starcity posted on 24-2-2014 09:52 PM 
Setau aku dalam CVT, warna diri ada 4. putih, pink, hijau & biru.
Warna luaran lain, warna dalama ...
LC warna pink... tengok kat CVT Aura Life
Emosi (Warna Diri - Merah Jambu)
Anda merupakan seorang yang periang dan mempunyai pemikiran yang terbuka. Anda memahami perasaan orang lain dan begitu rasional dalam membuat sebarang keputusan yang lebih menguntungkan dan bertahan dalam jangka masa panjang. Anda juga seorang yang matang dalam kehidupan dan mempunyai sifat pemurah. Anda tersendiri dan meminati bidang kreatif. Anda mempunyai kuasa membuat berbagai jenis perubahan demi perubahan yang drastik dan berterusan. Gaya Berfikir
Individu-individu bertahap emosional bersifat imaginatif, inovatif, intuitif, artistik dan berfikir berasaskan visual. Mereka sangat bagus dalam kebolehan-kebolehan sintesis dan konseptual. Mereka juga mempunyai pandangan yang bersepadu dan lebih komprehensif di dalam apa-apa keadaan / situasi dan masalah. Mereka berkebolehan dalam membuat pertimbangan, mempunyai pandangan luas dan berfikir secara strategik. Mereka bagus dalam mengumpul, menggabung, membanding dan menyusun semula idea-idea yang membolehkan mereka melahirkan konsep-konsep yang unik dan dinamik. Mereka lebih suka bekerja secara bebas, mengikuti cara mereka sendiri berbanding melihat penyelesaian yang telah sedia ada dan sering mengambil risiko dan memecah tradisi yang menghalang / melembabkan kemajuan.
Elemen - Api; Unsur - Oksigen; Sifat - Sabar; Golongan - Tariqat; Warna Negatif - Hijau
|