2 yg dok ada tu...